KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, September 8, 2012

Jangan Tak Percaya Gambar Seksi Ini Dirakam Di Tempat Terbuka Di Malaysia

Posted 30th August 12 at 11:36 am by Amin Khairuddin
25 August 2012 – 32 teams have battled it out at the recent Tiger Street Football Malaysia National Finals where Equal FC were crowned the winners of this edgy and unique football tournament. Organized by Tiger in partnership with ESPN Star Sports, they gave football enthusiasts a chance to showcase their raw talent and have fun while they’re at it.

Dutch football legend Edgar Davids, the Tiger Street Football Ambassador made a special appearance at the event. The winners of this tournament will be flown to Vietnam for the Grand Finals where they will face other national champions with a chance to win RM90000 and the title of the King of the Streets. You can all watch it live on ESPN this 29 September 2012.-msngoingout

(Gambar-Gambar Yang disiarkan di sini telah di alih keluar kerana terlalu seksi dan admin pula tak pandai edit gambar)



Malaysia Boleh!!

Semuanya boleh jalan.

PRU 13 BN pun 'jalan' da..

adios
READ MORE- Jangan Tak Percaya Gambar Seksi Ini Dirakam Di Tempat Terbuka Di Malaysia

Friday, September 7, 2012

Ribuan Dara Menari Pamer Buah Dada Demi Sultan

LUDZIDZINI ROYAL VILLAGE, Swaziland (Reuters) - Beribu-ribu wanita muda yang disahkan  masih dara berarak di hadapan raja mereka untuk meraikan kesucian dan perpaduan, untuk raja terakhir.

Berpakaian skirt mini bermanik sambil memegang parang dan telefon mudah alih, wanita dan gadis-gadis seawal usia lima tahun menari dan menyanyi pada Ahad dan Isnin di Umhlanga. Tarian Tradisi Reed bertujuan untuk meraikan kewanitaan dan keperawanan.Namun hakikat sebenar dalam hati mereka adalah untuk menarik perhatian raja dan dipilih menjadi isteri. Itulah yang menyebabkan gadis yang masih dara berbondong-bondong datang ke pesta itu dari seluruh pelosok negara.

"Saya bangga menjadi orang Swaziland yang masih dara. Kami berada di sini untuk menunjukkan perpaduan dengan raja dan sesama rakyat," kata gadis berusia 18-tahun Gcebine Dlamini.

Pada masa lalu, raja telah menggunakan majlis seperti itu untuk memilih seorang isteri yang baru, dan kini beberapa gadis yang masih dara terus berharap untuk mendapat perhatian raja.

"Jika dipilih, saya akan mendapat satu kehidupan yang lebih baik daripada apa yang saya ada, mempunyai wang yang banyak, hidup seperti seorang ratu itu dan melancong ke luar negara," kata Fakazile Dlamini, 14, yang tiba dengan sebuah lori dari kampung 60 km jauhnya untuk menghadiri majlis tersebut.

Isteri baru raja Swaziland sering menerima BMW dan istana mereka sendiri, menyebabkan kritikan hebat dalam sebuah negara di mana lebih daripada dua pertiga daripada 1400000 orang rakyatnya  hidup dalam kemiskinan.




adios
READ MORE- Ribuan Dara Menari Pamer Buah Dada Demi Sultan

Thursday, September 6, 2012

Kedutaan Jerman Mengaku Biaya Suaram

Kedutaan Jerman di Malaysia mengaku mengeluarkan dana untuk inisiatif Sdn Bhd yang mana mempunyai kaitan rapat dengan  sebuah pertubuhan  bukan kerajaan -Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Duta Jerman ke Malaysia Guenter Georg Gruber memberikan dana tersebut untuk membiayai sebuah projek    bersama suaram pada 2010. Namun beliau tidak dapat ingat akan nama projek yang dimaksudkan. Beliau menambah bahawa jumlah dana yang dikeluarkan adalah terhad.-Bernama
READ MORE- Kedutaan Jerman Mengaku Biaya Suaram

