KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, March 24, 2012

Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan (2)

Bagi yang baru ikuti topik ni sila baca  Prinsip Wa tentang Melayu Dan Persaudaraan . Kalau tak lu orang tak tau ujung pangkal.


Ada pulak Melayu tongong yang bertanya , "kalau mamak tak boleh masuk UMNO mamak nak masuk parti apa, sedangkan mamak tu orang Islam?'


Meh sini!


Mamak bukan Melayu tulin walau pun ada darah Melayu akibat perkahwinan campur dengan wanita atau lelaki Melayu. Apabila disebut parti Melayu maka Melayu yang menjadi ahlinya perlu melayu tulin 100%.  UMNO ditubuhkan bukan berteraskan Islam sebagai intipati perjuangan. UMNO ditubuhkan untuk Melayu. Memperjuangkan agenda Melayu dan hak-hak Melayu sesuai dengan Perlembagaan. Sebab tu lu orang boleh tengok Islam amalan UMNO sekarang berbeza pendapat dengan Islam amalan PAS.

Mengapa perlu Melayu tulin?
Setiap parti politik atau organisasi mempunyai kerahsiaan yang perlu dilindungi. Kerahsiaan ini penting kerana strategi dan perancangan tidak patut diketahui oleh parti pesaing untuk menjamin kelancaran dan kejayaan perjuangan parti.
Faham ke samdol?

Bagi menjawab soalan 'mamak nak masuk parti apa?'

Kalau bahlol pun janganlah bahlol sebahlolnya.  
Malaysia adalah negara yang membolehkan sesuatu kumpulan menubuhkan parti politik mereka sendiri tanpa mengira kaum dan agama. Selagi tidak mengamalkan dan memperjuangkan Komunisme,  lu orang boleh proceed. Seperti mana tertubuhnya PKR , JATI dan PPP. 

Oleh itu para mamak eloklah mengorak langkah menubuhkan parti sendiri. Parti Mamak Semalaysia. Lepas tu kalau rasa takleh survive , lu orang boleh jadi parti komponen BN. Dapatkan satu slot untuk pilihanraya. Berperanglah sesama lu worang untuk jawatan dalam parti lu orang. Nak berbunuh pun berbunuh la. Asal lu orang tak ada apa-apa kaitan dengan Melayu. Jangan asik nak memporak perandakan parti melayu. Siallllllll!!

Kesimpulan wa hari ini ialah.. 
melayu dalam umno memang bongok. lama dahhhhh!



READ MORE- Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan (2)

Prinsip wa tentang melayu dan persaudaraan.

Wa mungkin bagi sesetengah orang tidak mempunyai ciri-ciri melayu sejati kerana sekarang wa berjuang melalui penulisan untuk menjatuhkan sebuah parti melayu. Jika itu pandangan lu orang lu kena pikir balik. Guna critical thinking... ok!

Pertama sekali cuba lu orang pikir.. benarkah UMNO baru iaitu UMNO yang diasaskan setelah pengharaman UMNO lama (UMNO 1946) adalah parti melayu?. (UMNO 1946 diharamkan pada 1988.)

Pada era Almarhum TUN RAZAK tiada keturunan lain yang dibenarkan menyertai UMNO kecuali melayu tulin. Mahathit pernah digugurkan keahliannya dalam UMNO kerana tidak mempunyai darah melayu. Mungkin TUN RAZAK sedar dan insaf peristiwa kejatuhan Melaka kepada Portugis adalah angkara Pedagang India Muslim atau bahasa mudahnya mamak..

Almarhum DATUK HARUN telah membawa mahathir masuk semula ke dalam UMNO demi kepercayaannya kepada Mahathit.(Tak tau la pulak apa yang Madey ni goreng kat Almarhum Tun Razak) 

Buat pengetahuan lu orang wa sangat menyanjung tinggi bekas Menteri Besar Selangor ni beb. Bagi wa beliau adalah Menteri besar terbaik diikuti oleh Khalid yang mentadbir Selangor sekarang. Tidak keterlaluan kalau wa kata wa hanya mengiktiraf dua orang menteri besar ini beb.
Yang lain-lain tu menteri besaq helah saja bro. 

Almarhum TUN RAZAK pula ialah the one and only PM yang wa iktiraf... hahaha sorry beb. PM-PM lain tu lu orang punya PM la bukan wa punya.kihkihkih!

Bagi wa Mahathir menyimpan dendam daripada tindakan TUN RAZAK itu sehingga .. apabila dia berkuasa sebagai PM dan president UMNO , dia telah mengisytiharkan keturunan siam dan portugis sebagai bumiputra setaraf dengan melayu. Mamak pulak ... jangan cerita la berlambak  dalam UMNO ni. Dengan itu kedua-dua etnik ini termasuk mamak mendapat kesemua keistimewaan melayu.

