KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Friday, October 12, 2012

Kristen Steward Curang Kerana Tak Puas DiRanjang

Kristen Stewart dilaporkan mempunyai "isu" keintiman dengan teman lelakinya Robert Pattinson.
Pasangan itu dianggap berdamai baru-baru ini selepas berita kecurangan Kristen dengan pengarah Rupert Sanders yang sudah berkahwin dihebahkan.

Menurut majalah OK! edisi Amerika, Kristen tidak berpuas hati prestasi seksual Robert.

"Dia suka Rob dan tidak boleh hidup tanpa dia, tetapi itu tidak bermakna tidak ada apa-apa isu dalam hubungan mereka," kata satu sumber.

Kristen yang menggemparkan seluruh warga internet dengan pendedahan video dan gambar bogelnya ketika penggambaran filem 'On The Road' telah kembali ke pangkuan kekasihnya tetapi masalah mereka semakin rumit kerana Robert masih tidak dapat menerima 'zina' yang dilakukan kristen dengan Rupert Sanders.

Inilah sebahagian daripada aksi romantis Kristen Steward dengan Rupoert Sanders. Sesetengah blog hiburan berbahasa Inggeris mendedahkan gambar mereka bercumbuan dalam kereta.

adios
READ MORE- Kristen Steward Curang Kerana Tak Puas DiRanjang

Soosan Firooz Rapers Wanita Pertama Afghanistan


Langkah Pertama Mewujudkan Wanita Sekular Di Afghanistan




11 Okt – Ramai lagi, khasnya penduduk di negara Afghanistan yang masih belum pernah mendengar nama Soosan Firooz. Namun, gadis rupawan berumur 23 tahun ini bakal mengukir sejarah dengan menceburi dunia hiphop dan menjadi rapper wanita pertama di negara yang terkenal di mata dunia dengan tradisi konservatif yang menyekat hak kebebasan wanita.

Hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi Firooz kerana pilihan yang dibuat telah mengakibatkan pakcik dan beberapa sanak-saudara yang lain memutuskan hubungan dengan keluarga beliau.
Tambah Firooz lagi, seperti yang dilaporkan portal NY Daily News, perkara yang berlaku turut membuatkan bapa beliau, Abdul Ghafar Firooz berhenti kerja di jabatan elektrik semata-mata untuk melindunginya semenjak beliau memasuki bidang muzik dan lakonan.

Lagu sulung Firooz yang boleh didengari di Youtube disusun oleh penyanyi dan komposer Afghanistan terkenal, iaitu Farid Rastagar yang baru sahaja pulang dari menetap di Jerman dan kini memiliki sebuah studio rakaman di Kabul.-cinemaonline
READ MORE- Soosan Firooz Rapers Wanita Pertama Afghanistan

Thursday, October 11, 2012

'NAJIB NAZAK MUHYIDDIN BACA YASIN'

Perdana Menteri Malaysia yang kini menghadapi pelbagai tekanan dari luar dan dalam negara memang sedang begitu nazak.

Banyak isu dan permasalahan yang perlu diselesaikan olehnya. Masalah-masalah parti politik dan masalah peribadinya terutama berhubung tuduhan terbabit dengan rasuah dan pembunuhan Atlantuya dalam skandal scorpene adalah punca utama Najib nazak.

Namanya kini telah dipaparkan di beberapa suratkhabar dan laman web beberapa negara sebagai orang yang perlu hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah skandal scorpene di Perancis menambahkan Najib nazak
.
Terbaru terbongkarnya rahsia pertemuan Najib Razak dengan Abdul Razak Baginda yang bersama dengan Atlantuya di Perancis yang didedahkan oleh pnompenhpost pastinya menbuatkan Najib nazak senazak-nazaknya.

Ini diikuti dengan tuduhan-tuduhan meyalahgunakan dana kerajaan untuk majlis pertunangan anak perempuannya yang menelan belanja RM409,767 dan majlis harijadinya yang menelan belanja RM 79,053.Nasib memang tidak menyebelahi Najib apabila hari ini 11 Jun 2012 NEWYORKPOST melaporkan bahawa bakal menantu Najib didakwa menipu.

Kejatuhan popularitinya ke aras yang sangat rendah terutama di kalangan pengundi bukan melayu meresahkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan popularitinya di kalangan pengundi dengan pelbagai cara termasuk bantuan BR1M, Klinik 1Malaysia, Pasaraya 1Malaysia, Perhimpunan Raksaksa Merah, Perhimpunan Sejuta Belia dan terbaru memaparkan gambarnya di tin aluminium minuman tenaga 100 plus sebagai usaha mempromosikan dirinya untuk kembali popular.

