KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, June 9, 2012

VIDEO : TS Kadir Puji PAS. Bodek Mintak Slot Pilihanraya Kot!




Tak upaya nak komen Sebab wa tak percaya kepada siapa sahaja x umno yang keluar parti baru-baru ni. Apatah lagi kalau mamak. Tapi itu pandangan peribadi wa.

Kita tengok saja apa akan jadi nanti.

adios
READ MORE- VIDEO : TS Kadir Puji PAS. Bodek Mintak Slot Pilihanraya Kot!

Video Demo Desak Kerajaan Halau Duta Syria





Memang patut kena halau segera. Putuskan hubungan diplomatik.Tak ada faedah pun hubungan dengan syria ni. Ahli sunnah wal jamaah dibunuh kejam. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa tindakan tidak berhati perut mereka. Terburuk adalah kejadian menyembelih kanak-kanak baru-baru ini. Rumah-rumah dirobohkan menyebabkan umat Islam hidup dalam keadaan melarat dan mati kerana penyakit dan kelaparan. Kerajan kena segera nyatakan pendirian,

fikir sejenak bro!

adios

READ MORE- Video Demo Desak Kerajaan Halau Duta Syria

UNISEL MAMPU BANTU PELAJAR TANPA PTPTN


Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL)  yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri PengajianTinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut.
Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM.
Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL.
Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.
Walaubagaimanapun, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai. UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar -pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.
Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri PengajianTinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.
Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibubapa  yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka. 
Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.  Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini.

adios

READ MORE- UNISEL MAMPU BANTU PELAJAR TANPA PTPTN

Friday, June 8, 2012

Otak Berkatak.. Otak Sapa Ni? Lu Sindri Mau Ingat Ma...

HIDANGAN HARI INI = OTAK BERKATAK..
 source-unknown 




























Siapakah gerangan yang empunya otak sebegini? 
Pelik sungguh orang itu. 
Walau dia manusia pasti tingkahlakunya dipengaruhi oleh otak berkatak. 

Suka melompat adalah tabiatnya yang semulajadi. Mencari rezeki mudah dengan berduduk diam cuma mulutnya sering menganga luas untuk memberi ruang kepada lidah menyambar rezeki kehidupannya.


promosi sikit : Apa kata naimnikmat tentang 15 ahli politik yang disenarai untuk dibeli. Adakah mereka dalam gamabr di bawah terlibat.Sila ke blognaimnikmat.




adios

READ MORE- Otak Berkatak.. Otak Sapa Ni? Lu Sindri Mau Ingat Ma...

TERHOT KINI : Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah




Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.


NONEBagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu."Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan. 

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam. 

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.

Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.-MK

Cepat-cepat kasi keluar. Wa tak sabar nak tengok dan baca macam mana member-member blogger belasah tentang isu ni. mesti berasap punya.


Pasal siapa wakil Ngo tu boleh tolak tepi dulu. Buang dalam longkang pun tak mengapa. Tetapi yang  paling penting ialah siapa MP yg hantar wakil untuk berunding. Nama dan muka dia ni perlu didedahkan dengan segera sebelum PRU13 supaya penyokong PR boleh membuat keputusan sama ada mahu memilih dia atau tidak. 


Hantar wakil untuk berunding bermakna si polan ada hajat/niat untuk belot kepada parti dan penyokong kerana mementingkan wang. MP ni patut digugurkan dpd pencalonan akan datang kerana ada potensi untuk dibeli,belot dan khianat bukan sahaja kepada parti tetapi yang paling penting adalah penyokong yang terdiri daripada rakyat yang memperjuangkan kehidupan lebih baik dengan menolak umno bn pada PRU13 nanti.


Pakatan Rakyat perlu bertindak bijak dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin yang punya agenda tersembunyi agar  segala pengobanan penyokong yang sedia mengorbankan wang ringgit dan menggadaikan keselamatan diri kerana menyokong parti yang diharap dapat mengembalikan kehidupan sempurna kepada mereka secara menyeluruh.


