KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, October 27, 2012

Aksi Mabuk Separuh Bogel Novi Amalia dalam tahanan Jadi Tontonan Polis

Model terkenal negara seberang, Novi Amalia telah ditahan oleh pihak polis Indonesia selepas dia merempuh tujuh orang pengguna jalan raya baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan detikHot, lebih mengaibkan adalah ketika ditahan, Novi yang memandu kereta Honda Jazz berwarna merah didapati berada dalam keadaan separuh bogel dan mabuk.

"Novi seolah-olah berada dalam keadaan tertekan kerana ketika ditahan, dia hanya memakai pakaian dalam. Namun apabila disuruh memakai baju, dia enggan," ujar Ketua Polis Laka Lantas Jakarta Barat, Ajun Komisaris Rahmat Dalizar.

Rahmat turut memberitahu, model berusia 25 tahun itu dikatakan memandu laju dari arah pusat bandar sebelum dia melanggar sebuah motosikal berhampiran sebuah lampu isyarat di Tamansari, Jakarta Barat sekitar jam 5.30 petang (waktu tempatan).

Novi kemudiannya melanggar seorang lelaki dan dua orang anggota polis yang cuba memberhentikan kenderaannya dan kemudiannya merempuh beberapa pengguna jalan raya lain.

Polis yang mengesyaki Novi memandu di bawah pengaruh dadah telah membuat pemeriksaan lanjut di kediaman milik Novi dan menjumpai sebotol minuman keras yang didapati sudah separuh diminum.

Penyebaran gambar aksi Novi dalam keadaan separuh bogel mendapat bantahan daripada keluarga Novi terutama gambar-gambar yang memaparkan aksi Novi di balai polis yang turut menampakkan dua anggota polis memerhatikannya beraksi dalam keadaan seperuh bogel dengan coli hampir terlucut dan seluar pendeknya terlondeh di bawah pusat dipercayai kerana mabuk.12 anggota polis Indonesia kini sedang disoal siasat berikutan terdedahnya gambar itu di internet. --sumber yahoo dan ketitik


syoknya tengok wayang free

wakaka

adios
READ MORE- Aksi Mabuk Separuh Bogel Novi Amalia dalam tahanan Jadi Tontonan Polis

Friday, October 26, 2012

"I would like to say thank you to Allah S.A.W."- Sengaja, Tak sengaja ,cari publisiti murah atau memang tak tahu?

Tidak terlepas daripada mentaliti peminat yang agak obses dengan kesilapan seorang artis, ianya turut berlaku kepada penyanyi hip-hop wanita nombor satu Malaysia, Mizz Nina, apabila dia sekali lagi dikecam ekoran kesilapan menulis nama Allah S.W.T kepada Allah S.A.W.

Penyanyi yang berusia 33 tahun ini telah dikecam kerana meletakan baris ayat di dalam kulit album "Take Over" yang berbunyi "I would like to say thank you to Allah S.A.W.", sedangkan dia sepatutnya peka dengan ejaan betul iaitu Allah S.W.T.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman dengan tenang menjawab segala tohmahan yang dilemparkan sebelum ini berkaitan isu sensitiviti peminatnya yang beragama Islam.

"Saya sudah menjelaskan kepada semua terutama sekali keluarga saya. Malah suami saya, Noh turut memahami insiden ini. Saya juga telah menarik diri daripada membuat persembahanan di konsert tajaan jenama minuman arak tersebut.

"Saya tahu mereka yang suka menjatuhkan orang lain ini akan terus bercakap dan mencari kesalahan saya daripada sudut lain. Apa yang penting, saya telah menjalankan apa yang perlu saya lakukan," ujarnya.


Kulit Album tu selallunya dibuat dengan teliti supaya menarik dan tepat. Macam mana boleh terlepas pandang? Adoi mek weh.. Cek la dulu. Kan dah malu sekeluarga.

hang sapot duit, jantan lain sapot 'ayaq'

adios
READ MORE- "I would like to say thank you to Allah S.A.W."- Sengaja, Tak sengaja ,cari publisiti murah atau memang tak tahu?

besaunya bang!!!- I takut la...

READ MORE- besaunya bang!!!- I takut la...