Isu-isu yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansur juga tidak ketinggalan membelenggu kepala wotak Najib. Isu pening kepala wotak buat Najib berkaitan Rosmah ialah isu cincin berlian RM24 juta.

Pendedahan salahlaku mentornya, mahathir oleh George Soros yang disiarkan beberapa blog pro PR juga menambah nazak Najib. Masalah sendiri tak habis kena pulak fikirkan masalah orang lain. 'Adudu, kepala... rasanya mau pecah..' dangdut sikit bro, hahaha!

Pelbagai skandal yang membabitkan menteri-menteri kabinetnya juga tidak kurang penting dalam menazakkan najib ketika ini. Skandal NFC, PKFZ dan tuduhan Skandal Hubungan Shapie Apdal dengan artis jelita Zahida Rafik yang diberitakan membabitkan wang jutaan RM adalah antara isu terhangat dibicarakan sehingga hari ini turut memainkan peranan menazakkan Najib.

Tak lupa juga kemarahan melayu dalam umno sendiri kerana kewujudan mamak dalam parti terutama mamak-mamak yang mendominasi wanita umno, umno Penang dan Perak. Nazak terus Najib. Semua isu terbeban di batu jemalanya.

Dalam masa yang sama Muhyiddin Yasin menunggu masa yang sesuai untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin tidak dilihat sebagai bersatu hati dengan Najib bermula daripada kritikannya terhadap slogan 1malaysia ciptaan Najib yang nazak.

Diikuti dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang ditukar kembali kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek teras itu.Ini juga dilihat sebagai penentangan Muhyiddin Yassin terhadap Najib dan Mahathir.

Muhyiddin juga didapati tidak pernah mahu memberi sebarang komen tentang isu-isu yang sedang melanda bosnya itu malah hanya berdiam diri seolah-olah tidak ambil peduli dengan apa yang menimpa Najib. Muhyiddin digambarkan oleh beberapa penulis blog sebagai gembira dengan situasi yang dihadapi Najib.

Tulisan yang menyatakan terdapat perebutan kuasa antara kedua-dua taiko besar dalam umno ini mungkin ada kebenarannya. Malah jika benar berlaku ia merupakan suatu yang boleh diharapkan untuk menghentikan amalan mempusakakan jawatan PM kepada anak PM-PM terdahulu atau lebih tepat lagi sistem dinasti dalam umno.

Dengan terhapusnya sistem dinasti dalam pemerintahan negara pastinya negara akan lebih selamat daripada penyelewengan , korupsi dan jenayah halal yang selama ini membawa kepada kerugian bertrillion RM wang pembayar cukai. Siapa sahaja pastinya akan berani berbuat demikian jika mengetahui penganti mereka sebagai peneraju kepimpinan negara adalah anak-anak mereka sendiri.

Daripada sudut politik dalaman parti, memang kejatuhan moral dan kredibiliti Najib memberi keuntungan kepada Muhyiddin. Sekiranya Najib mengundur diri atau kalah dalam PRU13 di Pekan maka calon PM yang seterusnya adalah dirinya sendiri. Mana mungkin ahli politik yang sudah sampai sejauh itu tidak punya cita-cita untuk menjadi PM.-GeloraHatiMuda

Tidak mustahil
Ketika Najib Nazak , Muhyiddin Baca Yasin
Malah Bersedia Mentalkinkannya.

Luangkan seminit untuk klik iklan nuffnang tu bro. Bukan untuk gua untuk lebuhraya rakyat Kelantan. RM57.80 dah diterima RM 53.00 lagi bakal diterima (dah claim). Tinggal cashkan dan hantar ke destinasi. Gendang Perang sasar RM 500 untuk lebuhraya rakyat Kelantan. 
adios
READ MORE- 'NAJIB NAZAK MUHYIDDIN BACA YASIN'

PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIK-- Tanya Dr Maza Jgn Tanya Fathul Bari

PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIK
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isu pluralisme digembar-gemburkan oleh sesetengah media dalam negara ini. Apakah tujuan sebenar, saya kurang pasti. Namun, apa pun dalam dunia terbuka hari ini, isu-isu pemikiran memang tidak dapat dielakkan. Cumanya, dalam membahas isu sebegini, ada yang ikhlas, ada yang berpolitik dan ada yang mengambil kesempatan tertentu.

