KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, September 22, 2012

Kucing Ini Insaf Kerana Ceramah Fathul Bari



Inilah Ceramah Ulama Muda UMNO yang berlangsung di Lumut. Apa pendapat anda?

Yang pasti tiada orang yang nak dengar. Ada AJK dan beberapa orang sahaja nampaknya yang duduk kat kerusi depan manakala seekor kucing mengisi kerusi di bahagian belakang.

Kucing ini kesian kat Fathul agaknya.Jadi walaupun dia tak faham namun dia tetap duduk di situ supaya bangku di bahagian belakang tidak kosong-sekosongnya.

wakaka
READ MORE- Kucing Ini Insaf Kerana Ceramah Fathul Bari

Friday, September 21, 2012

Rakyat Tertipu Lagi---Netbook 1Malaysia Tak Berkualiti dan Rosak

TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.

Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.

Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.

“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.

Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.

Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.

“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.

Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.

Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.

Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.

“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.

“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya.-sinarharian

Seronok bawa padah. Keuntungan yang diidam rupanya kerugian yang dikecapi. Buta-buta rakyat diperbodohkan lagi. Kedai komputer untung riban-riban.

Soalnya siapa yang ambil tender bekalkan netbook tersebut. Kalu dah balun juta-juta hantar lah barang yang terbaik.
buat malu BN saja
Dah la BN di ambang keruntuhan sekarang ni


wakaka

adios
READ MORE- Rakyat Tertipu Lagi---Netbook 1Malaysia Tak Berkualiti dan Rosak

Kewujudan Video Intim Kate Dan William Kini di Didedah

Walaupun ancaman tindakan undang-undang dan keputusan mahkamah memihak kepada keluarga diraja British, Kate Middleton namun keseluruhan skandal gambar topless tidak terpadam begitu sahaja malah,menjadi lebih teruk.

Para editor tabloid Perancis iaitu Closer, yang menerbitkan imej Kate tanpa coli, kini mendedahkan bahawa mereka mempunyai satu lagi set gambar yang lebih "intim" berbanding yang telah dicetak.

Editor, Laurence Pieau, dilaporkan dipetik oleh akhbar Perancis mengatakan bahawa dia telah ditawarkan "lebih daripada 200 gambar yang jelas" tetapi telah menolak untuk menerbitkannya.

Beliau juga menambah bahawa Mag telah memutuskan untuk menerbitkan hanya satu set imej yang dipilih , tetapi beliau "tidak akan menyembunyikan hakikat bahawa terdapat gambar lebih intim yang tidak disiarkan dan tidak akan dierbitkan."

Laurence juga membayangkan bahawa dia juga mempunyai video yang sangat jelas memaparkan hubungan intim Will dan Kate . Bagaimanapun, beliau tidak mengatakan sama ada mereka akan menyiarkan atau menjual klip video tersebut.

Berita mengejutkan ini muncul selepas tabloid Itali Chi menerbitkan 26-halaman khas gambar topless Kate walaupun berdepan ancaman tuntutan mahkamah oleh Keluarga Diraja British.-yahoo

adios
READ MORE- Kewujudan Video Intim Kate Dan William Kini di Didedah

Thursday, September 20, 2012

1000 Penjawat Awan Kantoi Tonton E-mel Sex

Hampir 1,000 penjawat awam di telah gagal dalam ujian yang dilakukan oleh kerajaan. Pegawai Taiwan perlu mengambil kelas dalam keselamatan siber selepas didapati masuk perangkap yang dicipta majikan mereka untuk menguji keselamatan internet, kata seorang pegawai pada hari Rabu.

Kerajaan New Taipei City, berhampiran ibukota Taipei, menghantar satu e-mel bulan lepas. E-mel itu kononnya mengandungi video seks berwap untuk menguji tahap ketelitian 6000 kakitangan awam melindungi komputer mereka terhadap serangan penggodaman dan virus, katanya.