Sehingga hari ini bagi wa , bangsa-bangsa melayu baru yang diiktiraf melayu oleh Mahathir banyak menyumbang kepada kedurjanaan UMNO . Contoh-contohnya lu orang boleh fikir sendiri melalui TV3 , peritiwa  perhimpunan anti Lynas di Penang dan macam-macam lagi. (wa sebut yg terbaru agar lu orang boleh ingat) 

Secara serius bro, wa rasa darjat pemikiran melayu wa lebih tinggi daripada melayu-melayu cap ayam  dalam UMNO. Diorang sanggup jadi balaci mamak. wa walupun tak hebat tapi wa bukan balaci mamak. 

Lu orang pikir ,  berapa banyak mamak naik minyak dalam UMNO sekarang. Menjawat pelbagai jawatan dan menguasai kepentingan UMNO dan negara.. Apa lu orang ingat bangsa wa iaitu melayu tak cukup hebat untuk lu orang pilih...... pungkok la wei! 

Lu orang mesti anggap wa anti mamak secara umum. Tapi yang nyata wa benci mamak sebab kuat belit dan putar alam. Kalau ada mamak yang rasa dia bukan kaki belit dan putar alam... 
maka lu dont wolly (worry) bro sebab lu tak termasuk dalam kategori mamak yang wa benci.

bersambung 

**** wa guna 'almarhum' sebab ustaz kata takde istilah Allahyarham untuk saudara saudari kita yang meninggal dunia. 







READ MORE- Prinsip wa tentang melayu dan persaudaraan.

UMNO MAKAN PENGAT DI SELANGOR PRU13

Ade ke patut muke encem cam  ni lu orang kate cam bulldog. hahahaha!

Majlis makan pengat daging lembus sebagai ganti biskut mayat   secara besar-besaran mungkin diadakan  di Selangor bagi menyambut kekalahan teruk pada PRU13 nanti. 

Pengat pun Pengat lah ye !!!!!

READ MORE- UMNO MAKAN PENGAT DI SELANGOR PRU13

Cikgu Kantoi Berbogel Bersama Murid


      X
di sinilah pelajar yg mengambil gambar ini berada

Apa agaknya akan jadi kalau cikgu diperangkap oleh muridnya seperti dalam gambar ni?  Berbukit-bukit kena maki beb!hahaha!

Wa tak boleh bayangkan rupa mak bapak yang datang ke sekolah serang cikgu yang dibogelkan tuu. Maunya tak marah... , anak jantan machonya dan anak perempuan cunnya dibogelkan di sekolah. Kahkahkahkah! 

Biasa la di Malaysia sekarang ni semua masalah diletakkan di bahu cikgu. Apa tuduhan yang tak dilemparkan kepada guru dalam dunia pendidikan la ni? Semua ada beb haha! Cabul , raba , kekerasan dan pelbagai lagi . Naik muak baca citer pasal cikgu cikgi ni.

Ada la sorang cikgu  (sekarang dah jadi pengetua) kat tempat tinggal wa ni, cakap berdegar-degar.

 'Kita kena guna kebijaksanaan dalam menangani masalah disiplin pelajar ni.' 

Itulah antara kata-kata ala lelaki hebat macho tahap dewa yang pernah dituturkannya. Enam tujuh bulan selepas jadi pengetua , wa dengar cerita dia kene maki dengan budak tingkatan dua . Anak murid dia la tu... Nak terkucil wa ketawa. Bijaksana tengkorak hang! 

Tak bijaksana la kalau sendiri kena maki dengan budak tingkatan dua beb. Lu tu pengetua. Apa kelas pengetua kena maki dengan bebudak. Maknanya bebudak tak respek sama lu. Tau apa pasal?
Sebab lu bahlolsana alias bodohsana. kahkahkah! 

Cakap saja lebey. Pigi da!!!

Pengajarannya: Jangan berlagak bijak kalau sedar diri tak cerdik

READ MORE- Cikgu Kantoi Berbogel Bersama Murid

Friday, March 23, 2012

Syaitan-Syaitan Bisu = Ustaz Sesat Tapi Ustaz Mana?

Ustaz Azhar Idrus yang berani dan bergaya tersendiri


Mari baca , petikan jawapan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah 

Saya datang ni dah berdebar ,dah takut orang letak gitar depan tu. Aaa.. kata sudah la kali ni. Jadi saya pegang kata haram pulak. Kita ada maksud yang tersirat, jangan tengok yang tersurat.

Lepas dari majlis malam tu dua orang musician yang terkenal. Dia dapat mana tak tau no saya. Hantar mesej kat saya nak jumpa. Sebab dia kata kita dah terlibat dengan music. Oo… boleh buat kira cara, dia kata masuk line dah. Ha itu tujuan. Sebab kita dapat pegang kepala-kepala industri hiburan ni. Pengikut dia , dia ada fanatic fan. Dia ada peminat dia dah. Itu tujuan kita

Balik pada program yang kita buat di Shah Alam. Ada seorang tu dia kata benda ni bahaya, boleh menyesatkan orang ramai, sebab program tu ada orang nyanyi, ada Sham Kamikaze main gitar. Jadi kita orang Islam tak patut buat benda macam ni. Bahaya…

Ustaz ni saya lupa nama, baru sekali dua dengar nama dia. Jadi bila kita check, check dia tu. Kita scan, kita trace dia. Dulu dia tak bersuara, sekarang dia bersuara. Dia nak menunjukkan bahawa 80 – 100 ribu malam tu duduk dalam kesesatan. Pasal apa? Pasal Ustaz Aqil Hayy ada nyanyi dan sebagainya.

