KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, March 31, 2012

Bini Murah Rezeki


Orang tua-tua kata kalau dapat isteri lebih tinggi daripada kita murah rezeki. Kat sini banyak awek-awek yang tinggi. 
Sapa nak? 
Wa offer ni sementara stok masih ada... hehehe!

kalau isteri wa cam ni alamat wa jadi yes man la... takut beb tapi sayang. hahaha

fuhh! Agak-agak anak wa boleh jadi macam mak-mak ni tak
Tenggelam jantan kat bawah nii.

Yang kat bawah ni lucas sikit .. sorry

Pergh!! kena pakai tangga ni. kalau ada escalator lagi bagus

Ada sapa=sapa berkenan boleh hello wa . hehehehe!
Tapi lagi baik lu orang order kat glamgalz.com
Diorang boley kasi kautimmmm

hanya sekadar renungan santai hari Ahad
geram gak kannn?
ahaks!



READ MORE- Bini Murah Rezeki

Anak Setan 666

Pergh!! Melampau budak ni . Anak melampau sebab mak dia terlebih dahulu melampau pakaiannya.



KAN DAH DAPAT MALU.. KAHKAHKAH
Nasib baik pungkok licin Kalau berkurap kan lebih maluuuu!

Ptuihh! bodoh.
Harap-harap perkara begini juga berlaku kepada ibu-ibu keturunan melayu yang mengaku Islam tapi perangai dan peradaban tak macam orang Islam supaya mereka sedar dan insaf.

ADIOS..

*** TENGOK SEKALI JER TAU JANGAN DUA KALI
READ MORE- Anak Setan 666

Patutlah Lynas Perlu Diteruskan...


Kemusykilan demi kemusykilan timbul apabila kita fikir dan kaji pasal rare earth ni. Sebelum terlambat BN harus bertindak wajar. Wajar mengikut kepentingan Negara dan rakyat. Bukan untuk kepentingan pemilik sebenar Lynas yang  bagi wa masih misteri. 

Kalau tiada pihak yang mendapat keuntungan daripada kewujudan Lynas, tidak mungkin Lynas perlu berada di Malaysia
Dipetik daripada  artikel wa yang bertajuk Teori Bangsat Wa Tentang Lynas

Alhamdulillah.... Hari ini telah ada pendedahan tentang pihak yang mendapat keuntungan daripada kewujudan Lynas di Malaysia.


Siasahkini melalui artikelnya bertajuk ' Rupanya Si Tua Kutuk Ni .......telah melaporkan seperti berikut:-

 PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau  mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?

Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia Stop Lynas’ (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Kemudian beliau menyatakan bahawa beliau menentang pembinaan kilang kuasa nuklear kerana bahan sisa nuklear akan terus mengeluarkan radioaktif yang berbahaya untuk berjuta-juta tahun lamanya dan tidak ada kaedah yang betul-betul berkesan untuk menghapuskannya.

Nak tahu siapa yang dapat keuntungan dari kewujudan Lynas lu orang kena pergi  ke sini   sebab wa tak sanggup nak tulis nama-nama mangkok tu. Geli beb!!!

Jika berita ini benar maka kredit harus diberikan kepada penulis artikel tersebut. Semoga selepas ini banyak lagi pendedahan tentang pemilik sebenar lynas atau sekurang-kurangnya pemilik saham Lynas.


Jika  Anak Malaysia dan negara tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada kewujudannya , maka Lynas perlu berambus dari Malaysia.


Adios.
READ MORE- Patutlah Lynas Perlu Diteruskan...

Friday, March 30, 2012

Penjawat Awam Kene Game

Penjawat Awam mula mencebikkan bibir apabila ditanya tentang pelarasan gaji atau tunggakan gaji. PA dah malas nak komen. Rata-rata PA malas nak bincang perihal kenaikan gaji mereka yang sepatutnya dinikmati sejak Januari 2012. Kekecewaan terungkap pada wajah mereka.


Dalam diam PA masih menunggu dengan penuh harapa agar apa yang dijanjikan segera dikota. Kenaikan gaji 13% yang telah dicanang hebat oleh media arus perdana dan media maya masih tiada tanda-tanda akan dilaksanakan.


