KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, July 7, 2012

Swastakan SAMAN - Biz Paling Kejam Dalam Sejarah Malaysia Akan Dilaksana??

PETALING JAYA 04 JULAI : PKR hari ini mendakwa Kementerian Pengangkutan berkongsi kompaun saman yang dikenakan ke atas rakyat bersama dua syarikat yang diberikan kontrak projek ‘Automated Enforcement System’ (Aes).

Bendahari Agung PKR, William Leong berkata mengikut kedua-dua laporan syarikat Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd menyatakan setiap RM16 bagi satu saman yang dikeluarkan akan diberikan kepada kedua-dua syarikat terbabit.
Katanya, RM16 itu akan diberikan sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.
Manakala, selepas mencecah lima juta saman, Kementerian akan mendapat 50 peratus manakala 50 peratus lagi akan diberikan kepada syarikat terbabit sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

“Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Disebabkan itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah Akta Pindaan Pengangkutan yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.

“Ini satu angka keuntungan yang besar kerana apabila selepas jumlah itu, mereka akan berkongsi sebanyak 7.5 peratus lagi,” katanya.

Ahli Parlimen Selayang itu juga mendakwa, salah satu pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA.
“Ini kerana Arianta ini pernah diberikan satu kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.

“Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan bidang kepakaran kedua-dua syarikat itu.
“Apakah kepakaran dan pengalaman mereka dalam Aes?. Apa yang kita tahu teknologi yang digunakan oleh syarikat Beta Tegap hanya daripada sebuah syarikat Australia iaitu Reflex Pty Limited dan apakah kepakaran mereka dalam ‘security hologram’ yang diberikan kontrak daripada Kementerian Kesihatan?” katanya.

Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.

“Kenapa Kementeria Pengangkutan tidak memberi kontrak terus kepada syarikat Reflex? Kenapa guna wakil? Ini kerana mereka mahu mengaut keuntungan,” katanya.
Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia

Sekarang ini apabila kalangan daripada anda yang “terkena” dan “terpaksa”bayar saman trafik di atas nama membawa kenderaan melebihi had laju, terdapat 2 syarikat yang akan menikmati sebahagian daripada wang anda semua.

Semuanya projek atas nama dasar penswastaan yang bertanggungjawab untuk melakukan pengawasan lalulintas di Malaysia menerusi lambakan kamera yang akan dipasang dan ditambah daripada masa ke semasa di sepanjang jalan-jalan raya yang “menguntungkan”.
Kami rasa ramai yang sudah perasan dengan lambakan kamera di jalan raya sekarang ini dan ramai juga yang sudah menjadi “pelanggan” kepada kedua-dua syarikat ini.

Sebenarnya di bawah “Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik”, kedua-dua syarikat yang kami maksudkan di sini adalah :

Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)

ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).


Model perniagaan yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat ini atas nama penswastaan ini adalah seperti berikut :

Tahap 1: Jika terdapat 5,000,000 juta saman trafik berjaya mereka kutip, sebanyak RM16 daripada nilai setiap saman akan diberikan semula kepada kedua-dua syarikat ini. (Oleh itu, jikalau syarikat ini berjaya melepasi tahap satu ini mereka berpeluang untuk mengaut pendapatan sebanyak RM80,000,000 – RM80 juta untuk peringkat ini sahaja

Tahap 2: Tahap 2 pula lebih menguntungkan. Di mana, jika syarikat ini berjaya mengeluarkan 5,000,000 (5 juta saman trafik), syarikat ini bakal menerima agihan skim yang lebih menarik di mana mereka layak menerima 50% daripada jumlah nilai saman trafik yang berjaya diperolehi dan juga selepas ditolak daripada apa yang diperolehi mereka ketika dibayar selepas mereka berjaya melepasi tahap 1. Kerajaan pula seperti biasa akan mendapat lagi 50%. Maksimum yang dibenarkan bagi syarikat untuk peringkat adalah RM270 juta sebagai angka maksimum

Tahap 3 : Akhir sekali ditahap yang ketiga, selepas ditolak daripada jumlah yang terhutang di peringkat 1 dan juga peringkat 2, syarikat ini bakal menerima lagi 7.5% daripada baki tersebut dan selebihnya kerajaan yang akan memperolehinya.
Hari ini nampaknya kita akan bermain dengan kira-kira di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang berjaya menangkap kesalahan rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:

Andaikata terdapat 10 juta saman yang berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan setiap tahun dan setiap satu saman trafik itu bernilai RM300, bermakna jumlah saman trafik yang berjaya dikumpulkan mereka adalah sebanyak RM15 bilion
Dan daripada jumlah tersebut, syarikat itu akan menikmati pendapatan sebanyak RM80 juta (untuk Tahap 1), RM270 juta (di bawah tahap 2) dan RM66 juta (tahap 3)
Bermakna jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM416 juta berjaya diperolehi syarikat itu atau bersamaan 28 peratus daripada nilai saman trafik yang terkumpul


Pelaburan Beta Tegap & ATES Untuk Bisnes Saman Trafik di Malaysia :

Beta Tegap dan ATES dilaporkan masing-masing telah membelanjakan sekitar RM300 juta dan RM400 juta bagi melaksanakan sistem penguatkuasaan trafik secara automatik di 831 “kawasan hitam” atau “kawasan yang menguntungkan” di seluruh Malaysia
Kamera dan sistem yang digunapakai sekarang ini diimport khas dari pembekal Australia ($50 juta) dan Jerman (Euro40 juta)

Tempoh konsesi adalah lima tahun

Sistem Kamera mereka mampu rakam kelajuan, kesalahan langgar lampu istarat, memotong laluan berkembar dan juga menggunakan laluan kecemasan
Beroperasi 24 jam

Rekod data kesalahan trafik akan dihantar terus ke pengkalan data JPJ untuk tindakan samna trafik serta -merta

Gambar lebih jelas dan adanya sistem “kedap udara”
Perancangan jangka panjang, untuk ATES sahaja mereka dalam perancangan untuk memasang lebih 3,000 kamera di Malaysia

Agak-agaknya berapa & bagaimana pantas masa yang bakal diambil oleh kedua-dua syarikat konsesi ini bagi mengaut semula pelaburan besar yang telah mereka lakukan selama ini dan mula membuat keuntungan berdasarkan jumlah saman trafik yang dikeluarkan mereka dan yang telah dibayar?

“Dengan pelaburan besar yang telah mereka laburkan ditambah skim dan ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada mereka, adakah mereka lebih suka kelompok pengguna jalanraya yang patuh undang atau yang langgar undang-undang?”

P/S : Diharapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas ini turut mewajibkan AIRBAG untuk semua kenderaan tanpa caj tambahan disamping mutu jalanraya di Malaysia dipertingkatkan atas nama menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia.

PP/S : Adakah anda merasakan ia adalah pelaburan yang baik untuk negara dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia? -kingofgoblok

adios
READ MORE- Swastakan SAMAN - Biz Paling Kejam Dalam Sejarah Malaysia Akan Dilaksana??

Friday, July 6, 2012

BONUS PA: Beranikah Najib Ulangi Kesilapan Pak Lah??

Menjelang PRU12 pada 2008 , ramai PA mengharapkan agar Pak Lah mengisytiharkan bonus tahunan yang sudah lama tidak dirasai oleh PA.Ramai menduga Pak LAh akan memberi bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji pada tahun itu sebagai usaha untuk mengambil hati PA yang selama ini mengharap namun tidak pernah merasa.

Bagi isteri yang bersuamikan seorang PA dan anak-anak yang berbapa atau beribukan seorang PA, mereka juga turut duduk di depan kaca televisyen menanti dengan penuh harapan agar suami, ayah atau ibu mendapat lebihan rezeki kurniaan kerajaan yang menjadi majikan dan diisytiharkan dalam belanjawan negara .

Keputusannya, PA , suami/isteri dan anak-anak hampa lagi apabila Pak Lah tidak mengumumkan pemberian bonus pada tahun itu. Pembentangan belanjawan negara yang dibacakan PAk Lah tidak langsung menyebut tentang bonus.

Akibatnya Pak Lah telah merasa bahana yang buruk apabila BN kehilangan empat negeri kepada pembangkang walaupun akhirnya najib berjaya mengusahakan Perak kembali kepada pemerintahan BN.

Pak Lah sendiri telah menjadi bahan omokan orang-orang kuat UMNO yang tidak puas hati dengan kepimpinan dan strategi pilihanraya yang dibuatnya. Desakan-demi desakan bertali arus diterima Pak Lah. Pelbagai isu diutarakan oleh saingannya dalam UMNO bagi mendesaknya melepaskan jawatan.