Jika kita lihat isu ‘Valentine’s Day’, ramai yang membantah atas alasan ia tiada dalam Islam. Menariknya, ‘hari ibu’, ‘hari bapa’, ‘hari buruh’, hari pesakit aids dan seumpamanya juga tiada dalam ajaran Islam tapi tidak dibantah. Jika ada yang menyatakan ‘Valentine’s Day’ memberikan kesan negatif kepada masyarakat, sambutan tahun baru dan kemerdekaan pun apa kurang.

Betapa ramai yang mengambil kesempatan pada malam-malam tersebut untuk bermaksiat. Namun, tidak kuat sangat bantahan terhadapnya. Ya, kita bersetuju dengan bantahan sambutan Valentine’s Day untuk orang Islam, namun kita mesti memberikan justifikasi yang jelas. Apabila ada agenda yang tidak jelas, masyarakat akan kehairanan terhadap banyak asas tindakan yang dikaitkan dengan Islam ini.

Saya melihat ada seorang dua yang menulis tentang pluralisme di media tertentu dan seminar mereka ini diwar-warkan oleh media tertentu. MB Kelantan turut dikaitkan dengan pluralisme. Menariknya, ada yang lantang tentang pluralisme ini dalam masa yang sama menganut dan mengiktiraf ‘wahdatul wujud’ ala Ibn ‘Arabi iaitu kesatuan antara Tuhan dan makhluk dalam makam kerohanian. ‘Wahdatul wajud’ ini kepercayaan yang dikongsi oleh banyak agama dalam pelbagai tafsiran. Tidaklah pula mereka menganggap diri mereka telah jatuh ke lembah pluralisme agama. Maka, sekali lagi pelbagai persoalan timbul tentang isu pluralisme yang dibangkitkan oleh kelompok tarekat ini.

Lebih daripada itu, mereka tidaklah lantang ketika tokoh-tokoh politik yang ‘membela’ mereka melakukan upacara ritual agama lain dalam perayaan tertentu. Sebaliknya mereka yang memuja dan memuji tokoh-tokoh politik dengan pelbagai nas agama.

Pluralisme dan Relativisme

Adakah ‘pluralisme agama’ ini kufur atau tidak? Sebenarnya, ini tidak dapat dijawab melainkan kita terlebih dahulu jelas apakah yang seseorang itu faham dari pluralisme agama atau ‘religious pluralism’ tersebut. Jika dia memahami pluralisme itu menganggap semua agama itu sama nilaian di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini bererti kefahaman pluralisme ini menyamai kefahaman relativisme.

Namun, jika dia menganggap bahawa pluralisme bererti mengiktiraf kepelbagaian agama, cuba memahami lebih mendalam antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip-prinsip akidah Islam terutamanya hanya Islam sebagai agama Allah, maka itu tidak membawa kepada kekufuran. Di sini bererti, kefahaman pluralisme ini tidak sama dengan relativisme yang menganggap kebenaran adalah sesuatu yang relatif.

Maka, isu pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Diana L. Eck (Harvard University) menyatakan pluralisme tidak sama dengan relativisme. Pluralisme tidak menuntut seseorang meninggalkan identiti dan tanggungjawab. Juga tidak semesti bersetuju dengan semua yang diperkatakan oleh pihak yang lain. Namun bersetuju untuk berbincang, memberi dan mendengar pandangan pihak lain.

Katanya:

“pluralism is not relativism, but the encounter of commitments. The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments. It means holding our deepest differences, even our religious differences, not in isolation, but in relationship to one another..pluralism is based on dialogue. The language of pluralism is that of dialogue and encounter, give and take, criticism and self-criticism. Dialogue means both speaking and listening, and that process reveals both common understandings and real differences. Dialogue does not mean everyone at the “table” will agree with one another. Pluralism involves the commitment to being at the table with one’s commitments” (http://pluralism.org/pages/pluralism/what_is_pluralism)

Apa yang penting bukan istilah-istilah ini tetapi kepercayaan atau akidah seseorang muslim berkaitan hal ini. Jika dia percaya semua agama adalah berkongsi kebenaran yang sama, atau kebenaran itu sesuatu yang subjektif, boleh dilihat pada dimensi yang berbeza, maka itu pluralisme yang kufur. Jika dia menganggap hanya Islam agama wahyu yang diiktiraf di sisi Allah, namun kepelbagaian agama adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, manusia mesti belajar memahami antara satu sama lain, berbincang dengan cara yang baik, sudi untuk berdialog dan menyemakkan sikap dan tindakan, maka ini tidak kufur. Bahkan itulah yang dilaksanakan oleh sarjana Islam yang terbilang.

