KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, September 1, 2012

MB Kedah sakit, mesyuarat Exco akan diadakan di hospital

Oleh Nomy Nozwir
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Keadaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC), Alor Setar semalam.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, beliau telah berbual dengan Azizan dan juga berbincang dengan doktor yang merawat menteri besar itu.

"Buat masa sekarang, beliau dinasihatkan doktor agar berehat di hospital untuk mempastikannya mendapat rehat yang cukup, makan ubat dengan teratur dan tidak memakan makanan yang tidak sesuai untuk kesihatan beliau.

"Doktor mendapati Ustaz Azizan keletihan akibat terlalu banyak menyertai pelbagai program sepanjang bulan puasa yang lalu.

"Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini di bawah pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting," kata Mustafa dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mustafa berkata beliau diberitahu bahawa MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, mesyuarat tersebut akan diadakan di hospital.
Sehubungan dengan itu kata Mustafa, rakyat Kedah dan ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang dengan hal ini.

Azizan merupakan menteri besar Kedah ke-10 dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Limau.
Beliau mula memegang jawatan tersebut selepas gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) memenangi 22 daripada 36 kerusi dewan undang negeri di Kedah pada pilihan raya umum 2008.-TMI

adios
READ MORE- MB Kedah sakit, mesyuarat Exco akan diadakan di hospital

MB Selangor: Ambilalih EDL satu cara langsaikan hutang MRCB

Oleh Nomy Nozwir
PETALING JAYA, 31 Ogos — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata, pengambilalihan Lebuhraya Laluan Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru adalah satu cara kerajaan untuk membayar hutang-hutang syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Menurut Khalid (foto fail), beliau bimbang sekiranya pengambilalihan lebuhraya tersebut tidak berdasarkan nilai pasaran, pengurusan akan menjadi lembab dan tidak efisyen.
“Kita mahu pengambilalihan ini berdasarkan nilai pasaran dan bukannya dari campurtangan kerajaan,” kata Khalid dalam temuramah dengan The Malaysian Insider.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata, isu ini adalah isu yang serius dan menimbulkan persoalan sama ada ia akan menjadi sebuah lagi penswastaan atau kekal menjadi milik kerajaan.

Semalam, kerajaan persekutuan mengumumkan akan mengambil alih EDL di Johor Bahru dari syarikat konsesi MRCB untuk mengelakkan kenaikan harga tol enam kali lebih mahal untuk ke Singapura, dimana Pakatan Rakyat (PR) akan berkempen untuk menyerang kubu kuat Umno itu.
MRCB telah menetapkan harga tol sebanyak RM9.10 sehala untuk laluan EDL yang bernilai RM1 billion dari Tambak Johor ke pusat imigresen.

Lebuhraya EDL dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun ini, menghubungkan Tambak Johor dan pusat imigresen sehingga ke persimpangan Pandan di lebuh raya PLUS, sepanjang 8.1 kilometer.

Projek EDL ini adalah sebahagian dari Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun ini, untuk menyuraikan kesesakan trafik di timur bandar raya Johor Bahru terutamanya di Stulang, Pasir Gudang dan Permas Jaya.-TMI

adios
READ MORE- MB Selangor: Ambilalih EDL satu cara langsaikan hutang MRCB

Jelajah Merdeka Rakyat Sedia Gempur Kubu Kuat Umno

PETALING JAYA, 31 Ogos — Jelajah Merdeka Rakyat PKR akan ke seluruh negara, terutamanya di kawasan pendalaman yang merupakan kubu kuat Umno mulai hari ini untuk perjelaskan isu-isu semasa sehingga parlimen dibubarkan, kata setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Kita akan bergerak ke pasar malam, kawasan perumahan, masjid dan tempat orang awam berkumpul di seluruh negara untuk perjelaskan isu-isu serta berkempen bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR),” kata Saifuddin (gambar).

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan bas Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya pagi tadi.
Turut hadir dalam acara ini presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jelajah bermula hari ini dan akan singgah ke Bentong pada tengah hari, kemudian ke Benta, Pahang sebelum ke Gua Musang, Machang dan Tanah Merah di Kelantan.

Jelajah Merdeka Rakyat singgah di Bentong sempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri cabang parti tersebut di Bentong, dan singgah di Benta untuk solat Jumaat.
Di sebelah malam pula, Jelajah Merdeka Rakyat akan turut dihadiri oleh mursyidul am PAS yang merupakan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sementara itu, Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditemui berkata, rancangan memiliki bas jelajah ini sebenarnya sudah dirancang sebelum pilihan raya lalu, namun pada ketika itu parti tidak mempunyai kekuatan dan kemampuan pada ketika itu.

“Pada 2008, kita tidak mempunyai banyak kelebihan, tapi kita kerja kuat bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita.

“Hari ini kita sudah mempunyai kekuatan, jadi kita akan memberi tentangan yang lebih sengit kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

“Disebabkan kita kerja kuat, kita menang di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun atas perkara teknikal, kita kehilangan Perak,” katanya lagi.

Dengan adanya bas jelajah ini,kerja-kerja kempen terutamanya di luar bandar akan menjadi lebih mudah dan penerangan akan sampai ke peringkat akar umbi lebih mudah, kata menteri besar Selangor itu.

Bas itu juga mempunyai pentas boleh alih yang boleh dipasang oleh krew bertugas dalam masa kurang dari 15 minit.-TMI

Semoga apa yang dihajatkan serta dirancang akan dapat dilaksana. Dengan itu semua rakyat Malaysia boleh mendapat gambaran sebenar tentang negara ini. Pilihanraya adalah medan terbaik menukar kerajaan. Jika pendedahan dapat dilakukan secara menyeluruh pastinya tidak dapat lagi Bn berdolak dalik dengan rakyat.