Berita yang menyatakan tunggakan gaji akan dikredit pada akhir April 2012 mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana semua jabatan belum menerima pekeliling perubahan gaji tersebut.Tanpa pekeliling bermakna tiada pengiraan gaji baru dapat dilaksanakan.


Berita "Quepac Mahu Anggota Suruhanjaya Diumum Sebelum 31 Mac" yang dipetik daripada blog QUEPAC menambah  lagi kekusutan dan  teka teki kenaikan gaji 13%. Kenyataan QUEPACS ini bermakna masih ada perkara yang belum selesai dan perlu diselesaikan sebelum pemberian kenaikan gaji 13%.
Soalnya bila nak selesai


Wa kesian kat lu orang wahai PA. Kene Kencing Kotttttt!!


Apa lu orang berani tukar kerajaan seperti yang digebang oleh pengerusi QUEPACS lu orang tu?


Apa nak takut beb. Zaman dulu-dulu boleh la diorang tukarkan lu orang ke sana .. ke sini. Sekarang diorang dah sengkek. Mana ada duit nak tampung kos pertukaran lu orang kalau 50% PA undi PR.


Kalau ada duit pun lebih baik diorang bela lembu kat negeri lain pulak. hahaha!

kalau lu orang dikencing..... 
pastikan lu orang kencing balik. baru puas hati..
READ MORE- Penjawat Awam Kene Game

Kak Pidah Wa Cabar Lu




Kak Pidah Kena Usahakan Supaya Parti Melayu Hanya Untuk Melayu

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang,"

"Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'.

"Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi.

Kebangkitan Melayu dalam UMNO sangat perlu bagi memenangi kembali hati pengundi melayu.Semua pijat-pijat yang ada dalam UMNO perlu diturunkan pangkat atau kalau perlu dibuang terus. 

Kehadiran melayu-melayu baru dalam UMNO perlu disekat malah melayu-melayu baru yang ada dalam UMNO sekarang sebaik-baiknya digugurkan keahlian kerana Jiwa mereka bukan jiwa melayu  dan  hati mereka bukan hati melayu. 

Politik UMNO telah mengikut acuan politik mereka sedangkan sepatutnya mereka mengikut acuan politik UMNO. Sehingga UMNO hari ini mejadi parti politik melayu yang dikeji oleh orang melayu sendiri. Sebab apa? Sebab demer tu la Kak Pidah....
Setidak-tidaknya demer tu menyumbang 50% faktor kebencian orang melayu pada UMNO

Simpan buat apa ?
Humban jer la..

Apabila orang kata 'melayu metalik' kita pun terasa marah sebab dia duduk dalam parti kita.Demer duduk jawatan tinggi dalam parti , orang melayu hanya jadi tukang sorak sampai kelihatan tak macam wanita melayu lagi.Kesian makcik-makcik tu diperlembukan dek demer.

Kak Pidah tak geram ke tengok gambar-gambar  kat sini

Lu pikir la Kak Pidah. 
Wa tau lu lagi ada itu power ma.
Jalum kasi jalan ma..pelan-pelan cucuk. hahaha!

 I Love Perak.






READ MORE- Kak Pidah Wa Cabar Lu

Scenario Di Restoran Gua !!


Kalu lu orang perokok tegar wa ada kasi special space untuk lu orang menyantap asap rokok  tanpa menjejaskan orang lain..

Apa macam..
READ MORE- Scenario Di Restoran Gua !!

Wednesday, March 28, 2012

Anwar agen yahudi korokmu




Sikap talam dua muka Umno Barisan Nasional itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan pada 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.
Dokumen itu turut menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel, lapor sebuah blog.
Menurut blog berkenaan, di depan rakyat, kerajaan menunjukkan seolah-olah negara ini bersikap anti-Israel, tidak menjalinkan sebarang hubungan, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
“Tidak cukup dengan itu, jika dirujuk kepada pasport antarabangsa, Malaysia melarang rakyat untuk melancong ke Israel.
“Namun dalam diam-diam, di belakang rakyat, Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel,” ujar blog Milosuam.blogspot.com.


Tak cukup-cukup lagi ke menipu melayu? Sialllll

Macam mana melayu UMNO .. 
Nilai semula siapa yang kamu sokong. Berubahlah. 
Kalau pernah jahil jangan terus-menerus jahil.






READ MORE- Anwar agen yahudi korokmu

Sekolah Orang Cam Ni.... Sekolah Kita?


