KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Friday, April 20, 2012

dia ingat dia pandai

Di sebuah Universiti ....


Seorang pensyarah sudah menyempurnakan kuliah kepada ratusan pelajarnya dalam sebuah dewan kuliah. Untuk bersurai , masa masih ada 10 minit. Kerana takut dikatakan ponteng sepuluh minit, pensyarah tersebut mengambil keputusan memberi petua kepada pelajar-pelajarnya.

"Baiklah memandangkan kita masih ada sedikit waktu sebelum bersurai, Saya ingin memberikan petua, 'mengenali sifat lelaki melalui kedudukan botak di kepalanya.' 
Sila buat catatan , petua ini sangat berguna kepada kamu semua." jelas pensyarah itu dengan angkuh, riak, ego , macho dan selamba.


Setelah semua pelajar bersedia dengan pen dan kertas, pensyarah berambut lebat itu pun mula memberikan petuanya.


Jika lelaki itu botak di sebelah tepi kepala 
bermakna dia  ingat 

tetapi 


jika lelaki itu botak di tengah kepala
 bermakna dia pandai. 



Itu sahaja petua untuk hari ini. 
Ada apa-apa soalan?

Seorang pelajar wanita bangun lalu bertanya ....
"Bagaimana jika lelaki itu botak di tepi dan di tengah?"

Pensyarah itu dengan selamba menjawab,

"Dia Ingat Dia Pandai"




bukti ic pilihanraya
sila ke sini SUMBER




kih!kih!kih!
Selamat Bercuti

adios
READ MORE- dia ingat dia pandai

Thursday, April 19, 2012

Pukul Melayu: Provokasi Perang saudara


Kejadian pukul dan buli terhadap penyokong PR semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tidak ada pula mana-mana individu atau  pihak menyatakan kekesalan atau bantahan terhadap perilaku tidak berperi kemanusiaan itu kecuali di pihak yang menjadi mangsa iaitu di kalangan pemimpin PR dan Golongan mahasiswa. Di pihak umno tak ada . Di pihak kerajaan pun tak ada.

Darah muda wa memang mendidih melihat perilaku manusia yang mengaku diri mereka melayu dan mengaku juga beragama Islam.

Perasaan kesal , marah dan benci mula menguasai diri. mangsa yang terdiri daripada bangsa melayu yang menuntut keadilan dipukul, dianiaya dan dimusnahkan harta benda mereka oleh satu lagi pihak melayu yang berlainan pandangan. Perlu diingat "Mereka berhak meminta nak bagi atau tidak itu hak kerajaan"

Negara Malaysia sudah jatuh maruahnya kerana perbuatan-perbuatan manusia terkutuk ini. Undang-undang tidak dihormati dan   seolah-olah sudah tidak wujud. 

Dalam perundangan negara , perbuatan mendatangkan kecederaan dengan niat boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman sekiranya bersalah.Apatah lagi perbuatan menyerang individu atau kumpualn lain dengan niat mendatangkan huru hara.

Apakah tindakan undang-undang dikenakan terhadap pelaku kesalahan di Jalan Kebun, di Johor, di Pahang, di Kelantan, dan terbaru di Dataran Merdeka Kuala Lumpur?

PAS perlu lebih bijak dalam menguruskan hala tuju parti. PAS perlu melihat kes-kes jenayah terbuka yang berlaku ke atas melayu oleh 'melayu' sebagi bukti bahawa pihak melayu pro umno tidak ikhlas dalam memperjuangkan melayu apatah lagi Islam. Insiden-insiden yang berlaku seperti dirancang dengan teliti.

PAS perlu menolak sebarang bentuk perbincangan demi melayu dengan umno . Apatah lagi bersatu dengan mereka.

Jika melayu pro umno ikhlas, mereka tidak akan membiarkan perkara-perkara jenayah itu berlaku. Umno sendiri sering melaungkan bahawa perpecahan melayu akan merugikan melayu. Malah itulah ucapan wajib penceramah-penceramah umno dalam setiap kali menjelang pilihanraya selain ungkapan "jika umno kalah cina akan memerintah,"  Itulah modal mereka memperngaruhi jiwa melayu.