Pilihanraya umum 13 pasti milik PR. Usaha perlu terus dijalankan agar tidak ada yang terkecuali daripada mendapat maklumat sebenar dan isu-isu yang dibangkitkan. Penyelesaian perlu dicari , negara perlu diselamatkan.

adios
READ MORE- Jelajah Merdeka Rakyat Sedia Gempur Kubu Kuat Umno

Tiga Orang Kuat BN Bakal Kena

Kabinet telah menerima cadangan untuk memberi amaran kepada tiga pemimpin utama BN berikutan bantahan terbuka mereka kepada Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

Trio tersebut adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Menteri Sukan Gan Ping Sieu dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet membuat keputusan pada esyuarat pada Ogos 15 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ia telah dicadangkan bahawa perdana menteri atau timbalan perdana menteri perlu memanggil dua timbalan menteri dan memberi mereka amaran kerana tindakan mereka bertentangan dengan pendirian kerajaan," sumber mendedahkan.

"Ia juga telah mencadangkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz harus bertemu dengan dua timbalan menteri dan Khairy untuk mendengar pandangan mereka, dan menyediakan mereka dengan penjelasan kerajaan."

Satu hari sebelum mesyuarat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang berada di luar negara kemudian telah mengarahkan kabinet untuk membincangkan pindaan kontroversi, berikutan protes utama talian digelar 'Internet Blackout Day'.

Walau bagaimanapun, mesyuarat itu memutuskan untuk tidak mengkaji pindaan. Keputusan itu kemudiannya mengesahkan dan dijelaskan oleh Nazri.

Menurut sumber, kabinet berpendapat bahawa jika tindakan tidak diambil, ia akan menjejaskan kredibiliti kerajaan dan melemahkan pentadbiran.

"Kabinet juga menyatakan bahawa ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan dasar-dasar kerajaan.

"Mereka harus menyampaikan pandangan mereka melalui saluran dalaman seperti menteri mereka atau parti politik," tambah sumber.

READ MORE- Tiga Orang Kuat BN Bakal Kena

19 Pasangan Ditangkap Khalwat Di Malam Merdeka

KUANTAN, 31 Ogos (Bernama) -- Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam.- BERNAMA

Apabila operasi dilakukan pasti ada saja yang akan kantoi. Masalahnya operasi hanya dijalankan secara berkala. Jika operasi dijalankan secara kerap pasti ramai akan takut untuk melakukan maksiat.

adios
READ MORE- 19 Pasangan Ditangkap Khalwat Di Malam Merdeka

‘Baru insaf’ belum tentu faham Islam, pesan Dr Maza kepada Abby

Oleh Nomy Nozwir
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.

“Teliti sebelum komen.”

Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.

“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.
Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.
“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.
Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.-TMI

Jangan lawan ilmuan Islam yang tak menyeleweng tentu anda kalah.Tapi kalau lawan ilmuan islam yang menyeleweng anda banyak peluang untuk menang.
adios
READ MORE- ‘Baru insaf’ belum tentu faham Islam, pesan Dr Maza kepada Abby

Friday, August 31, 2012

Malaysia NO 10 Terkaya Di Dunia, Duit Pi Mana?

Inilah Ranking Negara Islam Terkaya Di Dunia

Qatar
GDP (PPP) per capita: $ 88,919 (2011)

Kuwait
GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011)

Kuwait
GDP (PPP) per capita: $54,654 (2011)

United Arab Emirates
GDP (PPP) per capita: $48,222 (2011)

Oman
GDP (PPP) per capita: $28,880 (2011)

Saudi Arabia
GDP (PPP) per capita: $24,434 (2011)

Bahrain
GDP (PPP) per capita: $23, 690 (2011)

Turkey
GDP (PPP) per capita: $16,885 (2011)

Libya
GDP (PPP) per capita: $16,855 (2009)

Malaysia
GDP (PPP) per capita: $15,589 (2011)

Lebanon
GDP (PPP) per capita:$14,709 (2011)

Kazakhstan
GDP (PPP) per capita:$13,189 (2011)

Iran
GDP (PPP) per capita: $11,479 (2009)

Azerbaijan
GDP (PPP) per capita: $10,136 (2011)

Tunisia
GDP (PPP) per capita: $9,415 (2011)


Malaysia menduduki tangga ke sepuluh terkaya di kalangan negara-negara Islam. Ke manakah kekayaan itu disalurkan? Malaysia berada di atas Iran. Tetapi Iran mempunyai kekuatan kelengkapan dan tentera yang cukup untuk mempertahankan diri. 

Bagaimana dengan Malaysia.? 

Kapal Selam tak boleh menyelam manakala jet pejuang terjunam sendiri tanpa kena tembak. Berapa bijik jet yang tinggal. Tentera Singapura ceroboh ruang udara mencabar kedaulatan negara. Tentera kita buat dono saja. Sebab mereka tahu kita tak boleh makan Singapura. Singapura jauh lebih anvance dalam kelengkapan ketenteraan. Alasan mudah kita ialah " semangat kejiranan ASEAN' wakaka! 

Kekayaan pergi ke mana? 

adios
READ MORE- Malaysia NO 10 Terkaya Di Dunia, Duit Pi Mana?

Thursday, August 30, 2012

'UNDI DAP HARAM' RM 2 jUTA MASYUKKKK!