VITTRA TELEFONPLAN SCHOOL 
STOCKHOLM, SWEEDEN

Sekolah Impian Setiap Pelajar










JENG, JENG, JENGGGGGG


INI LAH SEKOLAH KITA


Sedih Knnnn???
Negara Kita Kaya Tapi Sekolah Kita Cam Ni
Apa pasal?


kihkihkihkihkih!!!



adios

READ MORE- Sekolah Orang Cam Ni.... Sekolah Kita?

Tuesday, March 27, 2012

Rampas Tanah pale wotak lu

KAHKAHKAHKAH.. 
ANGKARA TERDESAK PERLUKAN ISU KOT



SHAH ALAM 26 MAC : Kerajaan Negeri tidak pernah merampas tanah pertanian rakyat di Bestari Jaya seperti yang di laungkan perserta demo di sana Sabtu lalu.
Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari hari ini tampil dalam satu sidang media untuk menjelaskan isu sebenar di sebalik tuduhan tersebut.
“Hakikatnya, tanah itu yang sebelum ini milik TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) yang diusahakan oleh Kementerian Pertanian sudah diberi milik kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) pada tahun 2007 iaitu sebelum Pakatan Rakyat mentadbir di negeri ini.
“Jadi, dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sekarang  merampas tanah berkenaan daripada petani adalah meleset sama sekali, kemungkinan ia dilakukan oleh pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas isu status tanah tersebut” jelas Yaakob.
Menurutnya lagi, walaupun diputuskan oleh Mesyuarat Exco bahawa tanah itu milik KDEB, Kerajaan Negeri masih menjalankan perbincangan dengan pihak KDEB bagi membolehkan penduduk setempat memperoleh hasil daripada tanah itu.
“Pihak KDEB bersetuju untuk membenarkan petani mengusahakan tanah itu dengan syarat mereka perlu menyewa tanah tersebut daripada pihak KDEB.
“Sehubungan itu, kita akan mengadakan pertemuan antara petani dengan pihak KDEB bagi menjelaskan terma yang lebih jelas dengan cadangan tersebut,” terang Yaakob sambil menambah pertemuan itu dijangka berlaku pada April nanti.
Tanah tersebut berkeluasan 745 ekar dan diusahakan oleh 35 petani yang mengusahakan ternakan ikan dan juga pertanian seperti penanaman buah-buahan.
Semalam, media pro-BN menyiarkan laporan menyatakan Kerajaan Negeri mengeluarkan notis 14 hari kepada 22 petani. Bagaimanapun, ketika ditanya, Yaakob menjawab kesemua yang mengadakan demo tersebut bukanlah petani yang dikatakan mengusahakan kawasan berkenaan.selangorku
READ MORE- Rampas Tanah pale wotak lu

Menang la UMNO kali ni



KUALA SELANGOR, 26 Mac: Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.
Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.
Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. baca lagi di sini



Bagi wa pula..

Berdasarkan laporan tersebut , dapatlah disimpulkan bahawa rakyat Selangor menerima pemerintahan PR dengan baik. Kejayaan PR mentadbir Selangor dalam masa empat tahun ini sangat bermakna buat trakyat Selangor. Pelbagai peningkatan prestasi ekonomi dan kepentingan rakyat berjaya dilaksana walau pun PR sentiasa mendapat banyak tekanan daripada UMNO dalam pelbagai bentuk.



Di sebalik cabaran dan dugaan PR terus gah menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Selangor yang telah memberi kepercayaan dan mandat menerajui pemerintahan negeri terkaya Malaysia ini.

Kehadiran 20,000 orang pada malam itu dan 50,000 orang pada ceramah sebelumnya menunjukkan petanda buruk kepada UMNO. UMNO yang cuba menjatuhkan PR dengan pelbagai tuduhan tanpa bukti membuatkan rakyat meluat dan menyampah.Isu yang melibatkan Orang Kuat UMNO iaitu Noh Omar terutama isu yang melibatkan  wang bantuan kepada petani memburukkan lagi keadaan. 

wa hanya nak ketawa... kahkahkah
akhirnya melayu Selangor sedar juga.