PA yang marah adalah antara faktor kekecewan besar BN dalam PRU12. PA sering menjadi budak-budak menunggu ayahnya pulang dari tempat kerja dan membelikan buah tangan. Itulah perumpamaan gua terhadap PA pada setiap kali belanjawan negara dibentangkan. Itulah nasib PA sejak sekian lama. Setiap kali belanjawan itulah yang mereka harapkan.

Sejak pemberian bonus PA dimasukkan dalam SSB hingga SSM entah berapa kali PA merasa bonus sebulan gaji. Selebihnya hanya saguhati RM1000 atau setengah bulan gaji dan terburuk ialah RM500.

Bagaimana dengan pilihanraya kali ini? Adakah Najib akan mengulangi kesilapan Pak Lah?


Pelbagai berita perbelanjaan melampau Najib dan Isterinya dengan menggunakan wang kerajaan terpampang di merata blog dan media berita internet. Dan pastinya PA mengetahui akan hal ini. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian-Kementerian lain di sekitar Putra Jaya.

Jika Najib bijak, Najib tidak akan mengambil ringan berita-berita seperti ini. Berita sebegini tersebar meluas dengan cepat. Tiada halangan berita maya buat masa ini.PRU13 bakal menjadi medan balas dendam yang lebih buruk kepda UMNO BN.

Dendam kali ini lebih berat kerana bukan sahaja PA yang akan menolak UMNO BN tetapi turut serta ialah keluarga,saudara-mara dan rakan taulan.

Jika tahun lalu (2011) PA hanya merasa setengah bulan gaji atau minima RM500, bagaimana tahun ini? Tahun di mana BN dan UMNO terdesak perlukan sokongan PA untuk terus memerintah.

Ramadhan menjelang tiba. Semua umat akan Islam melaksanakan ibadah puasa seperti tuntutan agama. Dua minggu berpuasa, PA akan mula buka mulut seperti tahun-tahun yang lalu. Sudah menjadi rutin tahunan. Minta jasa baik kerajaan berikan bonus walau selalunya hanya dapat saguhati Hari Raya. PA akan tetap memohon.

PA terpaksa minta sedekah.Walaupun bunyinya macam hina namun mereka meminta daripada yang 'ADA'. Dan mereka tahu meminta adalah hak mereka. Untuk memberi atau tidak itu adalah hak kerajaan. Untungnya di Malaysia PA tidak pernah berpiket apabila kehendak meraka tidak tertunai.

Harapan 1.4 juta PA disandarkan dibahu Quepacs.

Quepacs sebenarnya adalah tempat mengadu 1.4 juta PA. Tanpa Quepacs suara-suara PA tidak akan didengar. Semua rintihan keperitan hidup, bebanan kerja dan kebajikan PA diadukan kepada Quepacs. Quepac lah yang mengembeling tenaga menuntut apa jua penambahbaikan kebajikan PA.

Kalau Quepacs main wayang habislah PA. Kesatuan sekerja memang banyak ruang untuk mendapat keuntungan peribadi. Seperti juga orang-orang kuat 'union' dalam sektor swasta. Peluang terbuka luas.

" i will give u this, i will give u that, bla,bla.. u just keep your mouth shut!"

Siapa pernah jadi orang kuat 'union' dan pernah deal dengan majikan pastinya setuju dengan gua. Banyak offer majikan akan tawarkan. Bagi faedah kepada sekumpulan 5 hingga 10 orang lebih jimat daripada bagi kepada 200 orang.

Oleh itu PA perlu waspada dengan pemimpin Quepacs. Jangan biar orang yang sama meneraju Quepacs terlalu lama. Takotttt termakan hasutan setan. Deal punya deal , dia sorang untung. PA gigit jari kaki. Nyonyot la ibu jari kaki siang malam.hahahaha!

sindri mau pikir ma

adios


video uncleseekers di tahanan-milosuam
video



READ MORE- BONUS PA: Beranikah Najib Ulangi Kesilapan Pak Lah??

Thursday, July 5, 2012

Anwar Ibrahim and the Muslim Brotherhood: A Picture Worth a Thousand Words!