Guru Pondok Fatwa Haram Undi DAP Terima Sumbangan RM2 juta Dari Umno

SHAH ALAM 17 OGOS: Laporan dan foto pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah sedang menerima sumbangan RM2 juta dari Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang semakin hangat diperkatakan di ruang siber mencetuskan pelbagai tanggapan negatif terhadap guru agama tersebut.

Beliau yang sebelum ini mengeluarkan fatwa kontroversi, mengharamkan pengundi Islam mengundi DAP itu baru-baru ini didapati menerima sumbangan bagi membiayai perbelanjaan sekolah agama yang diasasnya itu.

Malah, beliau turut menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.

Menurut laporan beberapa akhbar arus perdana semalam, majlis penyerahan sumbangan itu diadakan pada Selasa, 14 Ogos iaitu kira-kira hampir seminggu selepas beliau mengeluarkan fatwa kontroversi itu.

Menurut satu laporan Utusan Online semalam, peruntukan RM2 juta tersebut diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan berdasarkan kepada permintaan jawatankuasa pondok berkenaan.

Pondok berkenaan dikatakan hanya mempunyai seramai 25 orang pelajar sahaja pada masa ini.

Menurut pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali sebagai Chegu Bard hari ini, fatwa yang dikeluarkan oleh Abdullah itu memberi imej buruk kepada agama Islam hari ini.

“Mula-mula dia keluarkan fatwa haram orang Islam sokong DAP, lepas tu umum mengetahui dia terima RM2 juta dari Umno sekali gus memberi tanggapan bahawa guru-guru agama ini boleh digunakan dengan wang,” kata beliau kepada TVS hari ini.

Menurut Chegu Bard, lebih memburukan keadaan apabila fatwa yang dikeluarkan ini didapati boleh mengancam keselamatan dan menghuru-harakan negara.

“Malah, keamanan yang ada boleh terancam kalau umat Islam di Malaysia mengambil serius fatwa yang dikeluarkan, seolah menggambarkan Islam menghalalkan darah ahli DAP.

“Kalau kita kaji era kejatuhan Islam di barat ketika zaman gelap di eropah, keadaan ini jug mampu melemahkan pengaruh Islam sendiri di negara ini,” kata Chegu Bard.

READ MORE- 'UNDI DAP HARAM' RM 2 jUTA MASYUKKKK!

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Canggih Siottt!!!!






Tahniah kepada pemilik bas yang sanggup mengeluarkan belanja untuk jelajah merdeka rakyat. Semoga usaha anda kali ini membuahkan hasil. Kesungguhan PR pada PRU13 adalah yang terbaik. Diharap semua pihak termasuk para blogger pro PR dapat meneruskan penulisan bagi memberi kefahaman kepada semua rakyat Malaysia kepentingan menjatuhkan BN dalam PRU kali ini.


adios
READ MORE- Bas Jelajah Merdeka Rakyat Canggih Siottt!!!!

Bebas Perogol Kanak-Kanak Bawah Umur Mahkamah perlu Dipersalahkan - Zaid

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.

Bekas menteri ‘de facto’ undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Isu tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.

“Hakim, terutamanya di Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan budi bicara.

“Sesetengah lagi berdasarkan undang-undang yang sedia ada,” katanya dengan menambah bahawa hakim mempunyai kuasa untuk membebaskan pesalah pertama berdasarkan umur, kelakuan, kesihatan, keadaan mental dan sebagainya.

Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa seks di bawah umur 16 tahun dikategorikan kes rogol bawah umur.

“Dengan keputusan sedemikian, itu adalah kesalahan yang serius.

“Kanak-kanak perempuan kini sudah tidak mempunyai perlindungan di mahkamah,” kata Zaid.
Pengasas kepada Zaid Ibrahim & Co, firma undang-undang swasta terbesar negara, memberi amaran bahawa keputusan sedemikian akan menyebabkan ramai lagi yang “tidak bertanggungjawab” untuk melakukan jenayah sedemikian.

“Saya merasakan adalah penting untuk Mahkamah Rayuan menimbang semula keputusan ini,” katanya lagi, dengan menambah bahawa ini adalah ujian kepada kerajan untuk melindungi kanak-kanak dan wanita.

Kedua pesalah, pemain bowling negara Noor Afizal Azizan mestilah dikelaskan sebagai pedofil, menurut standard kesihatan antarbangsa dan psikatri.
Keputusan mahkamah hari ini telah membebaskan penjenayah seks yang mungkin akan mengulangi jenayah mereka.

Badan dunia mengenai penklasifikasian penyakit (ICD) mengatakan pedofil merupakan “seks kanak-kanak, sama ada lelaki, perempuan atau keduanya, dari sebelum akil baligh atau di peringkat awal selepas akil baligh.”

Menurut Statistik dan Diagnosis untuk Penyakit Mental (DSM) yang digunakan oleh pakar professional kesihatan mental seluruh dunia, pedofil adalah mereka yang tertarik dengan hubungan seks antara kanak-kanak berusia 13 tahun atau lebih muda, dan pelaku mestilah berusia 16 tahun ke atas dengan pasangannya sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda.
Noor Afizal berusia 19 tahun apabila dia melakukan kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun, enam tahun lebih muda.

Dalam kes Chuah, beliau berusia 21 tahun apabila melakukan kesalahan, sementara mangsanya berusia 12 tahun — beza sembilan tahun.

Perbezaan usia antara perogol dan mangsa dalam kes ini, merujuk kepada ICD dan DSM boleh dikategorikan sebagai pedofil.

