KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, November 3, 2012

Ahmad Abd Jalil - uncleseekers ke 2 ditahan kerana menghina Sultan Johor



Anas Abd Jalil
----------------
My brother is being detained by the Police for criticising the King. The police datained him on Friday, because of the magistrate court is close tomorrow, and this give the police two full days with him . . .

Anas Abd Jalil
-----------------
Ok haramjadah apa ni;
Hp line adik saya Abas dipotong secara tiba-tiba kerana Abas lah orang perama yang dicontact oleh Ahmad (yang ditahan)
line internet Unifi dan fixed line rumah mak saya baru dipotong secara tiba-tiba . . .
Semua akibat tuduhan menghina Sultan . . .

Asiah Abd Jalil;
-----------------
"Polis Johor dah ready nak bawa adik saya (Ahmad Abd Jalil) dari Balai Polis Wangsa Maju ke Skudai. Tak tunggu kehadiran lawyer, walaupun lawyer sudah hampir tiba. Mereka tak patuh pada Criminal Procedure Code. Mereka sengaja tahan adik saya pada jam 8 malam hari Jumaat, kerana esok public holiday."

Share: Uncleseekers, Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer, MediaPerak, Ameno World, Otai Manjung, Abu Nawas, Mat Saman Kati — bersama Benz Ali, Manjungmari Manjung, Ummi Anni dan 39 yang lain-sumber

Adoi kalau tak dilakukan sesuatu lunyai budak tu kat balai. Dia tak sama dengan uncleseekers 1. Dia bukan ada keluarga ternama. Harap para otai ada solution untuk mendesak kerajaan membebaskan Ahmad Bin Abd Jalil.

adios
READ MORE- Ahmad Abd Jalil - uncleseekers ke 2 ditahan kerana menghina Sultan Johor

SYRIA: Gadis-Gadis Cantik Ini Berjuang Demi Jihad


Kita masih tercegat di sini sedang saudara kita berjuang menegakkan Islam dan paling menyedihkan mereka adalah wanita-wanita yang seharusnya dilindungi sebaliknya mereka berjuang melindungi.
Betapa gigihnya mereka mempertahankan agama dan bangsa. Melawan kekejaman musuh yang mendakwa mereka umat Muhammad yang sebenar.



Malang apabila anak muda Malaysia yang cuba memasuki Syria untuk berjuang menentang syiah laknatullah, mereka telah ditangkap dan dituduh sebagai pengganas. Lebih menyedihkan apabila menteri kita turut mengakui kenyataan Lebanon.

Ketika perang Afghanistan menentang penjajahan Rusia, beribu-ribu anak muda Malaysia dan Indonesia berjihad membantu mujahiddin sehingga tertewasnya Russia. Salah seorang yang masih hidup adalah anakanda kepada TGNA yang pernah dipenjara kerana ISA.

Tatkala kita berjuang dengan pena untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah sebangsa, mereka berjuang dengan darah dan nyawa. Sempena jumaat penghulu segala hari ini , marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah kurniakan kemenangan kepada mereka.


adios

READ MORE- SYRIA: Gadis-Gadis Cantik Ini Berjuang Demi Jihad

Friday, November 2, 2012

Allahu Akhbar- Sebuah Jet Pejuang dan Helikopter Tentera Bashar Berkecai Ditembak Pejuang Sunni

Sebuah Helikopter tentera Syria dilaporkan ditembak jatuh oleh pejuang Sunni. Walau bagaimanapun tiada pengesahan oleh regim Bashar.




Pejuang Sunni juga mendakwa menembak jatuh sebuah jet pejuang tentera Bashar



Semoga perjuangan mereka tidak sia-sia.

READ MORE- Allahu Akhbar- Sebuah Jet Pejuang dan Helikopter Tentera Bashar Berkecai Ditembak Pejuang Sunni

Tempoh perjalanan di Titian Sirat-ul Mustaqim

Titian Sirat-ul Mustaqiim
Elias Hj Idris


Tempoh perjalanan di titian Sirat




Gambaran akan nasib masing-masing


Perjalanan semua manusia di atas Sirat-ul Mustaqim adalah berbagai di antaranya ialah;

i) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

ii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

iii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

iv) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

v) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

vi) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

vii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

viii) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

Semua kiraan masa itu adalah mengikut kiraan masa dunia.