Nude Bodysuits. Pakaian Yang Membuatkan Pemakai Kelihatan Telanjang




Kalau Nak Sengok Sila ke SINI

isu panas paspb2.blogspot.com

adios
READ MORE- Nude Bodysuits. Pakaian Yang Membuatkan Pemakai Kelihatan Telanjang

Isu panas paspb2.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Gabungan Pribumi Prihatin Sabah (GPPS) memberi tempoh tujuh hari kepada pemilik blog PAS Parit Buntar (www.paspb2.blogspot.com) dan FreeMalaysiaToday.com untuk tampil memohon maaf kepada rakyat Sabah, hari ini.

Tempoh bekenaan diberikan kepada dua blog pembangkang itu berikutan mereka telah menyebarkan berita penipuan dan palsu semata-mata untuk pecah-belahkan rakyat negeri itu.

Setiausaha GPPS, Zulkifli Osong, dalam kenyataan yang dikeluarkan, berkata GPPS memandang serius terhadap penipuan dan berita palsu yang disebarkan oleh blog pembangkang melalui media online.

“Bahan berita seumpama ini hanya penipuan untuk mengelirukan rakyat Sabah serta merupakan tektik jahat pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN Sabah.

“Kerajaan BN Sabah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi jadi jangan sesekali cuba menghasut mereka,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, semalam.
Antara penipuan yang telah dikeluarkan oleh dua blog terbabit adalah Barisan Nasional (BN) di Sabah berpecah belah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merombak pucuk pimpinan negeri itu semula.

Selain itu, terdapat juga berita palsu yang mengatakan Ketua Menteri Sabah telah diminta mengambil cuti kerana tidak dapat memerintah dengan stabil.

Sehubungan itu, Zulkifli menjelaskan pihak GPPS tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika dua blog tersebut gagal memohon maaf dan menarik balik apa yang ditulis dalam tempoh yang diberikan.--mynewshub
Oleh: Kasih Isa          

OOps!!!  lupa nak bagitau. minyak petrol RON97 naik 10sen mulai jam 12.pagi ini 6.9.2012 

wakaka

Nak Tengok Macai Setan? klik Setan Dah Ada Macai

adios
READ MORE- Isu panas paspb2.blogspot.com

Wednesday, September 5, 2012

Setan Dah Ada Macai@Balaci


Inilah kali pertama gua dapat berita tentang setan yang terperanjat kerana manusia. Selalunya setan yang menterperanjatkan manusia melalui proksinya iaitu geng-geng hantu raya, hantu tinggi, pontianak, langsuir, drakula, jembalang tanah, jembalang air dan seangkatan dengannya.

Yang wa sangat pasti; setan kini boleh duduk senang lenang sambil minum air yang menyetimkan atau setidak-tidaknya pekena 'ice' sepam dua. Kerja setan dah ada balaci buat. Manusia dah jadi balaci setan. Macai dah ada buat apa buat kerja. Biar macai alias balaci buat semua kerja tu. Setan boleh lepak dengan bini-bini dan gundik-gundik untuk menambah kroni setan. Satu minit tembak sepancut. Pastu sepancut lagi. Pergh!!! lunyai wa cakap lu!

Bila setan terasa ngantuk boleh pekena 'ice' dua tiga pam lagi. Kompom rasa ngantuk hilang. Yang tinggal ialah rasa nak "ngantok". Ngantok ialah bahasa jawa yang bermaksud bikin anak. Maka ngantok sakan lah si setan sekalian yang ada kerana kerja-kerja rutin mereka telah diambil alih oleh macai alias balaci yang bersusuktubuhkan manusia.