Hukuman penjara yang lebih panjang seharusnya diberikan kepada pemain bowling Noor Afizal merogol kanak-kanak bawah umur berusia 13 tahun apabila dia berusia 19 tahun sekiranya beliau menggunakan kekerasan atau keganasan, kata mahkamah rayuan awal minggu ini dalam penghakiman bertulis mengapa mahkamah memutuskan untuk hanya mengenakan ikat jamin selama lima tahun.
Mahkamah bagaimanapun berkata, keputusan ini tidak seharusnya menjadi rujukan apabila berlakunya kes rogol bawah umur dan seharusnya dihakimi dengan keputusan sendiri.

Presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Raus Sharif berkata dalam penghakimannya, Noor Afizal, yang kini berusia 21 tahun adalah seorang “lelaki yang menyesali apa yang dia telah lakukan dengan mengaku kesalahannya.”

Raus, bersama Hakim K.N. Segara dan Azhar Ma’ah, telah memutuskan keputusan tersebut.
Noor Afizal telah dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 berbanding hukuman penjara selepas beliau mengaku bersalah atas melakukan rogol bawah umur, menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap mahkamah, serta menimbulkan persoalan terhadap Kanun Keseksaan dan undang-undang jenayah, terutamanya selepas perogol kanak-kanak kedua, Chuah, dibebaskan hari ini.
“Kami turut memutuskan bahawa pelakuan seks ini adalah kehendak bersama dan dia seorang yang tidak habis sekolah,” kata hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, mengikut laporan dari The Star terhadap Chuah, yang berusia 22 tahun, seorang juruelektrik, diikatjamin sebanyak RM25,000 selama tiga tahun.

Kemarahan orang awam semakin memuncak apabila penghakiman mahkamah rayuan hari ini berubah dari keputusan mahkamah tinggi daripada keputusan hukuman penjara terhadap pemain bowling tersebut kepada ikat jamin lima tahun — kerana masa depan pemain bowling tersebut sebagai tiket untuk tidak ke penjara.

Tetapi mahkamah rayuan memutuskan dalam penghakiman bertulis untuk melepaskan pemain bowling itu dengan ikat jamin, tidak bermakna melibatkan kes untuk sama untuk akan datang.
“Jika perayu (Noor Afizal) lebih tua, atau dia menggunakan kekerasan, paksaan atau keganasan ke atas mangsa, atau menggunakan penipuan, serta tidak bekerjasama dengan polis, dan tidak menunjukkan kekesalan di atas kesalahannya, atau tidak ada jaminan untuk dia tidak melakukan kesalahan yang sama, kami tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman, sepertimana kes yang sebelumnya,” kata Raus.

Di mahkamah sesyen Melaka, hakim telah mengarahkan Noor Afizal diikatjamin sebanyak RM25,000 selama lima tahun selepas beliau mengaku bersalah merogol kanak-kanak tersebut di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai 2010.

Bagaimanapun, pendakwa telah merayu kepada mahkamah tinggi pada 20 September tahun lalu untuk penjara mandatori minimum lima tahun, dibawah kesalahan merogol dalam Kanun Keseksaan.
Menurut kes tersebut berdasarkan penghakiman bertulis mahkamah rayuan hari ini, Noor Afizal telah menempah hotel di Melaka pada 5 Julai, 2010 bersama gadis yang pada ketika itu berusia 13 tahun empat bulan.

Keduanya berkata bahawa seks itu adalah seks sukarela. Keesokan paginya, Noor Afizal menghantar gadis itu ke rumah.

Gadis tersebut tidak bercakap apa-apa, dan insiden itu hanya diketahui bila ayahnya membaca diarinya.

Raus juga berpendapatan bahawa ikat jamin Noor Afizal ini adalah adil kerana dia mempunyai rekod sebagai seorang perogol.
READ MORE- Bebas Perogol Kanak-Kanak Bawah Umur Mahkamah perlu Dipersalahkan - Zaid

Polis tunggu keputusan DNA Pemimpin Politik Sumbang Mahram

KUANTAN, 29 Ogos (Bernama) -- Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.

"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.

Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.

Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.

Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31`tahun, katanya.
READ MORE- Polis tunggu keputusan DNA Pemimpin Politik Sumbang Mahram

Kopi Tahi Musang Kopi Termahal Di Dunia

Jenama kopi yang biasa kita minum pasti memberikan perasaan yang mendatar apabila meminumnya setiap hari. Bagi penggemar tegar kopi pasti mereka turut tercari-cari jenis kopi yang jarang sekali boleh di dapati di kedai biasa. Hanya boleh didapati di kawasan pergunungan dan juga di kepulauan kecil sesebuah negara yang mana mereka adalah pengeluar paling banyak untuk jenis kopi yang pelik.

Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu malasah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain daripada yang lain.

Kopi Luwak

Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi. Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di dunia, dan boleh menempah sendiri secara online. -yahoo

Menurut kenalan dari Indonesia harga kopi ini mencecah RM 400- RM 600 sekilogram. Kopi ini adalah kopi yang diambil daripada najis musang yang memakan buah kopi. Musang ini hanya makan buah kopi tanpa diberi makanan lain. Maka najisnya adalah 100% kopi. Majlis Ulama Indonesia suatu masa dahulu, kalau tidak silap gua awal tahun ini telah mengisytiharkan kopi tahi musang atau kopi luwak halal diminum.
READ MORE- Kopi Tahi Musang Kopi Termahal Di Dunia

Wednesday, August 29, 2012

Pemimpin kanan Pembangkang dan anak ditahan kes sumbang mahram

JERANTUT, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atasjaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.-bernama
READ MORE- Pemimpin kanan Pembangkang dan anak ditahan kes sumbang mahram

Akhirnya Norish Karman mengaku lahirkan anak

26 Ogos – Setelah menyimpan seribu satu tanda tanya mengenai status sah anak yang dilahirkan aktres terkenal, Norish Karman, akhirnya dia mengaku bahawa gambar yang tersebar itu adalah miliknya.