Di antara tips untuk melepasi titian sirat-ul mustaqiim.

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?”

Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara seperti teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap sedia menelan mereka yang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya Allah, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di atas dunia. Oleh sebab itu, sesiapa yang memilih jalan Allah sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat itu akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka pada hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata; "Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka dia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka dia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan dia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang-larang sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang yang melintas di atas sirat. Antaranya adalah;
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat.

Amalan itu antara lain ialah;
Membuat tuduhan dusta kepada seorang mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa yang menjaga seorang mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga dia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya di kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar Allah membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.-sumber


wasalam

adios
READ MORE- Tempoh perjalanan di Titian Sirat-ul Mustaqim

Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam


Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada 3.

Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan melalui 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup, maka tiadalah ruang atau pintu bagi syaitan untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah atau mendidik nafsu.
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan berzikir.
Barangsiapa yang berzikir mengingati Allah maka dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan ilmu. Jadi pergilah mengaji.


[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani. Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"]-- sumber

wallhualam

hari ini hari jumaat jgn tinggal solah jumaat

adios
READ MORE- Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam

KASE sediakan 100 peguam bantu mangsa AES

KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.

"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan orang ramai apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan pengguna jalan raya itu adalah melebihi had laju.

"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.

"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu Penasihat Undang-undang KASE Zulazmi Shariff mendakwa, pihak syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd yang menguruskan kamera AES itu menggunakan kenderaan menyerupai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).

"Maklumat yang diterima dua syarikat ini menggunakan kenderaan syarikat jenis Frontier yang mempunyai warna dan logo yang menyerupai kenderaan JPJ.

"Ini satu bentuk penyamaran. Saya minta JPJ jawab perkara ini kerana kita tidak mahu ada pihak sewenangnya melakukan sekatan jalan raya dengan menggunakan kenderaan yang menyerupai pihak berkuasa," katanya.
template joomla
READ MORE- KASE sediakan 100 peguam bantu mangsa AES

Aset Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi-- kenyang makan hasil judi. wakaka

Judi: Pemimpin Umno!
Elias Hj Idris
Kepentingan Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi.

i) Magnum Corporation Sdn Bhd:


a. Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
- Jumlah saham 1,900,000 unit.

b. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari.
- Jumlah saham 40,843 unit dalam Magnum CO Sdn Bhd.
- Jumlah saham 6,666 unit dalm Magnum 4Digit (ekor).

c. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
- Jumlah saham 1,666,666 unit.

d. Nor Anita Abu Talib, anak perempuan Tan Sri Abu Talib.
- Jumlah saham 680,334 unit.

ii) Genting Berhad

a. Arwah Tan Sri Noah Omar, bekas spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd, iaitu datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
- Jumlah saham 602,318,000 unit (Resort World Berhad)


b. Yayasan Noah yang diwarisi oleh DS Najib dan DS Hishammuddin.
- Jumlah saham 3,334,600 unit.

c. Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara - Pengarah.

d. Tan Sri Amin Othman, bekas Timbalan Ketua Polis Negara - Pengarah.

e. Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof, bekas pegawai bank, - Pengarah.

iii) Resort World Berhad

a. Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri - Pengarah.

b. Tan Sri Alwi Jantan - Pengarah dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam - Pengarah.

iv) Sports Toto
(Diasaskan dan dimiliki Tan Sri Vincent Tan pada tahun 1969, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad).






a. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
- Jumlah saham - 3,500,000 unit (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

b. Tan Sri Jaafar Abdul, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.

c. Mohamad Salleh Gomu, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.

d. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor - Pengarah (Berjaya Land Berhad).
- Jumlah saham 292,336,584 unit.

e. Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis - Pengarah (Berjaya Land Berhad)
- Jumlah saham 284,644,046 unit.

Sumber: buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. dicopy  paste dari blog ikanlepu

Masih ingin mengaku memperjuangkan Islam lagi??
Yang best siap bawak pergi tunai haji lagi.