Jangan Jadi Korban AES.Dapatkan Maklumat Lengkap Lokasi AES di SINI

Layan dulu pantun bebudak FB ni

Dari Kajang nak ke Sunway.!
Nak cepat ni, please give my way.!
Kamera AES atas highway.!
Kalau terkena memang suwey.!

kelakar la wei!

Inilah Gambaran Lokasi AES Seluruh Negara

Dapatkan senarai penuh lokasi AES di link seperti di bawah.

http://www.scribd.com/doc/109321223/Lokasi-AES-Lampu-Isyarat



Berapa Billion BN kutip masa raya haji ni?

Duit Pilihanraya BN berlebih-lebih dengan wujudnya AES

wakaka

Hang sappot duit orang lain sappot 'ayaq'

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

adios
READ MORE- Jangan Jadi Korban AES.Dapatkan Maklumat Lengkap Lokasi AES di SINI

Thursday, October 25, 2012

Hang Sappot duit Jantan Lain Sappot 'Ayaq'


Sapa mak bapak polis yang seorang ni? Kedua orang tua polis ini patut terima penghargaan juga atas kebaikan dan budi anak mereka seperti dalam gambar. Kalau difikirkan logik memang motor kriss tu tak mampu nak gerakkan lori tu. Tapi dek kerana kemanusiaan anggota polis ini tetap mencuba untuk menolak lori tersebut. APA HAL sebenarnya? minyak abis kot ..

Apabila disebut polis, ramai yang mencebik bibir tanda benci sangat kat polis. Terutama polis trafik memang dibenci sangat oleh rakyat. Memang tak dinafikan ramai polis berperangai tak elok. Berapa peratus? tak tau nak kata berapa peratus tapi yang pasti masih ramai anggota polis yang menjalankan tugas dengan baik jujur dan ikhlas.

Sesetangah pendapat menyatakan polis ibarat robot. Sentiasa mematuhi arahan. Setiap arahan ketua akan dipatuhi tanpa persoalan. itu yang jadi masalah. Kalau dapat bos macam haram, nak lawan badan teruk, kerjaya tergugat. Tak lawan pulak rakyat benci kita... aduh nasib kau lah pak polisi.

Apabila polis mintak naik gaji kerajaan tak bagi.. Ingat kerja polis senang ke? Gua berpendapat polis buat jenayah dan terima rasuah berpunca daripada kerajaan. Polis tu memanglah lulus SPM saja (konstabel) tapi kena la fikirkan risiko pekerjaan mereka.

Teringat gua kata-kata ayahanda gua semasa gua nak minta izin menyertai latihan tentera laut. Lu orang tau ayahanda gua cakap apa?

" Engkau nak buat apa jadi askar? Nak pertahankan negara,  Pertahan negara dengan apa? Engkau nak tahan peluru dengan dada? Tengok ayah cho kamu.... apa dia dapat selepas jadi askar.   Hidup pindah randah. Anak tak kenal bapak. (zaman tu kena masuk hutan dua-tiga bulan). (ayah cho tu pakcik la.)

Ini pulak navy.. Silap-silap bini engkau pun orang lain pakai. Engkau dok sappot duit jantan lain senang-senang saja sappot 'ayaq'. Engkau balik belayar tau-tau bini mengandung. Anak lahir engko pun timang "anak ayah, anak ayah" tapi tah anak sapa-sapa,"(selamba jer ayahanda gua ni) perghhh!!

Terus jiwa pejuang gua gugur beb. Koyak surat tawaran. Terus cari kerja opis boy kat sebuah bank di kuala lumpur. Kalau gua jadi navy dulu tah berapa banyak baka gua bertabur di segenap pelabuhan. 

Begitulah cabaran hidup seorang anggota unit beruniform bersenjata di Malaysia. Bermacam perkara dan masalah boleh menimpa sekiranya tidak bernasib baik.Mereka berkorban jiwa meninggalkan isteri tercinta dan anak-anak tersayang kerana menjalankan tugas mengikut tuntutan perjawatan. Adakalanya seketika dan ada kalanya berbulan-bulan.  