Dipetik dari laporan Utusan Malaysia, Norish Karman atau lebih dikenali dengan panggilan NK, mengesahkan bahawa penafian yang dilakukan sebelum ini adalah untuk berselindung dari perihal peribadinya.

NK Selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 yang lalu di sebuah Hospital Swasta di Subang.

"Sebetulnya sebelum penyebaran gambar tersebut di Internet, saya tidak mahu menghebahkannya kepada pengetahuan umum terutamanya media kerana tidak mahu orang bercakap mengenai perihal peribadi saya."

"Selepas penyebaran tersebut, saya seakan lega pula kerana tidak lagi perlu berselindung."
Apabila ditanya mengenai status sebenar anaknya itu, Norish Karman tidak mahu mengulas lanjut dan menyifatkan semua itu adalah hak peribadinya. Dia turut menegaskan bahawa setiap apa yang terjadi adalah urusannya dengan yang Maha Esa.

"Jika ada yang mempertikaikan siapa bapa dan bagaimana boleh terjadi, ianya adalah urusan diantara saya dan juga Tuhan."

Walaubagaimanapun, NK turut memberitahu setelah mengetahui dirinya mengandung pihak hospital ada menyarankan dia menggugurkan kandungan namun dia menolak.

"Saya tahu perasaan seorang yang telah bergelar Ibu. Saya telah berfikir masak-masak dan mengambil keputusan untuk melahirkan dan menjaga bayi yang dikandungkannya ini."
Sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kesan yang mendatang, Norish Karman tidak mahu lagi mengingati sejarah ini.

Bagi mereka yang agak samar-samar mengenai kisah NK ini, ianya bermula apabila sebuah blog hiburan tempatan telah menyebarkan gambar NK berada di hospital bersalin sejurus selepas selamat melahirkan seorang bayi yang menjadi tanda tanya kepada semua peminat setia pelakon yang popular dengan drama bersiri "Spa Q" ini.

Namun apabila didekati, NK seperti tidak mahu mengaku gambar yang disebarkan itu adalah miliknya sehinggalah pihak media mendapatkan kenyataan sahih dari empunya badan sendiri.

Berbalik semula kepada kenyataan rasminya, dia mahu fokus dengan kehidupan baru sebagai ibu tunggal bersama Haq dan tiga lagi anaknya bersama bekas suami terdahulu, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir iaitu Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran dan Nur Hanyz Amanda.-cinema online

READ MORE- Akhirnya Norish Karman mengaku lahirkan anak

Monday, August 27, 2012

Lu Giget Gua,,,,, Gua Giget Lu Sampai Mati

foto oleh AFP
Kathmandu (Reuters) - Seorang lelaki Nepal yang telah digigit oleh ular tedung membunuh reptilia itu dengan menggigitnya menurut akhbar.

Annapurna Post berkata Mohamed Salmo Miya mengejar ular tedung yang menggigitnya di sawah padi pada Selasa. Setelah ditangkap ular tersebut digigitnya sehingga mati.

Mia tinggal di sebuah kampung kira-kira 200 km (125 batu) tenggara modal Nepal Kathmandu.

"Saya sepatutnya telah membunuh ular itu dengan kayu tetapi mengambil keputusan untuk menggigitnya kerana saya sangat marah," kata Miya yang berusia 55-tahun.

Ular tedung yang dipanggil "goman" di Nepal, juga dikenali sebagai tedung biasa.

Pegawai Polis Niraj Shahi berkata lelaki itu, yang sedang dirawat di pos kesihatan kampung dan tidak berada dalam bahaya. Mia tidak akan dikenakan tuduhan membunuh ular kerana reptilia itu tidak tersenarai dalam spesis ular yang terancam di Nepal.

(Laporan oleh Gopal Sharma, Editing oleh Elaine Lies dan Michael Perry)


adios
READ MORE- Lu Giget Gua,,,,, Gua Giget Lu Sampai Mati

Pemuda UMno Nafi Tapi Kantoi Kini Mohon maaf

Oleh Lisa J. Ariffin
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pentadbir kepada laman Facebook Pemuda Umno membuat permohonan maaf hari ini diatas poster kontroversi mereka siarkan — menyatakan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan.

Laman Facebook tersebut memuat naik poster yang bertulis: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son.”

“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.

Poster tersebut mengejutkan warga internet yang melihat permohonan maaf tersebut sebagai satu kontradiksi kepada kenyataan Khairy yang menyatakan Pemuda Umno tidak mempunyai laman Facebook rasmi.

Khairy turut mengarahkan ketua Pemuda Taman Tun Dr Ismail untuk membuat laporan polis menafikan laman Facebook tersebut milik Pemuda Umno dan orang yang menaikkan poster tersebut adalah orang yang tidak beri kuasa.

“Khairy cakap akaun palsu... Rupanya akaun betul la nih. Siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye... Siapa admin yg kena remove tuh?? Cepat dedahkan siapa... Memburukan imej Pemuda UMNO...,” komen Nur Miba di permohonan maaf tersebut.
“Hampeh betul la korang ni. Menyusahkan… tak mengaku, lepas tu mengaku. Bangang,” kata Shauqie Kharip.