Prinsip Islam

Isu ini hendaklah ditangani dengan asas ilmu, bukan dengan fanatik, atau kepentingan politik. Realiti atau hakikat Islam dan kehidupan masyarakat manusia itu hendaklah difahami. Di sini saya sebutkan beberapa asas penting untuk kita fahami;

i. Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).

Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.

ii. Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Surah al-Baqarah ayat 256).

Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan.

Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:

“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain.

iii. Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).

iv. Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:

“..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)

v. Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).

vi. Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)

Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitik dengan asas Islam dan kehidupan manusia.
READ MORE- PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIK-- Tanya Dr Maza Jgn Tanya Fathul Bari

Kantoi Lagi: Najib Jumpa Soros DI Manhattan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

Bulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."
-LeeAlPeraki
READ MORE- Kantoi Lagi: Najib Jumpa Soros DI Manhattan

Jaringan Gol Sendiri Tercantik Sepanjang Zaman


Ini kaki bola punya cerita la. Video ni memang baekkk punya. Gol memang cantik tapi sayang lebih cantik kalau dijaringkan ke pintu gol lawan.. wakaka




Wakaka

adios
READ MORE- Jaringan Gol Sendiri Tercantik Sepanjang Zaman

Anwar Ibrahim Bukan 'The One And Only' Pemimpin Berfahaman Liberal

Jangan kita rujuk kepada orang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Ye lah Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan,’ katanya.

“Takpelah, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.
(yang berwarna adalah ucapan DR harun Din. Dia tidak kata pun Anwar Ibrahim Liberal)

Islam Liberal

Menurut Kurzman, Islam liberal merujuk kepada pentafsiran Islam yang lebih terbuka terhadap idea-idea demokrasi, pengasingan agama daripada politik, hak-hak wanita, kebebasan berfikir dan kemajuan manusia (human progress). Pentafsiran ini, menurut Kurzman, adalah selari dengan faham liberalisme dan gerakan liberal dalam budaya dan agama lain.-halaqah

Senang cerita Islam liberal ni bukan Islam bagi mereka yang membencinya. Bagi mereka yang menyintainya Islam tetap Islam.

Kaitan Anwar Ibrahim dengan organisasi dan individu yang berkait rapat dengan pemikiran liberal memang diketahui umum. Hanya Anwar seorang sahaja orang Malaysia yang begitu popular dan mendapat perhatian seluruh dunia dalam konteks pemikiran liberal.

Sebelum kita 'kafirkan' Anwar Ibrahim, kita fahami dulu apa itu liberlaisme.

Liberalisme [1] adalah falsafah politik atau pandangan diasaskan daripada idea-idea kebebasan dan kesaksamaan. [2] Liberal menyokong pelbagai pandangan bergantung pada kefahaman mereka akan prinsip-prinsip ini, tetapi secara umumnya mereka menyokong idea seperti pilihan raya yang bebas dan adil, hak-hak sivil, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, perdagangan bebas, dan hak untuk kehidupan, kebebasan(1), dan harta.  Liberalisme menolak keistimewaan keturunan(3), agama rasmi negeri(2), monarki mutlak, dan Hak Raja-raja.- wikipedia.

Islam liberal  mengikut yang gua fahami ialah 'islam yang lebih toleransi terhadap hukum hakam' seperti amalan banyak manusia mengaku Islam di Malaysia.

Prinsip pegangan islam liberal - lebih kurang begini

1. aku islam tapi aku minum beer                                                        
2. aku islam tapi aku pelihara dan berniaga babi melaui proksi        
3. aku islam tapi aku tak mahu terima hukum islam (hudud)              
4. aku islam tapi aku tak sembahyang dan tak puasa                            
5. aku islam tapi aku berniaga arak sekadar pemegang saham terbesar
6. aku islam tapi aku 'trade' pork belly dalam bursa komoditi  
7. aku islam tapi aku tak tutup aurat                                                      

Daripada semua di atas berapa ramaikah penganut islam liberal di Malaysia sekarang ini? Adakah si pelaku di atas akan mengaku bahawa mereka berfahaman liberal?

Kita terus mendongak ke langit dengan angkuh tanda marah dan meludah ke bumi tanda benci apabila mendengar nama Anwar Ibrahim dengan label 'liberalisme' tanpa memikirkan apakah sebenarnya liberalisme.

Apabila kita benci akan sesuatu pihak atau individu kita lekas meletakkan batu asas yang kukuh untuk memantapkan kebencian kita kepadanya. Itulah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dalam isu liberalisme.