Berdasarkan pembacaan di internet  dalam 3-4 bulan lalu, gua pernah terbaca tentang sumber kewangan Anwar Ibrahim yang kononnya ada  kaitan dengan muslim brotherhood dan pembesar-pembesar arab termasuk raja-rajanya.Artikel tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris dan rasanya ditulis oleh blogger pro umno.

Ketika mencari kembali artikel tersebut gua terjumpa artikel mamat ni.
sumber

sumber



Muslim brotherhood yang juga dikenali sebagai Ikwhanul Muslimin atau Ikhwan, diasaskan di Mesir pada tahun 1928 oleh guru sekolah Mesir yang bernama Hassan al-Banna, yang digelar sebagai tokoh utama dalam pembangunan agama dan intelektual oleh Qardawi. 

Moto Ikhwan

 "Allah matlamat kami;Al-Quran perlembagaan kami; Nabi pemimpin kami; Jihad cara kami; dan mati kerana Allah itu aspirasi tertinggi kami. "

Dalam kita menghargai Al-Ikhwan demi sebuah negara Islam yang lebih islamik berbanding di zaman pemerintahan Hosni Mubarraq. Bersama pula kita lihat bagaimana ikhwanul muslimin , Qardawi dan Anwar Ibrahim dimanipulasi melalui tulisan yang pastinya sangat berpengaruh.

Memang sungguh melucukan apabila ada orang umno mendakwa perjuangan ikhwanul muslimin sama dengan perjuangan umno. Setelah ikhwanul muslimin berjaya memenangi pilihanraya mesir itulah yang keluar dari mulut-mulut mereka dengan putar belit yang nyata.

Cuba baca kenyataan mereka tentang ikhwanul muslimin dan Qardawi dalam artikel yang bertajuk 'Ikhwanul Muslimin Pengganas dan Qardawi menyesatkan'


kahkahkah! 
umno oh umno

adios




READ MORE- Anwar Ibrahim and the Muslim Brotherhood: A Picture Worth a Thousand Words!

Sepanyol Empat Gol = Polis Malaysia Tembak Rakan Empat Das - Sadis!!

Gambar Hiasan
Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam.

Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0.
Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak.

Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian.

Terbaru semalam,

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini kerana kes itu melangkaui disiplin pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan boleh disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

"Kes itu akan disiasat oleh Polis Kontinjen Johor Baharu berdasarkan cadangan atau keputusan Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen itu sendiri," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kejadian itu.

Sehubungan itu beliau menasihatkan setiap pegawai dan anggota PDRM supaya bijak dan berhemah ketika menggunakan senjata api walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Penggunaan senjata api ini tidak boleh disalah gunakan kerana ia (penggunaan senjata api) tertakluk kepada peraturan PDRM yang telah ditetapkan.

"Antaranya, pistol atau senjata api hanya diguna ketika menjalankan tugas-tugas rasmi serta perlu dipulangkan dan disimpan semula di tempat khas apabila tidak digunakan," katanya.

Dalam kejadian itu seorang konstable polis yang koma akibat terkena tembakan empat das yang dilepaskan rakan setugasnya selepas mereka berselisih faham ketika menonton perlawanan akhir bola sepak Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali semalam. - BERNAMA

Ulasan

Tekanan akibat provokasi melampau dipercayai menjadi punca perbuatan tersebut.Dalam keadaan tertekan manusia mampu bertindak di luar batas kesedaran atau lebih tepat menggunakan minda bawah sedar.Dalam keadaan ini manusia yang mengalami kemurungan akibat provokasi melampau akan melepaskan segala kemarahan yang terpendam dalam jiwa tanpa mampu memikirkan kesan buruk ke atas diri sendiri dan orang lain.
READ MORE- Sepanyol Empat Gol = Polis Malaysia Tembak Rakan Empat Das - Sadis!!

Wednesday, July 4, 2012

7 Buah Kampong, Rumah-Rumah Ibadat,Tanah Perkuburan Dan Ladang Akan Musnah Kerana RAPID

Lebih dpd 20,000 ekar tanah kampung yg padat dgn penduduk akan dipaksa ambil oleh kerajaan BN negeri Johor utk pembangunan RAPID di Pengerang. Tanah di 7 buah kampung tersebut termasuk perkuburan islam dan orang cina, sekolah, masjid,surau, tokong,dan kebun ladang di mana orang tempatan mencari rezeki.

