KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, October 20, 2012

Kristian Zionis Punca Kekejaman Yahudi

Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel.

Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionisme mula menampakkan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, tetapi hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utamanya ialah:

1. Faktor ekonomi

Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916

Kebangkitan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat Arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara Arab daripada kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dalam kalangan masyarakat arab. Arab Saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde‘ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan McMahon selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916

Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani.

Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British. Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People‘ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:

“His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”

Sejarah Awal Gerakan Zionis

Theodore Herzl
Nama tokoh Yahudi selaku Pioneers gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897.

Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam Jewish Project.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran.

Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu.

British mengambil alih Zionist Project apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin.

Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa Holocaust yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.

Kristian Zionis

Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut Kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dalam kalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan Messiah ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja.

Kristian Zionis menafsirkan Torah dan New Testament sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan Jesus dari syurga yang akan memerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (AS), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.“

William Hechler 
Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk The Jewish State dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism.

Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.“

Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukkan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities.

Pat Robertsons daripada Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.

Naturei Karta

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel.

Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionisme. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain.

Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, “not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts.” Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan Messiah yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah Messiah dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita Messiah ini dari sudut Islam ?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung di bawah kerajaan Islam berbanding di bawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun.

Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum Muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian di serata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa PBB agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya Christian Zionist. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti Christian replacement theology, evangelical proselytizing dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan.

Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster…I don’t think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.

Kesimpulan

Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran di antara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kaca mata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis.

Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini.

Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertempuran yang sedang berlaku di antara ideologi Zionisme (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. 

Suka juga untuk dingatkan, usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya sendiri ...

Artikel ini dicopy dari facebook dalam keadaan gua kelam kabut hingga terlupa mengopy linknya. Oleh yang demikian link kepada tuan empunya artikel ini tidak dapat disiarkan. Walau bagaimanapun gua ucapkan jutaan terima kasih kerana membuat artikel yang amat besar ertinya kepada umat Islam moden hari ini.

Apa yang sangat menarik perhatian gua ialah ayat di bawah;

jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya sendiri ...

Di Malaysia juga terlalu banyak. Kalau direndam jasad-jasad mereka itu ternyata akan tertimbus Sungai Kelang. wakaka

wallahualam

adios
READ MORE- Kristian Zionis Punca Kekejaman Yahudi

Rosmah lagi cun dpd Erra Fazira - Tangkap leleh beb!

Wa la wei 


Sapa kata Rosmah tak  cun.. 

Rambut kembang tu  kena tukar pesen
Body pulak kasi slim...bikin tummy tuck le..

pergh! tangkap leleh wa cakap luu!
Abe Jib kompom balik awal sokmo kalu Rosmah cun cam ni..

Yang kelakarnya sejak era Mahathir rambut 1st lady sama saja pesennya. 
Rambut pendek dan kembang ala alleycat cuma bezanya tak kerinting.
Sama macam Imelda Marcos.. Kenapa, Diwajibkan ke?

wakaka


adios
READ MORE- Rosmah lagi cun dpd Erra Fazira - Tangkap leleh beb!

Thursday, October 18, 2012

Ku Li — Mahathir Bukan Cerdik Sangat

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.yahoonewsroom


adios
READ MORE- Ku Li — Mahathir Bukan Cerdik Sangat

Wednesday, October 17, 2012

Bangkitlah Saudaraku Bangsa Ottoman Turki

Bangunlah wahai warga Turki, Allah telah menjadikan kamu satu bangsa yang berani dalam alam semula jadi dan telah memberikan kamu Islam sebagai agama. Kalian telah mengibarkan Bendera Islam selama berabad-abad di bawah Khalifah Uthmaniyyah, dan anda masih mempunyai peranan untuk untuk Islam dalam hal Kiamat.

Nasionalis Arab telah mengkhianati Khalifah dan Nasionalis Turki telah memansuhkan Khalifah. Nasionalisme adalah MUSUH terbesar Islam.


Nabi Muhammad (saw) berkata:

"Sesiapa yang menggalakkan nasionalisme TIDAK adalah di kalangan kita."

Kita semua mesti bersatu sebagai adik-beradik untuk melawan penyakit ini, dan mengembalikan saat-saat Kemuliaan dan kegemilangan Islam.

Nabi Mohammad (saw) bersabda: "Mahdi akan memasuki Constantinople (Istanbul) dan membuka bandar untuk umat Islam." "Kamu (umat Islam) akan menakluk Constantinople (Istanbul) dan seterusnya Rom sebelum kiamat."

Kemal Ataturk adalah Freemason dan merupakan musuh Islam. Ataturk berkata: 'Keamanan di rumah (tanah air) adalah keamanan di dunia Tetapi orang Islam berkata: Keamanan dalam Islam, adalah keamanan di dunia. Pemimpin masa depan dan Khalifah kita adalah Mahdi dan Issa (Nabi Isa Ibni Mariam) insyaallah. Salam kepada semua saudara dan saudari di Turki juga kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Demi Islam bantulah saudaramu di Syria. Kerana kekuatan dan kekuatan jentera perangmu yang menakjubkan sahaja harapan untuk  menamatkan penderitaan saudara-saudara kita di Syria.