Walaupun larangan keras terhadap penggunaan komputer pejabat untuk membaca e-mel yang tidak berkaitan dengan kerja, hampir 1,000 pekerja membuka e-mel palsu yang membawa tajuk-tajuk berkaitan skandal seks selebriti yang sedang hangat diperkatakan sekarang .

Mereka yang gagal ujian akan dikehendaki untuk menghadiri kursus mandatori tentang keselamatan Internet selam dua jam dua jam.


READ MORE- 1000 Penjawat Awan Kantoi Tonton E-mel Sex

Quepacs Tuntut Lebih Sebulan Gaji

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menawarkan untuk bekerja lebih masa setiap hari sekiranya kerajaan melaksanakan enam tuntutannya, termasuk bayaran lebih sebulan gaji.

Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersedia membincangkan perkara itu dalam kongresnya, sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan mereka dalam pengumuman Bajet 2013 pada 28 September ini.

"Cuepacs akan pastikan perubahan pekerja. Kita akan minta mereka bekerja lebih masa 15 minit sehari iaitu, datang seawal 7.45 pagi dan pulang 5.15 petang," kata Omar.

Katanya, Cuepacs juga menuntut supaya perdana menteri mengumumkan rancangan baru untuk menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan Mac lalu.
Selain itu, Cuepacs mahu kerajaan menurunkan harga rumah kepada kadar RM60,000 hingga RM150,000 untuk membolehkan penjawat awam berpendapatan kurang RM3,000 memilikinya, kata Omar.

Cuepacs juga meminta kerajaan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman berkenaan, katanya lagi yang menambah, perkara itu pernah dibangkitkan sejak tahun 2010.

Kesatuan itu juga menuntut supaya kerajaan mewujudkan semula Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.

Omar berkata, sebelum ini MBJ di peringkat persekutuan telah dimansuhkan oleh kerajaan tanpa memaklumkan kepada pihaknya.

"Kita serahkan semua ini pada kerajaan. Tak boleh pada orang lain kerana saluran kita (adalah) kerajaan.

"Kita mahukan penjawat awam yang berkualiti seiring dengan apa yang kita tuntut dan kerajaan mahukan," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Cuepacs hari ini.-Malaysiakini

Inilah yang dinamakan menangguk di air keruh
Tapi tak apa. Depa dok balun banyak

adios


READ MORE- Quepacs Tuntut Lebih Sebulan Gaji

"Ibu-Ibu Di Amerika 'Kongkek' Dengan Siapa Sahaja"- Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 18 Sept - Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hari ini bahawa ibu-ibu Amerika "tidur dengan sesiapa sahaja" apabila dia menyerang Amerika Syarikat sebagai balasan kepada ucapan Hilary Clinton yang mempertahankan kebebasan bersuara.

Mantan perdana menteri Malaysia lantang berkata idea kebebasan bersuara sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia adalah salah suatu yang tidak boleh diterima dalam budaya Asia atau umat Islam di seluruh dunia.

"Ia akan kelihatan bahawa dunia liberal Barat percaya bahawa kebebasan bersuara adalah lesen untuk mengutuk dan menghina orang lain tanpa had. Saya fikir nilai Barat telah gila, "Dr Mahathir menulis dalam blognya hari ini.

"Bagaimana perasaan anda jika ada individu datang kepada anda dan memanggil anda 'anak haram, keturunan daripada hubungan seks antara ibu dengan beberapa lelaki yang bukan suami yang sah di sisi undang-undang'?"

"Amerika tidak akan merasa apa-apa kerana dalam masyarakat mereka ini adalah normal. Ibu-ibu mereka tidur dengan sesiapa sahaja, "kata veteran politik itu.

Amalan sedemikian akan dianggap sebagai norma dalam masyarakat Amerika, katanya, sambil menambah bahawa selain daripada ibu-ibu di Amerika, bapa juga berkelakuan cara yang sama.
"Ia adalah satu ungkapan kesamaan jantina," katanya.-Dipetik daripada berita Malaysian Insider.