READ MORE- 7 Buah Kampong, Rumah-Rumah Ibadat,Tanah Perkuburan Dan Ladang Akan Musnah Kerana RAPID

AWWWW! Sape yang super impose gambar niii?


Gambar macam tak kena. Body Kurus Tak Buncit.
Awww... nah ngko, masuk nyah!
READ MORE- AWWWW! Sape yang super impose gambar niii?

Monday, July 2, 2012

Benarkah Ini Asas Kepada Teori Darwin??? hihi!







Bodoh punya Darwin
READ MORE- Benarkah Ini Asas Kepada Teori Darwin??? hihi!

Hakikat Umno- Semua Orang Kena Sedar

UMNO mesti menerima hakikat bahawa ia telah melakukan terlalu banyak perkara yang salah. Sokongan besar masyarakat Melayu pada masa lalu tidak akan datang dengan mudah lagi. Parti itu terlalu banyak skandal dan gagal untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi kewajipan sebagai pemerintah.

Walaupun dengan kuasa 55 tahun, ia telah salah urus ekonomi negara, gagal menaikkan yang standard hidup yang majoriti orang Melayu yang yang sepatutnya menjadi objektif utamanya dan gagal untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat Malaysia, yang mereka janjikan kepada kita semua . Terdapat terlalu banyak bencana keputusan ekonomi yang kini telah menyebabkan di negara ini berada di atas gunungan hutang yang  sebanyak RM460 bilion.

Hutang sahaja telah merencat pembangunan dan kemajuan negara kita, kita semua boleh melupakan hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Memusnahkan keharmonian sosial

UMNO walaupun dekad dalam kuasa telah mencapai kejayaan yang sedikit. Ya, mereka boleh berbangga apabila mereka membandingkan dengan Kemboja dan Myanmar. Tetapi kenapa tidak membandingkan dengan Singapura atau Korea. Atau bandingkan Industri automotif Korea yang bermula pada sekitar masa yang sama dengan Proton Mahathir Mohamad. Tanyalah mana-mana pembeli kereta hari ini, dan mereka akan mengatakan kereta Korea lebih bernilai walaupun berbanding kereta Jepun melainkan anda mampu membeli BMW dan Mercs.

Sekarang, UMNO secara aktif cuba hapus fabrik sosial yang rapuh yang telah secara semula jadi ditenun oleh rakyat sendiri selama beberapa tahun. Kita mempunyai potensi untuk mengapai kejayaan sebenar. Kita mempunyai sumber semula jadi untuk membantu mencapai aspirasi sosial tetapi semua elit UMNO yang tamak memusnahkannya dan terus berbuat demikian.

KWSP kami berisiko

UMNO telah merampas hak kita dengan jumlah yang besar daripada sumber-sumber asli di Malaysia, dan masih melakukannya. Kayu-kayan kita lesap, galian telah berkurangan, air tawar tercemar dan petroleum negara kita ini menyusut. UMNO juga telah memerah benteng terakhir harta kita - KWSP . Kumpulan Wang Simpanan tidak selamat lagi. Ia telah meminjam dan tidak lama lagi boleh merayu wang untuk mengelak daripada menjadi bankrap.

Sebalik meningkatkan ekonomi kita, Najib hanya memanipulasi isu dengan statistik. Dakwaannya bahawa Program Transformasi Ekonomi beliau telah sangat berjaya sangat tidak sesuai. walaupun statistik yang nyata palsu yang berjaya dilahirkan oleh PEMANDU yang sentiasa taat, iaitu satu unit di dalam Jabatan PM Najib sendiri.

Namun, kerajaan UMNO-BN masih terus meminjam lebih banyak wang untuk mentadbir kerajaan.Walaupun REFSA berhujah bahawa statistik tidak teratur dan mesti diambil perhatian. Jika ETPs telah berjaya, maka hutang negara sepatutnya sekurang-kurangnya kekal yang sama tetapi ia melambung di luar kawalan.

Sebalik kepada mengambil tindakan terhadap orang yang zalim kerana pelbagai skandal,  terlebih belanja dan rasuah yang mungkin, skandal-tercemar Najib dan UMNO sudah berusaha keras untuk menutup atau menyembunyikan ini di bawah karpet. Dia dan UMNO telah sebaliknya melindungi pesalah bukan menyoalsiasat dan mendakwa mereka.