Tapi apakah penghargaan kerajaan Malaysia kepada mereka? 


adios
READ MORE- Hang Sappot duit Jantan Lain Sappot 'Ayaq'

Wednesday, October 24, 2012

Menteri 'Raba Ponggong" Punya Angkara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros,individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut yang mula-mula didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berlangsung di sebuah hotel mewah,Hotel Plaza di Manhattan.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.

BIODATA

~Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang.

~Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974 Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.

~Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002

~ Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008

~ Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002

~ Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain.

JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.


Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu.

Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi.

Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House.

Guna pelobi Yahudi 

JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal “cash for access”

Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002 .

Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan.

Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam

JJ raba punggung wanita

Peristiwa berlaku di Kelab Havana hotel Maridien, di KL Sentral ketika seorang pelayan wanita sedang menyediakan minuman keras untuk Jamaludin Jarjis (JJ).

rasa sikit!!! wau pejalnya,


Dalam keadaan mabuk JJ memegang tangan gadis itu Gadis itu memarahinya.

Kemudian JJ didakwa mengekorinya dari belakang dan meraba punggung pelayan itu. Gadis tersebut membuat laporan polis pada 19 April 2008.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 2010, Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menyoal mengapakah Peguam Negara tidak mendakwa JJ di mahkamah.

Kata Karpal, kalau gadis itu membuat laporan palsu maka beliau boleh didakwa kerana laporan yang tidak benar.

Sehingga hari ini kedua-dua mereka tidak pernah dibicarakan.

Elaun tertinggi

Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan.

JJ keluarkan lesen judi

JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan.

Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent.

Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu.

Anak JJ dapat projek RM280 juta

Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta.

Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012.

Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala.

JJ tak layak ketuai TNB

Beliau pernah mempunyai syarikat EPE Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan merupakan kontraktor kepada TNB.

EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE.

Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan)

Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB!

Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu.

Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I.

TNB pakai arang baru

TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli.

JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB.

TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta.

Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta.

Rugi AS$66 juta Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon.

TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg.

Sumber dari sini ( Marhaen )

 Hebatnya manusia bernama Jamaluddin Jarjis

Perjanjian setan antara umno dengan mca

adios
READ MORE- Menteri 'Raba Ponggong" Punya Angkara

Perjanjian Setan UMNO Dengan MCA

Saya benar-benar terkejut apabila mendengar ucapan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada Mesyuarat Agung MCA ke-59 Ahad lalu kerana begitu banyak pembohongan dan penipuan disumbatkan dalam satu ucapan.

Berikut adalah tiga contoh pembohongan dan penipuan yang dihamburkan Chua Ahad lalu:

1. “DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar. Daripada 11 buah negara yang melaksanakan hudud, lapan buah dikatakan negara paling korup dan negara-negara itu juga dikenali sebagai tidak stabil dan tidak selamat.”

2. “UBAH bermaksud: U untuk Untuk, B untuk Bentuk, A untuk Agama dan H untuk Hudud ala PAS. CHANGE pula bermaksud C = Choose H = Hudud A = At N = Next G = General E = Election”

3. “Mereka (DAP) akan terus memperdaya, memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan diperkasakan untuk menjadi penentu di negara ini.”

Chua begitu terdesak cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan “mengurangkan korupsi” di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi “hudud ala PAS”.

Chua betul. Ini adalah satu “pembohongan besar”, tetapi pembohongan besar yang dicipta oleh Chua sendiri bukannya DAP.

Pemimpin DAP tidak pernah berselindung daripada mengakui bahawa terdapat perbezaan di antara DAP dan PAS dalam persoalan-persoalan negara Islam dan hudud, malahan pemimpin PAS telah mengatakan secara terbuka bahawa mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke -13 bukanlah undi untuk hudud, tetapi merupakan undian kepada perancangan bersama Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan, memastikan berjalannya demokrasi, memulihkan kemandirian dan profesionalisme institusi-institusi penting negara yang dimusnahkan oleh UMNO/Barisan Nasional dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas dan kawasan.

Pembohongan Chua yang paling mengarut adalah kononya pemimpin DAP memberitahu kaum Cina bahawa mereka adalah “penentu dalam negara ini” sedangkan ini tidak pernah menjadi pendirian DAP.

Ucapan Presiden MCA oleh Chua dipenuhi dengan pembohongan dan sikap tidak jujur.

