KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, September 29, 2012

Cabul 64,100 Pengundi: SPR DiTangkap Basah

SHAH ALAM 29 September - Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. “Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12.

Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya. ~kd
READ MORE- Cabul 64,100 Pengundi: SPR DiTangkap Basah

Wan Azizah Malu-Malu Surat Cinta Anwar Ibrahim Dari Penjara Dibida RM50K

SHAH ALAM 29 Sept: Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam penjara kepada Datuk Seri Wan Dr Azizah yang dilelong untuk mengutip dana pilihan raya, menyentuh perasaan banyak pihak.Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.“Masa saya serahkan (surat) pun menitis air mata. Maaf ya sebab mengungkap kembali detik-detik ketika Anwar dalam penjara,” kata Presiden KEADILAN itu.Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: “Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan.”“Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.“Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,” katanya.

Pada majlis sama, lukisan kartun Zunar yang menggambarkan kuasa rakyat ke Putrajaya pula menerima bidaan paling tinggi iaitu RM32,000Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.Pelbagai barangan peribadi milik lapan pimpinan Pakatan turut dilelong, antaranya pen milik Lim Guan Eng bernilai RM23,000 yang dibeli oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.Selain itu, foto graduasi Senator Negara, Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya pada 1951 dilelong RM15,000.Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.

Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.Barangan peribadi milik bekas Timbalan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508. ~kd


Perkataan 'surat cinta' tu gua yang tambah. Surat dari suami kepada isteri maka layaklah
digelar surat cinta. Bukan surat peguam kepada plaintif atau surat polis kepada yang kena saman. wakaka!

Ambil yang berguna sahaja daripada tulisan gua ni. Selebihnya buat hiburan.


adios
READ MORE- Wan Azizah Malu-Malu Surat Cinta Anwar Ibrahim Dari Penjara Dibida RM50K

Kandungan Bajet 2013 Yang Menguntungkan Rakyat-hanya cekelat hacks

Sorotan Bajet 2013

1) RM200 one-off rebat bagi pembelian telefon pintar 3G untuk orang berumur 21-30 dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 atau ke bawah.

2) BR1M: RM250 bantuan wang untuk individu tunggal yang berusia 21 tahun dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM2, 000.

3) diskaun 50% ke atas tambang KTM Komuter diperluaskan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan RM3, 000 dan ke bawah dan yang travel dengan KTM Komuter.

4) Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram dari 29 Sept 2012.

5) kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1 mata peratusan untuk RM50, 000 pertama pendapatan bercukai. Pelepasan cukai anak dinaikkan daripada RM4, 000 kepada RM6, 000 setiap kanak-kanak untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun dan anakanak berumur 1 tahun ke atas yang masih belajar di pusat pengajian tertiari sepenuh masa.

6) baucar Buku RM250 untuk pelajar. (Sebelum RM200)

7) pinjaman PTPTN: Insentif - pembayaran balik pinjaman penuh dari 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013, diskaun 20% akan diberikan ke atas pinjaman mereka. Pembayaran balik yang tetap mendapat diskaun 10%.

8) Skim Rumah Pertama pendapatan had bagi pinjaman individu dinaikkan daripada RM3, 000 kepada RM5, 000 sebulan.

9) Bonus bulan 1.5x untuk penjawat awam, Separuh bulan dibayar semasa 2012 Hari Raya. Baki satu bulan akan dibayar dalam 50% pada Dis 2012 dan 50% Januari 2013.

Masih boleh diperdebat. Terutama perkara no 1. Apakah keperluan memberi rebate untuk pembelian telefon pintar sedangkan ia bukanlah keprluan asasi. Penarikan subsidi Gula sebanyak 20 sen sepatutnya dibatalkan.

Alangkah baik kalau ini dilaksanakan

READ MORE- Kandungan Bajet 2013 Yang Menguntungkan Rakyat-hanya cekelat hacks

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013: Bebas Cukai Untuk Orang Kaya Orang Miskin Kena Bayar Cukai

#BajetAkhirBN - "yang KAYA BERTAMBAH KAYA.. " Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah. -

cubalah bagi cukai percuma kepada pemaju RUMAH KOS RENDAH... tentu banyak rumah itu dibina dan harga murah.