ERKKKK!!! ada lebih , banyak lagi niiii!!!

wakaka

adios
READ MORE- Aset Tokoh-tokoh Umno dalam Syarikat Judi-- kenyang makan hasil judi. wakaka

Thursday, November 1, 2012

Inggeris Resident Tanah Melayu --Resident Malaysia Yahudi Apco

Melayu Tak Tahu Bersyukur Akan Hilang Kuasa- Satu statement yang menunjukkan rasa sayang yang mendalam terhadap bangsa melayu keseluruhannya. Dengar bunyi memang cantik... syahdu kalau makhluk melayu yang ngok ngek dengar. Sayu jika didengar oleh betina melayu bahlol.

Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno.

Memang melayu umno terutama pemimpin umno memang buruk. Kalau tidak buruk masakan sanggup memperhamba bangsa sendiri. Majoriti rakyat Malaysia adalah melayu. Justeru itu majoriti pengguna di Malaysia adalah melayu. Apa yang parti melayu buat untuk bela melayu yang menjadi pengguna utama di Malaysia ini?

Kereta tempatan yang dijual kepada melayu adalah dua kali ganda lebih mahal daripada harga jual kepada pak arab dan orang british. Kereta luar negara pula dikenakan cukai melampau sampai orang melayu tak mampu beli.

Gula semasa dikuasai oleh cina tak berharga seperti sekarang. Cina mintak naik harga 20 sen kerajaan melayu tak approve. Bila kerajaan melayu ambil alih syarikat gula, gula naik sampai RM2.30. Nak lagiiiiiiii????Ha, baru beberapa hari gua tulis pasal gula, kerajaan melayu naikkan harga gula lagi.. wakaka (sekarang RM2.50/kg)

Minyak sebagai bahan api adalah punca segala kenaikan harga barang di Malaysia. Setiap kali harga minyak naik, harga barang akan turut naik. Kerajaan melayu gagal mengawal harga barang. Tidak ada kuasa atau tidak mahu, itu gua tak mau tau. Pokoknya kerajaan melayu gagal.

Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang menjual minyak dengan harga paling mahal kepada rakyatnya. Negara OIC lain mengenakan antara RM0.35 -RM1.10 seliter. (berdasarkan maklumat King Jason di sebelah)

Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM 3000 sebulan kena cukai tetapi rakyat asing yang berpendapatan RM8.8 billion setahun tak kena cukai selama 12 tahun. Sayang melayu palerr wotak lu... Wajarkah kalau gua p**ikan pemimpin-pemimpin kerajaan melayu ni?

Begitukah tanda kerajaan melayu membela melayu? Tak perlu dipertahankan. Kenyataan telah didedah. Kerajaan melayu tak pernah mahu berubah. Mendera rakyat Malaysia secara halus hingga mengakibatkan kehidupan rakyat terhimpit dan tersepit.

Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu."

Apa bezanya melayu hari ini? Bukankah melayu hari ini juga hina.... hina dimata pemimpin melayu. melayu sering dilabel sebagai bangsa subsidi. Kepala hotak luorang. Sialllll!!!! Pemimpin melayu yang bedal 'subsidi'. Berbillion RM hilang kerana 'subsidi' terlarang.

“ Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka,” katanya.

Wakaka. Siapa peneraju kerajan-kerajaan Malaysia Merdeka? Adakah Pemimpin melayu yang dimaksudkan? Kalau ditujukan kepada rakyat Malaysia. Kenyataan itu silap besar.

Memang kami tidak bersyukur pada BN kerana...

Nikmat yang kami terima adalah kurnia Allah kepada hambanya bukan daripada umno atau BN. Maka kami bersyukur kepada Allah bukan kepada umno atau BN. Memang banyak nikmat yang dinikmati tetapi nikmat itu hanya sebahagian kecil daripada yang sepatutnya. Nikmat selebihnya diseleweng oleh pemimpin-pemimpin kecil dan besar dalam kerajaan melayu. Itu adalah hak rakyat. Menurut Islam menmpertahankan hak adalah wajib dan jika mati kerana mempertahankan hak hakiki yang diceroboh adalah mati syahid.. Insya Allah. Bukti hadis di SINI.Dan cara terbaik adalah melalui pilihanraya.

Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan.

Fakta 1. Kerana dulu orang-orang melayu percaya kepada umno dan perikatan. Melayu dulu bergantung harap kepada umno dan perikatan kerana melayu dulu banyak yang tidak bersekolah. Tidak banyak mengetahui akan kepincangan yang wujud dalam kerajaan dan sistem pemerintahan kecuali para bangsawan.