EMPAYAR OTTOMAN


Mengharapkan kebangkitan Turki membela Islam di Timur Tengah

wasalam
READ MORE- Bangkitlah Saudaraku Bangsa Ottoman Turki

Tilam Diusung Musa Hassan Gagal Pekena Anwar


Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN wujud

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.

“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya. 
“Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.
Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

“Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.
“Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.
Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.

“Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,”katanya.
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.

Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.

Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.

Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.

Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.

“Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.- KD  

dicopy dari blog Shalehudin

Tapi berbaloi la usung tilam dapat jadi KPM
adios
READ MORE- Tilam Diusung Musa Hassan Gagal Pekena Anwar

Ini Selendang Parsi Yang Dipakai Pengikut Dajjal

Sahih Muslim, hadis ke 7034:

"Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata:

'Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi."


Beginilah rupa selendang parsi




 Cara pemakaian selendang parsi



Bandingkan pulak dengan selendang melayu yang sering dipakai wanita melayu . 
Ada persamaan tak?

Nampak macam sama . Tang jambul memang sama.
Tapi tak sama sebab selendang melayu tak tutup bahagian belakang badan dan bahu.
entah la

wallahualam


adios






READ MORE- Ini Selendang Parsi Yang Dipakai Pengikut Dajjal

Tuesday, October 16, 2012

70 ribu Yahudi Isfahan Di Iran Akan Bersama Dajjal-- Hadis nabi

hiasan sahaja
Yang mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034:

"Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata:

'Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi."


Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Satu jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang kononnya anti-Zionis.

Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.

Sedangkan orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk solat Jumaat berbananding sinagog yang bertebaran di bumi Iran.

Orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Mereka menganggap bahawa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlimen Iran, orang-orang Yahudi mempunyai timbalan alias wakilnya.
Ahli Parlimen Iran Morris Motamed (yahudi)

Kita harus tahu bahawa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana, bagi sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas oleh Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, terdapat juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci khususnya Isfahan. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul setelah pemusnahan Yerusalem oleh Novukhodonsur.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak-anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.-detikislam

Berikut Adalah Senarai Penuh Kuil Yahudi Di Iran Yang Dikenali Sebagai Sinagogue

Kenisa-ye Bozorg (Mirakhor's kenisa) (Isfahan)
Abdollah Zadeh Synagogue (Tehran)
Abrishami Synagogue (Tehran)
Bagh Saba Synagogue (Tehran)
Del Rahim Synagogue (Shiraz)
Ettefagh Synagogue (Tehran)
Ettehad Synagogue (Tehran)
Haim Synagogue (Tehran)
Fakhrabad Synagogue (Tehran)
Kenisa-ye Bozorg (Hamadan)
Kenisa-ye Bozorg (Sanandaj)
Kenisa-ye Bozorg (Shiraz)
Kenisa-ye Kamal (Yazd)
Kenisa-ye Keter David (Isfahan)
Kenisa-ye Kohanim (Shiraz)
Kenisa-ye Molla (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Mishi (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Owram (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Rabbi (Isfahan)
Kenisa-ye Rabbizadeh (Shiraz)
Kenisa-ye Sang-bast (Isfahan)
Kenisa-ye Shokr (Shiraz)
Khorassaniha Synagogue (Shiraz)
Kohan Synagogue (Tehran)
Kourosh Synagogue (Tehran)
Levian Synagogue (Tehran)
Mahariv Synagogue (Tehran)
Mullah Jacob Synagogue (Isfahan)
Mullah Neissan Synagogue (Isfahan)
Nosrat Synagogue (Tehran)
Rafi Nia Synagogue (Tehran)
Rah-e Danesh Synagogue (Tehran)
Synagogue of Gisha (Tehran)
Tafian (Hakim)(pesyan) Synagogue (Tehran)
Yusef Abad Synagogue (Tehran)
Zargarian Synagogue (Tehran)

Kalu Lu Tak Cukup Panas Baca Info Ini Tunggu Info Seterusnya...

DR Yusof al-Qardawy yg dianggap sebagai antara penasihat kerohanian/ umum jemaah Ikhwan Muslimin ....dlm khutbah Jumaatnya di DOHA, QATAR pada 12 oktober 2012 telah mengisytiharkan IRAN, RUSIA dan CHINA sebagai negara2 musuh umat Islam zaman kini....

Mereka secara terang2an telah saling membantu dlm memerangi rakyat Syria skrg sejak lebih 18 bulan ini yg telah mengorbankan lebih 25 ribu nyawa umat islam yg tak berdosa.... ...manakala angka pelarian pula hampir mencecah 2 juta org..

Beliau meminta umat Islam yg bakal ke Mekah utk menunaikan Haji tahun ini supaya berdoa semoga Allah swt segera menghancurkan rejim2 tersebut khasnya IRAN yg disifatkannya telah mengkhianati umat Islam secara terang2an...


ANTARA lain kata beliau:

" Iran adalah musuh kita musuh (umat islam) dan umat arab...mangsa2 pembunuhan di Syria adalah akibat kerja2 orang Iran, China, Russia di samping tentera rejim Nusairi sendiri.."