Bukti terbaik betapa prihatinnya kerajaan melayu.Yang beli rumah kos rendah tu sapa? Rumah kos rendah banyak terbengkalai. Pembeli yang dah susah disusahkan lagi. Bayar loan bank dan bayar rumah sewa. Perjanjian jual beli tak membawa makna apa-apa.mana ada kes pembeli rumah murah yang rumahnya tak siap berjaya saman pemaju. Apabila SPNB ambil alih pembeli kena tambah bermacam-macam kos lagi.KIri kena kanan kena semua arah pembeli kena. Rumah 35.000 jadi 45,000. Apa diorang buat.. buat dono jer la. Bukan masalah diorang.Apa diorang peduli..

(PR bila memerintah akan salurkan pendapatan negara untuk BINA RUMAH MAMPU MILIK bukan untuk beri FREE TAX kepada PEMAJU HARTANAH projek MEWAH)

BN memang ZALIM... bila tiba PRU-13, tolak BN, undi PR dan rebutlah peluang harga HARGA lebih murah...

PILIHAN DI TANGAN ANDA.. (mohon sebar dan ceritakan maklumat ini kepada orang sekeliling ANDA - PRU dijangka DEC 2012)
READ MORE- Bajet 2013: Bebas Cukai Untuk Orang Kaya Orang Miskin Kena Bayar Cukai

Kerajaan melayu naikkan harga gula lagi.. Melayu Bertuah

Pas mempersoalkan kewajaran kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melupuskan subsidi harga gula RM116 juta, sedangkan dalam masa yang sama memberikan peruntukan sebanyak RM111 juta kepada Permata yang dinaungi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

“Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

“Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,” kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut Idris, tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).

“Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen),” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, keputusan kerajaan menaikkan harga gula kononnya untuk menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun, dengan membandingkan harga gula di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina merupakan alasan dangkal.

“Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.
“Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol,” tegas Idris.
READ MORE- Kerajaan melayu naikkan harga gula lagi.. Melayu Bertuah

Penjawat Dapat Tambahan 1 Bulan bonus

Pertama kalinya Penjawat awam mendapat bonus lebih satu bulan gaji walaupun terpaksa menunggu pembayaran yang bakal dilaksana separuh-separuh.

Penjawat awam akan menerima setengah bulan gaji lagi pada Disember 2012 dan baki setengah bulan gaji lagi pada Januari 2013.Manakala setengah bulan gaji yang pertama telah diterima Penjawat Awam pada Ramadhan 2012.

Pwnjawat Awam sebelum ini digembar gemburkan akan menerima kenaikan gaji lagi setelah pelarasan gaji yang dilaksana April 2012. Namun berita tersebut kekal sebagai khabar angin sahaja kerana tidak mendapat perhatian kerajaan.

READ MORE- Penjawat Dapat Tambahan 1 Bulan bonus

Bajet Najib gagal tawan hati rakyat

SHAH ALAM: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.

“Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

“Kita tidak menolak kepentingan kakitangan awam kepada kemajuan negara, sumbangan perkhidmatan awam penting. Namun begitu tumpuan juga harus diselaras kepada semua pihak.

“Dalam pembentangan semalam, tidak ada insentif untuk kakitangan swasta,” katanya kepada Suara Keadilan selepas menyampaikan ucaptama di forum bertajuk Malaysia dan Sejarah yang belum berakhir anjuran Akademi Pak Sako di sini, malam tadi.

Untuk menjana ekonomi, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Najib harus beri keadilan kepada kedua-dua sektor, bukan hanya mengutamakan sebelah pihak sebagai gula-gula pilihan raya.
Azmin juga menyifatkan Bajet 2012 yang meneruskan defisit untuk tahun ke-14 berturut-turut sebagai ancaman ekonomi dan memerlukan pengurusan kewangan dalam keadaan bajet berhemah.
“Kerajaan menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan berjumlah RM186 bilion tetapi RM181 bilion akan digunakan untuk operasi mengurus manakala baki 50 bilion ringgit akan digunakan untuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, tata kelola yang baik harus meletakkan bajet pembangunan melebihi perbelanjaan pengurusan tetapi Bajet 2012 memperlihat 70 peratus peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

“Masalah defisit tidak akan dapat ditangani disebabkan peruntukan pengurusan melebihi pembangunan.

“Justeru, rakyat melihat secara komprehensif tentang bajet yang dibentangkan dan tidak hanya memfokus kepada satu dua perkara yang dilihat sebagai gula-gula pilihan raya BN,” katanya.
READ MORE- Bajet Najib gagal tawan hati rakyat

Gadis !2 Tahun Lahirkan Bayi Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Hospital utama merekodkan sekurang-kurangnya satu kes remaja melahirkan bayi setiap hari.
Menurut Dr Mohamad Farouk Abdullah, perunding kanan dan ketua Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, kira-kira 14% daripada 12,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun di hospital adalah oleh ibu-ibu remaja dengan kebanyakan mereka berkahwin.