Berparti dan berdisko sakan setan-setan. Musim cuti dah tiba. Cuti panjang yang tak terduga oleh setan dan keluarga setan-setan. 2012  tahun cuti iaitu cuti paling panjang bagi setan-setan yang bertugas di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Paling menyeronokkan kerja-kerja mengganggu  jemaah masjid juga dah dijalankan oleh para macai setan.

" yehaaaa, yeeeebaa-yeebaa, andre-andre!" teriak setan jantan.
setan betina pula berlagu " waka-waka, ey-ey!"

wakaka!
adios
READ MORE- Setan Dah Ada Macai@Balaci

Poster misteri 'Kami Mahu Muhyiddin PM Sebelum PRU13' Muncul Di Johor

Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memintas, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 telah diedarkan di Johor.

Walau bagaimanapun, Umno Johor telah menafikan bahawa poster telah dicetak oleh parti itu dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Imej poster yang memaparkan potret Muhyiddin berlatarbelakangkan bendera Malaysia, telah diedarkan secara meluas di Internet.

Poster berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13' (Kami mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13) di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' .

Menurut Weisic Tan, 21, yang mencatatkan imej di Facebook, beberapa pemuda Melayu telah mengedarkan poster kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat membeli-belah di Skudai, Johor, kira-kira 3:00 pada Hari Merdeka.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis atas isu poster di Johor Baru dan Kulaijaya, mendakwa bahawa ia adalah sesuatu perbuatan untuk menyebabkan perselisihan di antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum .

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Ketua Pemuda Umno Johor Zulkurnain Kamisan berkata ia adalah satu fitnah untuk mengaitkan kejadian itu dengan Umno.

"Ia adalah satu provokasi oleh pihak-pihak yang cuba untuk melemahkan perpaduan Johor Umno dan BN, yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan jentera parti.

"Ia tidak boleh diterima untuk menghubungkan BN Johor sebagai pihak yang bertanggungjawab bagi penerbitan poster.

"Bagi saya, ini merupakan satu strategi orang terdesak yang ingin Johor Umno dan BN bergaduh dan berpecah belah. Walau bagaimanapun ia tidak akan pada semua melemahkan Johor Umno dan semangat BN, "Zulkurnain dipetik sebagai berkata.

Akhbar Harian Bahasa Melayu melaporkan bahawa poster tersebut muncul di beberapa pusat membeli-belah di Johor Bahru dan di Pulau Pinang.


Sapa punya kerja? Yang pasti desas desus pernah menyatakan ada projek jatuhkan Najib dalam pemilihan presiden umno akan datang. Bila? Itu kena tanya taiko-taiko umno. Berita angin tentang mesyuarat tertutup dan rahsia kononnya pernah berlangsung di satu lokasi di tanah air untuk membincangkan strategi menjatuhkan Najib bagi mengembalikan imej umno yang tercalar teruk.

Dalam isu poster ini tidak dapat dipastikan siapa dalangnya. Dalam era fitnah berleluasa sekarang ini  banyak pihak boleh disyaki. Pertama , penyokong Muhyidin Yassin, kedua; Penyokong Najib sendiri bagi memburukkan kem Muhyidin; Ke tiga pastinya orang luar umno sama ada PKR atau DAP.

Pastinya yang mula-mula terkena tohmahan ialah PKR dan DAP. Kerana isu ini boleh digunakan untuk menjatuhkan kredibiliti PR.

adios
READ MORE- Poster misteri 'Kami Mahu Muhyiddin PM Sebelum PRU13' Muncul Di Johor

Pemuda PAS Pulak Beli Nombor Ekor

Susulan gambar pemuda melayu yang memakai baju umno membeli nombor ekor disiarkan oleh beberapa blogger termasuk wasukalu dalam entry yang bertajuk Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXX , blogger pro umno membuat fitnah baru dengan mengedit gambar tersebut. Pemuda yang berbaju merah berlambang umno bertukar kepada pemuda berbaju hijau berlambang PAS. Namun pilihan warna baju yang tidak tepat membuatkan gambar tersebut boleh dinilai sebagai palsu dengan mudah.