Bila kita trace, trace rupanya nampak jumpa satu logo satu lambang yang menunjukkan dia cenderung kepada parti tersebut. Lambang tu kerekok, kerekok macam anak katak gitu, warna merah.

Rupanya bila kita duduk pada suatu tempat yang tidak baik, maka datang benda yang tidak baik walaupun kita ustaz. Maknanya kita bersama dengan golongan yang tidak atas kebenaran dah. Kenal tak lagi parti mana?

Dia bersama dengan golongan itu, dia ustaz. Kita tengok kelulusan dia Syria, lepas tu buat master di India. Tapi bila bercakap jadi ‘bodo’.Sebab dia nak mengulas sebuah pihak, dia duk cari salah. Sedangkan kita tak ada orang perempuan joget.

Tapi yang sebelah satu lagi tu , siap dengan orang perempuan membuka aurat, separuh telanjang, joget. Tapi oleh kerana Timbalan Perdana Menteri ada, ustaz ini tak bawa keluar kitab, tak cakap sikit pun.

Ini nak bagi tahu, tak payah kita bagi tahu orang kampung ‘bodo’ tak tau benda ni. Seorang yang master dalam agama sanggup jual agama untuk mendapatkan sedikit habuan daripada pemerintah.

Inilah yang disebut dalam hadis, maksud hadis , bila kau tengok seorang ulama, seorang ustaz, seorang yang alim. Dia pergi kepada pemerintah, dia bergaul palut molek dalam tu.Kuat sangat dia duduk bersama. Maka hendaklah kamu ketahui, itulah pencuri, itulah bapa perompak.

Rupa comel siap ada janggut, apabila bercakap insyaallah, insyaallah, Alhamdulillah . Tapi bila kita buat program, kita buat untuk anak-anak muda ada pilihan supaya tidak hanyut. Dia kata program ini menyesatkan.

Tapi bila program yang sebelah tu, tapi kerana dia cenderung kepada parti tu, maka dia senyap. Inilah dikatakan syaitan-syaitan bisu yang berkeliaran di bumi Malaysia. Berupa atas rupa ustaz, atas rupa ulama.

Ada janggut , pakai jubah cakap masalah sunnah, cakap sandaran perkataan ulama. Tapi kerana duduk atas platform yang rosak dah maka ustaz pun sesat. Dalam keadaan, dalam bandar orang panggil sesat dalam terang bukan sesat dalam hutan. Kalau sesat dalam gelap kita nampak, tapi sesat dalam cerah. Dia ni orang yang sesat tapi tidak berasa sesat.
Jaga, kita patut kena jaga-jaga sekarang ini. Banyak nama-nama atas title ustaz dan sebagainya, sebenarnya hanyalah bertopengkan agama. Mereka inilah perosak-perosak agama, yang mendampingkan diri mereka dengan pemerintah yang zalim untuk menipu rakyat. Yang ini kita kena jaga sungguh-sungguh.

Sebab itu kita tengok dia orang buat dalam facebook , dalam youtube dan sebagainya. Kita jangan persoal, kita trace dulu dia siapa? ni kita pi layan juga.-PASPB

Fuhh! panas beb.. apa macam ada bran lu orang sanggah?
READ MORE- Syaitan-Syaitan Bisu = Ustaz Sesat Tapi Ustaz Mana?

WAJARKAH ORG KELANTAN ANGGAP NAJIB SEBAGAI PM

Penghinaan dan ketidakadilan UMNO BN terhadap negeri Kelantan  tidak harus dipandang remeh terutama oleh anak Kelantan sendiri. Hak yang dijanjikan dalam peruntukan Perlembagaan Negara tidak diberikan kepada rakyat Kelantan.

Tengku Razaleigh Hamzah telah beberapa kali menyatakan pendiriannya tentang hak rakyat Kelantan. Beliau menegaskan hak rakyat kelantan terutama royalti gas perlu diberikan kerana itu hak mereka.


UMNO sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk saluran gas lebih panjang dan tentunya lebih mahal kerana jarak yang jauh dan menggunakan tanah negara asing . 

Perasaan benci  dan dengki UMNO/BN terhadap rakyat Kelantan ternyata sejelas-jelasnya dengan perbuatan tersebut. 

Jika gas di daratkan di Kelantan , rakyat  Kelantan akan mendapat keuntungan dari sudut ekonomi. Inilah yang UMNO/BN tidak mahu. UMNO/BN mahu rakyat Kelantan merana kerana tidak menyokong BN.

PM demi PM mengemudi pemerintahan negara , namun nasib Kelantan tetap sama . Hak tetap tidak diberikan. Malah PM DSH Najib sanggup mengaibkan rakyat Kelantan di mata rakyat Sabah ketika kunjungan beliau ke sana . 