Teks Asal Dari Blog Mahathir berbunyi begini :-

1. Hilary Clinton defends the film which insults the Prophet of the Muslims because of freedom of expression, a part of human rights. I think Western values have gone crazy. In the name of human rights and free speech one can insult anybody. What kind of human society will we have if everyone can curse and denigrate everyone else? There will be no peace either between countries or religions or races or members of the public anywhere.
2. How would one feel if someone comes up to you and calls you “a bastard, the offspring of sex between your mother and some man who is not your legally wedded father.”
3. Well how would one feel? The Americans would feel nothing because in their society this is normal. Their mothers sleep around with just about anybody. That is the norm, they would say. So do their fathers. It is an expression of the equality of the sexes. -chedet
Bukan Gua Yang Kata
Mamak Madey Yang Kata
wakaka

adios
READ MORE- "Ibu-Ibu Di Amerika 'Kongkek' Dengan Siapa Sahaja"- Mahathir Mohamad

Wednesday, September 19, 2012

Che Najeb Guavarra ... Rullah Agung kesayangan Republik kami....


Kuvala Lumpvur - Fuerza Maritima Malaysiana hari ini mengumumkan LANDAANVALONDERZEER semua baru sempena Hari Kemerdekaan yang akan datang 1Malaysia semalam.

"Hari ini .... negara besar Wan Malaysia (one Melaysia) akan menjadi semakin kuat dan vigilante dengan ini semua sistem senjata baru yang diterima oleh tentera laut gemilang kami ..... maka dunia akan menggeletar dan semua musuh-musuh kita akan merapatkan ke dalam gua dan lubang mencari perlindungan ... "kata Che Najeb Guavarra ... Rullah Agung kesayangan Republik kami....

Ucapannya telah diikuti oleh laungan dan bersorak oleh warga yang setia kepada sesiapa yang menghadiri majlis pelancaran KD Titivangsha LANDAANVALONDERZEER ... atau juga dikenali sebagai Kapal Selam darat dalam lingua franca biasa ....

KD TITIVANGSHA adalah pencapaian terbaru oleh Naval Shipyard Bostawad oleh menggabungkan teknologi kapal selamn untuk penggunaan darat ...

"Kami mepasang kapal perang ini dengan drivetrain 40 TBM 000KW dan unobtainium reaktor pelakuran KH-300ZE .... menjadikan ia mampu pergi di bawah permukaan lautan dan penggerudian melalui lapisan tanah ... wilayah musuh menembusi secara langsung dari laut tanah .... tanpa dikesan oleh radar mana-mana atau sonar atau bahkan Jampi nujom Pak Belalang .... "... kata Sekretariat Partahanan, Lato` Seli `Ahamad Jahed ....

Berbekalkan dengan 40 kapal selam melancarkan peluru berpandu balistik tanpa kepala peledak nuklear disebut-sebut ... kapal perang akan menetapkan satu standard baru dalam teknologi kapal selam dunia ... makin ia da tiada 1 sub mampu menyeberangi lautan yang mendalam dan juga jauh di bawah tanah ....

"Kami sedang merancang untuk pergi walaupun di bawah kerak bumi ... sesat apa yang mereka dipanggil bahawa lapisan yang diperbuat daripada batuan lebur dan keluli yang keluar ... aduh ... magma ... kita akan mempunyai kapal selam yang boleh menyelam bukan sahaja air ... tetapi ke chamber magma ... "....

sadis-sesadisnya berita tulisan member ni
kalau mamat yang tak reti bahasa baca pasti dia bangga.

wakaka

adios
READ MORE- Che Najeb Guavarra ... Rullah Agung kesayangan Republik kami....

Mereka Ini Turut Menghina Islam--Bikin Gua Hangin

Sejak kemunculan klip video 'innocence of islam' yang disiar di internet, barulah seluruh dunia gempar.Itupun dek kerana serangan yang mengakibatkan kematian empat diplomat Amerika. Umat Islam di seluruh dunia mula bangkit menentang penghinaan yang sangat menyakitkan hati itu.