Kesedaran bahawa melayu hanya berpecah dalam penilaian, pegangan politik, dan undi; wujud pihak yang tidak bertanggungjawab mula memainkan peranan bagi menghasut sehingga ada pihak melayu yang sanggup menumpahkan darah bangsa mereka sendiri. Ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa memang melayu sudah berpecah

Jika sebelum ini ugutan mereka tidak menjadi kenyataan , kini mereka seolah-olah ingin merealisasikan perpecahan melayu secara total 

Apa yang berlaku hari ini ialah faktor penggalak utama kepada perpecahan melayu secara hakiki


Mahukah anda menghadapinya?

Provokasi melampau yang dilakukan pihak melayu yang melakukan jenayah semakin tidak dapat diterima dan di luar kawalan perlu dihentikan dengan tindakan undang-undang.  Sampai bila melayu di pihak yang teraniaya akan bertahan dan sabar apabila sering disakiti dan didera secara fizikal?

Ya! kita sebenarnya semakin hampir kepada perpecahan total. Jika  Melayu pro umno terus melakukan penganiayaan fizikal terhadap melayu anti umno kerana mereka tahu mereka kini kebal , kuat dan  gagah dan menganggap melayu anti umno sebagai lemah sebenarnya mereka silap besar. Kesabaran manusia ada batasnya.

Dikhuatiri nanti, 

Pada suatu tahap   melayu anti umno akan bertindak melawan dan melakukan tindak balas serupa kepada melayu yang 'menyerang' sehingga berlaku perperangan saudara.

Adalah ditakuti

Jika melayu yang teraniaya mula berprinsip
 " tak melawan mati.melawan pun mati 
maka 
lebih baik melawan"


 AMARAN!!!!!
BERINGAT SEBELUM JADI

HENTIKAN PERBUATAN TERKUTUK TERHADAP BANGSA SENDIRI
JANGAN JADI BANGANG KERANA POLITIK


BERTAUBATLAH
KEMBALILAH KEPADA ISLAM


adios
hidup nekad mati muda 
SEBELUM TERJADI LEBIH BAIK ELAK
SUDAH TERJADI  TAK BOLEH  TOLAK





READ MORE- Pukul Melayu: Provokasi Perang saudara

Wednesday, April 18, 2012

TANGKAP DAN KENAKAN SAMAN FITNAH TERHADAP MAHFUZ OMAR

Tidak seorang pun yang memberi respon kepada dakwaan Mahfuz Omar yang menyatakan terdapat task force yang menggadai maruah negara dengan memberi kad pengenalan pilihanraya kepada warga asing untuk mengundi. Baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak umno.

Umno perlu memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu bagi membersihkan nama parti itu. Tanpa penafian masyarakat akan menganggap perkara ini sebagai kebenaran.

Paling tidak umno atau lebih tepat lagi mereka yang dituduh terlibat perlu mengenakan saman fitnah terhadap Mahfuz Omar . Tindakan saman fitnah terhadap Mahfuz akan menaikan imej BN dan sebaiknya dibicarakan sebelum pilihanraya kerana pasti credit akan pergi kepada BN sekiranya memenangi kes berkenaan. 

Pengundi pula akan lebih yakin dengan BN kerana kemenangan pihak yang mengenakan saman bermakna yang kena saman memang seorang pemfitnah. Seorang pemfitnah tidak akan mendapat tempat di hati masyarakat terutama melayu. Kawasan ditandingi mahfuz pasti akan dimenangi BN kerana rakyat pasti akan menolak Mahfuz. Easy win for sure!

Sebaliknya sekiranya pihak yang mengenakan saman fitnah kalah dan terbukti dakwaan mahfuz benar. Risikonya perlu ditanggung seluruh parti BN bukan sahaja umno. Jangan harap mendapat walau satu pun undi melayu kecuali undi mamak. 