" org2 Iran telah berdiri bersama rejim Nusairi di Syria utk memerangi bangsa arab/ Syria semata2 utk memenuhi hasrat mereka menubuhkan kembali empayar Parsi mereka (yg telah musnah dulu).."

" sejahat2 Shah Iran dahulu ia belum sampai utk memerangi suatu bangsa lain sebagaimana yg kamu lakukan skrg! (merujuk kepada kerajaan/ org Iran...)

" demikian juga Hizbola Lubnan......yg telah tergamak mengirim pejuang2nya ke Syria...(utk tujuan yg sama)..akhirnya mereka pulang dengan membawa keranda2 berisi mayat pejuang2 mereka..."

" wahai masyarakat Iran, takutlah kalian pada Allah swt terhadap tindakan kalian pada umat islam Syria saat ini...sblm Allah segera membalas tindakan kejahatan kalian dengan menimpakan balasan siksaan nya terhadap kalian semua.."- DR Yusof al-Qardawy


lighting The First Fire Is Easy

wasalam
READ MORE- 70 ribu Yahudi Isfahan Di Iran Akan Bersama Dajjal-- Hadis nabi

Monday, October 15, 2012

Tahaluf Siasi - Perkara Penting Untuk Org Islam Fahami

Kenapa Umat Islam Perlu Memahami Tahaluf Siasi?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.

Apakah maksud Tahaluf Siasi ?

Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.

Tahaluf siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

Setiap para pendokong dakwah samaada yang bergerak dalam harakah Islamiah atau organisasi Islam perlulah memahami Tahaluf Siyasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam organisasi Islam dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan organisasi Islam akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.

Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928.

Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam / organisasi Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?

Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam / organisasi Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam / organisasi Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.

Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, Tahalluf Siasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat beberapa pandangan ulama haraqi mengenai Tahalluf Siasi, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Hujah-hujah daripada ulama yang bersetuju dengan Tahaluf Siasi lebih kuat dan lebih tepat berbanding golongan ulama yang menentang di gunakan kaedah Tahaluf Siasi.

Di antara ulama yang mengharuskan Tahaluf Siasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Hujah-hujah ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً

Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

Peringkat pertama : Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”

Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .

Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Sahabat yang dikasihi,

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi.

Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada rakyat jelata.

Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.-RAMM
READ MORE- Tahaluf Siasi - Perkara Penting Untuk Org Islam Fahami

Nasha, Mohd Noor Deri Dan Harun Din Ibarat Ombak Tiga Beradik

Tulisan ini dibuat untuk menangkis serangan bertali arus proksi UMNO dari dalam dan luar PAS. Terbaru Prof Madya Mohd Noor Deri yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS telah membuat kenyataan akhbar seperti yang disiarkan TheMalaysianInsider

TGNA tidak perlu letak jawatan kerana keputusan untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP adalah begitu tepat sekali. Dalam perjanjian kerjasama politik antara ketiga-tiga parti politik itu memang tidak terkandung perlaksanaan hudud sebagai hukum yang bakal dilaksanakan jika PR memenangi pilihanraya umum 13.

PAS memang tidak berkemungkinan menegakkan hukum Islam di negara ini kerana sokongan yang kecil. Namun apa yang lebih penting di sini sekarang, setidak-tidaknya dalam situasi sekarang kemenangan PR ke atas BN adalah agenda utama.

Perjuangan PAS kini harus tertumpu kepada menentang kezaliman dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara yang mana juga adalah satu kewajipan sebagai umat Islam.

Dan bagi TGNA, tuntutan royalti negeri Kelantan yang dizalimi selama ini perlu menjadi perkara utama apabila menang kelak. Wang tersebut penting untuk menunjukkan kepada seluruh negeri lain di Malaysia betapa pentadbiran berteraskan Islam lebih baik, berdaya maju dan berdaya saing dalam semua aspek.

Sebagai sebuah parti kecil, PAS perlukan gandingan mantap dalam menghadapi pilihanraya  Dan kerjasama itu tidak menyalahi hukum Islam kerana Tahaluf Siasi ini dibenarkan syarak selagi tidak menggadai prinsip-prinsip utama syarak.Untuk bekerjasama dengan umno demi menegakkan islam memang tidak boleh kerana umno sendiri menolak hukum islam (hudud) dengan pelbagai alasan. Gandingan PAS dengan PKR dan DAP harus dilihat sebagai perintis kepada satu kegemilangan Islam di Malaysia.

Sebagai titik permulaan PAS harus berganding dalam PR untuk memenangi pilihanraya dan menewaskan setan dikenali iaitu umno bn.Daripada kemenangan tersebut bermakna kerajaan baru PR akan menguasai semua media arus perdana. Penerangan tentang hudud dan perundangan islam dengan terperinci dapat dilakukan dengan cara 'TOTAL' supaya segenap lapisan masyarakat dapat memahami dan menerima hudud.

Dengan kejayaan dalam PRU 13 juga , PAS akan menjadi parti utama melayu Islam dalam PR. Di masa itu melayu keseluruhannya akan bergantung harap kepada PAS. Dengan kredibiliti dan kebolehpercayaan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS pada masa itu pasti sekali PAS akan mendapat tempat di mata orang-orang melayu waima melayu yang menghina PAS sekarang ini sekali pun.