Walau bagaimanapun liberalisme ini tetap berbahaya kepada Islam keseluruhannya JIKA dua perkara yang berwarna biru dalam definisi di atas dilaksana.

Pertama, apabila kebebasan tanpa batasan diizinkan kepada individu yang berkenaan, (contohnya pengamal budaya seksual LGBT) keruntuhan Islam akan bertambah cepat. Tapi apa bezanya dengan keadaan di negara kita sekarang? Pengamal LGBT bebas mengamalkan tabiat sex mereka dan menguasai (jika tidak memiliki) beberapa buah kelab malam untuk bertemu dan melampiaskan nafsu mereka. Berapa ramai LGBT ditangkap dan didakwa kerana tabiat sex mereka? Yang pasti belum ada. Yang ada hanya tangkapan terhadap pondan kerana tuduhan 'melacur' dan bukan kerana tabiat sex mereka.

Yang ke dua ialah penolakan terhadap agama rasmi. Jika PR memerintah mungkinkah status Islam sebagai agama rasmi negara akan dilupuskan? Kita andaikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang mengamalkan Islam liberal sekalipun, status Islam sebagai agama rasmi negara tidak akan terlucut kerana parti komponen terutama PAS tidak akan merestui perlucutan tersebut. umno sebagai pembangkang pada masa itu juga akan mengundi tidak setuju. Ingat umno terpaksa buktikan bahawa mereka lebih islamik untuk memenangi hati rakyat dalam PRU berikutnya. wakaka.

Sebagai seorang PM adakah Anwar mahu merisikokan jawatannya dengan melakukan sesuatu perubahan yang nyata akan membuatkan 100% umat Islam marah? Sudah tentu tidak. Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan melakukan perbuatan bodoh tersebut?

Dan ketiga ialah penolakan terhadap keistimewaan keturunan. Ini soal melayu la. Melayu takut akan kehilangan hak isteimewa mereka. Apa bende hak keistimewaan melayu? Sepanjang gua ingat gua tidak ada beza dengan member-member keturunan cina dan india. Kereta gua beli sama harga, rumah gua beli sama harga, Makan kfc sama harga, masuk universiti yuran sama,

So apa keistimewaannya? Tanah rizab melayu ke.... wakaka. Tanah rizab melayu pun 40% cina dah beli .

Kalau lu orang nak tau apa keistimewaan melayu lu orang pergi tanya usahawan tajaan umno, kontraktor umno dan kroni besar.Diorang mungkin tahu.  Gua tak nampak beza antara gua dengan orang-orang cina dan india..

Sebelum wa cau...  bacalah iklan ini  gua tolong kempen untuk blogger halaqah

Sinopsis : ISLAM LIBERAL
Islam Liberal, satu aliran yang menolak kesepakatan ulama serta menafsirkan al-Quran dan Hadis menurut fahaman akal. Mereka adalah golongan yang begitu ghairah ingin menyebarkan ilmu agama. Namun, apa yang mereka sangkakan betul itu tidak menepati al-Quran dan Sunnah. Tafsiran dan penjelasan mereka penuh dengan kekeliruan serta boleh menggugat aqidah umat Islam.

Akhirnya, golongan intelek, fanatik, ekstremis dan golongan yang kurang ilmu agama, begitu mudah menerima aliran ini. Apa tidaknya, hanya berhujahkan logik akal semata-mata mereka sudah terpedaya. Antara isu yang diperjuangkan seperti wanita menjadi imam kaum lelaki, persamaan hak lelaki dan wanita, menolak sistem poligami, tudung tidak sesuai di zaman moden dan sebagainya.

Pernahkah anda terfikir, mungkin segelintir saudara seagama yang anda kenali terjebak dengan fahaman dan aliran yang kian menular ini? Atau mungkinkah anda juga terpengaruh dengan aliran ini?
Menyedari bahayanya aliran ini, buku ini diterbitkan untuk menyedarkan anda agar berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnah yang sahih. Buku Islam Liberal ini menjelaskan secara terperinci ciri-ciri aliran ini. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda perlu memiliki buku ini sekarang.

Harga : RM 6.00
Halaman :176
ISBN : 967-86-0260-1
Penerbit : alaf21



adios 

.


READ MORE- Anwar Ibrahim Bukan 'The One And Only' Pemimpin Berfahaman Liberal

Wednesday, October 10, 2012

Nash Dan Muhyiddin Nyanyi Lagu Yang Seirama

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam ucapannya di satu seminar dakwah nasional di di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.-MK

Bandingkan dengan yang ini.....