Fakta 2- Umno dulu juga adalah umno yang mementingkan melayu sehinggga wujudnya tanah-tanah rancangan felda untuk membela nasib melayu. Tidak lupa juga terbinanya rumah-rumah setinggan di pinggir bandar kuala lumpur untuk memberi peluang kepada melayu bertapak di ibukota. Pemimpin melayu dahulu sedar melayu hanya menduduki kampung-kampung yang jauh dari bandar. Keturunan cina menguasai bandar kerana setiap tapak perlombongan menjadi bandar besar. Dan 100% pelombong adalah keturunan cina.

Umno sekarang runtuhkan rumah setinggan dan paksa melayu daif termasuk yang tidak berpendapatan tetap untuk membeli rumah pangsa melalui pinjaman bank. Bank mana nak bagi loan??? Ini menunjukkan kerajaan melayu sekarang zalim dan jika mereka tidak zalim bermakna mereka bodoh.

Felda yang diusahakan oleh pemimpin melayu terdulu sedang terumbang ambing nasibnya. Tak mau komen banyak. Tak berapa tahu urusan FGV. Tapi sila tengok kat bawah ni....


Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan.

Gua sikit pun tidak bimbang kerana sejak sekian lama itulah modal BN untuk kekal berkuasa dengan menakut-nakutkan melayu kononnya jika umno kalah cina akan memerintah. Melayu bangang akan mempercayai dakyah ini bulat-bulat. Bukankah PM perlu mendapat restu daripada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong? Adakah Agong itu bodoh untuk merestui PM bukan melayu? low kelass punya statement.

Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain.

Hanya umno yang mengemis ketika ini. PAS dan PKR tidak perlu mengemis kerana kesedaran yang diberikan kepada melayu dan bukan melayu adalah mencukupi untuk mendapat sokongan. Sebaliknya umno perlu mengemis sokongan dengan memberi RM dan saguhati lain kepada rakyat terutama dalam program-program yang melibatkan kehadiran pemimpin besar melayu. Apabila tidak cukup rakyat Malaysia yang sanggup umno telah menggunakan warga asing untuk menghadirinya supaya kelihatan masih ramai memberi sokongan kepada parti melayu itu.

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan.

Perkara ini tidak mungkin berlaku. Ini adalah semata-mata pandangan daripada orang yang kekalutan dan ketakutan. Mereka khuatir macam-macam perkara akan terdedah sekiranya PR memerintah. Segala bentuk penyelewengan, rasuah dan jenayah akan terbongkar. Itulah yang membuat mereka takut sekarang ini.

Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain.

Umno terpaksa mengikut telunjuk MCA sehingga negara kerugian berbilion RM dalam beberapa skandal yang besar. Kes akhirnya ditunda sehingga tarikh yang tidak pasti . Melayu PR tentu tidak akan mengulangi kesilapan BN. Melayu PR tidak akan jadi dayus.

“Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain,” tambah Dr Mahathir lagi.

Sekarang kerajaan melayu berkongsi pemerintahan negara dengan yahudi yang menjadi penasihat kerajaan. Ingat resident????? Dulu resident Tanah Melayu ialah British. Sekarang resident Malaysia ialah YAHUDI. Mereka mendapat habuan lebih banyak berbanding rakyat Malaysia sendiri. Berapa upah mereka??? lu sendiri tahu Dr M.

MCA dan MIC juga rakan kongsi pemerintahan melayu sekarang. So ! apa ada hal. Selagi kita memegang tampok dan jujur dalam pemerintahan. Rakan kongsi tidak akan mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya apabila kita culas dan korup....itulah yang memberi ruang kepada MCA dan MIC berbuat onar dalam pemerintahan BN.

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman.

Yang ini gua setuju kerana British tidak mahu kewujudan Islam di tanah melayu menjadi kuat dan subur.. bukan begitu?

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 
“Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957,” kata Mahathir lagi.

Kata-kata ini membuktikan seolah-olah ada perjanjian tertentu antara umno dengan british tentang Islam. Mengapa British tidak mahu parti islam lebih daripada 1 kerusi? Adakah wujud perjanjian dajjal  di sebalik perjanjian London?