Ketika mengatakan lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud sebagai paling korup, adakah Chua berhenti seketika untuk mempertimbangkan mengapa sejak 17 tahun lalu (terutama 3 ½ tahun kebelakangan ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri) Malaysia telah menjadi semakin korup, tewas kepada enam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2011 sedangkan enam belas tahun lalu, Malaysia mendahului semua negara-negara OIC dalam CPI TI 1996 dari segi pembangunan, kedaulatan hukum dan ketelusan?

Pada tahun 1996, Malaysia berada di kedudukan No.26 daripada 54 negara dengan skor 5.32 – mengatasi Jordan (No.30 – skor 4.89), Turki (No. 33 – Skor 3.54) dan Mesir (No. 41- 2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia merundum ke kedudukan 60 dengan skor terendah 4.3 – tewas kepada enam negara OIC dan hanya satu kedudukan mengatasi Turki, seperti yang digambarkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan) 7.2 (skor)
UAE - 28 (6.8)
Bahrain- 46 (5.1)
Oman - 50 (4.8)
Kuwait – 54 (4.6)
Jordan – 56 (4.5)
Arab Saudi – 57 (4.4)
Malaysia – 60 (4.3)
Turki - 61 (4.2)

Ini bukanlah tindakan Chua paling mengejutkan ketika Persidangan MCA, tetapi tindakan beliau mempertahankan Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa PAS membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

Perasaan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek Pilihan Raya Umum ke-13.

Adalah jelas MCA dan UMNO telah mengadakan “perjanjian syaitan” supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa UMNO/BN pada PRU13.

Pemimpin UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Mesyuarat Agung MCA, tidak percaya dengan pembohongan dan penipuan MCA antaranya fitnah ke atas PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol.

Tetapi mereka terus membisu, seperti mana pemimpin MCA membisu walaupun mereka tidak percaya pembohongan UMNO bahawa DAP mahu mendirikan negara Kristian, memansuhkan pemerintahan Raja-Raja Melayu dan mendirikan republik.

Inilah “perjanjian Syaitan”. Tidak hairanlah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan – “Lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.”

Tidak ada pengakuan yang lebih benar tentang kewujudan 'perjanjian syaitan' UMNO/MCA menghasilkan politik paling jahat dalam sejarah negara, yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan, dalam keterdesakan politik UMNO/BN untuk kekal berkuasa pada PRU13.-HD

Dengan penjelasan Lim Kit Siang itu bermakna kenyataan Chua begitu dangkal dan tidak berasaskan fakta. Ini juga membuktikan bahawa bodohnya president MCA itu.

wakaka

READ MORE- Perjanjian Setan UMNO Dengan MCA

Skandal Polis: Bos Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Konstabel

Johor Bahru: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar dari ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya dari Bukit Aman, lapor mStar Online.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim, mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

Sebelum ini, akhbar The Star pada 16 Oktober lalu, melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober lalu di sebuah resort di Ayer Keroh dan mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan beliau tidur dengan lelaki berkenaan.

Konstabel itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor BahRu beberapa bulan lalu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa.

**gua pilih gambar kat atas tu sebab itu saja gambar polis cun yang ada_ gua tibai la. 

wakaka

adios
READ MORE- Skandal Polis: Bos Jalin Hubungan Sulit Dengan Isteri Konstabel

Tuesday, October 23, 2012

Mohon maaf tanda mengaku Fitnah ronie liu

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu dan bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:

Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei 2008.
Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi, Khir meminta maaf terhadap Ronnie dalam satu kenyataan bertulis di hadapan hakim Nik Hasmat dan meminta terma penyelesaian di luar mahkamah dibuat.

Kedua-dua mereka dilihat bersalaman di luar mahkamah sambil disaksikan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.- JalanPulang melalui PASPB

Ini berita dari bernama

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan esok untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008. - BERNAMA
READ MORE- Mohon maaf tanda mengaku Fitnah ronie liu

Tunku Orang Pertama Isytihar Malaysia Negara SEKULAR

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Fakta sejarah membuktikan Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pernah berkata Malaysia adalah negara sekular sekaligus menepis kenyataan Menteri ‘de facto’ Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini di Parlimen yang mengatakan negara tidak mempunyai asal-usul sekular.