Ini tanah melayu. Pasti orang-orang melayu akan mengamuk kerana kedaulatan negara pusaka paling berharga nenek moyang mereka  diperkotak-katikkan.

Mahkamah adalah pentas terbaik untuk menentukan kebenaran. Sama ada kebenaran pihak yang menuduh atau kebenaran pihak yang dituduh.

Kedua-dua pihak perlu mengambil risiko. UMNO BN dan Mahfuz perlu mengambil risiko demi negara . Rakyat perlukan kebenaran . kasi jalan terus jangan tangguh-tangguh.


Nothing personal! Its all about the pride of our country.
Be Brave
Fight For It


Apa lagi beb!
orang dah tuduh lu pengkhianat
lu nak diam saja?
kasi saman sama dia
tak bran?
Apa hal?

adios


READ MORE- TANGKAP DAN KENAKAN SAMAN FITNAH TERHADAP MAHFUZ OMAR

Tuesday, April 17, 2012

'bersmamu' bukti umno gagal bela melayu



MANA PERUNTUKAN PPRT


Tiada jalan lain yang lebih baik bagi menyelamatkan bangsa melayu. Umno yang sepatutnya menjadi tunjang melayu dalam segala aspek telah culas terhadap melayu.Umno perlu ditewaskan dalam PRU13.

Umno hanya mencari melayu ketika pilihanraya. Terutama dalam saat-saat genting kewujudan mereka dalam pemerintahan negara menjelang PRU13.

umno yang mejadi kebanggaan melayu sejak merdeka sudah pudar melayunya dan pudar kenegaraannya. Apa yang menyerlah dalam umno hari ini hanyalah mentaliti kemewahan melampau pemimpin-pemimpinnya dari pemimpin bawahan hingga pemimpin atasan . Sama sahaja.

Kontrak, kontrak, kontrak! 
Projek,projek,projek! 


umno gagal memperjuangkan bangsa melayu secara total. Malah melayu papa kedana yang kecil bilangannya pun tidak terurus oleh umno. org umno pasti menyangkal kenyataan ini namun segala yang dipertonton oleh siri 'bersamamu' terbitan tv sensasi tidak dapat ditolak lagi kerana beserta bukti.

Lebih menyedihkan lagi walau dengan kewujudan skim PPRT  umno Terengganu masih tidak dapat memberikan bantuan kepada yang berhak. Buktinya paparan bersamamu dua minggu lalu di mana sebuah keluarga daif yang mendiami sebuah rumah usang nak reban di tanah pusaka peninggalan keluarga. 

Berdasarkan kefahaman wa tentang PPRT keluarga penerima bantuan perlu mempunyai tanah sendiri. Keluarga yang wa maksudkan itu  ada tanah sendiri   iaitu tanah pusaka peninggalan keluarga. Bantuan rumah percuma bernilai RM 35 ribu layak diberikan. 

tapi kenapa tak beri?

PPRT mungkin tidak wujud di negeri pembangkang . Terengganu bukan negeri pembangkang tetapi negeri umno. umno adalah peneraju Terengganu. Peruntukan pusat untuk skim PPRT ada tapi kenapa tak beri???????? 


Duit peruntukan PPRT pun tibai ka? 
Kalau lu tak tibai kasi bantu bangsa lu tu!


pungkoq la wei!!!!!!
jawatan mau kerja tak mau


kasi bungkus umno 1988
selapas bungkus umno boleh total reform
hidupkan umno 1946



singkir umno 88

adios









READ MORE- 'bersmamu' bukti umno gagal bela melayu

Monday, April 16, 2012

Pas Parti Cap Ayam Jika Gabung Dengan UMNO

Nak tergelak pun ada apabila mendengar rayuan Perkasa kepada Pas supaya bergabung dengan UMNO demi Islam Dan Melayu. Siap guna perkataan wajib lagiiii!!! huhu!