Jika Pemuda Umno dibawa ke mahkamah berkenaan dengan laman Facebook bukan milik mereka itu, ia akan menjadi ujian kepada pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan yang mendapat tentangan daripada ramai pihak.

Seksyen 114A menyebabkan pengusaha kedai kopi yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi boleh dikenakan saman fitnah dan dakwaan jenayah diatas komputer yang digunakan pelanggan.
Suhakam dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider meminta kerajaan menyemak semula pindaan undang-undang tersebut.

“Walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A boleh dipatahkan. Seseorang yang dianggap bersalah, mungkin tidak mempunyai masa, sumber dan khususnya kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran Internet, untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut,” katanya pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau berkata berbeza pula dalam kes jenayah, pihak pendakwaan boleh lebih bersedia untuk membuktikan kesalahan pihak tertuduh, kerana mereka diberi kuasa untuk memaksa mana-mana saksi berpotensi (seperti pentadbir, pemberi khidmat rangkaian dan pembekal Internet) untuk mengemukakan keterangan.-TMI

Hidup Menipu sahaja diorang nii!

adios
READ MORE- Pemuda UMno Nafi Tapi Kantoi Kini Mohon maaf

Memancing Udang Galah Sungai Tanjung Karang


Sewa bot pancing udang galah di Tanjong Karang 017 3790881 Cik Din


Gambar hiasan ihsan chekedondon.blogspot.
Udang galah adalah hidupan sungai yang digemari oleh ramai pemancing. Kaki pancing akan ke destinasi yang didapati banyak udang galah walau sedar akan risikonya.

Di mana ada udang galah di situ ada kapal selam. Kapal selam adalah istilah yang digunakan oleh kaki pancing yang berpegang teguh pada pantang larang ketika memancing. Kaki pancing dilarang menyebut nama buaya sebaliknya menggunakan pelbagai istilah lain dan yang paling popular islah kapal selam.

Sungai Tanjung Karang ialah salah satu lokasi memancing udang galah yang popular bagi kaki pancing di sekitar Lembah Kelang.

Terdapat nelayan yang mencari rezeki tambahan ketika malas atau penat ke sungai mencari rezeki dengan menyewakan bot mereka kepada kaki pancing. Namun dalam mencari rezeki tersebut ramai yang tidak mengendahkan nasib kaki pancing yang datang dari jauh semata-mata mahu merasa 'tarikan' udang galah.

Antara sikap tidak bertanggung jawab nelayan tersebut ialah menyewakan bot mereka kepada kaki pancing walau pun sedar masa tidak sesuai untuk memancing udang. Sama ada atas faktor air pasang surut atau masalah-masalah lain yang tidak memungkinkan kaki pancing mendapat hasil.

Di kesempatan ini gua ingin mempromosikan seorang nelayan part time yang kerjanya membelat di Sungai Tanjung Karang. Samsudin itulah namanya dan lebih mesra dipanggil Cik Din. Kerja utama Cik Din ialah mengambil upah mengait kelapa sawit.

Cik Din ialah seorang bekas kaki pancing tegar semasa mudanya. Ketika itu dia mempunyai banyak wang hasil daripada kerja sebagai pemandu lori besar. Kebanyakkan wangnya habis di lokasi-lokasi memancing dari darat hingga ke laut dalam.

Sebagai bekas kaki pancing tegar, Cik Din faham benar keinginan seorang kaki pancing. Oleh itu dia sudi menyewakan botnya kepada kaki pancing.

Kelebihan menyewa bot dengan Cik Din ialah dia tidak akan menyewakan botnya kepada kaki pancing ketika masa tidak sesuai untuk memancing.Dia juga menyediakan parking kereta yang selamat iaitu di halaman rumahnya sendiri. Sewa yang dikenakan oleh Cik DIn ialah RM 50 tanpa minyak petrol.Minyak perlu dibeli sendiri oleh Penyewa. Dengan sewa RM 50 itu kaki pancing boleh memancing selama 24 jam kalau sanggup.

Bagi mereka yang ingin memastikan tidak pulang dengan tangan kosong dan menghampakan anak-anak dan isteri bolehlah menempah udang galah hidup yang dibelat oleh Cik Din pada harga RM40 sekilo dan yang mati pada harga RM30 sekilo.

Nak tipu bini pun boleh hahaha! terpulang kat lu orang la... itu namanya tipu sayang. kihkihkih! "abang pancing dapat tiga kilo dalam masa 5 jam saja" Lain kali nak pergi memancing kompom bini tak panjang muncung lagi.

Jika ada rakan-rakan yang teringin makan udang galah liar yang fresh dari sungai Tanjong Karang juga bolehlah membuat tempahan terutama yang mempunyai isteri yang sedang mengidam. Cik Din turut menjual ikan baung liar dengan harga RM 30 sekilo.

Bagi mereka yang tidak pandai mengendalikan bot dan ingin mendapat perkhidmatan Cik Din sebagai 'tekong', dia sedia memberikan khidmatnya dengan upah RM 40 jika dia tidak kepenatan akibat kerja-kerja mengait sawit.