Apabila diselidik di internet didapati pembuat filem adalah seorang lelaki arab keturunan Mesir yang menetap di Amerika Syarikat. Seorang penjenayah besar yang menjalankan perniagaan dadah dan penipuan.

Sebelum itu beberapa kes penghinaan terhadap Islam terutama membabitkan Al Quran dan Nabi Muhammad S A W telah disebarkan di internet dengan begitu meluas. Tidak terkira kesal dan marah di hati apabila perbuatan itu dilakukan oleh umat Islam sendiri.


Inilah manusia yang suatu ketika dahulu dinobat sebagai seorang pemikir islam malah ada sesetengah manusia yang taksub dengannya menyifatkannya sebagai seorang ulama yang jauh lebih hebat daripada ulama kelahiran Universiti Al Azhar. Begitulah bodohnya orang-orang melayu yang menyanjung, memuji dan menjilat tapak kaki manusia ini.

Kenyataan terbarunya terbarunya yang menganggap hudud tiada dalam Al Quran dan hanya merupakan ciptaan orang tertentu merupakan kenyataan bodoh seolah-olah dia bukan seorang yang menganut Islam.

Selain mamat di atas tu, ada pulak seorang ulama yang membuat fatwa bodoh dengan menyatakan berhimpun (ditujukan kepada perhimpunan bersih 3) adalah haram. Kemudian timbalan menteri  menafikan kenyataan itu adalah fatwa.  Tidakkah mereka terfikir bahawa membuat sesuatu fatwa dan kemudian menafikannya sangat memalukan agama Islam?

Selepas itu wujud pula seorang ustad sekolah pondok yang turut mengeluarkan fatwa menyatakan undi DAP haram tetapi undi MCA halal. Letih otak berfikir bagaimana seorang guru sekolah pondok boleh mengeluarkan kenyataan demikian. Kenyataan yang ternyata berat sebelah dan tidak adil.Hakikatnya mengundi kedua dua calon parti tersebut adalah haram sekiranya calon parti itu adalah bukan Islam dan yang menentang mereka adalah seorang Islam dan mukmin.

Sekiranya kedua- dua calon adalah bukan Islam maka pilihlah yang lebih baik antara mereka. Dalam konteks ini DAP adalah jauh lebih baik daripada MCA kerana belum pernah membuat onar kepada orang Islam dan tidak pernah terbabit dengan apa-apa skandal dan penyelewengan. Tetapi MCA pernah terbabit dengan dua scandal besar dalam negara yang membabitkan kerugian berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Baru-baru ini juga, Islam dimalukan dengan begitu hina sekali oleh manusia-manusia yang bernaung di bawah payung Perkasa. Mengamuk di dalam masjid dan paling tidak dapat diterima ialah perbuatan membaling kasut ke dalam masjid. Dalam kes ini gua menganggap individu itu telah membaling najis ke dalam rumah Allah kerana kasut yang di baling pastinya kotor dan tidak mustahil pernah memijak najis sama ada najis berat atau najis ringan.

Adakah mungkin individu itu meyucikan dahulu kasutnya sebelum melontarkannya ke dalam masjid?

Terkini- Seorang blogger yang dipercayai pro umno telah menggantikan gambar kaabah dengan gambar separa bogel dan ditopengkan dengan wajah TGNA. Gambar tersebut memaparkan jutaan umat Islam sedang mengerjakan ibadah sekeliling 'gambar TGNA' Bukankah itu penghinaan kepada agama Islam?



Apabila Khairi Jamaluddin menyeru umat Islam berhimpun bagi membantah tindakan membuat dan menyiarkan filem menghina Nabi Muhammad yang bertajuk ' Innocence of Muslims', gua rasa nak tergelak. Memang macam pokewak kepala wotak diorang ni.

Jelas sekali mereka ini mengada-ngada dan menunjuk-nunjuk. Tiada keikhlasan dalam jiwa mereka terhadap Islam. Apabila penghinaan dilakukan oleh seseorang dari kelompok mereka, mereka akan diam membisu tanpa sebarang kenyataan untuk memperbetul keadaan demi maruah agama Islam secara hakiki.