Bagi wa pula, Kelantan tidak miskin tetapi jauh lebih baik daripada negeri-negeri lain di mana tanah-tanah reserve melayunya telah menyusut akibat tindakan buruk lanun-lanun dalam UMNO/BN.

Setidak-tidaknya rakyat Kelantan masih ada tanah milik melayu yang terpelihara dan terus bertambah. Yang lebih penting kesucian agama Islam dipelihara dengan baik di Kelantan walau dalam keadaan yang sering tertekan.

Kepada pemuda pemudi UMNO Kelantan , sedarlah kamu menyokong orang yang salah iaitu orang yang menganiaya rakyat Kelantan termasuk diri kamu sendiri. 
READ MORE- WAJARKAH ORG KELANTAN ANGGAP NAJIB SEBAGAI PM

Noh Hampakan Umno


Najib Razak mengharapkan Nor Omar untuk memenangi hati rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke tiga belas  namun Noh perlu membersihkan dirinya daripada isu-siu yang membabitkan kredibilitinya. 

Noh yang mendakwa mempunyai bukti penyelewengan pasir di Selangor tidak membuat laporan kepada polis mahu pun SPRM Lebih buruk lagi apabila Noh telah gagal hadir bersama bukti penyelewengan pasir ke mahkamah Rakyat - SELCAT setelah dijemput berbuat demikian oleh Setiausah Politik Menteri Besar Selangor . 

Kegagalan Noh berbuat demikian telah menjatuhkan reputasinya sebagai menteri bukan sahaja di mata penyokong PR  malah di mata penyokong-penyokongnya dalam UMNO/BN.

Bukti ketelusan PR dalam isu pasir ini terungkap dengan carta keuntungan pasir sepanjang PR memerintah yang tertera di bawah.  




Jika dibandingkan dengan keuntungan ketika UMNO/BN memerintah , perbezaannya sangat ketara.  


Pada tahun pertama PR memerintah hasil pasir Selangor telah meningkat dua kali ganda dari RM2.9 juta (era UMNO/BN) pada 2007 kepada RM6.3 juta pada 2008 . Pada tahun 2009 hasil Pasir ini merosot sedikit kepada RM5.4 juta  tetapi melonjak kembali pada tahun 2010 kepada RM10.3 juta dan terus melonjak tinggi pada tahun berikutnya kapada RM16 juta. 

Jika pendapatan seperti itu dianggap wujud unsur penyelewengan , Berapa banyakkah yang diseleweng ketika UMNO/BN memerintah Selangor?

READ MORE- Noh Hampakan Umno

Ini baru gentle

Setiap tuduhan disertai dengan bukti. Bukan main sedap mulut sahaja. Titah Sultan Selangor yang disiar di televisyen sebenarnya ditujukan kepada semua. Setiap perilaku buruk UMNO/BN ketika memerintah Selangor yang  dibongkar turut disertakan dengan bukti.



SHAH ALAM,22 MAC : ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan negeri Umno-BN dulu dalam pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.
Shuaimi berkata pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN di dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada 20 MAc agar beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.
Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.
Satim juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.
“Sewaktu sesi perbahasan berkaitan isu tanah dan pasir semalam, ADUN-ADUN Barisan Nasional mendesak saya supaya mengeluarkan bukti dan fakta berkaitan penyelewengan yang dilakukan sewaktu pemerintahan BN dahulu.”
Dalam kes pertama, sebidang tanah seluas 2.86 hektar di Sek 25, Jalan Bukit Kemuning, Klang yang dimohon oleh 11 syarikat swasta dan satu permohonan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Akhirnya, jawatankuasa exco pentadbiran Umno-BN menganugerahkan empat ekar kepada Umno bahagian Kota Raja dan sebanyak tiga ekar kepada MBSA.
Shuhaimi mendakwa dalam permohonan asal, MBSA telah meminta empat ekar manakala Umno Kota Raja tidak mengemukakan permohonan.
“Bagaimana tanah yang sepatutnya MBSA mohon empat ekar akhirnya dapat tiga ekar dan Umno mendapat empat? Umno juga mendapat tanah itu dengan harga yang murah iaitu RM1 kaki persegi.”
Dalam kes kedua, Shuhaimi membongkar cubaan Satim untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera.
“Tanah rizab melayu adalah milik bumiputera dan dilarang menjualnya kepada syarikat bukan milik bumiputera.”
“Umno Bahagian Puchong telah memohon untuk memindah milik tanah rizab melayu kepada Lagi Gemilang Sdn. Bhd yang 75 peratus ahlinya bukan terdiri dari bumiputera,” ujar Shuhaimi.
Walaubagaimanapun usaha tersebut dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam kes ketiga, Shuhaimi berkata Satim telah mempengaruhi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menjual sebidang tanah mereka kepada syarikat Nikmat Inai semasa era pemerintahan Umno-BN.
Pada masa itu, Satim memegang saham di dalam syarikat tersebut.
Tanah itu kemudiannya dijual kepada Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut untung, Shuhaimi berkata.
Umno juga sepatutnya demikian. Berikan bukti untuk menyerlahkan kebenaran .Bagi memmbuktikan kenyataan dan tuduhannya  berasas , maka Noh Omar perlu bertindak serupa dengan memberikan bukti penyelewengan pasir di Selangor di zaman pemerintahan PR.  
Kalau tak ada bukti , itulah fitnah yang sebenarnya.   
Wei Noh ! Lu buktikan lu bukan kaki fitnah... 
amacam boley ka?