“Dia nampak kerjasama itu cantik tetapi sebenarnya dihiasi syaitan. Tetapi disebabkan sejak dulu dia menentang Umno, jadi sekarang Umno yang jahat, bukan DAP,” kata Prof Madya Mohd Noor Deri yang dipetik Utusan Malaysia.

UMNO memang selayaknya digelar jahat kerana memang mereka begitu. Semua skandal yang didedahkan oleh media maya membuktikan kejahatan mereka. Kejahatan itu disembunyikan dengan begitu licik sehingga bepuluh-puluh tahun tanpa disedari sesiapa. Kebangkitan rakyat hari ini dan keberanian beberapa pemimpin PR mendedahkan segala kejahatan mereka membuatkan segalanya terbongkar dan tidak dapat dinafikan oleh mereka sendiri.

Sebagai seorang pengundi yang dikurniakan akal berfiirlah wahai saudara-saudari sekelian. Mengapa sejak akhir-akhir ini ada saja orang yang ada kena mengena dengan PAS mengeluarkan kenyataan meminta PAS keluar dari gabungan PR walau tidak secara terus terang tetapi itulah tujuan mereka. Dan sasaran mudah meraka ialah DAP. DAP menentang hudud dan segalanya.. Fikirkanlah apa motif mereka...

Pertama kita nilai dahulu siapa mereka. Kita lihat mengapa Hassan Ali keluar parti PAS dan menubuhkan JATI yang tidak mendapat sambutan. Bercakap senada dengan umno. Berucap di pentas umno walau tidap pernah mendapat sambutan.

Sepanjang gua ingat Hassan Ali adalah salah seorang orang kuat PAS yang telah mengadakan pertemuan sulit dengan umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan atas kepentingan melayu sejurus setelah PR memenangi pilihanraya di Selangor beberapa tahun lalu. Menurut maklumat internet Hassan Ali telah dijanjikan jawatan Menteri Besar - wallahualam. Malangnya PAS pusat menolak kerjasama berkenaan dan mengambil keputusan kekal dengan PR. Itulah yang membuatkan Hassan Ali meroyan sehingga hari ini.

Terdapat bebarapa lagi pemimpin PAS yang turut sama dalam rundingan tersebut. Tidak dapat dipastikan siapa namun menurut andaian gua, mungkin juga Nasharuddin mat Isa. Sejak penolakan PAS pusat terhadap cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor, Nasha tidak banyak membuat kenyataan umum bagi pihak dirinya mahupun bagi pihak PAS.

Dalam diam-diam Nasha dilihat menjadi jurubahasa kepada najib di Arab Saudi. Kesetiaan Nasha sudah banyak dipertikaikan sejak itu. Kini terbaru Nasha buat hal lagi, dengan mengeluarkan kenyataan yang berbeza tetapi dengan maksud yang sama dan memihak penyatuan PAS dengan UMNO.

Jika kita mahu berfikir, segala yang mereka lakukan kini adalah demi merosakkan kepercayaan ahli-ahli dan para penyokong PAS. Sokongan yang merudum teruk kepada umno dan bn membuatkan mereka gelabah beruk mok ye. Mereka, seperti pilihanraya umum 12 cuba mendapatkan kerjasama PAS apabila terdesak. Bagi PRU 13 mereka telah berusaha dengan pelbagai cara untuk mendesak PAS bergabung dengan mereka.

Pelbagai tuduhan terhadap PAS akibat persekepakatan dalam PR diutarakan mereka. Terkini ,  orang dalaman PAS sendiri. Nasharuddin Mat Isa telah mengeluarkan kenyataan yang berbau umno. Harun Din yang sekian lama membisu juga telah mengeluarkan suaranya yang lunak. Membangkitkan isu liberalisme dan pluralisme yang kononnya diamal Anwar Ibrahim. Disambut pula dengan seruan Hassan Ali supaya TGNA meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada DR Harun Din.

Gua berasa terpanggil untuk menyiarkan entry PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIK dan Anwar Ibrahim Bukan 'The One And Only' Pemimpin Berfahaman Liberal

Kenyataan mereka ini ibarat ombak tiga beradik. Istilah bagi tiga ombak laut yang memukul pantai berturut-turut. Kaki pancing pasti tahu akan istilah ini. Ombak inilah yang amat ditakuti kaki pancing kerana sangat berbahaya dan mampu menenggelamkan sebuah bot mahu pun kapal.

Apakah ganjaran kepada mereka yang membuat kenyataan begini?

Kalu kita masih ingat Pengasas Pondok Genting di Tumpat, Abdullah Sa'amah telah mendapat dana sebanyak RM2 juta sebaik sahaja mengeluarkan fatwa peribadinya kepada umum "Sokong DAP Haram"

Apakah bentuk ganjaran kepada Nasharuddin, dan Prof Madya Mohd Noor Deri? Adakah berkemungkinan kenyataan Dr Harun Din juga merupakan suara bagi pihak umno bn?

Kita tunggu sahaja rezeki. Jika ada rezeki kita untuk mengetahui maka akan terdedahlah ganjaran mereka.