Memang dahsyat diorang ni. Sedikit pun tidak rasa berdosa. Menyebarkan gambar palsu. Apa yang mereka tahu hanya memutarbelitkan fakta. Ini isu kecik. Isu-isu besar pun serupa juga depa dok pusing line sana sini. Kesian kat mereka yang dah hilang nilai agama kerana mempertahankan kemungkaran rakan-rakan mereka. Hanya kerana umno.

Menipu dan memutar belit fakta sudah jadi nasi bagi mereka. Terbiasa sangat. Sampai tidak terasa diri berbuat dosa kerana menipu ramai orang. Org politik menipu dapat duit, hidup senang lenang di dunia. Tetapi malang pencacai menipu untuk membela parti. Habuk pun tarakkk! Hukuman tuhan di alam barzah, padang mahsyar dan neraka sedia menanti. Janji Allah adalah pasti. Semoga dibukakan hati untuk bertaubat.

Ingatlah wahai sahabat blogger pihak umno bn, ruginya berbuat dosa tanpa keuntungan duniawi kerana orang politik menipu untuk hidup mewah di muka bumi. Di akhirat mereka rugi. Kalian yang menipu tanpa hasil duniawi mendapat rugi di dunia dan akhirat. Fikir-fikirkan lah.


adios
READ MORE- Pemuda PAS Pulak Beli Nombor Ekor

Tuesday, September 4, 2012

Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXXXX


Kalau tengok pada kulit ketiga-tiga individu dalam gambar ni memang lengkap ciri-ciri melayunya. 
Tak tahulah pula kalau mereka ini orang seberang atau dari Sabah dan Sarawak.
Tapi yang pasti mereka bukan orang PAS.
Orang PAS takkan pakai baju umno bro, geli siap gatal kulit lagiiii.
Kahkahkah!


adios

READ MORE- Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXXXX

Ini Pun Salah Cikgu Ke?

"  I  dah bukak sependa, I tengah lipat kat belakang U untuk masuk beg.
Bukan apa saja nak bagi U sonang kojo"

Kalau anak didapati pandai dan berjaya dalam pelajaran, ibu bapa akan berkata " Keturunan I memang pandai semuanya." Tetapi jika anak bodoh, bengap, tolol, bahalol dan jahat macam hantu pula ibu bapa akan berkata, " Cikgunya yang tak pandai mengajar. Cikgunya punya pasal la jadi macam tu."

Kalau anak buat salah dan bangang di sekolah ibu bapa salahkan guru. Apabila anak buat hal di luar sekolah ibu bapa salahkan ahli masyarakat dan polis. Tetapi apabila anak buat hal di rumah, ibu bapa tak pernah salahkan diri SENDIRI. Lu pikir la sendiri!


adios
READ MORE- Ini Pun Salah Cikgu Ke?

Shila Amzah Persenda Hijab- betul ke?

Selepas dicemuh kerana dikatakan mempersendakan hijab berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya, penyanyi dan pelakon, Shila Amzah tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.
"Saya kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen tv dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun dirinya ditimpa pelbagai kontroversi, dia tetap menjaga karier nyanyiannya, dan baru-baru ini dia telah mengambil keputusan untuk mengaktifkan kembali akaun Twitternya selepas menutup laman sosialnya sejak seminggu lalu.

"Banyak respon saya terima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat pula. Ada yang suka dan ada juga tidak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter saya," kata pelantun "Patah Seribu".

Dalam perkembangan lain, Shila bakal menyertai pertandingan Asian Wave di kota Shanghai pada 18 September nanti.

"Pada 31 Ogos (hari ini) ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.
"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai," katanya.-cinema online

READ MORE- Shila Amzah Persenda Hijab- betul ke?

Sejauh Mana Abdul Kadir Sheikh Fadzir Menggadai Nyawa Demi Bendera malaysia?