UMNO-PAS WAJIB BERSATU UNTUK ISLAM DAN MELAYU!!


Pemimpin Perkasa mahu PAS dan Umno bersatu.Laporan Sinar Harian menyatakan,pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.

Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?

Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk, Mengapa Undi Melayu Pecah. -SUMBER

Setelah bengkak-bengkak  dan  pecah darah  kepala melayu bukan UMNO dipukul, ditendang dan diterajang ; (kes dua beradik dipukul di Kelantan, Kes Adam Adli ditumbuk di Kg Kerinchi, Kes kereta Anwar dirosakkan, Kes Nurul Izzah hampir dilempang orang kuat UMNO ) datang pula hero Perkasa menyatakan perlunya Melayu bersatu demi Islam dan Melayu. 

Poorah!!! Islam apa bendenya macam tuu? Sayang Melayu sangat lah tuuu!!! kahkahkah! 

Kalau tidak kerana nak mempertahankan kuasa politik mereka, mereka tidak akan merayu sedemikian rupa. Setiap yang berlaku adalah sejarah hitam yang tidak boleh dilupakan oleh melayu PAS dan juga semua melayu yang bukan ahli PAS/UMNO. 


Pas pernah menyertai UMNO tetapi dipermainkan dan ditipu. Mahukah Pas memperbodohkan diri sekali lagi? Wa berprinsip kalau ditipu dua kali oleh orang yang berbeza mungkin kerana kita alpa tetapi ditipu dua kali oleh orang yang sama menunjukkan kita bangang, tolol, bahalol dan goblok kelas pertama.

Secara peribadi wa berpendapat 
UMNO tidak perlukan melayu Pas 
UMNO layan kerajaan melayu Pas Kelantan 
macam orang asing
Hak melayu Kelantan dicurangi
Sayang Melayu kepala wotak luuuuu!

Kesimpulannya 
Toksah layan Perkasa.


adios


READ MORE- Pas Parti Cap Ayam Jika Gabung Dengan UMNO

Kapal Layar Kawalan I Pad Tercanggih


Siapa kata Made In China Low Class?

Meh Tengok!




 Macam Kapal Angkasa Beb!!





 Jom la masuk dalam... Lepak Jap!



Apa macam ... Mau Beli?

Beli la!

adios


READ MORE- Kapal Layar Kawalan I Pad Tercanggih

PR Jangan Bangang

Fenomena keluar Umno dan menyertai PAS atau PKR sedang menjadi-jadi sekarang ini. Memang susah kalau nak dikatakan mereka ini ikhlas untuk menyertai parti PR  kerana mereka telah lama bersama UMNO dan mengetahui segala tindak tanduk UMNO. Orang-orang terpinggir ini akan mencari jalan keluar untuk memberi pengajaran kepada bekas parti mereka dahulu.

Ada kemungkinan juga mereka diarah berbuat demikian untuk memporak perandakan parti seperti mana berlaku kepada PKR Ampang. Tolol setololnya PKR kerana tertipu dengan agen UMNO. Kepada Pas pula dikhuatiri wujud agen UMNO dalam parti PAS di Kedah. 

Peritiwa yang berlaku selepas PRU 12 di Perak harus menjadi Ikhtibar kepada PR. Kemenangan PR di Perak adalah sia-sia kerana pembelotan calon PR yg menang dalam PRU tersebut. Siapa mereka? Dua orang daripada mereka adalah bekas ahli UMNO yang kononnya terpalit dengan kesalahan undang-undang. Tidak terfikirkah kemungkian bahawa mereka sebenarnya memang telah merancang berbuat demikian sejak awal menyertai PKR?

Tanpa mengira teori itu benar atau tidak PR harus lebih berhati-hati dalam memilih calon untuk bertanding dalam PRU13 nanti. Kalau PR kena tipu lagi bermakna PR memang bodoh, bangang dan tolol@ bahalol.