Kepada mereka yang berminat untuk menyewa bot Cik Din atau membeli udang galah liar sila hubungi beliau di nombor

017 3790881 Cik Din
Jangan lupa hubungi beliau untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk memancing.

adios
READ MORE- Memancing Udang Galah Sungai Tanjung Karang

Sunday, August 26, 2012

Beri Wang Tunai Rayakan Hari Kemerdekaan Tanda 1 Malaysia Gagal

Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatukan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, hari ini.
Penasihat DAP itu melabel tindakan ini dengan apa yang beliau istilahkan sebagai “menyewa hadirin” untuk dua acara ambang Merdeka dengan menyatakan ini adalah kebiasaan Barisan Nasional (BN), menggunakan wang agar majlis mereka dilihat ramai hadirin.
“Acara Hari Kebangsaan ini… sepatutnya berlaku secara spontan,” kata Lim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. “Apabila ia menjadi terlalu tiruan, ia kehilangan maknanya.”
Lim menambah, keperluan untuk membayar hadirin untuk datang ke acara tersebut adalah refleksi jelas percubaan perdana menteri untuk membangunkan negara bangsa gagal untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Menurut Lim, konsep 1Malaysia yang sering dipromosi seharusnya telah berjaya membawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bersama lebih-lebih lagi dalam sambutan Hari Merdeka — seharusnya membangkitkan semangat patriotisme mereka.
“Ini adalah refleksi menyedihkan kegagalan 1Malaysia untuk membawa rakyat Malaysia bersama menjadi satu, terutamanya dalam perayaan hari kebangsaan seperti ini,” katanya.
Kata Lim lagi, kerajaan BN menguruskan sambutan hari kebangsaan tahun ini dengan cara salah, menjadikan contoh kekecohan sebelum ini dalam penggunaan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka.
“Ia memecahbelahkan. Sepatutnya ia menyatukan, sebaliknya yang berlaku,” katanya.-TMI
READ MORE- Beri Wang Tunai Rayakan Hari Kemerdekaan Tanda 1 Malaysia Gagal

Putrajaya Tawar Wang Tarik Pelajar IPT Sertai Acara Hari Merdeka

Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.

Dalam e-mel dari jabatan Perpaduan Negara dan unit Integrasi dilihat semalam oleh The Malaysian Insider, pelajar dijangka mengibarkan bendera atau “melakukan beberapa pembentukan bendera mudah” apabila lagu kebangsaan “Negaraku” atau lagu 1Malaysia yang dimainkan semasa dua peristiwa diambang Merdeka — satu di Dataran Merdeka pada waktu pagi dan kedua di Stadium Bukit Jalil pada waktu petang.

“T-shirt disediakan pada waktu pagi dan wang tunai sebagai penghargaan akan diberikan kepada setiap peserta,” kata seorang pegawai dalam satu kiriman e-mel kepada sebuah universiti. “Untuk waktu petang, tiada T-shirt disediakan.”

Ketika dihubungi, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa peserta dijangka menghadiri raptai selama lima hari daripada hari ini, akan dibayar RM20 dan makan tengah hari disediakan untuk setiap hari.

“Jadi, untuk lima hari setiap peserta akan dibayar RM100,” kata pegawai tersebut.
Pegawai tersebut menambah, jabatan berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang peserta berumur dari 18 hingga 35 tahun dari beberapa universiti sepanjang bandar ini.
Sejumlah 25 buah bas akan disediakan untuk membawa peserta dari beberapa checkpoint sepanjang bandar ke dua tempat acara itu.

E-mel dari pegawai itu juga secara spesifik menyebut hanya Cina dan India yang diperlukan untuk acara tersebut.

Apabila ditanya mengapa, pegawai tersebut mengatakan bahawa beliau tidak tahu apakah sebabnya.

“Mungkin mereka (jabatan) sudah mempunyai bilangan orang Melayu yang mencukupi,” kata beliau.
-TMI
READ MORE- Putrajaya Tawar Wang Tarik Pelajar IPT Sertai Acara Hari Merdeka

BR1M Pusingan Ke dua Dalam Bajet 2013

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.

Langkah ini dilihat untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.
“BR1M kedua akan diberikan sebahagian daripada komponen belanjawan,” kata sumber dalam kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan enggan memberikan maklumat lebih lanjut, akan tetapi keputusan untuk memberikan bantuan pusingan kedua menunjukkan kemungkinan besar pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini.
Ini adalah kerana pemberian RM500 akan mengambil masa untuk diagihkan.
RM500 akan diberikan kepada lebih lima juta keluarga dan dianggarkan berjumlah RM2.6 billion wang pembayar cukai awal tahun ini yang menyaksikan populariti Najib meningkat ke 69 peratus.
Akan tetapi keganasan yang berlaku di antara polis dan peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pada 28 April telah menyebabkan populariti Najib menurun ke 65 peratus pada bulan lalu.
Najib akan membentangkan belanjawan pada 28 September dan selain daripada pemberian BR1M, beliau dijangkakan akan mengumumkan langkah untuk meningkatkan lagi ekonomi sebelum beliau memanggil pilihanraya.
Ekonomi bertumbuh pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua, dimana ianya sesuatu yang memeranjatkan, tidak seperti yang dijangkakan oleh pakar ekonomi serta berpotensi untuk menimbulkan ‘rasa baik’ di kalangan rakyat menjelang PRU.
Akan tetapi, khabar baik itu tidak akan bertahan lama oleh kerana keadaan ekonomi global akan menjejaskan pasaran eksport Malaysia.
Tanpa disangka, ekonomi Malaysia bertumbuh baik dalam suku kedua walaupun pasaran eksport melemah disebabkan oleh kelembapan oleh sektor pembinaan dan peningkatan perbelanjaan untuk membayar kenaikkan gaji pekerja sektor awam dan tindakan kerajaan bagi pemberian wang tunai akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi berterusan tahun ini kata pakar ekonomi.
Ini bermakna, rakyat biasa tidak merasai kesan positif dalam pertumbuhan ekonomi sehingga menyebabkan pusingan kedua BR1M diperlukan bagi mengekalkan momentum ekonomi.
Beberapa agensi penilaian memberitahu Malaysia masih belum membentangkan rancangan yang meyakinkan untuk berhadapan dengan ancaman fiskal berkembar terhadap defisit belanjawan dan hutang kerajaan walaupun ketegangan dalam profil kredit meningkat.

Nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK mencapai 51.8 peratus pada akhir-2011 walaupun pertumbuhan KDNK kukuh tetapi sekatan kemerosotan selanjutnya adalah ekonomi global.
Kerajaan harus dapat memenuhi sasaran defisit sebanyak 4.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2012.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M.

Rafizi Ramli dari PKR baru-baru ini mengecam perdana menteri yang dikatakan “membeli undi” menggunakan perbelanjaan sebanyak RM5.77 bilion wang daripada pembayar cukai.
Pengiraan beliau berdasarkan penambahan bonus perkhidmatan awam sebanyak RM2.2 bilion yang diumumkan baru-baru ini dan pelbagai perbelanjaan “one-off” oleh pentadbiran Najib yang beliau dakwa telah mencecah RM3.57 bilion.

Di bawah “perbelanjaan yang tidak dirancang” sebanyak RM3.57 bilion itu, terdapat BR1M itu, Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia dan Bantuan Buku 1Malaysia.

Beliau berkata skim ini masing-masing menyebabkan kerajaan mengeluarkan kos sebanyak RM2.6 bilion, RM530 juta dan RM260 juta.

Ahli parlimen dari BN juga menerima tambahan sebanyak RM1.5 juta bagi setiap kawasan untuk dibelanjakan ke kawasan mereka tahun ini, kerana pentadbiran Najib memandang ke hadapan menjelang pilihanraya yang akan berlangsung selepas belanjawan pada 28 September.
Sumber berkata bahawa ia akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk projek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan, dan pengumuman selanjutnya dalam Bajet 2013, termasuk pusingan kedua pemberian wang tunai di bawah skim BR1M — juga akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
READ MORE- BR1M Pusingan Ke dua Dalam Bajet 2013

Maggie Woo Tertekan Gambar Seks Disebar Di Internet

23 Ogos - Polis telah mengesahkan bahawa pelakon Taiwan dan model, Maggie Wu adalah salah seorang wanita yang aksi seksnya turut dipaparkan dalam gambar baru-baru ini membanjiri internet berikutan terdedahnya skandal seks Justin Lee. Satu pendedahan yang menyebabkan pelakon berusia 29 tahun itu mengalami gangguan emosi yang teruk.

Justin Lee dilaporkan menjerat mangsa dengan memberi mereka dadah dan merogol mereka. Dilaporkan bahawa tidak kurang 60 wanita telah menjadi mangsa. Justin dilaporkan merakam aksi seks tersebut dan baru-baru ini disebarkan di internet. Orang yang bertanggung jawab menyebarkan gambar-gambar tersebut berkemungkinan besar ialah bekas kekasih Justin sendiri yang bernama Cora.

Trauma emosi beliau adalah begitu teruk sehingga terpaksa membatalkan sidang media beliau yang dijadualkan pada 18 Ogos angkara skandal sex tersebut. Dilaporkan juga bahawa Maggie kehilangan 11 paun dalam masa sepuluh hari selepas gambar seksnya terdedah dalam talian.

Menurut Kaunselor Taipei City Hsu Shu Hua, "Saya bercakap dengan Maggie Wu pagi ini. Suaranya lemah dan kasar. Beliau telah kehilangan  11 paun dalam hanya sepuluh hari! Dia tidak boleh melangkah keluar dari rumahnya sekarang. Malah jika dia menghubungi peguam beliau, hanya melalui panggilan telefon. beliau tidak berani walaupun menghadapi peguam beliau sendiri! Maggie merayu orang ramai untuk berhenti memuat turun dan mengedarkan gambar lucah dirinya "

Di samping itu, Hsu Shu Hua menggesa polis Taiwan untuk menguatkuasakan langkah-langkah yang ketat untuk menghalang pengedaran gambar itu dalam usaha untuk melindungi privasi mangsa.

Ia masih belum ditentukan sama ada bintang "Drama Go Go Go"  secara rela atau mangsa dalam skandal seks. Dia akan dipanggil oleh polis dan pendakwa untuk disoal siasat bersama-sama dengan beberapa mangsa lain. Kebanyakan mereka sudah memberi keterangan bahawa Justin Lee taksub dengan mengambil gambar seks.

Sementara itu, ibu Justin Lee dilaporkan telah diminta bantuan kongsi gelap untuk merasuah mangsa sebelum anaknya telah ditangkap oleh pihak polis. Seorang peguam mendedahkan bahawa jika mangsa mengubah kenyataan mereka dan mengenal pasti diri mereka sebagai pihak yang sanggup, tidak akan wujud apa-apa alasan mendakwa waris Taiwan.

Apabila wa cek tengok gambar-gambar artis ni di internet memang seksi abis. Susah nak kata jika gambar-gambar seksnya diambil secara tidak rela.



adios
READ MORE- Maggie Woo Tertekan Gambar Seks Disebar Di Internet