Selepas itu wujud pula perempuan bergelar artis di Indonesia yang membuat tatoo tulisan arab yang merupakan sebaris ayat laungan azan

Selebihnya adalah dilakukan oleh orang-orang bukan Islam seperti Niki Minaj yang menggunakan lirik lagu yang menghina Islam dan beberapa selebriti lain. Paling banyak dilakukan mereka adalah melukis tatoo ayat Al Quran di tubuh mereka, melukis kartun hina nabi dan Islam, dan video pendek.

adios

READ MORE- Mereka Ini Turut Menghina Islam--Bikin Gua Hangin

Kondom Anti Rogol Kini Tercipta


Peranti, dikenali sebagai The Rape-aXe, adalah sarung getah yang tertanam dengan aci tajam menghadap barbs mikroskopik yang boleh dipakai oleh seorang wanita dalam vaginanya seperti tampon.

Jika penyerang cuba merogol faraj, zakar mereka akan memasuki sarung getah dan zakarnya akan pada duri-duri kondom, menyebabkan kesakitan semasa menarik zakar keluar dari faraj dan matlamat penting ialah memberi masa kepada mangsa untuk melarikan diri daripada penyerang.

Kondom tersebut akan kekal melekat pada zakar penyerang ketika dia menarik zakarnya daripada faraj dan hanya boleh dibuang melalui pembedahan polis. Peranti ini boleh membantu dalam mengenalpasti penyerang dan bukti pendakwaan ke atas perogol.

Masalahnya ialah bagi mereka yang masih perawan dan mahu mengekalkan keperawanan mereka. Malau kondom ini dimasukkan ke dalam faraj bermakna si gadis telah menceroboh selaput daranya sendiri.-sumber

Bayangkan jika isteri anda terlupa menanggalkan kondom ini sebelum berasmara dengan anda, Apa akan terjadi? Semoga penjualan kondom ini dilarang di Malaysia kerana boleh mendatangkan implikasi buruk kepada lelaki terutama lelaki yang beristeri lebih dari satu. Isteri yang marah kerana dimadukan boleh menganiaya suami dengan peranti ini.


adios
READ MORE- Kondom Anti Rogol Kini Tercipta

Tuesday, September 18, 2012

Inilah Wajah Pengarah Filem "Innocence of Muslims"--Nakoula Basseley Yang Hina Nabi Muhammad

Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem yang bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.

Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah
Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwini Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya

'Saya melakonkan watak pengantin perempuan paling muda kepada watak yang bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.

'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. '

Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.



adios

Terima kasih kepada semua pembaca kerana dengan sokongan anda , Entry gua yang bertajuk
Pendedahan Sulung Wajah Pengarah 'Innocence Of Muslims'
telah dinobat sebagai post terbaik oleh harakahdaily pada  16.9.2012

http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/13175-pendedahan-sulung-wajah-pengarah-filem-innocence-of-muslims
READ MORE- Inilah Wajah Pengarah Filem "Innocence of Muslims"--Nakoula Basseley Yang Hina Nabi Muhammad

Sunday, September 16, 2012

'Jim' Yang Dituduh Acu Pistol Pernah Jadi Pengawal peribadi Celine Dione,Mariah Carey, Jackie Chan dan Pasukan Bolasepak Arsenal

Harizal Zahid atau dikenali dengan panggilan JIM yang dituduh mengacu pistol kepada demonstran di Melaka tempoh hari adalah seorang yang sangat terlatih dan proffesional.

Menurut sebuah akhbar JIM pernah menjadi pengawal peribadi kepada selebriti dunia yang mengunjungi Malaysia antaranya ialah Celine Dion, Mariah Carey dan Shah Rukh Khan.

Selain itu beliau juga pernah menjadi pengawal kepada pasukan Arsenal semasa kunjungan pasukan itu ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan.