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan.

Perkara apa? kemiskinan melayu, kedaifan melayu, pelajaran orang-orang melayu? Pandangan kolot seorang tua yang ketakutan akibat masa lampaunya.

Siapa nak jajah? Orang-orang cina di Malaysia? Don Tok Shit (dont talk Shit versi Ibrahim Ali) la... Kalau negara luar nak jajah Malaysia memang senang sangat kerana kekuatan tentera diabaikan oleh pemerintah melayu dari dulu hingga kini. Semua kelengkapan tentera adalah daripada yang terpakai walau harga yang dibayar adalah terlalu tinggi daripada yang sepatutnya. Hingga mengakibatkan banyak kehilangan nyawa anggota tentera sebelum berperang. Duit punya pasal nyawa tentera pun tidak dihargai. Salah siapa? Lihat kekuatan tentera Singapura berbanding  tentera Malaysia

“Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur.

Sori bro. Tidak ada kena mengena dengan melayu. Lu kata dalam dalam buku Malay Dilema bahawa dalam darah lu tidak ada satu titis pun darah melayu. Bermakna lu bukan melayu. Oleh itu yang jelas bangsa lu ialah mamak atau india muslim.So lu memang tak ada kena mengena dengan melayu. Ini juga bermakna ayat di atas ditujukan kepada mamak/india muslim.

Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain,” katanya.

Wakaka..Bangsa lu ke bangsa gua? kalau bangsa gua. kat mana bangsa gua tu bro Mahathir? Adakah lu maksudkan Singapura? Sorry bro... harap dapat hentikan perbuatan menakut-nakutkan melayu dan memburukkan Singapura. Melayu Singapura hidup mewah. Setiap 5 tahun tukar kereta.. mereka beli banyak tanah di semenanjung untuk anak cucu. Cuma Islam terpinggir di sana. Apa kurangnya di Malaysia. Islam dipersenda saban tahun dari masa ke semasa.

Hangpa pikiaq tengok no!

Rehatkan Minda Jap, Jom Gelak!!!

ayam pun benci zina

Luangkan seminit untuk klik iklan nuffnang tu bro. Bukan untuk gua untuk lebuhraya rakyat Kelantan. RM57.80 dah diterima RM 53.00 lagi bakal diterima (dah claim). Tinggal cashkan dan hantar ke destinasi. Gendang Perang sasar RM 500 untuk lebuhraya rakyat Kelantan. Pahala kita kongsi bersama. wakaka!
wakaka

adios
READ MORE- Inggeris Resident Tanah Melayu --Resident Malaysia Yahudi Apco

Gaji Sektor Awam Dijangka Naik 5% Tahun Depan

MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya. ~bernama

Jangan seronok sangat
Menjelang pilihanraya ni macam-macam style pancing pun ada
Jangan kena 'game' lagi sudah...

wakaka

adios
READ MORE- Gaji Sektor Awam Dijangka Naik 5% Tahun Depan

Puting J Lo 'mengintip' Ketika Konsert Di O2 Arena, London

sudah kasi gelap. wakaka
29 Okt – Penyanyi terkenal dan seksi, Jennifer Lopez berdepan saat memalukan apabila bajunya terlondeh sehingga menampakkan payudaranya ketika mengadakan konsert di O2 Arena, London, baru-baru ini.

Dipetik daripada Radar Online, insiden tersebut berlaku ketika J.Lo sedang menari dengan memakai jumpsuit labuci, malangnya secara tiba-tiba dia hampir tergelincir lalu menyebabkan bajunya terlondeh di bahagian depan.

Menyedari payudaranya terdedah, penyanyi yang terkenal dengan lagu seperti "Dance Again" dan "On The Floor" dengan pantas membetulkan bajunya itu dan meneruskan persembahannya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Ini bukanlah insiden pertama buat J.Lo kerana sebelum ini perkara yang sama berlaku ketika mengadakan persembahan di Itali dengan pakaian yang hampir sama. O2 Arena, London

Walaubagaimanapun insiden tersebut tidak memberi kesan terhadap persembahan dan sambutan daripada peminat. Malah J.Lo sempat menulis di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.

wakaka. dop sting doh tengok orang tua punya.. tapi apabila disebut artis, ramai orang ingin tahu dan melihat. Nak tengok juga kalu... google la.