"I hope that the missionary movement in Malaysia can play a major role in spreading the message of unity to all walks of life," he said when officiating at the National Missionary Seminar at Putra World Trade Centre yesterday.

"I am convinced that solidarity can be achieved if all parties are sincere in the fight,with
no other purpose than to see Islamic teachings continue to be strengthened and upheld."

"This is a responsibility that we must undertake, especially since Muslims today are faced with many obstacles, both in the form of cultural and ideological challenges to the faith," he said.

"Most notable are the challenges arising from the spread of liberalism and religious pluralism, among others advocate Muslims to free themselves from their beliefs and religious laws which have been the basis of our faith and piety to Allah."-muhyiddin yasin-----TMI

Menaruh harapan macam lagu Zaitun Sameon

wakaka

adios
READ MORE- Nash Dan Muhyiddin Nyanyi Lagu Yang Seirama

Tuesday, October 9, 2012

Melayu Islam Bacul: 10 Myanmar Rogol Wanita Melayu Bergilir-Gilir Di Malaysia Bukan Di Myanmar

SRSUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.


Setelah beribu-ribu umat islam mati dibunuh kejam oleh haramjadah myanmar di negara meraka, Malaysia masih lagi menyimpan myanmar-myanmar yang kejam dan tidak sedar diri. Lebih mengejutkan apabila dikenang kembali kandungan keratan akhbar di atas. "Umno bawa pengundi myanmar untuk menangkan najib." Gila apa melayu mengaku islam ini?

Cakap temberang sana sini dia lah pahlawan, wira dan pejuang melayu islam. Kebodohan mereka dalam isu myanmar dan warga asing lain sangat membimbangkan. Pada 1995 seorang gadis dirogol tiga warga bangladesh di Meru Klang sehingga putus puting teteknya. Namun peristiwa itu tidak cukup untuk mengajar melayu yang memegang dasar negara terhadap pendatang asing ini.

Kini seorang lagi wanita melayu dirogol beramai-ramai. Sepuluh jantan sundal rodok perempuan ini dalam keadaan terikat. Tidakkah terbayang akan betapa siksanya wanita tersebut?

Ini adalah berita yang kedua paling sadis yang gua baca. Yang gua tidak baca dan yang tidak dilaporkan oleh akhbar entah berapa pula bilangannya.

Tolong bijak sikit boleh ke wahai pemimpin melayu!
Tidak terbangkitkah darah jantan luorang apabila wanita melayu diperlakukan sedemikian?
Melayu gred berapa lu?

adios
READ MORE- Melayu Islam Bacul: 10 Myanmar Rogol Wanita Melayu Bergilir-Gilir Di Malaysia Bukan Di Myanmar

Kerajaan Cina Singapura Pecat 'Cina' Yang Hina Melayu

Mengapa gua buat tajuk begitu? Semata-mata untuk buktikan bahawa kerajaan cina Singapura lebih bertanggungjawab terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum.

Bezanya dengan Kerajaan Melayu Malaysia-

Di Malaysia Cina yang hina Melayu dan Islam disokong dan diberi penghargaan dalam bentuk tepukan dan sorakan. Melayu yang bangkitkan isu perkauman melampau juga tidak dikenakan sebarang tindakan.

National Trade Union Congres memecat seorang penolong pengarahnya kerana mengeluarkan kenyataan berbau penghinaan dan pekauman terhadap bangsa Melayu di Singapura.



On Sunday evening, she put up a public status on her personal Facebook timeline, complaining about a Malay wedding that was being held at a void deck near her home.

Among other things, she related Malay weddings to high divorce rates, and asked how society could “allow people to get married for 50 bucks”, peppering her post with vulgarities.

In a separate post, she also allegedly wrote, “Void deck weddings should be banned. If you can’t afford a proper wedding then you shouldn’t be getting married. Full stop.”-petikan dari yahoonews


Prime Minister Lee Hsien Loong has come out with his view on Amy Cheong's comments on Malay weddings. He calls her comments "wrong and totally unacceptable"


Law Minister K Shanmugam in a Facebook poson Monday also decried Cheong's comments, saying they "are shameful and completely unacceptable".


Cina Komunis perintah Singapura?

Kerajaan Melayu Malaysia Patut Rasa Malu Dengan Kerajaan Cina Singapura
Apabila melayu mula sedar dan marah barulah mengelabah. 

wakaka!

adios

READ MORE- Kerajaan Cina Singapura Pecat 'Cina' Yang Hina Melayu

Perang Turki-Syria Harapan Terkini Ahli Sunnah Wal Jamaah

Serangan dan serangan balas merentas sempadan yang paling serius dalam konflik Syria, yang bermula dengan pemberontakan pro-demokrasi tetapi telah berkembang menjadi perang sivil dengan berbau mazhab.