Nazri memberitahu di Parlimen bahawa Malaysia tidak pernah diisytihar sebagai negara sekular dengan alasan negara dibentuk daripada Kesultanan Melayu dan kerajaan Islam.

Ekoran kenyataan tersebut, tercetus perdebatan tentang status Perlembagaan walaupun Mahkamah Agung mengakui Malaysia sebuah negara sekular sama seperti yang turut diakui perdana menteri pertama, Tunku.

Tunku Abdul Rahman dalam beberapa ucapannya menegaskan Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan Islam.

Kali pertama Tunku direkodkan memberitahu Parlimen ialah pada 1 mei 1958: “Saya ingin memberitahu secara jelas bahawa negara ini bukan negara Islam kerana ia secara umumnya difahami bahawa Islam hanya diperuntukkan menjadi agama rasmi negara.”

Akhbar The Star turut melaporkan Tunku mengulangi pendirian sama semasa perhimpunan ulangtahun ke-80 dengan tajuk berita, “Jangan isytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam - Tunku” dimana dia berkata “negara ini memiliki penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi.

Dalam temubual, Tunku berkata: “...Tidak akan ada negara Islam di sini ... Sifat parti politik kita, kerajaan campuran kami, demokrasi kita, dan kehidupan kita yang berbilang kaum adalah asas-asas yang mencukupi dan boleh digunakan untuk membina sebuah negara Malaysia yang makmur dan aman. Mengapa kita perlu mencontohi Iran dan negara Islam lain?”

Dalam akhbar yang sama, PM ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn juga dilaporkan menyokong pemimpin terdahulu negara dengan menolak Malaysia bertukar menjadi sebuah negara Islam.

“Negara ini masih boleh berfungsi sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi,” kata Hussein.

Penulis Hussin Mutalib dari Universiti Kebangsaan Singapura juga menemubual Tunku untuk bukunya berjuduk "Islam di Malaysia: Daripada kebangkitan kepada Negara Islam".

Sebuah negara Islam ditakrifkan sebagai negara yang asas utama kerajaannya adalah undang-undang Islam, undang-undang Syariah. Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia digunakan untuk menyokong dakwaan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan bukannya sekular.

Walaubagaimanapun, dalam merangka Perlembagaan Malaysia, Suruhanjaya Reid telah menyentuh tentang Islam sebagai agama rasmi di dalam laporan pada Februari 1957: “pemeliharaan prinsip ini tidak akan mengenakan sebarang ketidakupayaan pada warga bukan Islam yang menganut dan mengamalkan agama mereka serta tidak bermaksud bahawa negara bukannya tidak sekular. “

Dalam laporan yang sama, Peguam Raja-Raja (Majlis Raja-Raja) menentang kemasukan peruntukan sedemikian: “Ia adalah pandangan Baginda bahawa ia tidak wajar untuk memasukkan beberapa pengisytiharan sepertimana yang telah dicadangkan bahawa kepercayaan umat Islam atau keimanan Islam menjadi agama rasmi dalam Persekutuan.”

Hakim, Abdul Hamid yang merupakan salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Reid dari Pakistan antara yang mencadangkan kemasukkan peruntukan tersebut.

“Peruntukan seperti yang dicadangkan di atas adalah berbahaya. Tidak kurang daripada lima belas negara di dunia mempunyai peruntukan seperti ini yang termaktub dalam Perlembagaan mereka,” kata Hamid dalam laporan itu.

“Perisytiharan (Ini) didapati tidak menyusahkan sesiapa, tiada bahaya akan berlaku jika pengisytiharan sedemikian dimasukkan dalam Perlembagaan Malaya.”

Mahkamah Agung (sekarang Mahkamah Persekutuan) pada 1988 dalam kes Che Omar bin Che Soh v P.P. turut menggunakan alasan sama bagi menyokong Malaysia sebuah negara sekular.

Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam penghakimannya merumuskan: “... Kita perlu mengetepikan pandangan peribadi kita kerana undang-undang negara ini masih sama pada hari ini, undang-undang sekular, di mana moral tidak diterima oleh undang-undang untuk memperoleh status perundangan.” - Oleh Zurairi AR - TheMalaysianInsider melalui yahoonews

Mula-mula Tunku Abdul Rahman isytihar Malaysia sebagai negara sekular diikuti oleh Tun Hussein

Negara Islam Sekular atau Negara Sekular Islam atau negara sekular 100%

wallahualam

adios
READ MORE- Tunku Orang Pertama Isytihar Malaysia Negara SEKULAR

Cina DAP Hentak Meja Pertahan Nik Aziz

DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru",

Anthony Loke
(DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar. - kedahkini


adios
READ MORE- Cina DAP Hentak Meja Pertahan Nik Aziz

Monday, October 22, 2012

UMNO Selangor Nangis

Air empangan Selangor meningkat 127j meter padu

Gambar ehsan Selangorku
KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.

“Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air (LPA) iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3),” jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air di sekitar Lembah Klang.

Sehubungan itu, ujarnya sekalung ucapan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status empangan untuk memastikan ia berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Selangor sedar dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.

“Saya menggesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan,” ujarnya.

Katanya, kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi.

Menurutnya, segala usaha yang dilakukan adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Lepas wayang angkut air pakai timba, apa pulak program wayang umno Selangor seterusnya?

adios



READ MORE- UMNO Selangor Nangis

Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu.. wakaka! kesian

Belasahan Terbaekkkk TGNA

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” Tuan Guru Nik Aziz.


Satu syarat yang tidak akan ditunaikan oleh umno walau terpaksa menghunus keris sekali pun. wakaka.

Inilah berita asal

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.-sinarharian

Kesian tak?
Kesian buat ape!!!!
wakaka
adios


READ MORE- Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu.. wakaka! kesian

Sunday, October 21, 2012

Supermodel Brazil Alessandra Ambrosio peraga coli Victoria Secret Berharga $ 2.5 juta

Supermodel Brazil Alessandra Ambrosio telah dipilih untuk memperagakan coli fantasia berharga $ 2500000  milik Victoria Secret Fesyen hanya beberapa bulan selepas melahirkan anak. Ibu kepada dua orang anak itu akan memakai pakaian mahal di 'annual holiday TV special' tahun ini.

Wanita berusia 31 tahun itu akan memperaga set yang direka khas untuk Victoria Secret oleh pereka London. Set tersebut terdiri daripada satu coli pushup yang sangat Seksi, dihiasi dengan permata berkilauan yang disemat dengan emas dan tali pinggang. Set seksi tersebut mempunyai kira-kira 5,200 permata.

Ambrosio, jelitawan Victoria Secret menyatakan bahawa dia terkejut dan teruja apabila mengetahui dia telah dipilih untuk memperagakan set bra seksi termahal tersebut selepas tiga minggu melahirkan anak keduanya.

"I just wanted to scream," dia memberitahu majalah. "But I won't lie, I was really worried. I was in total mother mode."

Dia mula berjalan dan melakukan yoga selama dua bulan  diikuti dengan latihan kardio dan Pilates setiap hari untuk mengembalikan susuk tubuh yang menawan dan seksi.

Usahanya tidak sia-sia kerana bentuk tubuhnya kembali seperti yang diharapkan dan dapat memenuhi kehendak kerjayanya sebagai seorang supermodel.


wakaka

adios
READ MORE- Supermodel Brazil Alessandra Ambrosio peraga coli Victoria Secret Berharga $ 2.5 juta

Ketua Cawangan Umno Parit 1 Maki Dan Halau Imam Masjid Dari Sagil

SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.
Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.--suraual-ikhwan

Gua kecewa ada pemimpin lebih jahil daripada gua.
Gua pun jahil bukan pandai sangat ilmu islam tapi gua tak pernah mengalah. Belajar sana sini campur orang masjid dan orang surau. Surf internet cari maklumat sahih dan rujuk rakan-rakan yang arif. Kepada rakan-rakan yang masih bersama umno setidak-tidaknya sila jatuhkan pemimpin tak berhemah macam ni. Jangan kata nak tegakkan Islam malah Islam diperkotak-katikannya.


adios
READ MORE- Ketua Cawangan Umno Parit 1 Maki Dan Halau Imam Masjid Dari Sagil

Kartun Dewasa 18SX Istimewa Hari MInggu




Simple English Ok kot bro. 

Selamat Berhari Minggu

adios
READ MORE- Kartun Dewasa 18SX Istimewa Hari MInggu