Entry pencacai semalaysia yang menyatakan PAS ditawar 3 jawatan menteri jika bersekongkol dengan UMNO apco. 


Jika itulah punca mereka kini menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan yang akhirnya dikilas dengan mudah oleh beberapa pihak dari luar dan dalam PAS.

Hanya untuk mendapat jawatan menteri??? 

Jika itulah keadaannya, terbukti meraka bukan pejuang untuk Islam dan keadilan demi rakyat Malaysia. -GeloraHatiMuda

wassalam

wa suka lu

adios




READ MORE- Nasha, Mohd Noor Deri Dan Harun Din Ibarat Ombak Tiga Beradik

Iran Sebenarnya Proksi Yahudi

Penghinaan kepada Rasulullah SAW dan agama Islam telah lebih setahun 'ditayangkan' di Syria. Oleh sebab itu, kenyataan dikeluarkan oleh Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi dalam khutbah Jumaat minggu lalu bahawa apa yang berlaku di Syria juga merupakan penghinaan kepada Rasulullah SAW apabila menara masjid dibedil, terdapat masjid-masjid dirosakkan, mushaf Al-Quran dibakar dan dibuang ke kawasan sampah serta pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang amat dilarang oleh Baginda Rasulullah SAW.

Penghinaan terhadap Islam di Syria bukan setahun dua baru berlalu, bahkan bermula pada zaman bapa Basyar, iaitu Hafez Al-Asad sejak lebih empat dekad yang lalu. Hafez Al-Asad dan anaknya Basyar, bukan sahaja menganuti fahaman Syiah Nusairi yang difatwakan oleh ulama Sunni bahawa ianya terkeluar daripada Islam bahkan menganuti ideologi sekular melalui parti pemerintah, iaitu Parti Ba'ath yang memperjuangkan dasar sosialis.

Dua fahaman yang dipegang oleh pemerintah Syria ini menjadikan mereka amat bencikan Islam bahkan 'ketua bagi sekalian ketua-ketua negara umat Islam lain' yang anti-Islam. Kerana itu kekangan mereka terhadap kumpulan Islam termasuk Ikhwan Muslimin amat ketara sehingga Hafez Al-Asad melakukan operasi ketenteraan ke atas umat Islam di wilayah Hama tahun 1982 yang mengorbankan lebih 40,000 nyawa.

Pada 18 September lalu, kumpulan Hizbullah turut mengadakan himpunan membantah penghinaan kepada Rasulullah SAW yang berlangsung di Lubnan. Dengan slogan "Labbaika Ya Rasulallah", sambil menyifatkan penghinaan tersebut lebih besar berbanding pembunuhan yang berlaku di Syria waktu ini, pemimpin kumpulan itu, Hasan Nasrallah menggesa tindakan tegas pihak antarabangsa dan negara-negara bagi mengutuk penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Kesatuan Ulama Syria dalam respon segera turut mengulas kenyataan Nasrallah ini dan memuji langkah prihatin Nasrallah, akan tetapi pihak kesatuan turut mempersoalkan sikap Hizbullah dalam mempertahankan rejim Syria yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam. Kita sedia maklum bagaimana sokongan padu Hizbullah dalam mempertahankan rejim Basyar.

Terbaru, Naib Presiden Iraq, Toriq Hasyimi mendedahkan kerajaan Iraq yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Nuri Maliki (berfahaman Syiah) telah menghantar bantuan ketenteraan ke Syria bagi membantu askar rejim mengekang kebangkitan rakyat Syria. Disebabkan demikian, Hasyimi dimusuhi dan dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Baghdad atas tuduhan palsu yang direka bagi menutup mulut Naib Presiden berfahaman Sunni yang dipilih oleh rakyat Iraq itu.

Tidak terkecuali bantuan dan sokongan negara Iran. Dunia Islam kini berasa curiga dengan niat dan tujuan sebenar negara 'Islam' Iran diasaskan sejak Revolusi 1979 lalu. Walaupun pada masa tersebut, pengasasnya, Imam Khomeini memperkenalkan slogan "Maut Amerika, Maut Israel" tetapi wajah sebenarnya telah disingkap oleh ramai ulama mutaakhir antaranya Al-Marhum Syeikh Said Hawa dan Zainab Ghazali melalui tulisan dan ucapan mereka.

Wajah sebenar Iran akan terus terdedah akibat sikap dan pendirian mereka sendiri lebih-lebih lagi sokongan mereka terhadap rejim Basyar Asad. Watak sebenar Iran dapat dilihat apabila tercetusnya kebangkitan rakyat di Syria bermula Mac 2011. Revolusi yang sudah berlarutan hampir 2 tahun ini telah bertukar menjadi 'penyembelihan' apabila rejim Syria dilaporkan telah membunuh lebih 22,000 rakyat awam yang tidak berdosa. Daripada jumlah tersebut, lebih 8,000 merupakan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun menjadi korban. Pembunuhan besar-besaran yang dilakukan secara bersiri mengejutkan dunia. Sebagai contoh, pada 25 Mei 2012 berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Haulah yang mengorbankan lebih 118 nyawa manakala hanya seminggu kemudiannya pada 6 Jun, seramai 125 orang penduduk di El-Qobair, wilayah Halab pula menjadi mangsa. Askar rejim terus melancarkan penyembelihan tanpa perikemanusiaan terhadap penduduk awam secara bersiri di seluruh negara itu dibantu oleh tali barut upahan kerajaan.