READ MORE- Ini baru gentle

Wednesday, March 21, 2012

Support Malaysia Reform


Remove the A-G and Reform

Written by  DIN MERICAN: THE MALAYSIAN DJ BLOGGER

GE 13 is just around the corner. Everyone can feel it. If not, why  would PM Najib Tun Razak go around the country making apologies for the past sins of Barisan Nasional. Why would he scrap the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) which had caused much anger to most civil servants except those who would benefit from it like the mediocre Ketua Setiausaha Negara (KSN-Chief Secretary) Tan Sri Sidek Hassan who mooted that stupid scheme.

It is worrisome that the “UMNO Culture” to reap personal benefits has permeated into the once respected Malaysian Civil Service in such brazen manner that top civil servants would dare to create compensation schemes to benefit themselves instead of the lowly paid civil servants who they are supposed to care for.
Fortunately, Prime Minister Najib has now seen the light and scrapped the SBPA. Unfortunately, the Prime Minister did so only after this issue had been strongly highlighted for months by the Opposition. Sidek Hassan’s contract of service should be immediately terminated for making the government look so bad in this flip-flop policy. He must be held fully accountable for this gaffe.

GE 13 is also the reason why Shahrizat Jalil had to finally step down as Minister. But it is laughable that Wanita UMNO should hail that as her noble act of being a “sacrificial cow’’ over the NFC scandal. It is ridiculous that the rest of the UMNO top leadership should try to make her resignation look like a heroic act to the extent that yesterday TV3 carried interviews showing support for her.

Let’s get our facts right. Shahrizat’s ministerial post depended on her term as a Senator. She was made a senator because she had lost in GE12 in 2008. So, the then PM, Abdullah Badawi, smuggled her into the Senate (Dewan Negara) in order to make her qualify to be a minister. That explained her smugness in shrugging off the NFC scandal as nothing to do with her despite the fact that the shareholders and directors are her children and husband. She must have felt that she owed her office not to the electorate but solely to the Prime Minister. That is what happens when you cheat in elections and appoint losers as cabinet ministers when they feel they are not  accountable to the electorate.

The truth is now revealed. Shahrizat’s “resignation” on Sunday (March 11) is to avoid the embarrassment ofher from being seen walking hand in hand along the court corridors with her husband, the NFC Executive Chairman Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail (right), who was charged in court yesterday for Criminal Breach of Trust (CBT) and other offences.

It would be embarrassing for her, as a sitting minister, and for UMNO which had defended her and the NFC Board. They had previously  blasted the Director CCID Dato Wira Syed Ismail Syed Azizan for going public to say that the Police had already recommended that the NFC Directors be charged but the decision to prosecute is the prerogative of A-G Gani Patail.

“UMNO Culture” of Arrogance

That “UMNO Culture” of arrogance can be seen repeatedly in the examples of Dr. Awang Adek (left) and Azalina Othman who shamelessly admitted that they had received money, not less than RM300,000-  in their  private accounts, but made it look as if it was for a noble cause.

It is repulsive that the MACC can accept such explanations without doing anything, whereas Teoh Beng Hock and Ahmad Sarbaini were detained, subjected to intense interrogation and subsequently died in the hands of the MACC over mere allegations of petty change. In the case of Ahmad Sarbaini and others, their assets were frozen pending investigations. Are the assets of Shahrizat’s family, Awang Adek’s and Azalina’s frozen pending investigations? What is apparent to the public is that when UMNO strongmen and strong women openly admit receiving bribes and justify their acts of gratification, the MACC seems powerless to act.

 Gratification Culture ala UMNO

The “UMNO Culture” of gratification can be seen in the Kidex RM2.2 billion project awarded to Emrail Sdn Bhd and Zabima Engineering Sdn Bhd, two companies owned by UMNO lawyer Hafarizam Harun(right) and UMNO former Chief Justice Zaki Azmi, as a reward for their efforts to oust the Pakatan Rakyat state government in Perak.

GE 13 is very near when you see Tun Ling Liong Sik’s defence being called in the trial over the PKFZ scandal. That is a lesson they learned from the Altantuya’s murder by C4 case when they released Razak Baginda without calling for his defence whereas it was Razak who hired the Police UTK boys to help him out of that problem.
In the end, Razak is a free man enjoying himself in London from the Scorpene submarine multi-million ringgit commission while the UTK boys are in prison on death row.  Sadly, that is the Malaysian story where the big and powerful go scot free and the small people become scapegoats and are left to pick the pieces.

The Fate of DSP Baharin, DSP Hong et.al 

That was also the fate suffered by DSP Baharin, DSP Hong and those other policemen who were  ..................