"Gadis paling muda melahirkan anak di hospital kami adalah seorang gadis berusi 12 tahun," Dr Mohamad Farouk berkata pada satu seminar. Ia telah dianjurkan oleh hospital bersempena dengan bulan Perancang Keluarga.

Kementerian Kesihatan mencatatkan 18.652 kelahiran oleh gadis-gadis di bawah usia 19 tahun pada tahun lepas berbanding dengan 5962 dalam separuh kedua 2010.

Pegawai perubatan sosial dan kebajikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Nurul Azira Mahamad Jafar berkata beliau telah mengendalikan sekurang-kurangnya satu kes ibu yang tidak berkahwin setiap hari bekerja tahun ini.

"Bilangan tertinggi rujukan saya telah dalam sehari setakat ini adalah 14. Ini adalah anak-anak kita yang hamil di kala remaja mereka," kata Nurul Azira, yang telah mengendalikan kes-kes ibu yang tidak berkahwin serta rogol dan mangsa penderaan seks di hospital sejak enam tahun yang lalu.

Kebanyakan perempuan hamil yang dirujuk ke hospital oleh klinik.Ini adalah kerana kehamilan remaja dianggap "kes berisiko tinggi". Seorang remaja adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk mati akibat komplikasi kehamilan atau melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.

Nurul Azira berkata gadis remaja bawah umur 18 tahun yang hamil dan bayi mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak perempuan menjadi hamil kerana berzina.
"Mereka adalah daripada keluarga bermasalah dan keluarga berpendapatan rendah. Ada yang lari dari rumah," katanya.

Beliau berkata, ramai ibu bapa menyuarakan malu apabila diberitahu tentang keadaan anak perempuan mereka.

"Kami biasanya akan merujuk gadis-gadis dan ibu bapa mereka kepada jabatan untuk kaunseling," tambah beliau.

Nurul Azira berkata jika ibu bapa tidak mampu untuk menjaga ibu dan bayi luar nikah, mereka boleh menyerahkan mereka kepada jabatan.

Beliau memetik kes seorang gadis berusia 13 tahun, yang melahirkan anak di hospital baru-baru ini.

"Ibu bapanya berkata mereka tidak dapat memastikan bahawa gadis itu tidak akan hamil lagi selepas ini kerana bapa bayi itu masih hidup dalam masyarakat yang sama," kata Nurul Azira.

wasukalu ucapkan tahniah kepada pemimpin melayu di sebuah negara Islam.

Tuduh Melayu Tak Bersyukut -DR M  Kena Belasah

adios
READ MORE- Gadis !2 Tahun Lahirkan Bayi Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Wednesday, September 26, 2012

Nora Danish Kembali 'Dedah Body' Lentik Sedap




Itulah rupa Nora Danish selepas kembali daripada menunaikan umrah di Mekah. Disiarkan oleh Kosmo pada 23 September 2012. Nampaknya Nora tidak dapat bertahan lama memakai hijab. Kehidupan sebagai artis lebih penting daripada terus memakai hijab.

Berapa lamakah Nora memakai hijab selepas kembali daripada menunaikan umrah?

Sebelum menunaikan umrah Nora telah gemparkan Malaysia apabila bergambar berahi dalam sebuah majalah lelaki. Wasukalu telah menyiarkan artikel tersebut beserta gambar-gambar berahi Nora. Namun setelah mengetahui Nora berangkat ke Mekah mengerjakan umrah, gua atas nama kemanusiaan telah 'delete' entry tersebut dengan harapan Nora yang baru akan muncul selepas pulang dari Mekah.Tapi setelah dia bergambar seksi lagi gua kasi 'on' entry tersebut untuk bacaan umum. Nah ini dia.

Sayang, beginilah kesudahan cara hidup Nora.. Kini Nora terus bergambar seksi dan memberahikan.

Sebelum itu pada 24 Ogos 2010 sebuah website telah menyiarkan artikel bertajuk 'Nora Danish Lentik Sedap'

Gua Kasi Paste dia punya Copy 

Yo guys! Tadik bace kat Harian Metro, tajuk die agak best jugak’lah iaitu “Lentik Nora asli”. Nora mane lagi, takkan la Nora yang nyanyi “Di Persimpangan Dilema” yang dah bertudung tu oi. Agak kurang paham dengan tajuk dan isi kandungan yang dikeluarkan tu. Mane taknya. Ni I nak nge’paste’ sket ayat die.