Lampu hijau yang diberikan untuk ekstremisme

Masih UMNO tidak berpuas hati walaupun Najib telah berjaya Meratakan melalui kontroversi seperti mendapat SPRM untuk membersihkan Shahrizat Jalil Ketua Wanita Umno rasuah.

Dia dan rombongannya kini menggalakkan ketegangan agama dengan enggan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu atau kumpulan yang menghasut ketegangan kaum. Dengan serangan terbaru Perkasa ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Najib dan UMNO telah pada dasarnya memberi lampu hijau untuk semua individu pro-UMNO seperti Ibrahim Ali, Hasan Ali dan kumpulan seperti Pekida, Jati dan sudah tentu Perkasa untuk meneruskan usaha mereka secara terang-terangan untuk mewujudkan ketidakharmonian dalam masyarakat kita. UMNO-BN poiticians juga digalakkan untuk melakukan perkara yang sama.

Jadi apakah jenis pemimpin Najib Razak ini? Apakah jenis lelaki sanggup melakukan ini.Kelihatan seperti tiada PM lain yang lebih jahat daripada Najib sekarang.

Kezaliman secara terang-terangan terhadap penunjuk perasaan awam di perhimpunan Bersih dan penghinaan terhadap Ambiga, senaman ponggong oleh bekas pegawai Tentera dan seruan terbaru "hang Ambiga" adalah bukti bahawa UMNO telah jauh terpesong.

Propaganda untuk brainwash orang Melayu

Sekarang, ramai orang Melayu telah hilang kepercayaan di dalam UMNO. Untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai yang lebih besar dan untuk menawan semula orang-orang yang telah meninggalkan umno, Mahathir mengetuai caj propaganda untuk brainwash masyarakat Melayu bahawa orang bukan Melayu adalah orang berbahaya. Dan hanya UMNO, Mahathir dan Najib boleh menyelamatkan mereka!

Tetapi mungkinkah orang Melayu akan kembali kepada UMNO? Hahaha! UMNO hanya boleh bermimpi.Hakikatnya Melayu berasa malu dan jijik dengan tindakan UMNO. Banyak yang berfikir dua kali untuk terus menyokong UMNO. Ambil contoh beberapa individu terkenal seperti artis dan bekas kakitangan awam gred tinggi yang menyertai PKR dan PAS.

Hakikatnya ialah orang Melayu tidak lagi memerlukan UMNO untuk mempertahankan mereka atau Islam - ada PKR, PAS dan juga DAP yang mula berkembang keahlian Melayu.

Kepentingan diri, individu tamak

Jadi bagaimana pemimpin UMNO boleh menjadi begitu bodoh untuk berfikir bahawa mereka boleh menunggangi orang melayu, selama-lamanya? Sebab sebenar adalah kerana mereka tidak benar-benar berminat dalam kesejahteraan UMNO.

Dalam UMNO, pemimpin-pemimpin parti berfikir sebagai individu yang tamak, pertelingkahan kalangan mereka sendiri tanpa menghiraukan tentang kepentingan UMNO - apa lagi, negara.

Pemimpin UMNO sudah sepatutnya boleh dipanggil lanun moden dan kapal lanun mereka kini sedang tenggelam. Untuk menekankan betapa jahat mereka, pemimpin-pemimpin ini leka hanya dalam kepentingan diri mereka dan keupayaan untuk meneruskan rasuah mereka.

Mereka tahu kapal mereka akan tenggelam, tetapi mereka tidak akan melakukan sesuatu untuk menghentikan. Mengapa mereka harus mengganggu, mengapa mereka harus membiarkan kehilangan kelebihan mereka - ini adalah mentaliti mereka.

Sekarang, mereka tiada pilihan tetapi tenggelam dengan kapal mereka. Tidak hairan, UMNO dan Najib takut untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. Tetapi  berapa lama mereka boleh menghalang sejarah daripada berlaku.Malaysia Chronicle
READ MORE- Hakikat Umno- Semua Orang Kena Sedar

Ambiga Diugut Bunuh Lagii+++ video 4 gol Sepanyol DI Final Euro 2012 dan Turki Sedia Perangi Syria

PETALING JAYA: Pengerusi Bersama Bersih 3.0, S Ambiga telah menerima amaran e-mel ancaman terhadap hidupnya.Bekas Presiden Majlis Peguam memberitahu FMT bahawa beliau menerima e-mel itu petang semalam .