READ MORE- Support Malaysia Reform

Tuesday, March 20, 2012

MUZIUM BESI BURUK RM7.3B

KOMISEN  SEBANYAK EUR 114 JUTA


114,000,000.00  EUR
=
461,825,741.72 MYR
convertion dibuat pada jam 2.00 am bertarikh 20 Mac 2003


Empat ratus enam puluh satu juta lapan ratus dua puluh lima ribu tujuh ratus empat puluh satu ringgit tujuh puluh dua sen

Nak sebut pun susah apatah lagi nak simpan duit banyak tu. Satu  jumlah wang yang sangat besar untuk dikira sehelai demi sehelai helaian note RM50. Agak-agak berapa masa yang perlu diambil  kalau kira sorang-sorang? mau lebam mata mr Johor born mengiranya... kahkahkah!


Wang yang diterima secara salah tersebut adalah wang pembayar cukai. Apabila disebut pembayar cukai tentulah rakyat Malaysia sendiri dan segelintir warga asing yang berniaga di sini.

Sekiranya BN telus dalam melaksanakan kebajikan rakyat, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk beberapa agenda demi kepentingan rakyat.


Menurut seorang blogger jumlah tersebut lebih daripada jumlah gaji setahun  semua guru sekolah rendah di Perancis. Manakala (selepas wa kasi kira) di Malaysia pula ia mencukupi untuk memberi rumah kos rendah percuma kepada 10262 keluarga rakyat melarat berdasarkah harga RM45.000 sebuah.

Sekiranya rumah-rumah tersebut dibina melalui SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) Jumlah rumah yang mampu diberi kepada rakyat boleh mencecah sekali ganda atau sekurang-kurangnya pertambahan 2500 buah rumah lagi menjadikannya 12762 buah rumah.

Penyiaran siri 'Bersamamu' di TV3 membuktikan bahawa mereka tahu dan sedar akan kesukaran hidup rakyat Malaysia yang ditadbir perintah sehingga ada yang tinggal merempat di dangau-dangau beratap plastik dan berdindingkan papan lapis terbuang di kawasan buangan sampah dan kawasan-kawasan yang tidak terfikir dek kewarasan akal.

Kepada para pejuang ABU teruskan cita-cita murni anda kerana anda adalah pejuang walau hanya menulis demi memberi kesedaran kepada bangsa Malaysia betapa perlunya mereka ini diturunkan.

hari ni wa pakai bahasa baku beb... hahaha!
Wa solute lu all



READ MORE- MUZIUM BESI BURUK RM7.3B

Monday, March 19, 2012

Lelaki Dayus






ORANGNYA TAK LAWA BEB TAPI MANISSSSS GITU

Bonda wa dulu suruh cari yang macam ni laaaa.. 
Dapat dah tapi baru sorang . hikhikhiks!  Bonda wa suruh kasi komplete  maksimum (4 orang) macam ayahanda wa. haha!  Malangnya wa tak sehensem ayahanda wa ..   ati teringin sangat-sangat... kahkahkah! 


Bonda wa pesan , lebih baik beristeri banyak daripada berzina banyak, Bergaduh dengan bini pun malam boleh kasi pujuk.... Itulah bonda wa.  Semoga  Allah menempatkan rohnya di sisi roh wanita solehah dan ibu mithali, dipermudahkan hisab baginya , Semoga Allah tetapkan kakinya ketika meniti jambatan siratal mustaqim serta mengharamkan rambut dan kulitnya daripada api neraka.Amin.       ( jgn lupa doakan ibu bapa lu worang sama ada masih hidup atau sebaliknya..) 


Berbalik pada cerita beristeri lebih dari satu ni wa nak kongsikan pendapat member wa , seorang ustaz tapi sempoi abis. Dia kata lelaki Islam hari ini banyak yang dayus kerana lebih takut pada isteri daripada takutkan pembalasan Allah. haha  terkedu wa beb! 


Lantaran itu ramai lelaki yang mempunyai kekasih gelap, wanita simpanan dan tidak kurang yang melanggan pelacur terutamanya lelaki-lelaki berpendapatan tinggi serta cukup syarat untuk beristeri lebih dari satu. Sebaliknya yang kurang kemampuan ekonomi yang berani  berkahwin 2-4  . Tetapi setakat kahwin saja, tanggungjawab sebagai suami dan bapa sering terabai.Kata dia bukan kata wa...


hehehe! Bukan nak jadi ustaz cuma sekadar berkongsi cerita. Wa rasa betul tu. lu worang tanya la ustaz, lu worang jgn terus terima pakai saja.


Sifat semula jadi  lelaki-lelaki dari dulu, kini dan selamanya. Walau diri tak sempurna tetapi inginkan isteri yang sempurna tahap dewa. 