Kehadirannya pada suatu majlis pelancaran produk baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan tubuh yang lentik dan mengiurkan.

Ha nampak tak I bold‘kan perkataan mengiurkan? Hahaha! Ada lagi ayat-ayat berbaur lucah

Biarpun ringkas dengan gaun ketat paras lutut serta berjaket, itu sudah cukup menyerlahkan bentuk tubuhnya.

I rase editor kolum tu lesbian kowt. Hahaha! Ni pulak nge’paste’ jawab Nora Danish mengenai badannya yang mengiurkan sekarang.

Semua ini ‘ori’ atau asli. Dulu badan saya tidak seperti ini, tetapi selepas beranak saya mengalami sedikit penambahan berat badan selain naik pada bahagian dada dan pinggul. – Jawab si janda comel, Nora Danish.

Hurm, agak-agak uols lah boleh jangka tak dalam beberapa hari ni nanti keluar artikel mengenai Fasha Sanda pulak. Tajuk “Ku punya lentik lebih ori hanya untukmu Jejai“. Tapi I admit, Nora nampak lebih lentik sekarang yek.

Berdasarkan dua berita yang dipaparkan, Nora memang sama sahaja dari dulu hingga kini. Sanggup bergambar dengan memakai pakaian menjolok mata. Yang membuatkan gua rasa sedikit terkilan ialah gambar terbaru yang disiarkan oleh Kosmo seperti di atas. Gambar-gambar itu dirakam setelah Nora menunaikan umrah. Tak sampai setahun tunaikan umrah Nora sudah berperangai macam dulu.

Benarkah unsur 'erotis' tidak dapat dipisahkan dengan seni?

Umrah bagi sesetengah artis dan insan popular hanyalah tempat untuk melancong dan mendapatkan publisiti.

Apa komen Fathul Bari? Tak mau nasihat ke, keluar fatwa ke?

wakaka

adios

READ MORE- Nora Danish Kembali 'Dedah Body' Lentik Sedap

Tuesday, September 25, 2012

Pertunjukan Fesyen Separa Telanjang -- Malaysia Negara Islam

Satu Pertunjukan Fesyen Akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi, pada 6 Oktober 2012 di Grand Millenium Kuala Lumpur.

Pertunjukan fesyen adalah lumrah biasa dalam negara Malaysia yang moden. Namun amat dikesalkan pertunjukan fesyen kali ini adalah pertunjjukan yang pada hakikatnya adalah pertunjukan tubuh wanita separa telanjang- Bikini Fashion Show 2012.

Pertunjukan fesyen yang akan diadakan itu bakal menggunakan khidmat 25 orang supermodel antara bangsa yang terkenal. Pertujukan fesyen itu turut disusuli dengan parti di sekitar kolam renang bagi menambahkan lagi 'kick' apabila melihat 25 orang top model berbikini basah. (silap-silap ada yang 'basah' kerana melihat model ini basah, wakaka!)

Tidak ketinggalan pertunjukan tarian. Oleh kerana temanya ialah bikini maka pada jangkaan gua pertunjukan tarian itu juga akan memaparkan wanita-wanita menari dengan hanya berbikini ala Las Vegas gamaknya. Terkangkang sana , terkobak sini..... yeeehaaaa!

Apabila kita kata Malaysia bukan negara Islam , para menteri dengan angkuh bingkas bangun mempertahankan tanggapan nilai mereka terhadap negara tercinta ini. " Malaysia adalah sebuah negara Islam walaupun tidak melaksanakan undang-undang Islam!" pale wotak dia..bangang tahap sundal wa cakap lu. dasar jantan kabaret!!! wakaka

Apabila isu seperti pertunjukan fesyen bikini ini didedah kepada umum dengan pengiklanan yang meluas tiada siapa di kalangan mereka membantah. Baik menteri agama Islam, timbalan menteri agama (yang perasan cun dan muda belia siap cukuq kenin lagi... wakaka), ulama dalam majlis ulama mahupun ulama tersohor umno masa kini Mr Fathul Bari. 

Hassan ALi???? Jangan cerita beb! Dia tengah bermasalah nak cari tempat bertanding. Jati tak ada pengikut.  Yang ada pun cukup untuk main bola 7 sebelah saja.. kesiannnn!!!!! Umno tak akan bagi ruang untuk bertanding atas tiket umno. So..... ? babai jer la hassan Ali. wakaka! Elok la ngadap tiko semayang saja (sejadah) dan taubat. wakaka!

yang ni memang sting tengok bro! wakaka..