“Kita seharusnya sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan kesucian bendera kita, dan sebarang tindakan untuk mencemar atau menghina Jalur Gemilang hendaklah dimusnahkan serta merta.
“Hukuman yang dikenakan juga haruslah sesuai dengan dosa besar. “Hukuman yang dikenakan juga haruslah sesuai dengan dosa besar tersebut. Ianya mesti tegas dan perit supaya dapat memberi isyarat yang sejelas-jelasnya agar kegiatan seperti itu tidak boleh dibenar berulang lagi,” katanya dalam kenyataan tersebut.- dipetik daripada berita The Malaysian Insider

Gua Nak Tanya Lu Pak Kadir, Apa Lu buat ketika bendera Malaysia dibakar di Indonesia dan Timur Tengah? Mungkin Lu tak Tau kot.

Gua kasi tunjuk sama lu itu insiden.







Sepanjang yang gua ingat, Lu tak berbunyi sepatah pun ketika semua insiden dalam gambar dan video di atas berlaku. Lu pi mana? Awat hang senyap saja masa insiden itu tengah hot? Takot nyawa melayang dibedil kapal perang Indonesia ka?

 Secara perbadi gua memang tak akan percaya pada mamak

Lu pikir la sendiri
adios
READ MORE- Sejauh Mana Abdul Kadir Sheikh Fadzir Menggadai Nyawa Demi Bendera malaysia?

Ini Blue Moon Bukan Blue Film

'Blue Moon' adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bulan penuh yang muncul kali kedua dalam satu bulan kalendar. Fenomena Blue Moon berlaku setiap dua setengah tahun secara purata. Bulan penuh kali pertama bulan Ogos 2012 telah berlaku pada tanggal 1 dan 2 .

Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam pemerhati langit waktu malam.

Angela Saeki merakam gambar blue moon dari balkoni beliau di tingkat 34 di Osaka, Jepun, 31 Ogos, 2012.

 Tomsajinsa menghantar blue moon yang dirakam di NYC, pada Ogos 31, 2012.

 "Blue Moon" muncul sebagai latarbelakang kepada patung helang di Eagle Rock Reservation di West Orange, New Jersey, pada August 31, 2012. REUTERS / Gary Hershorn

Bulan purnama dilihat di langit Amman Jordan pada tanggal 31 OGOS, 2012. 
REUTERS / Muhammad Hamed

Full Moon pada 31 Ogos 2012 , malam Merdeka
Mungkinkah bermakna bulan penuh juga dalam PRU 13?
adios

READ MORE- Ini Blue Moon Bukan Blue Film

Budak Islam Ni Nakl Patah kaki Agaknya...

(Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Jaringan hatrik Robin Van Persie membolehkan Manchester United menewaskan Southampton 3-2 dalam perlawanan liga EPL walaupun ketinggalan 0-1 dan 1-2 pada suatu ketika. Nampaknya bintang Van Persie sangat cerah di MU. Semoga Persie berjaya dalam kerjayanya sebagai pemain bolasepak. Walau pun bolasepak bukan medan terbaik menaikkan imej islam di mata dunia namun sedikit sebanyak dapat juga menafikan tohmahan sesetengah pihak yang menuduh Islam sebagai punca kemunduran dan kegagalan hidup manusia.

Van Persie memeluk Islam kerana berkahwin dengan wanita islam keturunan Maghribi bernama Bouchara Elbali. Apabila gua cari gambarnya di internet , gua dapati Bouchara tidak bertudung. Tidak satu pun gambarnya memaparkan dia bertudung. Malah salah satu gambarnya hanya berbikini bersama Persie dan anak mereka ketika mandi di laut. Daripada gambar-gambarnya yang dipapar di internet, gua memang menyalahkan dia jika Persie tidak menutup aurat ketika bermain bolasepak.Sebagai seorang Islam Bouchara sepatutnya menjadi contoh kepada suami yang merupakan saudara baru dalam Islam. sebaliknya pula yang terjadi apabila Bouchara mengikut cara hidup Persie.