Undilah PR . 
Say no to UMNO
UMNO perosak bangsa Melayu

READ MORE- Menang la UMNO kali ni

Monday, March 26, 2012

Apa Nasib Peneroka .. FGVH rugi




FGVH rugi membabitkan peneroka atau tidak? Kalau peneroka terbabit ,Apa nasib mereka  apabila disenaraikan kelak? Apakah kemusykilan yang ditimbulkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah akan benar-benar berlaku. Jangan sampai hilai tawa peneroka bertukar menjadi tangis syahdu sudah lerrr!

READ MORE- Apa Nasib Peneroka .. FGVH rugi

Kak Fidah, Help!!!!!

Kahkahkah! Melayu oh melayu.


Lu orang tengok gambaq-gambaq kat bawah ni.. Lepas tu fikir Siapa perbodoh siapa. 

Gambaq ni dulu...


Lepas tu yang ni pulak 





Aduh Sadisnya!



 Kerana Parti makcik-makcik ni sanggup diperbodohkan.. Kesian. Tak pernah terasa ke bahawa diri diperbodohkan?

Kak Fidah mana?  Tak teringin nak pangkah  combi  ni ke?
Pangkah Kak Fidah. Jangan tak pangkah. 
Tak MGS la kalau tak berani pangkah.

Apa macam? mamak ok tak?
Dia buat taik melayu dapat busuknya
Berfikir la wahai melayu.

to Ameno world  sori wa cilok gambar-gambar ni.
READ MORE- Kak Fidah, Help!!!!!

Rizab Kewangan Selangor meningkat RM1.1 bilion


Inilah antara bukti PR lebih hebat dan lebih telus daripada UMNO/BN walaupun baru 4 tahun memerintah Negeri Selangor.Rizab Kewangan  negeri Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion iaitu sekali ganda berbanding RM 800 juta ketika era pemerintahan  UMNO/BN.


Dipetik dari, 
Harakahdaily  25Mac 2012



Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat pada 2008, Abdul Khalid juga memberi komitmen bahawa pasukannya akan meneruskan banyak lagi program kebajikan kepada rakyat jika masih dipilih pada PRU-13 nanti.


"Orang kata bagi air percuma kita akan bankrap, tapi sudah empat tahun, bukan kita bankrap tapi kita makin kaya dan rakyat mendoakan kita menjadi lebih maju.


"Kita akan perkenalkan beberapa program lg yang akan memberi manfaat kepada suri rumah tangga, ana-anak dan belia," katanya lagi.


Amalan pentadbiran yang bersih dan cekap oleh Pakatan Rakyat ujar Khalid, telah menjadikan Selangor  jauh lebih baik dari sebelumnya.


Hasil itu juga katanya, hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri diagihkan kepada rakyat.
"Rizab kewangan negeri Selangor 2005 (zaman BN) adalah sekitar RM800 juta, tapi selepas empat tahun Pakatan Rakyat perintah, rizab kita sekarang RM1.9 bilion.
"Rakyat tidak disia-siakan. Selangorku dan merakyatkan ekonomi tak akan meninggalkan sesiapa.


"Selangor kaya, kekayaan ini lah kita akan salurkan kepada rakyat," katanya sambil menyeru rakyat Kuala Selangor untuk sekali lagi bersama Pakatan Rakyat untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat negeri ini.



Selangor terus maju bersama Pakatan Rakyat. 


Undilah Pakatan Rakyat. 
READ MORE- Rizab Kewangan Selangor meningkat RM1.1 bilion

Sunday, March 25, 2012

Anwar & Yahudi lagi..





Sibuk sangat puak-puak porno ni menyiarkan pasal Anwar Ibrahim ni. Lepas porno , yahudi . Lepas yahudi porno. Tak habis-habis.


Anwar punya hubungan dengan yahudi yang lu orang heboh-hebohkan belum terbukti. Tanpa bukti bermakna benda tu masih di awang-awang. antara benar dan salah. Antara kenyataan dan fitnah.


Sebaiknya melayu harus berfikir. Fikir yang mendalam bukan mengikut fahaman politik konyol yang lu pegang.


Dalam hal Anwar Ibrahim dengan yahudi ni, bagi wa hanya satu bentuk penyembunyian kebenaran. Setelah hubungan kerajaan Malaysia dengan Israel terdedah beserta dengan bukti dan diakui para menteri yang berkenaan, maka wujud rasa takut. Takut rakyat marah. Terutamanya bangsa melayu yang menjadi majoriti pengundi di Malaysia tercinta ini.