Dunia selama ini dimomokkan dengan blok 'Anti Amerika-Israel' yang terdiri daripada Iran, Syria dan Hizbullah. Adapun negara-negara Arab seperti Saudi dan negara Teluk lain dilabelkan sebagai blok 'sekutu Amerika'. Sebenarnya blok 'Anti Amerika-Israel' tidak pernah wujud bahkan ia adalah propaganda musuh-musuh Islam bagi menggambarkan sekutu mereka adalah musuh mereka di mata umat Islam.

Persoalan yang selalu bermain difikiran kita, jika benar Iran mahu melaksanakan Islam tulen yang dibawa oleh Rasulullah SAW, mana mungkin Amerika dan Barat akan membiarkan negara itu meneruskan cita-citanya seperti yang terjadi di banyak negara-negara umat Islam apabila golongan Islam memenangi pilihanraya maka akan dibatalkan keputusannya lalu dihuru-harakan negara tersebut. Ia tidak berlaku di Iran, seakan-akan perancangan 'Negara Islam' hanya palsu, bukan Islam sebagaimana yang diajar oleh Baginda Rasul SAW.

Berbalik kepada isu Syria. Sokongan melampau Iran terhadap kezaliman Basyar Asad ini turut mendapat perhatian Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi. Beliau yang berpeluang menziarahi Tehran, Iran bagi menghadiri sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali (NAM) turut berucap mengutuk rejim Syria.

Berikut beberapa fakta berkaitan sidang tersebut:

1) Sewaktu menyampaikan ucapan dalam Bahasa Arab, penterjemah televisyen Iran berbahasa Parsi yang menyiarkan siaran langsung sidang tersebut menyelewengkan ucapan Mursi dan menterjemahkannya bukan dengan maksud yang sebenar. Sebagai contoh, menyebut negara "Bahrain" dalam negara-negara berlaku revolusi menggantikan negara "Syria" seperti yang disebut oleh Mursi.

2) Mursi dengan tegas melabelkan pemerintah Syria sebagai "rejim yang ganas" serta menyatakan pendiriannya menyokong kebangkitan rakyat Syria, akhirnya delegasi Syria yang hadir 'panas telinga' dan memaksa mereka keluar dewan meninggalkan persidangan yang berlangsung.

3) Kedatangan Mursi pada awalnya dialu-alukan oleh media Iran sebagai Presiden Mesir pertama menziarahi negara itu sejak Iran memutuskan hubungan dengan Mesir selepas revolusi 1979. Namun, setelah beberapa hari persidangan berakhir, Mursi dikritik kerana tidak menziarahi kubur pengasas revolusi, Imam Khomeini.Menurut mereka, sewajarnya bagi Mursi yang kali pertama menziarahi Iran untuk menziarahi dan meletakkan kalungan bunga di kubur Khomeini, menurut laporan beberapa akhbar negara itu. Mursi juga dikritik kerana tidak mengadakan kunjungan rasmi ke atas Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khameini.

4) Lebih malang, dua pemimpin Iran iaitu Presiden Ahmedinejad dan Pemimpin Agung mereka, Ayatullah Ali Khameini (digelar 'Rahbar') tidak menyentuh langsung dalam ucapan mereka dalam sidang Kemuncak NAM. Khameini yang turut diberikan peluang berucap hanya menyentuh berkaitan serangan Barat khasnya Amerika terhadap program nukleur Iran dan ancaman yang akan dikenakan ke atas Iran. Kedua-dua mereka sedikitpun tidak terpanggil bagi mengulas pembunuhan berterusan yang berlaku di Syria.

Di pihak aktivis rakyat Syria, pada awalnya mereka membantah kunjungan Mursi ke Iran kerana bagi mereka tidak wajar bagi Mursi mengunjungi Iran setelah sokongan padu negara itu kepada rejim Syria. Walau bagaimanapun, mereka menyatakan kemaafan setelah mendengar ucapan Mursi yang tegas bersama-sama revolusi rakyat.

Komplot jahat Iran terbongkar lagi beberapa hari lalu apabila Pemerintah Pengawal Revolusi Iran (sebuah angkatan tentera), Jeneral Muhammad 'Ali Jaafari dilaporkan berkata, tentera pengawal revolusi Iran berada dalam negara Syria bagi membantu jika terdapat serangan dari pihak musuh Syria, akan tetapi sehari kemudian Kementerian Luar Iran menarik balik kenyataan tersebut.

Terbaru semalam, Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Jeneral Hassan Fairuzabadi dilaporkan berkata, peperangan yang berlaku di Syria merupakan peperangan buat Iran sambil mempertahankan Syria dan Iran berada dalam blok penentangan bagi Barat. -PMRAM

Fakta: Enam Saluran Agama Televisyen Iran Disiarkan dari Israel

TEL AVIV (voa-islam.com): Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh situs sat age yang spesialis dalam pemantauan pergerakan satelit di seluruh dunia, termasuk saluran televisi, mengungkapkan adanya enam saluran agama Iran yang ditujukan kepada bangsa Arab disiarkan dari “Israel”, dan berdiri di belakangnya salah satu perusahaan telekomunikasi terbesar Ibrani.