Tak lama lagi J Lo akan ke Malaysia.. menggegar ponggong di stadium. Kalau tak ada sesiapa bantah konsert ala sependa performer ini akan menjadi tarikan ramai anak muda... yang tua pun ada sekali kot.

READ MORE- Puting J Lo 'mengintip' Ketika Konsert Di O2 Arena, London

Nazmi Faiz Manzur Sumbat Gol Pertamanya di SC Beira-Mar

Bekas pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor terus cemerlang di Portugal apabila dia membantu pasukannya skuad remaja SC Beira-Mar memenangi satu perlawanan liga pada hari Sabtu lalu.

Midfielder lincah yang berasal dari Keramat itu turut menjaringkan satu gol yang pertama peribadinya untuk kelab itu. Dia turut membantu rakan sepasukan iaitu Ricardo Tavaresm menyumbat gol ke dua untuk membenam kelab Academico de Ciseu dengan jaringan 2-0.

Dengan kemenangan itu, Beira-Mar kini memimpin Liga Bahagian Dua Portugis Bawah-19 tahun dengan 19 mata. Pasukan itu mendapat enam kemenangan dan satu seri setakat ini.

Luis Antonio, jurulatih Nazmi di kelab itu, memberikan ulasan positif kemajuan pemain tengah itu di Portugal selepas perlawanan.

"Beliau telah bertambah baik. Saya percaya dia mempunyai masa depan yang baik di sini, "katanya kepada laman web rasmi Beira-Mar.

Nazmi kini menunggu peluang yang bermain dengan pasukan utam dalam perlawanan akan datang berikutan prestasi beliau yang memberansangkan dengan skuad muda itu.-- yahoo

Semoga anak muda ini terus berjaya di sana. Jangan lupa balik mengundi . Undilah PR!!

wakaka

adios
READ MORE- Nazmi Faiz Manzur Sumbat Gol Pertamanya di SC Beira-Mar

Wednesday, October 31, 2012

Video Pendedahan Kerajaan Umno Terengganu Rampas Tanah Rakyat

 Tonton Video ini untuk menguatkan kebencian anda kepada umno



 Dengan pendedahan ini sahlah bahawa Rakyat Dibahulukan

Bangkitlah wahai anak-anak Terengganu. Cukup sudah kezaliman mereka. Kamu hanya sebangsa dengan mereka ketika pilihanraya. Setelah selesai pilihanraya kamu adalah orang asing bagi mereka. Berhentilah memperbodohkan diri mengundi mereka.

Undilah PR dalam PRU13 ini. Semoga berolah kejayaan dan terlepas daripada penindasan.

adios
READ MORE- Video Pendedahan Kerajaan Umno Terengganu Rampas Tanah Rakyat

BN Bertambah Bengang Dengan Khalid

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau mahu melakukan penstrukturan menjadikan syarikat-syarikat air seperti SYABAS, Puncak Niaga dan Puas milik kerajaan negeri sebelum bersetuju dengan pembinaan loji penapisan air Langat 2.

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Abdul Khalid mengatakan projek tersebut tidak akan memberi sebarang manfaat sekiranya syarikat air itu masih belum dimiliki kerajaan negeri.

“Kita mahu menguruskan air seperti di negeri-negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain, di mana kerajaan negeri mempunyai pemilikan dalam syarikat air,” kata Khalid.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ahli parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.
Sementara itu, Azmin berkata SYABAS telah telah menaikkan tarif air dan ia membimbangkan.

“Syabas telah mendapat kelulusan untuk menaikkan harga pada tahun 2009 sebanyak 37 peratus, kemudian 25 peratus pada 2012, 20 peratus 2015 dan 10 peratus pada 2018.
“Pada tahun 2030, harga air di Selangor akan berharga RM3.83 per meter padu.
“Kenaikan tarif air tidak sepatutnya naik 12 peratus,” katanya selepas ditemui di parlimen hari ini.

Sebelum itu, beliau memberitahu dewan hari ini bahawa kapasiti air di Selangor adalah mencukupi, sambil mengatakan kerajaan persekutuan berdolak-dalik dalam menentukan waktu krisis air, dari tahun 2013 kepada 2017.tmi melalui yahoo
READ MORE- BN Bertambah Bengang Dengan Khalid

Test Dulu Baru Kahwin Itu Pun Kalau Suka Tak Ada Paksaan- Mau ka?