Berdasarkan akhbar itu juga, JIM dikatakan menganggap pengalaman menjadi pengawal peribadi artis adalah antara kenangan paling manis dalam hidupnya. Dia juga mengakui bahawa menjadi pengawal peribadi Anwar Ibrahim adalah satu tugas yang cukup mencabar kerana ke mana sahaja DS pergi pasti ada individu atau kumpulan yang cuba menghalangnya dengan pelbagai provokasi dan ancaman.



Kalau begitu banyak pengalamannya menjaga keselamatan orang-orang ternama termasuk dari luar negara, gua pasti JIM bukanlah bodyguard cap ayam. Senang cerita bukan sebarang 'jantan'. Dengan reputasi seperti itu JIM pastinya telah terkenal dengan kecekapan dan kebolehan mengawal manjikannya daripada sebarang bentuk ancaman.

Gua bangga dengan kejayaan anak melayu ini. Semoga JIM terus berjaya sebagai Pengawal Peribadi Professional.

Wasukalu
adios
READ MORE- 'Jim' Yang Dituduh Acu Pistol Pernah Jadi Pengawal peribadi Celine Dione,Mariah Carey, Jackie Chan dan Pasukan Bolasepak Arsenal

Gambar Kate Middleton Dedah Payu Dara DIsebar

Sebuah majalah Perancis telah menyiarkan gambar Catherine isteri Putera William yang dirakam ketika pasangan itu bercuti di Perancis.

Majalah Closer menjemput pembaca di laman webnya untuk memilih edisi baru untuk menikmati "the photos that the world can't wait to see; the Duchess of Cambridge topless on a guesthouse terrace".

Gambar-gambar sensasi manusia terkenal pasti mewujudkan kegilaan media di seluruh dunia. Satu lagi keaiban yang melanda Istanda Buckingham selepas skandal gambar bogel Putera Harry di Vegas kurang satu bulan yang lalu

Gambar-gambar itu dirakam di teres Chateau Autet dalam wilayah selatan Perancis Provence di mana William dan Kate dikatakan telah bercuti minggu lepas.

Menurut majalah tersebut, istana Chateau Autet dimiliki oleh Viscount Linley, anak kepada mendiang kakak Queen Elizabeth bernama Princess Margaret.

Pasangan itu kini di Malaysia dan sumber perjalanan dengan mereka berkata bahawa "Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia mereka sedih apabila mengetahui tentang gambar yang didakwa".

"Insiden itu, jika benar, adalah ulangan peristiwa 15 tahun lalu," kata sumber itu, merujuk kepada perhatian media kepada mendiang ibu William iaitu Peteri Diana, yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta ketika melarikan diri daripada paparazzi di Paris pada tahun 1997.

Sumber diraja menambah bahawa pemerintahan diraja sedang menyiasat kesahihan gambar dan akan "membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan".

Cerita ini telah tersebar meluas dalam media British pada hari Jumaat, kurang  satu bulan selepas penyiaran gambar bogel Harry di sebuah hotel Las Vegas.

Kaum kerabat muda Britain melawat dunia sepanjang 2012 sebagai merayakan  pemerintahan 60 tahun nenek William, Ratu Elizabeth II.

Mereka kini dalam perjalanan sembilan hari yang bermula di Singapura. Mereka tiba di Malaysia pada hari Khamis, dan akan ke Kepulauan Solomon dan kemudian Tuvalu.

Bagi gua gambar yang disiarkan oleh majalah ini tidak seberapa kerana gambar yang diambil dari itu jauh tidak begitu jelas. Namun ketika gua merayau di internet mencari gambar yang jelas untuk membuktikan kebenaran wanita gambar itu adalah Kate Middleton, gua terjumpa gambar-gambar Kate yang jelas dan hanya memakai seluar dalam sahaja manakala buah dadanya terdedah jelas. Tetapi gambar itu bukanlah gambar yang diambil di Chateau Autet Perancis.

Bukan Beso Pun , Kecik Jer

adios
READ MORE- Gambar Kate Middleton Dedah Payu Dara DIsebar