Turki, yang pernah menjadi sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad mempunyai kekuatan tentera yang lebih besar dan kuat.

"Kami tidak berminat untuk berperang, tetapi kita tidak jauh dari perang seperti mana kewujudan negara ini setelah melalui beberapa siri peperangan antara benua," katanya merujuk kepada beberapa siri peperangan yang dilalui Turki.

Meriam Turki menghujani sasaran tentera Syria pada Rabu dan Khamis, membunuh beberapa tentera Syria selepas pengeboman awal oleh Syria.


The best armys in 2012 is Offizial !

Top 10 Israel
Top 9 India
Top 8 Germany
Top 7 France
Top 6 England
Top 5 Iran
Top 4 China
Top 3 Turkey
Top 2 Russia


Parlimen Turki membenarkan tindakan ketenteraan rentas sempadan jika berlaku pencerobohan selanjutnya dari Syria.


 Berikut adalah gambaran suasana di sempadan Turki - Syria












Turki Harapan Islam Sunah Wal Jamaah

Turki memang wajar menyahut cabaran perang Syria . Sejak  menembak jatuh pesawat pengintip Turki beberapa bula lalu ada sahaja perbuatan provokasi ketenteraan yang dilakukan Syria. Segala provokasi ketenteraan Syria menunjukkan kesungguhan mereka untuk menguji Turki.

Sekiranya Turki menyerang Syria dengan kekuatan tentera yang jauh lebih hebat, Syria akan musnah dengan mudah. Apatah lagi Turki akan mendapat bantuan dalaman daripada penjuang pro demokrasi yang bermazhab Suni.

Perjuangan pro demokrasi kini menghadapi masalah menentang kerajaan Assad kerana turut terpaksa menentang kumpulan syiah Alawiah dan kumpulan Kristian Armenia yang menyokong Assad. Kumpulan Syiah Alawiyah dan kumpulan Kristian Armenia mendapat bekalan senjata daripada kerajaan Assad.

Kedua-dua kumpulan in mempunyai sebab tersendiri untuk menentang pejuang pro demokrasi. Pihak Syiah Alawiyah bimbang sekiranya puak Islam Sunni memerintah mereka akan membalas dendam terhadap minoriti Syiah Alawiyah atas kekejaman yang dilakukan Assad dan barisan Pemimpin tentera yang dikuasai Syiah Alawiyah pada masa kini.

Puak Kristian Armenia pula khuatir jika 'muslim brotherhood' memerintah, orang-orang Armenia yang beragama kristian tidak lagi dibenarkan tinggal di Syria. Yang nyata inilah motto kempen kerajaan Assad untuk mendapat sokongan pihak kristian suku Armenia.

Turki pula memang mempunyai sejarah perang dengan Armenia yang menyebabkan Armenia terbahagi dua suatu amsa lalu. Satu bahagian dikuasai Turki dan satu bahagian lagi dikuasai Soviet. Ini bermakna Kristian Armenia juga menyimpan dendam terhadap Turki.

Turki kini menempatkan berpuluh-puluh ribu pelarian Syria yang menyeberang sempadan. Syria mendakwa Turki menyebelahi Pro Demokrasi dan membekalkan senjata dan perlindungan di sempadan bertopengkan kem pelarian.

Serangan ketenteraan Turki ke atas Syria akan membantu menyelesaikan kemelut dalaman Syria yang selama ini berlaku kejam terhadap rakyat bermazhab Suni terutama kanak-kanak dan wanita. Ramai kanak-kanak dibunuh kejam termasuk disembelih. Wanita dirogol sebelum dibunuh kejam dan ditanam dalam lubang besar beramai-ramai.

Semoga Turki realisasikan harapan seluruh dunia Islam

adios

READ MORE- Perang Turki-Syria Harapan Terkini Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pengurus Kelab Bolasepak Paling 'HOT'

Pemain kelab bola sepak Poland Warta Poznan akan tidak mempunyai masalah mencari motivasi untuk berbuat yang terbaik di atas padang apabila wanita cantik dan seksi bekas model Playboy Izabella Lukomska-Pyzalska memiliki kelab itu.

Bekas model itu menghangatkan suasana apabila dinobatkan sebagai bos bola sepak yang paling hangat di planet ini selepas melangkah masuk untuk menyelamatkan kelab bola sepak yang di ambang pembubaran dengan membayar semua hutang kelab itu pada awal tahun ini.