Surat kabar “Al Ahram” Mesir menjelaskan bahwa saluran ini, yaitu: (Aalu al-Bayt, Al-Anwar, Fidaka, Hussein, Al-Alamiyah, Al-Ghadir) berada di satelit Israel (Amos), melalui perusahaan RR Sat Israel, yang menggunakan jubah Syiah jubah dan berpura-pura memiliki loyalitas kepada Ahli Bait dan berusaha untuk meluluskan visi Iran dan meyakinkan publik Arab dengan pemikiran itu.

Perusahaan RR Sat adalah sebuah perusahaan telekomunikasi khusus Israel yang dimiliki oleh pengusaha Yahudi David Rive, dan didirikan pada tahun 1981 di bawah lisensi dari kementerian komunikasi Israel dan sejak Januari 2002 memberikan layanan perdagangan melalui satelit untuk radio dan televisi serta serat optik dan internet, dan manajemen perusahaan tersebut dikepalai sejak April 2001 oleh Ramot Gilead , seorang pensiunan Brigader Jendral dalam Pertahanan Angkatan Udara dalam pasukan penjajah Israel.

Merusak citra Islam Sunni:

Saluran Syiah tersebut bertujuan untuk membaguskan citra Iran dan merusak citra Sunni dan mengisyaratkan keberadaan Al-Qur’an di negeri Persia, yang bertentangan dengan Al-Quran yang ada di tangan Muslim Sunni di seluruh dunia, dan adapun mushaf Othman yang beredar sejak 1400 tahun yang lalu ada kesalahan terang-terangan, sedangkan mushaf Iran bersih dari kesalahan!
Saluran ini juga bekerja untuk menciptakan pola pikir yang menerima doktrin dan pemikiran Syiah dalam kerangka seruan Khomeini pada awal revolusi Iran sekitar tiga puluh tahun yaitu keharusan mengekspor revolusi Khomeini ke seluruh bagian dunia!

Surat kabar itu mengisyaratkan bahwa hubungan yang terjadi antara Iran – Israel di ruang media, merupakan episode terbaru dari serial koalisi rahsia yang dicurigai diantara mereka dan yang telah ditunjukkan sebelumnya oleh penulis Amerika Tarita Paris, seorang profesor hubungan internasional di Johns Hopkins University dalam bukunya “Koalisi berbahaya” dimana dia menegaskan bahwa Iran merupakan negara kedua di Timur Tengah setelah Israel, yang dihuni sejumlah besar orang Yahudi dan kuil-kuil Yahudi, juga parlemen Iran memiliki seorang wakil rakyat dari orang Yahudi.-Nahimunkar.com

Berikut Adalah Senarai Penuh Huil Yahudi Di Iran Yang Dikenali Sebagai Sinagogue

Kenisa-ye Bozorg (Mirakhor's kenisa) (Isfahan)
Abdollah Zadeh Synagogue (Tehran)
Abrishami Synagogue (Tehran)
Bagh Saba Synagogue (Tehran)
Del Rahim Synagogue (Shiraz)
Ettefagh Synagogue (Tehran)
Ettehad Synagogue (Tehran)
Haim Synagogue (Tehran)
Fakhrabad Synagogue (Tehran)
Kenisa-ye Bozorg (Hamadan)
Kenisa-ye Bozorg (Sanandaj)
Kenisa-ye Bozorg (Shiraz)
Kenisa-ye Kamal (Yazd)
Kenisa-ye Keter David (Isfahan)
Kenisa-ye Kohanim (Shiraz)
Kenisa-ye Molla (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Mishi (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Owram (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Rabbi (Isfahan)
Kenisa-ye Rabbizadeh (Shiraz)
Kenisa-ye Sang-bast (Isfahan)
Kenisa-ye Shokr (Shiraz)
Khorassaniha Synagogue (Shiraz)
Kohan Synagogue (Tehran)
Kourosh Synagogue (Tehran)
Levian Synagogue (Tehran)
Mahariv Synagogue (Tehran)
Mullah Jacob Synagogue (Isfahan)
Mullah Neissan Synagogue (Isfahan)
Nosrat Synagogue (Tehran)
Rafi Nia Synagogue (Tehran)
Rah-e Danesh Synagogue (Tehran)
Synagogue of Gisha (Tehran)
Tafian (Hakim)(pesyan) Synagogue (Tehran)
Yusef Abad Synagogue (Tehran)
Zargarian Synagogue (Tehran)

Kalu Lu Tak Cukup Panas  Baca Info Ini Tunggu Info Seterusnya...

lighting The First Fire Is Easy

wakaka

adios
READ MORE- Iran Sebenarnya Proksi Yahudi

14 Bukti MCA Anti Islam-Nasrudin

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”.....tajuk/HD


4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
READ MORE- 14 Bukti MCA Anti Islam-Nasrudin

Budak Baru Tumbuh Gigi Belasah Nasharuddin Mat ISa

Kenyataan Nasha mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam

Kumpulan Siswa Islam Tuntut PAS Gantung Keahlian Nasha
Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS.