Tanpa mengikut pandangan sesiapa , sesungguhnya wa memang yakin PR bakal memenangi sekurang-kurangnya dua negeri lagi disamping mengekalkan kemenangan di negeri sedia ada Selangor , Penang dan Kelantan.

PR juga akan dapat memenangi lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di negeri-negeri seperti Sabah Sarawak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan pahang. Ini bermakna walaupun PR tidak berjaya menawan Putrajaya mereka tetap akan mempunyai suara besar sebagai pembangkang di parlimen.

Selain matlamat menerajui negara ke arah lebih cemerlang dan makmur jika menang; sebaliknya jika kalah, PR  yang mempunyai ahli lebih besar di parlimen selepas PRU13 seharusnya dapat mengekang pembaziran daripada terus berlaku. Tanpa pembaziran besar-besaran seperti yang tercatat di sini, negara bukan sahaja mampu memberi pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN malah mampu memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat Malaysia yang cuma berjumlah 28 juta orang.

Setakat ini rakyat telah mula menikmati sedikit demi sedikit faedah kewujudan pembangkang di parlimen. Antaranya yang jelas sekarang ini ialah pemansuhan tol ceras, dan BR1M. Berkemungkinan juga pemansuhan faedah pinjaman PTPTN dan  pemansuhan tol Sungai Rasa Klang sebelum PRU13. 

Jika masih berlaku fenomena calon menang dibeli untuk menyertai BN selapas PRU 13 maka sia-sialah perjuangan PR selama ini. Untuk mengelakkanya PR perlu lebih berhati-hati dalam memilih calon. Jangan calonkan mereka yang bermasalah dengan undang-undang kerana pasti mereka mudah disogok setelah memenangi pilahanraya kelak.

Semoga PRU13 menjadi titik tolak kepada Malaysia yang lebih maju dan berdaya saing di peringkat global serta menjadi pemangkin kepada kesejahteraan hidup rakyat Malaysia setaraf negara maju kerana  sesungguhnya rakyat Malaysia sudah layak menikmatinya jika tiada penyelewengan dan pembaziran skala besar oleh pemimpin terdahulu dan sekarang.



 UNDILAH PR
DEMI MALAYSIA YANG LEBIH BAIK


adios




READ MORE- PR Jangan Bangang

Sunday, April 15, 2012

Dapat RM50 Saya Cabut

Konvoi motosikal yang dikatakan berjumlah beratus-ratus buah bergerak dari Dataran Shah Alam  ke jalan kebun semalam merupakan satu yang digahkan oleh UMNO. UMNO masih mahu gah walaupun mereka sendiri mengetahui siapa yang mereka upah untuk konvoi berkenaan. Tanpa upah tiada siapa akan menghadiri kempen najib pada hari itu.


Nak upah orang dewasa RM50 orang taknak. terpaksalah upah budak-budak.


Menurut seorang peserta konvoi yang berusia 17 tahun, dia menyertai konvoi berkenaan untuk mendapatkan RM50 yang dijanjikan bagi setiap motosikal. Apablia sampai ke destinasi wang RM50 diberikan bersama dengan  dua helai baju T dan sehelai serkup kepala. cap apa lagi kalau bukan cap parti nak lingkop tuu.... hahaha!!!


Menurut remaja itu, setelah mendapat wang dan baju T dia pun bergerak pulang ke rumah walau dihalang oleh petugas . "Kerja dah buat gaji dah dapat, saya cabut laaaa.." " Buat apa tunggu , saya bukan orang politik, mengundi pun belum layak." tambahnya lagi 


Begitulah terdesaknya UMNO, keluar duit untuk menunjukkan bahawa mereka masih mendapat tempat di hati masyarakat.
 Lu bayar olang untuk tengok lu. 
itu pun ramai buat dekkkkk jer semasa lu bercakap. 
Lu punya ajk sahaja yang terlaung-laung. 
sadis!!!
nak meleleh air mata wa beb.
hahaha!


Kesian pun ada... hiskhiskhisk!

adios
READ MORE- Dapat RM50 Saya Cabut