Bintang majalah Playboy Playmate tahun 2001 itu kini menguruskan kewangan kelab. Dia
berharap dapat melihat Warta Poznan maju ke division teratas liga Poland.

Beliau telah mengambil pendekatan hands-on dan telah meminta supaya pemain dan kakitangan kelab memanggilnya "Presi".

Pasukan beliau telah berjuang sepuluh tahun lalu tetapi sejak dia mengambil alih, jualan tiket kelab bola sepak itu telah meningkat.

Kecantikan dan keseksiannya pernah menarik perhatian bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo semasa sesi latihan Portugal pada bulan Jun tahun ini.

Nampaknya playboy Portugal itu terpaksa gigit jari kali ini kerana 'bos' ini sudah berkahwin.
READ MORE- Pengurus Kelab Bolasepak Paling 'HOT'

Monday, October 8, 2012

Penghinaan

Kandungan ini didelete kerana gua baru menyedari kesilapan yang gua lakukan. Terima kasih kepada saudara Wabillah kerana memberi kesedaran kepada gua dengan menulis seperti di bawah

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 19, yang bermaksud

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan ingatlah! Allah mengetahui segala perkara, sedangkan kamu tidak mengetahui yang demikian”.



wasalam
READ MORE- Penghinaan

Sunday, October 7, 2012

Edisi Telanjang : Badan Pro Kerajaan Terima Dana Pertubuhan Politik Kristian Luar Negara

Seorang pemikir berkata BN tidak harus "paranoid" tentang NGO yang menerima dana asing, kerana parti pemerintah juga begitu dan menerima sokongan Amerika.

"Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata ketua Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea)Wan Saiful Wan Jan dalam e-mel kepada Malaysiakini.

"Lagipun, pihak Barisan Nasional (BN) juga menerima sokongan Amerika, dan terbaru hanya di hujung minggu lalu di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin Barisan Nasional telah menerima sokongan asing sejak terlalu lama bertahun-tahun," katanya yang didakwa.

Wan Saiful (kiri) telah bertindak balas kepada kenyataan ahli-ahli parlimen seperti Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang di Parlimen semalam mendakwa bahawa Pemberi dana asing telah cuba untuk melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan pro-kerajaan dengan media arus perdana yang dikuasai BN menyerang NGO hak asasi manusia Suaram kerana menerima dana asing.

Portal berita Malaysiakini juga tidak terkecuali, dan telah dituduh menjadi alat asing Pemberi dana untuk menerbitkan berita "anti-kerajaan"

'badan Pro Kerajaan menerima dana Kristian'

Wan Saiful menambah bahawa "banyak badan yang hampir dengan kerajaan" juga menerima dana asing, yang termasuk pihak politik Kristian dari negara luar.

"Sebagai contoh, saya ada bukti bahawa badan pro kerajaan menerima sokongan daripada sumber yang dikaitkan dengan pihak Kristian dari luar negara.

"Pembiayaan asing adalah kebiasaan bagi banyak NGO," katanya.

Beliau menambah bahawa hanya kerana kerajaan mahu pelaburan asing untuk memasuki negara ini dan yang dianggap baik, sama harus dikatakan untuk dana yang membantu pertumbuhan masyarakat sivil di negara ini.

"Sesungguhnya sokongan asing yang diterima oleh pihak BN hujung minggu lalu bukan bertujuan untuk melemahkan tetapi untuk mengukuhkan institusi kerajaan.

"Sokongan itu harus dihargai, tidak dihukum," katanya.


wakaka.. Sekali kena terus telanjang wa cakap lu!

adios
READ MORE- Edisi Telanjang : Badan Pro Kerajaan Terima Dana Pertubuhan Politik Kristian Luar Negara

Fakta Tentang Perempuan



At 8


You take her to bed and tell her a story



At 18

You tell her a story and take her to bed



At 28

You don't need to tell her a story to take her to bed



At 38


She tells you a story and takes you to bed



At 48

She tells you a story to avoid going to bed



At 58

You stay in bed to avoid her story



At 68

If you take her to bed, that'll be a story


wakaka

Selamat Berhari Minggu

adios




READ MORE- Fakta Tentang Perempuan

Salma Hayek Kena Cuit DI Khalayak Ramai


Bergaya untuk photographer,

Berikan gaya paling menggoda,

Lambaian untuk peminat,

amboi gediknya,
rasa sikit ori ke silikon?
Silicon palerr wotak ko.. ori la!

wakaka

adios

READ MORE- Salma Hayek Kena Cuit DI Khalayak Ramai