"Ini adalah demi menjaga keharmonian dan imej Islam," katanya.

Persatuan yang dekat dengan pembangkang itu juga berhujah, terdapat banyak kerjasama politik dan perkongsian kuasa dalam sirah yang membina kemenangan Islam, seperti konsep himayah, peristiwa hilful fudhul dan pembukaan kota Madinah,

"Apakah beliau benar-benar tidak menyoroti sirah Rasulullah SAW serta peranan dan keperluan tahaaluf siyasi (kerjasama politik) atau buat-buat jahil?" soal Syis.

Nasharuddin pada 9 Oktober lalu berlata seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.

Dalam pembentangan di majlis wacana di Kuala Lumpur, Nasharuddin membangkitkan persoalan sama ada bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".

Akhlak pemimpin Islam
Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Syis juga berkata, secara realitinya, PAS perlu konsisten dengan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk memastikan misi ke Putrajaya bukan sekadar polemik politik.

"Tidak cukup dengan penganjuran jelajah dan himpunan, namun apa yang lebih penting ialah memastikan tiada dalam kalangan kepimpinan PAS yang masih berfikiran kuno seperti Nasharuddin Mat Isa," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Nasharuddin berhubung isu 'doa Kristian' sebelum ini apabila membuat tuduhan tanpa bukti - tindakan yang didakwa mencemarkan imej Islam.

"Ia mencemar imej Islam apabila bekas kepimpinan tertinggi dan Majlis Syura gerakan Islam utama di Malaysia yang berkelakuan sedemikian.

"Apakah fitnah dan pecah belah itu akhlak seorang pemimpin Islam?" soalnya.

Nasharuddin sebelum ini mendakwa, satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" sempena meraikan kemenangan DAP selepas pilihan raya negeri.

DAP Sarawak bagaimanpun menafikannya dan mendakwa tuduhan itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. - Mk

BUKTI PEMINDAHAN WANG HARAM KELUARGA SHAHRIZAT DIDEDAH


PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.

Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.

Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).

AES Balun Duit Rakyat Berjuta Sehari

Info Saman~63,558 Masuk Perangkap Kamera AES : Menurut laporan, sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera AES, Sistem Penguatkuasaan Automatik yang beroperasi sejak 23 September lalu.

melalui keseluruhan jumlah itu, bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej kenderaan yang telah dirakam sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Jika saman yang dikenakan adalah RM2000 setiap satu seperti yang dilaporkan sebelum ini bermakna jumlahnya menjangkau 11juta sehari berdasarkan 5778 kesalahan trafik seperti di atas. Masyuk!!!! sapa tak mampu bayar jual tanah, jual rumah pada menteri untuk setel saman. Menteri boleh jual tanah dan jual rumah anda untuk hidup kaya raya.bravooooo!!!! Hidup mamak!!!

Teringin nak tengok muka-muka cai yang kena bayar saman RM 2000 setiap kali terpenagkap melepasi had laju.
READ MORE- Budak Baru Tumbuh Gigi Belasah Nasharuddin Mat ISa

Mafia Melayu Gemparkan Bukit Bintang

Seorang Mafia Melayu telah melarikan sebuah kereta porshe Panamera berwarna emas dengan hanya bersendirian dan tidak mencederakan sesiapa.Kejadian itu berlaku di bilik pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang pada kira-kira 09:10, khamis, 11 Oktober 2012 ketika kakitangan bersarapan berdekatan di restoran berhampiran.

ketua polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki yang berpakaian baju lengan panjang berwarna putih, seluar berwarna gelap dan topi besbol, bertanya kepada salah seorang daripada pengawal keselamatan tentang salah satu kakitangan.

"Beliau kemudian pergi ke pejabat di tingkat pertama bilik pameran dan mengambil sampul surat yang mengandungi kunci kereta, dan kemudian memandu di porche," Zainuddin berkata.

"Kecurian itu hanya disedari apabila salah seorang pengawal keselamatan perasan kereta yang baru sahaja meninggalkan premis tidak mempunyai nombor pendaftaran."

Selepas melihat rakaman CCTV di premis, polis berjaya mengenal pasti suspek sebagai Mohd Azri Mohd Kassim, 31.

Alamat terakhir beliau adalah 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium di Damansara Perdana.
"Suspek mempunyai 13 rekod jenayah sebelumnya yang melibatkan kecurian kereta, rompakan dan penyalahgunaan dadah sejak 2006.

Beliau juga merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat di Simpang Renggam, "Zainuddin berkata.

READ MORE- Mafia Melayu Gemparkan Bukit Bintang

Sunday, October 14, 2012

Demi Islam Segeralah Turki MusnahKan Asad






READ MORE- Demi Islam Segeralah Turki MusnahKan Asad

Saksi Import Utusan Terkedu

Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis.

Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

"Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack.

"Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?" soal Hanipa.

"Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam.

Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk
READ MORE- Saksi Import Utusan Terkedu