Suatu hari nanti jika perkara sebegini tidak dibendung, tidak mustahil pertunjukan seperti di bawah ini pula akan diadakan. Tak payah pakai sependa/bikini, 
sarung tang 'situ' sudah.
Apa nama yang sesuai untuk pertunjukan fesyen seperti di atas?
Gua cadangkan 'Sarung Kote Fashion Show 2020"
Jemput ulama dan menteri jadi model
Kita tengok kote sapa kacuit!!!
wakaka!

adios
READ MORE- Pertunjukan Fesyen Separa Telanjang -- Malaysia Negara Islam

Persundalan Alaf Baru Di Malaysia

Mut'ah hari ini telah dihidupkan semula, tetapi dalam bentuk yang keji dan tidak adil. Ia lebih menyerupai pelacuran zaman moden di mana seorang lelaki boleh membayar untuk menjadi suami kepada seseorang wanita selama 15 minit, 15 hari, 15 minggu, 15 bulan, atau 15 tahun ... mengikut kehendak lelaki itu.

Sekiranya wanita yang menjadi isteri kontrak itu cantik, muda dan menyelerakan nafsu, maka lelaki yang mengahwininya akan mengambil masa yang lama untuk menceraikannya dan termaktub dalam kontrak.

Setelah wanita itu lusuh dan tidak lagi menarik perceraian akan pasti berlaku mengikut syarat kontrak. Lelaki akan bebas daripada sebarang tanggungjawab terhadap wanita.

Kontrak yang lebih pendek iaitu satu jam , dua jam dan satu hari tidak ubah seperti melanggan pelacur di cow kit, bukit bintang dan siam. Teringat pula kes gadis johor ini mencari pelanggan di facebook. RM 300 sejam mau ka? Lu order kalu dosa sendiri tanggung. wakaka!

Apa bezanya gadis itu dengan gadis mutaah? Gadis mutaah juga menerima bayaran untuk dikahwini selama tempoh dan ganjaran yang dipersetujui bersama. Gadis johor itu juga demikian. Bezanya gadis itu tidak melangsungkan akad nikah.Tanpa kadi dan wali.

Bagi yang suka bertukar-tukar pasangan, mutaah memang elok diamalkan tetapi adakah itu yang diunjurkan oleh Islam? Adalah mustahil perkara buruk seperti itu dihalalkan oleh Islam.

Di Iran Rejim Syiah telah membenarkan amalan ini dan malah digalakkan oleh pemimpin agama Syiah. Selepas revolusi di Iran, jumlah amalan Mut'ah meningkat lebih 600%. Wanita diseludup di seluruh dunia dari Iran, Iraq, Turki, Pakistan, Afghanistan, dan dalam beberapa kes walaupun ke Eropah.

Wanita sering diculik atau ditipu menjadi pelacur Mut'ah pada usia yang sangat muda dan sesetengah keluarga walaupun memaksa anak-anak perempuan mereka untuk melaksanakan amalan dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Hadith Syiah mengisytiharkan penyata bidaah kufur apabila bercakap mengenai subjek Mut'ah. Seperti yang dikatakan dalam hadith shia:

Seseorang yang terlibat dalam Mutah sekali dalam hayatnya mencapai status Imam Al-Hussain. Seseorang yang terlibat di dalamnya dua kali menjadi sama dalam status Imam Al-Hasan. Satu yang melakukan tiga kali mencapai kedudukan Imam Ali. Dan dia yang mengamalkan empat kali memperoleh tahap dan kedudukan Nabi Muhammad. (Furoo al-Kafi)

Jika begitu mudahnya mencapai tahap nabi Muhammad, esok juga gua boleh dapat. Mutaah dengan empat orang wanita. Kahwini seorang wanita untuk dua jam dan ceraikan dan kahwin mutaah lagi.Wakaka! Gua akan setetahap dengan nabi??????

Memang sialan punya hadis, kongkek punya pasal pun boleh dapat kemuliaan setaraf nabi...Apa pulak status kalau gua mutaah 2000 orang sepanjang hidup gua? Adakah itu bermaksud gua akan 1196 kali lebih darjat daripada nabi?

Kepada yang sudah terjebak, kembalilah ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua umat. Tiada pilih kasih.. semua taubat akan diterima Allah. Kalau buat lagi bermakna anda tidak pernah bertaubat.