E-mel dengan subjek yang dinyatakan sebagai "Awas! Pembunuh Upahan Untuk Membunuh Anda" mendakwa bahawa kumpulan tertentu telah mengupah dua samseng untuk "menamatkan" beliau.

Walaupun dia menyembunyikan identiti mereka yang disebut dalam e-mel serta penghantar, Ambiga bagaimanapun berkata terdapat sebarang rujukan kepada mana-mana parti politik.

Pemimpin Bersih, yang membuat laporan dengan balai polis Travers, lebih suka untuk tidak mendedahkan penghantar untuk melindungi sumber.
"Saya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu," katanya.
Ambiga juga mendedahkan bahawa pegawai polis telah merekodkan pernyataan berkenaan petang semalam sebagai ancaman.

Menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan beliau, Ambiga berkata: "Ya, saya bimbang dan saya harus berhati-hati. Saya akan meningkatkan keselamatan diri. "
katanya tanpa menyalahkan sesiapa.

"Sejak tahun lepas, orang yang tidak bertanggungjawab telah secara konsisten mengeluarkan ucapan benci terhadap saya dan ini telah menyumbang kepada keadaan ini.
"Episod terbaru kata-kata 'gantung Ambiga' [oleh Umno MP Mohamad Aziz]. Orang-orang ini tidak boleh hanya mengatakan hal-hal tersebut dan menarik balik kemudian, "katanya.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Ini adalah ancaman kematian kedua terhadap pemimpin Bersih itu. Yang pertama adalah mesej teks melalui telefon bimbit tahun lepas.Ambiga terkenal berikutan Bersih 2.0 dan 3.0 , yang menarik berpuluh-puluh ribu untuk jalan-jalan di Kuala Lumpur menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.FMT


Baca juga




adios
READ MORE- Ambiga Diugut Bunuh Lagii+++ video 4 gol Sepanyol DI Final Euro 2012 dan Turki Sedia Perangi Syria

Syarikat Bumiputra Fail Saman 131.9juta Terhadap Bank Negara

Sebuah syarikat Bumiputera telah memfailkan tuntutan mahkamah RM131.9 juta terhadap Bank Negara Malaysia untuk ganti rugi dan bayaran tertunggak ke atas pembinaan pusat sumber perkhidmatan kewangan di sini.

H & I Niaga Sdn Bhd, Kelas Seorang kontraktor Bumiputera yang telah dianugerahkan kontrak RM320.3juta pada bulan September 2005, mendakwa bahawa kontrak mereka telah ditamatkan secara salah selepas kerja adalah 97% siap.

Pada sidang akhbar pada hari Ahad, pengarah urusan syarikat pembinaan, Datuk Ismail Mohd Hashim dan Pengarah Eksekutif Amerudin Ismail mendakwa bahawa tidak membayar wang yang didakwa terhutang boleh menyebabkan penggulungan syarikat dan mereka yang diisytiharkan bankrap.

Mereka berusaha untuk menuntut RM81.9mil dalam pembayaran tertunggak termasuk kos kelewatan projek, jumlah tertahan dan out-of-poket dan perbelanjaan RM50mil bagi ganti rugi kewangan dan reputasi kepada syarikat berusia 14 tahun.

Mereka mendakwa telah melabur hampir RM16 juta wang mereka sendiri ke dalam projek tersebut.

BNM menamatkan kontrak mereka pada bulan April 2010 dan melantik syarikat lain untuk menyiapkan projek tersebut, berkata Amerudin.

Amerudin berkata penamatan itu adalah kononnya untuk kemajuan dan peristiwa penting fasad bangunan yang beliau dakwa adalah menjadi tanggungjawab sub-kontraktor.

Ismail berkata, syarikat itu telah memenuhi pencapaian mereka, sambil menambah bahawa mereka telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 27 Jun.

Setiausaha publisiti DAP dan Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, yang turut hadir, berkata syarikat itu tiada pilihan selain memulakan tindakan undang-undang terhadap BNM stelah semua usaha menyelesaikan perkara itu secara baik, termasuk satu proses timbang tara gagal .

"Kami menyeru kepada BNM untuk merundingkan suatu penyelesaian yang saksama untuk jumlah wang yang tertunggak. Pertikaian itu telah menyebabkan keruntuhan syarikat H & I, "katanya.