Rentetan peristiwa


1. BLOGGER dedahkan kapal dagang Israel berlabuh di Pelabuhan
    Klang.
2. Menteri nafikan kehadiran kapal dagang tersebut.
3. Blogger dedahkan surat-surat hubungan PM lalu dengan PM
    Israel
4. Blogger dedah pertemuan Zahid Hamidi dengan org penting
    Israel dan kunjungan Zahid ke Israel.
5. Pak menteri akui kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang
6. Pak Menteri akui berlaku hubungan dagang antara Israel dengan
    Malaysia tapi di peringkat Syarikat Swasta.
7. Pak menteri akui hubungan Malaysia dengan Israel wujud. 


Sori tarikh wa tak ingat.


Rentetan peristiwa di atas adalah benar dan nyata. 


Bagi mengalih pandangan rakyat terutama melayu, pelbagai usaha dilakukan untuk menutup cerita hubungan Malaysia dengan Israel.
Dan Anwar adalah subjek yang terbaik kerana mempunyai kewangan kukuh untuk memimpin sebuah parti besar bagi menentang Barisan Nasional. Lebih syok lagi Rakyat bawahan tak tahu dari mana sumber kewangan Anwar.


Dari mana sumber kewangan Anwar? Maka diwujudkan cerita Anwar menerima sumbangan kewangan Yahudi. Malangnya cerita tersebut hanya cerita tanpa sebarang bukti didedahkan. 


Oleh kerana cerita tersebut didedahkan melalui TV dan semua media kawalan Barisan Nasional maka ia ditonton dan dibaca oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia berjumlah hampir 28 juta. Tanpa penerangan rapi maka ramailah yang percaya akan berita tersebut walaupun tanpa bukti disertakan.


Manakala Rentetan peristiwa yang wa tulis di atas hanya dibaca oleh manusia-manusia yang mencari berita melalui internet. 


Berkekek-kekek penyokong UMNO ketawa. 
Ketawa kerana parti mereka dipandang mulia walaupun durjana.


Lu orang fikir la wei...
Antara yang berbukti dengan yang tanpa bukti yang mana benar?


Apa yang wa tahu Anwar banyak mendapat tajaan daripada kumpulan Persaudaraan Islam yang ada kaitan dengan Al-Rajhi Bank, Pembesar-pembesar dan raja-raja dunia Arab. 


Wa pernah baca tentang sumber kewangan anwar yang melibatkan dana Arab tu tapi bila wa cari balik untuk bagi link kat lu orang. Tak jumpa pulak. Teks tu dalam bahasa inggeris. 
Panjang lebar penjelasannya.


Pikir beb! Jangan tak pikir.


adios....


***** Anwar Ibrahim bukan faktor wa menentang UMNO tapi wa menentang UMNO kerana UMNO sendiri.






READ MORE- Anwar & Yahudi lagi..

Gendang Perang VS Gendang Porno






Kesian jugak puak-puak ni. Sedarkah diorang bahawa pengundi hari ini memang tak mahukan UMNO dan BN. Lu orang letak filem Anwar membontot di TV sekali pun . Pengundi tetap tolak UMNO. Faktor utama ialah UMNO bukan Anwar. Next PM? takde masalah wa pun boleh... hahaha!



Wa nak tanya....
Bila Ezam , Najib dan Muhyidin Yasin menyatakan pendirian mereka bahawa mereka bukan homoseks? Soalnya pernahkah mereka menyatakan pendirian mereka tentang hal itu dan  Kalau tak pernah maka layakkah mereka juga dituduh pengamal homoseks?  albahlol sungguh depa ni, no......

Ni baru Ezam punya intro. Lepas ni kita tunggu pulak Intro daripada  geng-geng dia yang sama hebat terutama Umi tu. Ada orang panggil dia ustazah pilihanraya UMNO. Dengar khabar dia ada beberapa bukti aktiviti sex anwar ibrahim. 


Anwar Ibrahim The Hustsler
Fuhh! Jantan sungguh Anwar Ibrahim ni. Rasa-rasanya kalau wa jual cd blue Anwar Ibrahim ni laku tak?  Wa nak tengok jantan mana pulak yang kene sontot dgn Anwar Ibrahim dalam sketsa porno kali ni. Jantan lembutkah atau jantan keraskah.. atau kahkahkahkah!