** kalau nak anak lelaki lu bergelar mamak macam yang ISA siarkan tu leh la gi penang cari no 2 kat sana... gud luck.



READ MORE- Lelaki Dayus

Investigating Judges Named in Malaysia Submarine Graft Case



Written by Celine Boileau and John Berthelsen  - asia Sentinel     
SUNDAY, 18 MARCH 2012

French case draws closer to Malaysian officials
Two magistrates have been nominated in Paris to investigate the politically explosive 2002 purchase of Scorpene submarines by the Malaysian Ministry of Defense when Najib Tun Razak was Defense Minister.

The case focuses on a 1.2 billion euro contract called a “programme soumalais” with the state-owned French defense giant DCNS, formerly known as DCN. The contract was later transferred to Armaris, a joint venture between DCNS and the French company Thales. In questioning in the Dewan Rakyat, the Malaysian Parliament, it transpired that a €114 million (US$150 million at current exchange rates) commission had been paid to a newly-minted company called Perimekar Sdn Bhd, nominally owned by the wife of one of Najib’s best friends, Abdul Razak Baginda, then the head of a Malaysian think-tank.

It is likely to take several years before the case comes to fruition. In the meantime Najib, now Malaysia’s prime minister and head of the United Malays National Organization, the country’s biggest political party, is preparing for snap elections, possibly in May or June, according to political observers in Kuala Lumpur.

At the heart of the story are allegations of a massive scandal involving not only Malaysian officials but top French politicians and arms purchases in Pakistan, Taiwan, India, Chile, Argentina, Saudi Arabia and other countries as DCNS geared up to sell naval equipment across the planet. The allegations include blackmail, kickbacks, a string of murders in Pakistan, Taiwan and Malaysia and involvement of such top figures as former French Prime Minister Edouard Balladur and others.

Other magistrates are handling different aspects of the affair. One, called “l’affaire Karachi,” has raised suspicions of the involvement of the current French President Nicholas Sarkozy, who faces a difficult re-election campaign. Sarkozy has angrily denied any involvement. In that case, the deaths of 11 French engineers who were blown up in Karachi was first laid to a bomb set by Al Qaeda. However the bomb was later believed to have been set off by Pakistani military officials angered because the French had reneged on bribes promised by Balladur but cancelled by Jacques Chirac after he defeated Balladur for the presidency.

Judges investigating the affair have been probing whether Balladur received “retro commissions” or kickbacks for the contract. Balladur has given no credible explanation for 10 million French francs (€1.5 million) which found their way into his campaign coffers. Sarkozy was his campaign finance minister at the time.

In accordance with the French legal system,...... read more > 
http://www.asiasentinel.com
More Scorpene Scandal News - http://www.asiasentinel.com

READ MORE- Investigating Judges Named in Malaysia Submarine Graft Case

Peniaga Yang Dungu



Di Terengganu,
  • DOTDOT menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar. RM 

Penjualan dan pengambilalihan tanah tanah reserve melayu oleh ?iwak-?iwak dalam parti DOTDOT yang di ketengahkan oleh beberapa blogger pro reformis sejak akhir-akhir ni memang menakjubkan. Wa pasti maklumat ni tepat dan betul Kalau tak betul pasti lama dah bloger-bloger ni ke 'dalam' setidak-tidaknya kena saman.Takjub wa beb! 

Dalam banyak-banyak info tentang tanah tu wa terbaca yang wa quote  kat atas tu. Kelakar  sekelakarnya beb! Dungu, tolol, mangkuk, bahalol tah apa lagi yang wa boleh tulis untuk mengambarkan betapa tidak bijaknya peniaga tanah tu. Seekar tanah dijual dengan harga RM500.00 ???? 
RM 500.00 x 300 ekar = Rm 150,000.00. perghhhh!! murah gile beb.. 

Gebang sana sini seolah-olah bijak sangat. Ptuihhh! 

Mung kate mung bele orang melayu nape mung jual ke  Berjaya Group???

Setakat RM 500.00 tu orang melayu boleh beli la wei !!!!!... apa pasal tak offer? sebab melayu kannn? kalau jual kat melayu setidak-tidaknya RM 3000.00 seekar. Apa? orang melayu liat nak keluar RM150,000.00 ? 

Pergh!!! silupa mau langis wa bro! 

Apa diorang ingat Tokan-tokan ikan dan kepok lekor kat Tganu Kite tu   takde duit ke? Apa ko ingat diorang tak tau kepentingan tanah? 
300 ekar tu beb! Memang SIALLLLLLLLLLLLLLLLL wa cakap lu.....

Orang melayu ni pandai menilai kepentingan tanah wa cakap lu... Berapa banyak pertelingkahan berlaku kerana tanah? Siap ada yang berbunuhan lagi.... hahaha!

Sebanyak itu penjualan dan pengambilalihan tanah reserve Melayu namun spesies peniaga-peniaga tahap lembu ni masih belum puas  lagi.  

Selangor punya cerita pulak cam ni >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Senarai pemimpin parti DOTDOT Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina " Lu orang tengok sini

sedey kannnn!!! siap ade yang jual tanah tapi kene kencing hahaha!