Saman itu telah difailkan pada 20 Jun. Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 4 Julai, katanya.thestar
READ MORE- Syarikat Bumiputra Fail Saman 131.9juta Terhadap Bank Negara

Sunday, July 1, 2012

Skandal NFC: PAC Hanya Salahkan SOP

sumber
KUALA LUMPUR 27 Jun: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dipetik sebuah portal berkata, ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.

“Didapati pegawai yang mewakili kementerian (Kewangan dan Pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah.

“Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa tersebut di Parlimen semalam.

Hadir sama, pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua kementerian berkenaan serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar.Azmi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, PAC dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan SOP baru untuk dipatuhi pegawainya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat atau projek.

“Saya tidak tahu setakat mana ia akan ditingkatkan tapi kami berharap ia akan dipertingkatkan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga anggota PAC berkata, antara SOP yang diberi perhatian dalam penilaian mesyuarat itu adalah cara perjanjian projek ladang lembu itu dirunding dan dimeterai.

Selain itu, katanya, pengeluaran wang, pengawalseliaan laporan kemajuan, tugas pengarah syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan serta pengendalian akaun syarikat juga diteliti.

Dalam pada itu, Azmi berkata, PAC juga meminta kerjasama Jabatan Audit Negara untuk meneliti beberapa dokumen tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut
READ MORE- Skandal NFC: PAC Hanya Salahkan SOP

Inilah Namanya POKEWAK

Layanan Terbaik Untuk Rakyat

Government hospital... No money?
Suka · · Kongsi
163 orang menyukainya.
Dikongsi 163 kali

Christopher Jie what the hell?
pada 25hb Mac pukul 9.32 ptg · Suka · 2
Nick Ng 算好了...我附近的那间 4个轮椅 1个烂的 一个轮子的螺丝松的...剩下的2个 其中一个 那个皮已经裂口了 唯独一辆还能看而已....
pada 25hb Mac pukul 9.36 ptg · Suka · 3
Dren Chin 有看到很多,没错的话椅子后面好像是有注明是某个慈善集团捐助的
pada 25hb Mac pukul 9.55 ptg · Suka · 2
Stanley Wong all the budget goes to jabatan perdana menteri
pada 25hb Mac pukul 10.08 ptg · Suka · 6
Micheal Foo There are many of this in Penang GH as well, saw it few weeks back.
pada 26hb Mac pukul 1.43 pagi · Suka · 3
JO Lin Ya.i saw this at pantai hospital,penang.
pada 26hb Mac pukul 11.14 ptg · Suka · 2
Beh Jasmine omg
pada 27hb Mac pukul 1.23 pagi · Suka · 1
Sia Vei Zen Jason haizzz
pada 27hb Mac pukul 2.27 ptg · Suka · 1
BW Enam Brilliant and Creative idea. Ya...the contractor charges too much on the original leather seats. Plastic Chair is much cheaper.
pada 28hb Mac pukul 8.25 pagi · Suka · 2
CalviNz Wei Jie zzzz epic! -_-
pada 28hb Mac pukul 10.43 pagi · Suka · 1
Hooi Cheng Fong 省钱,good idea。
pada 28hb Mac pukul 2.04 ptg · Suka · 1
Yvonne Teoh 最新轮椅
pada 29hb Mac pukul 10.03 pagi · Suka · 1
Norni Razali new invention kot hahaha
pada 29hb Mac pukul 2.56 ptg · Suka · 1
Wandy Wan kerusi roda ke atau beca ni??
pada 29hb Mac pukul 4.01 ptg · Suka · 1
Hersen Lee no wasting money , creative
pada 29hb Mac pukul 8.17 ptg · Suka · 1
Mat Rusdi Yusof Adush..birokrasi byk kot n takut kna audit c tentu hala ni la jadi dia..
pada 30hb Mac pukul 9.25 ptg · Suka
Bing Kok Lai just new design !!
pada 7hb April pukul 10.50 pagi · Suka
Dik Jang Vry poor
pada 7hb April pukul 8.49 ptg · Suka
Safri Md Shari ok ape....
pada 10hb April pukul 10.54 pagi · Suka
Kelvin Lim Kok Vui 问下尿中来,,,,咯。
pada 8hb Jun pukul 12.09 ptg · Suka
Lam Fook Seng recycle ma, all the kerusi roda yang rosak boleh pakai semula after put plastic chair XD
READ MORE- Inilah Namanya POKEWAK