Imbas kembali betapa hancur luluhnya hati rakyat yang menyokong PR ketika PR kehilangan kuasa di Perak akibat pembelotan tiga Adun yang mengisytiharkan diri mereka keluar PR dan menyokong BN sebagai Adun bebas.


Perlu diambilkira perasaan dan kehendak penyokong kerana mereka menyokong PR untuk merelisasikan kehidupan yang lebih baik.Mereka berkorban tenagadan wang ringgit untuk mencapai impian mereka. Wajarkah mereka dibiarkan kecewa?

Apa lagi? Campak sajalah pemimpin-pemimpin macam tu.
Buat sial dalam PR saja nanti.


wasukalu

adios
READ MORE- TERHOT KINI : Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah

Thursday, June 7, 2012

Dr Muhammad Afifi al-Akiti :Budak Sekolah Pondok Jadi Pensyarah Melayu Pertama Di University Oxford





Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[1][2] - Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[3] dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti OxfordUnited Kingdom,[4] dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.[5]
Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.[6][7]
Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[8]
Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[9]
utusan online
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.[10]                


sumber berita-al-ahkam




Sebagai anak melayu beragama Islam wa tumpang bangga dengan kejayaan beliau. Semoga beliau terus maju demi kegemilangan Islam di seluruh dunia.


Jom Kenali Beliau dan Keilmuannya

makluman pembaca- najib bakal umum BR1M kedua . Saksikan berita jam 1.30 pm 7 jun 2012
adios





READ MORE- Dr Muhammad Afifi al-Akiti :Budak Sekolah Pondok Jadi Pensyarah Melayu Pertama Di University Oxford

Dr Muhammad Afifi al-Akiti : Jom Kenali Beliau Dan Keilmuannya







adios
READ MORE- Dr Muhammad Afifi al-Akiti : Jom Kenali Beliau Dan Keilmuannya

Wednesday, June 6, 2012

Adik Ini Cipta Sejarah Melaungkan Azan Pertama di Stadium Darul Aman.?


Afif Syairani (berserban) dan Afif Syairazi (berkopiah)

Ehsan Lie Gj Penang
                                                                  
 Afif Syairazi Bin Nasrudin ialah anak kepada Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi iaitu Ketua Pemuda PAS Pusat .





SEDIKIT MENGENAI AYAH AFIF SYAIRAZI

Nasrudin bin Hassan at Tantawi


Tarikh Lahir : 24 hb November 1970
Tempat Lahir : Kampung Batu 13 Besut Terengganu
Tempat Tinggal : No. 26 Taman Pelindung Perdana 26100 Beserah Pahang Darul Makmur
 

Tugas:
  1. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009 – 2011 ] 
  2. Ajk Majlis Syura Ulama PAS [ 2009 -kini] 
  3. AJK badan Perhubungan PAS Negeri Pahang Darul Makmur 
  4. Pengarah Eksekutif Akademi Ar Rasyidin 
  5. Pengerusi Lajnah Tarbiyah Musolla ar Raudhah Tmn Pelindung Perdana
Latar Belakang Pengajian:
  1. Sek Ren Keb Felda Keratong 4 & 5 Pahang Darul Makmur         
  2. Sek Men Dato’ Mahmud Mat Tanah Putih Pekan Pahang Darul Makmur
  3. Sek Men Dato’ Abdul Samad Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan
  4. Maktab Ittibai’s Sunnah Kuala Pilah Negeri Sembilan
  5. Madrasah Ad Diniah al Bakriah Pasir Tumboh Kelantan Darul Naim
  6. Maahad Fathul Islami Damascus Syria
  7. Universiti Al Azhar Tanta Mesir- eperjuangan

Alhamdulillah
Maha Besar Allah Menjadikan Setiap Kejadian.
adios


READ MORE- Adik Ini Cipta Sejarah Melaungkan Azan Pertama di Stadium Darul Aman.?

Tuesday, June 5, 2012

FENOMENA 'BIG BOOB SMALL NIPPLE' PASTIKAN ANDA MELIHATNYA 7.30 AM ESOK


Tetek Besar Berputing Kecil


PELUANG SEUMUR HIDUP ANDA

Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.

Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu (esok). Fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.

Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam  berlatar belakangkan matahari. Inilah yang menyebabkan ada penulis menggelar fenomena ini sebagai "Big Boob Wiith Small Nipple" 


Zuhrah bergerak merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.





PASTIKAN ANDA MELIHAT SENDIRI FENOMENA INI KERNA ANDA TENTU SAJA TIDAK AKAN BERPELUANG MELIHATNYA LAGI KERANA JARAK TEMPOHNYA YANG SANGAT LAMA IAITU PADA 2117. INGAT JAM 7.30 PAGI WAKTU MALAYSIA.


JANGAN LUPA PAKAI PELINDUNG MATA DEMI KESELAMATAN MATA ANDA.




Post berkaitan:  di sini

adios
READ MORE- FENOMENA 'BIG BOOB SMALL NIPPLE' PASTIKAN ANDA MELIHATNYA 7.30 AM ESOK

Monday, June 4, 2012

Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"?

Adakah Malaysia benar-benar bebas dan berdaulat atau di bawah "law of the jungle" di mana penyampai berita Radio Free Sarawak Peter John Jaban yang telah hilang selama 6 jam sejurus selepas sampai di Miri tanpa pengetahuan pihak berkuasa.Saya baru sahaja bercakap dengan peguam Jaban, Alan Ling yang juga ADUN DAP Piasau di Miri dan beliau sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Jaban selama 6 jam selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Miri dari Kota Kinabalu. 

Alan baru sahaja bercakap dengan pihak polis Miri lebih kurang satu jam tadi dan dimaklumkan sekali lagi bahawa pihak polis Miri tidak menerima apa-apa arahan atau terlibat dalam penahanan Jaban atau kehilangannya.

Jaban (gambar kiri) telah sampai ke Miri dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan seperti yang dikatakan oleh pihak polis Miri bahawa tiada apa-apa pun arahan untuk menahannya, Jaban telah meninggalkan lapangan terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr.Michael Teo.

Dalam perjalanan ke Bandar, tiga orang lelaki dalam kereta Proton telah memberhentikan Teo dan Jaban, dan telah membawa Jaban bersama mereka.

Enam jam telah berlalu dan tiada sesiapapun yang tahu menahu mengenai apa yang telah berlaku pada Jaban, jika beliau selamat ataupun sebaliknya - jika tiga orang lelaki yang membawa Jaban itu dari polis Miri yang khasnya telah dihantar unuk memberkas Jaban, dan jika benar mengapa pihak polis Miri masih enggan memberi komen.

Malaysia kini berada dibawah penelitian warga antarabangsa terhadap pengendalian oleh kerajaan berhubung dengan kes Jaban oleh kerana kes ini akan menjadi satu skandal antarabangsa sekiranya seseorang itu boleh hilang begitu sahaja selama enam jam selepas sampai di lapangan terbang Miri pagi tadi.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Omar Ismail mesti diingatkan bahawa dunia sudah memasuki era teknologi maklumat di mana maklumat dan informasi dapat disampaikan seperti kelajuan cahaya dan akauntabel bukan sahaja dalam tetapi di luar negara juga.

Rakyat Malaysia dan warga dunia mengharapkan yang mereka ini akan mendedahkan tempat di mana Jaban berada kerana tempoh masa enam jam itu memang memadai untuk pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai lokasi Jaban atau pengakuan terbuka bahawa keadaan anarki di Malaysia telah sampai ke satu tahap di mana tiga orang yang tiada apa-apa kaitan dengan pihak polis atau kerajaan telah diculik pada siang hari di bandar Miri dalam negara Malaysia!

*Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.- merdekareview



Marilah kita sama-sama berfikir apa sebenarnya terjadi kepada negara kita hari ini?


adios
READ MORE- Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"?

Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?-Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang




KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

 
BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA

Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.  Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.

BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.

Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.

Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja  pilihanraya umum selesai diadakan.

Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.

Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.

Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.

Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit  dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.

Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.

Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.

Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.

Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.-harakahdaily-03 Jun 2012

 
PRESIDEN PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


cantekkk punya balun.

adios
READ MORE- Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?-Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Muhyidin akui PRU 13 penentu hidup mati BN

KUALA LUMPUR (June 3, 2012): pilihan raya umum akan datang adalah kritikal untuk masa depan Barisan Nasional (BN), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini."Pilihan raya akan datang adalah persoalan hidup dan mati bagi BN, ia adalah hidup atau mati."Ia akan menjadi pilihan raya penentu kejayaan atau kegagalan muktamad gabungan itu di seluruh negara," katanya kepada sebuah stadium kira-kira 1,000 orang dari parti komponen pakatan pada majlis pelancaran kempen jentera BN Wilayah Persekutuan. thesundaily

Haha! Itu dah kira bagus mengaku parti yangd iwakilinya berada di ambang maut. Kehadiran 250 ribu rakyat berbilang bangsa ke Kuala Lumpur kerana menghadiri kempen Bersih 3.0 dan himpuna hijau ke PutraJaya dengan jelas memberikan mesej bahawa PRU 13 bakal memberikan rekod terburuk kepada BN meski pun memenanginya.

Kalau BN kojol bermakna UMNO pun berkubur. 
Itulah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Malaysia bakal berwajah baru. 
Meniti Kegemilangan sebuah negara merdeka yang hakiki.

adios



READ MORE- Muhyidin akui PRU 13 penentu hidup mati BN

Sunday, June 3, 2012

30 FAKTA MENARIK TENTANG WANITA




30 Fakta Tentang Hati Wanita

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius bisa mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Setelah sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. –> sangat setuju

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengorat kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau mau memikat wanita pandai-pandailah…usaha tangga kejayaan..yes!

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai.Srikandi Islam

ITULAH ANTARA TULISAN DALAM PAGE SRIKANDI ISLAM. SILA SERTAI PAGE INI JIKA ANDA BERMINAT.


wasukalu said,

Satu fakta tentang lelaki Islam: walau sejahat dan sejahil mana pun seseorang lelaki Islam , dia tetapi masih mahukan isteri yang baik dan solehah. 




Baca juga : kanak-kanak Sulawesi Menunggang jerung di Laut Bebas




adios
READ MORE- 30 FAKTA MENARIK TENTANG WANITA

Kanak-Kanak Sulawesi Menumpang Ekor Jerung DI Laut Bebas

Gambar oleh James Morgan


Gambar di atas ialah gambar seorang kanak-kanak dari kepulauan Sulawesi yang bernama Enal. Seorang pengembara laut yang masih terlalu muda, menunggang ekor jerung  'nurse' berwarna kuning kecoklatan, di Sulawesi, Indonesia.-yahoonews 

Sulawesi memang terkenal dengan orang-orangnya yang memang handal dalam ilmu laut. Bangsa Bugis yang suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu, Laut Cina Selatan dan Selat Melaka adalah berasal dari Pulau Sulawesi.

Selain handal dalam selok belok ilmu laut bangsa Bugis juga merupakan satu bangsa yang terkenal kerana kemahiran membuat kapal-kapal besar untuk pelayaran dan perikanan.

Gambar di atas di pertandingkan dalam pertandingan

National Geographic Traveler Photo Contest



                              Bukti Stadium Darul Aman Penuh
adios


READ MORE- Kanak-Kanak Sulawesi Menumpang Ekor Jerung DI Laut Bebas

DURJANA SEORANG BAPA:.Tengok Apa Bapa Ini Buat Kepada Bayinya.

Luangkan masa anda selama 34 saat untuk bergumbira... hahaha! kalau sakit jantung jangan tengok! Takot nanti mati terlebih gelak.



Untuk renungan bersama para bapa yang berada di luar sana. Nasib baik wa belum kahwin lagii . huhu!



adios
READ MORE- DURJANA SEORANG BAPA:.Tengok Apa Bapa Ini Buat Kepada Bayinya.

KAMI BUKTIKAN DENGAN VIDEO STADIUM PENUH SAMPAI PADANG

READ MORE- KAMI BUKTIKAN DENGAN VIDEO STADIUM PENUH SAMPAI PADANG