Dengan pendedahan demi pendedahan tentang keburukan puak-puak ni, masih patutkah  mereka diberi peluang memerintah Malaysia? Nak tunggu sampai orang-orang Melayu kehilangan tanah-tanah milik sendiri? Tunggu melayu jadi pengemis di tanah sendiri..... cam tu ke? Masa tu baru nak sedar dan insaf?  

Diorang dah cipta lagu tentang bende-bende ni beb. lu orang ingat lagu 'anak kecil main api'? Lagu wayang kulit untuk membuatkan bangsa melayu menganggap mereka benar-benar memperjuangkan nasib bangsa melayu.  

Masalah kita di sini.........

Berapa keratkah melayu yang kaki internet. Bukan nak suruh tengok blue atau seumpamanya tapi maklumat-maklumat penting daripada berita-berita online seperti malaysia kini,harakah daily, merdeka review, dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Blog wa ni boley kasi tolak tepi la...

Nak harap kempen ahli politik memang boleh tapi kebelakangan ni asyik kene baling batu jer cam mana nak konsentrate beri maklumat. Masa berceramah kepala wotak asyik teringat batu dan kayu melayang jerrrrr....
kahklahkahkah!!!!! 


**** pasal mamak pulak berderap ati wa beb mengenang sejarah sejak era melaka hingga kini. 

READ MORE- Peniaga Yang Dungu

Islam agama keliru

Memang haramjadah puak-puak porno ni. Yang tak tau pasal agama nak tunjuk hebat pasal agama. Buat macam-macam  statement pasal agama untuk menunjukkan betapa habatnya ilmu agama ?iwak-?iwak  tuu. Yang pandai pasal agama pulak dok pusin penin bagi ulasan dan alasan.Tak ke dajjai namanya?


Pergh! wa cakap lu. Wa bukan ulamak beb. Tapi wa masih tau yang mana betul dan yang mana tak betul. 


Yang wa lagi  pelik beb..,,
Suku sakat ?iwak-?iwak ni siap tepuk tangan lagi bila ada ?iwak yang hina nabi dan hina hudud. FUHHHHHH berderau darah wa beb. Nak melenting wa takde keting macam belalang . Nak ngamuk wa takde pistul. Kalau ada pistul pun dorang lagi banyak pistool , senapannn, jhet pejuang dan kapal selem (walaupun tak leh nyelem tapi besi tu beb,  wa nak langgar dgn lutut keeeee?)


Dalam kita sibuk beri kefahaman tentang islam kepada bukan islam dan dengan izin ALLAH ramai yang memeluk agama Islam setelah mendapat hidayat; Mangkok-mangkok ni pulak buat onar.Islam itulah , islam ini lah. 


lebih kurang cam ni kaedahnya


Sepatutnya kata                       : ular tedung selar
Mereka kata                             : ular tedung seluar
Sepatutnya kata                       : ulaq tedung selaq
Depa kata                                 : ulaq tedung seluaq
Sepatutnya kata                        : ulo tedung selo
Deme kata                                : ulo tedung sluo


Sudahnya saudara-saudara baru dan yang baru nak jadi saudara-saudara baru jadi  Pfennnning!!!! . Mau tak fenin? Masa belajar kat Jakim Ustaz kata dari Al Quran . Datang pulak pemimpin Islam????  kata bukan dari Al Quran tapi ciptaan ulamak fekah. 


Kihkihkih!! Syaitan Laknatullah pun ketawa . Bukan ketawa kuat  tapi ketawa sinis. Ketawa sinis kerana  satu lagi agendanya telah berjaya .... agenda mengelirukan manusia . 


lalali! lalala!....... kihkihkih! kahkahkah! cicit syaitan menyanyi dan ketawa gumbira lalu terbang menyertai suku sakatnya yang sedang menghasut manusia di PWTC.

*** tu pasal wa ajak lu worang buat AMM

READ MORE- Islam agama keliru

Sunday, March 18, 2012

Skandal Scorpene . Berita Baik Buat PR



Berita baik buat PR ... Itulah yang mampu wa perkatakan dalam luahan hati pepagi buta ni. 

Berita pendakwaan yang didedah oleh Malaysia Kini itu , walaupun hanya memberi fokus utama kepada syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS, namun mampu memberi impak besar kepada perkembangan politik tanah air terutama di saat-saat genting menjelang PRU13 yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat.

Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam urusniaga tersebut.Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.

Pembelian yang melibatkan sebanyak RM7.3 bilion wang rakyat itu perlu penjelasan wajar dan tepat.Sasaran memang kepada DCNS namun rakyat Malaysia akan mendapat penjelasan tepat tentang skandal yang memalukan negara ini. 

Lebih baik lagi jika individu-individu yang terlibat menerima sogokan tersebut diketahui umum bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan dengan betul berasaskan fikiran yang lebih bertamadun dan terbuka.

Kredit yang tinggi harus diberikan kepada NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram yang bersusah payah menggegar Perancis bagi mendapatkan keadilan untuk rakyat Malaysia.

Kepada Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel dan anggota-angota Suaram, Wa lespek sama lu orang beb!

For Malaysia. New Malaysia.
READ MORE- Skandal Scorpene . Berita Baik Buat PR