Pemain bolasepak Islam ini mendedah aurat kepada khalayak ramai dan semua orang islam tahu bahawa mendedah aurat itu berdosa kerana hukumnya haram.

Disebalik dosa yang dilakukan mereka , terdapat seorang pemain yang telah menyelamatkan sebuah masjid di Seville , Sepanyol daripada dirobohkan dengan membeli bangunan masjid tersebut apabila kontrak sewaannya tamat.Masjid itu adalah satu-satunya masjid di Selatan Sepanyol.Tanpa masjid itu pasti umat Islam Seville sukar menunaikan solat jumaat dan solat berjemaah.

Itulah Frederick Kanoute seorang anak kacukan Mali (bapa) dan Perancis(ibu). Dilahirkan dan dibesarkan di Perancis. Pernah dinobatkan pemain terbaik Afrika pada tahun 2007 yang mana merupakan satu rekod tersendiri kerana menjadi pemain kelahiran luar afrika yang pertama menerima angugerah tersebut. Dia membelanjakan wang USD 700,000 bersamaan dengan pendapatannya setahun untuk membeli bangunan masjid tersebut.

Semoga semua pemain bolasepak yang beragama islam mula memakai pakaian menutup aurat. Jika itu dapat dilakukan nescaya imej Islam akan terus  meningkat dan sekali gus menafikan tanggapan bahawa pakaian menutup aurat menjadi halangan kepada kejayaan dalam sukan.

Pemain hoki kebangsaan Malaysia pernah membuktikannya. Nur Saiful Zaini bermain hoki dengan jaya walaupun memakai seluar sukan yang menutup aurat. Walau pun berpakaian demikian skill dan pergerakan Nur Saiful Zaini tetap seperti sebelum memakai seluar tersebut. Malah Nur Saiful Zaini telah dilantik sebagai kapten pasukan kerana permainannya yang baik dan bertenaga serta dihormati rakan sepasukan.



adios
READ MORE- Budak Islam Ni Nakl Patah kaki Agaknya...

Monday, September 3, 2012

Fitnah Jahat Blogger Umno Terjawab.. Penjelasan Siapa Sebenarnya Kibarkan 'Sang Saka Malaya'


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga.

Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.



Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain.

PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.


~singaselatan

adios
READ MORE- Fitnah Jahat Blogger Umno Terjawab.. Penjelasan Siapa Sebenarnya Kibarkan 'Sang Saka Malaya'

Sunday, September 2, 2012

Badan Tanpa Kepala Ditemui Dalam Keadaan Terbakar

Nibong Tebal: badan berkepala dan hangus seorang lelaki pertengahan umur telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di sepanjang Jalan Sungai Kechil berhampiran Bukit Jawi Golf Resort di sini, semalam manakala anggota yang terputus ditemui di sebelah mayat.

Timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Penolong Pesuruhjaya Nasir Salleh berkata pembunuhan itu dipercayai telah dilakukan kira-kira 04:00 di tempat lain.

Beliau berkata mangsa hanya berseluar dalam manakala dan mukanya telah dibakar dan tidak dapat dikenali. Beliau menambah bahawa orang yang lalu di situ memaklumkan kepada polis tentang tubuh yang masih terbakar ketika temui.

"Siasatan awal mendedahkan penyerang telah membunuh mangsa dan menceraikan anggota badan di tempat lain, dan dibuang di sini untuk dibakar. Tiada dokumen untuk mengenal pasti mangsa."

Shaffien Mamat berkata polis turut merampas tiga tong plastik yang digunakan penyerang untuk membawa bahan api untuk membakar mangsa.-Malay mali
READ MORE- Badan Tanpa Kepala Ditemui Dalam Keadaan Terbakar