Konsep taubat bukanlah taubat hari ini dan buat dosa lagi esok.Kemudian taubat lagi dan buat dosa lagi. Itu bermaksud percubaan menipu Allah. Sudah pasti taubat yang begitu tidak diterima Allah.

Kepada yang belum terjerat, ingatlah pepatah jerat tidak lupa akan pelanduk

sedih kerana Iran amal Syiah

adios
READ MORE- Persundalan Alaf Baru Di Malaysia

Sunday, September 23, 2012

Gua OFFER USD100,000 Kepada Pembunuh Pembuat Filem 'Innocence of muslims'

"Gua sangat hangin dengan penyebaran video pendek yang menghina Nabi Muhammad SAW yang disiarkan melaui youtube untuk tontonan seluruh dunia. Dengan itu gua dengan rasa penuh tanggungjawab demi kasih sayang gua terhadap nabi Muhammad SAW, dengan ini mengisytiharkan pemberian ganjaran wang sebanyak USD100,000 kepada sesiapa yang dapat membunuh mangkuk hayun haramjadah,babi sial, anak haram tujuh keturunan mak bapak dia,yang bertanggungjawab membuat filem anti-Islam berjudul "innocence Of Muslims" yang secara terang-terang menghina Nabi Muhammad." Ghulam Ahmad Bilour, Menteri Keretapi Pakistan.

Original text

In Pakistan, a bounty has been placed on the head of the person responsible for making an anti-Islam film ridiculing the Prophet Muhammad.

SOUNDBITE: Ghulam Ahmad Bilour, Railway Minister saying (Urdu):

"I announce today that this blasphemer, this sinner who has spoken nonsense about the holy

Prophet, anyone who murders him, I will reward him with one hundred thousand dollars."
Railway minister Ghulam Bilour, says the payout will come from his personal funds and the he is not acting on behalf of the government. He also urged al Qaeda and the Taliban to join in the hunt.

SOUNDBITE: Ghulam Ahmad Bilour, Railway Minister saying (Urdu):

"If the U.S. government hands the man over to me, I am willing to kill him with my own hands even if they hang me for it later on."
The announcement came the day after 15 people were killed in violent protests to the film through the country.-reuters

Gua mana ada duit banyak tu bro!
wakaka!

adios
READ MORE- Gua OFFER USD100,000 Kepada Pembunuh Pembuat Filem 'Innocence of muslims'

Mari Berdoa GangNam Style - cis kiwak betul


Pusat terjojol, lutut terdedah, Gaya macam-macam
ini bukan gangnam style
Inilah Jahanam style


adios


READ MORE- Mari Berdoa GangNam Style - cis kiwak betul

Shila Amzah Juarai Asian Wave 2012

(Kredit foto: Photobucket joshuaongyscom)
21 Sep – Pelantun lagu "Patah Seribu", Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China malam tadi.

Berita gembira ini disahkan oleh adik-adik Shila, Syahir dan Syada yang memberikan ucapan tahniah melalui akaun Twitter.

"Alhamdulillah. @Shilaamzah is the champion for Asian Wave 2012! Thanks to you guys for voting. Let's trending #TahniahShilaAmzah," dipetik daripada akaun Twitter Syahir.
Bersaing sengit dengan lima finalis dari negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India, Shila telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor, "Grenade" nyanyian Bruno Mars dan juga lagu hit Mandarin berjudul, "Conquering" nyanyian Na Ying.

Pada mulanya, peserta dari China mendahului di tangga teratas dengan undian secara talian iaitu melebihi 140,000, manakala Shila berada di tempat kedua dengan 69,000 undian.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan, Shila mengakui terkejut dengan pihak media di China yang melabelkan dirinya sebagai penghalang kepada peserta dari negara republik tersebut menjuarai pertandingan ini.

Pertandingan ini telah bersiaran pada jam 8.30 malam dan berlangsung selama empat jam.
Asian Wave 2012 adalah program nyanyian versi Cina yang hampir sama dengan sebuah program di Korea Selatan, "I Am Singer" terbitan MBC dan "The Voice" terbitan Mnet.-cinemaonline

Gua turut gumbira dengan khabar ini. Sapa kata tutup aurat menghalang glamour? Shila Amzah dah buktikan bahawa pandangan itu salah. Islam tidak menghalang kejayaan hidup manusia.



adios
READ MORE- Shila Amzah Juarai Asian Wave 2012