*** Bila porno disebarkan bermakna pilihanraya dah dekat.
READ MORE- Gendang Perang VS Gendang Porno

Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan (4/4)

Persaudaraan dan persahabatan wa dengan semua melayu di luar sana seperti biasa. Lu orang saudara seagama wa beb! dan sebangsa lagi. Walau pun wa kecewa dengan lu orang,  wa tetap duduk semeja dan sembahyang sama masjid dengan lu orang.


Apabila lu orang sembang pasal politik wa dengar , wa tak bantah.Bila lu orang menunjukkan kebodohan lu orang wa bangun. salam semua orang dan angkat kaki, cabut. Wa tak mau dan tak akan sanggah lu orang sebab  bagi wa ... lu orang dibutakan oleh media gomen. tapi wa maafkan kejahilan lu orang.


Wa nak ingatkan di sini, 
tidak ada perpecahan di kalangan melayu. Mulut-mulut busok ahli politik yang menyentuhnya. Demi membangkitkan semangat melayu dungu kononnya ahli politik itu seorang yang sayang kepada bangsa melayu tapi hakikatnya hak lu dia tibai. Ptuihhhh!


Perpecahan melayu yang berlaku adalah kerana persengketaan antara individu dengan individu atau keluarga dengan keluarga. Itu adalah lumrah yang berlaku dalam mana-mana komuniti , masyarakat serta etnik.


berbeza pandangan politik bukan bererti berpecah-belah


Tak percaya? 
Try 13Mei sekali lagi. lu tengok apa jadi. Melayu bersatu ke tak...  Ada bran?


Kesimpulannya...


Wa berkawan dengan sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengan wa. Berbeza pandangan politik bukan perkara penting dalam persahabatan. 


Tuhan jadikan kita berbeza-beza supaya dunia kelihatan indah dan seronok didiami. 


Cuba bayangkan jari-jari tangan lu sama panjang, lu sama hensem dengan wa, kereta lu sama jenis, sama warna dan sama nombor plate dengan wa. Semua pokok empat segi manakala semua haiwan bulat. Indah tang mana jika itu kejadian tuhan.


Dikurniakan otak berfikirlah.


wasalam.


Article 'Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan' tamat di sini.


Terima kasih kerana sudi membaca 
READ MORE- Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan (4/4)

Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan (3)

Mengapa wa mau UMNO Bungkus

UMNO telah melampaui batas dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri parti politik Melayu. Teori wa mudah...... 

Pemimpin-pemimpin besar melayu telah diumpan dengan segala bentuk kemewahan dan terdorong melakukan perkara-perkara penyelewengan seperti penjualan tanah reserve melayu secara berleluasa. pengurniaan kontrak jutaan RM secara tak sah, menerima rasuah, skandal seks dan sebagainya. 

Kesalahan-kesalahan besar ini boleh menjatuhkan reputasi pemimpin-pemimpin melayu jika didedahkan. Demi menutup malu kepada ahli keluarga , saudara mara dan rakyat Malaysia membuatkan mereka sanggup menjadi lembu-lembu yang dicucuk hidung. Menurut member wa ada jugak yang dipanggil dengan panggilan 'pig head' . Sadis bro!

" Lu lawan wa,  lu punya kes wa kasi bukak! ada bran? "

Maka tersembunyilah kesemua kes-kes besar pemimpin-pemimpin melayu kerana kesanggupan bersekongkol dalam semua rancangan dajjal  BN.

Dengan bungkusnya UMNO...

Wa sangat berharap semua wang negara yang pungkok-pungkok ni tibai dapat dikembalikan semula kepada kerajaan. Kalau tak dapat duit tu pun tak pe . Tapi wa mau tengok muka-muka pengkhianat melayu dan negara ni dihadap ke muka pengadilan. Kalau bersalah hukum. Sita harta mereka dan keluarga mereka, kahkahkah! Atau setidak-tidaknya harta negara dan orang melayu yang masih berbaki akan dapat diselamatkan.

Wei, melayu UMNO!

Lu orang tengok tulisan wa semuanya tentang melayu. 
Selebihnya suka-suka.. hehe 
maklum la wa pun nak popular jugak.. hahahah 
mana tau leh masuk TV tiga suku per empat puluh empat
READ MORE- Prinsip Wa Tentang Melayu Dan Persaudaraan (3)