Ketika seorang gadis sudah memasuki usia 15 maka orang tua mereka membangunkan sebuah ‘Gubuk Cinta’ untuk menghabiskan malam dengan remaja lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus dari Suku Kreung di Kamboja.

Kreungs adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kamboja yang sangat liberal dan terbuka untuk hal berbau seksual. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan membangunkan sebuah ‘ gubuk cinta’ kecil dan mendorong anaknya bertemu remaja lelaki dan menghabiskan malam mereka sampai bertemu cinta sejatinya dengan siapa yang mahu menikahinya.

Mereka percaya ini adalah cara terbaik untuk menemukan suami terbaik anak perempuan mereka yang merupakan pasangan sempurna. Mereka percaya, pernikahan seperti itu, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung yakin tentang seksual, mereka akan tahu bagaimana menghadapi lelaki. Mereka tahu betul apa yang mereka inginkan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.

Begitulah tradisi cara bagaimana Kreungs menangani puteri remaja mereka. Menurut mereka di zaman moden di mana perceraian dan perkosaan terlalu umum dalam masyarakat barat, komuniti khusus Kreungs ini tidak pernah mengalami kes perceraian dan pemerkosaan seperti itu dalam masyarakat mereka. Kini di wilayah ini, kempen menyebarkan kesedaran tentang seks yang aman, ialah dengan menggunakan kondom.

Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun sekarang tinggal di sebuah gubuk cinta di halaman belakang rumah orangtuanya. Mari kita lihat pandangannya tentang gubuk cinta ini :

“Pondok-pondok itu memberikan kami kebebasan dan adalah cara terbaik di mana kami dapat menjelajahi kekasih sejati kami.

“Ketika remaja lelaki datang untuk menghabiskan malam dengan saya.. Saya tidak ingin mereka menyentuh saya, maka mereka tidak akan lakukan. Kami hanya bercakap-cakap dan tidur. Jika saya bertemu beberapa lelaki, dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan ‘hubungan intim’ dengannya di gubuk saya.

“Tapi jika saya berhenti mencintai dia dan menemui remaja lain yang saya lihat lebih menarik, maka saya akan berhenti menggauli seks dengan teman saya sebelumnya. Saya pindah ke gubuk saya ketika saya berusia 15 tahun.. masa itu saya telah memiliki empat teman lelaki.

“Saya tak kira pun, berapa ramai lelaki lain datang tinggal di malam hari dengan saya. Ada dua atau tiga masa ini. Saya rasa tidak ada kewajiban untuk melakukan seks dengan lelaki, hanya kerana dia tidur di samping saya. Kami perempuan, sangat teguh memegang pendirian untuk membuktikan cinta sejati mereka sebelum keintiman terjadi.

“Saya khawatir tentang kehamilan yang tidak kami inginkan. Tetapi orangtua telah jelas mengajar bagaimana menghindarinya dan memiliki seks hanya dengan lelaki yang benar-benar kita cintai. Jika seorang gadis hamil oleh seseorang yang tidak mencintainya, tetapi ada jejaka lain mencintainy, maka dia akan menikahi gadis itu dan tetap mengambil bayi sebagai miliknya.-laksamanabukitbintang

Macam-macam ada

Pergi la ke kemboja boleh test lima - enam puluh orang

wakaka!

LAGI RAYUAN  AGAR PAS BERSATU DENGAN UMNO

adios
READ MORE- Test Dulu Baru Kahwin Itu Pun Kalau Suka Tak Ada Paksaan- Mau ka?

Tuesday, October 30, 2012

Lagi Rayuan Cai Supaya PAS/ UMNO bersatu- wakaka

Memang dasar hipokrit yang tak tahu malu. Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin mereka menghina PAS dan penyokongnya, usaha memujuk PAS untuk bersatu terus dijalankan secara senyap-senyap.

Terbaru sebuah blog cai umno menulis panjang lebar kononnya PAS akan dihapuskan oleh DAP dan PKR setelah memenangi pilihanraya kelak.

Memang bijak mempengaruhi orang dengan ayat-ayat yang tersusun rapi dan bahasa yang indah untuk tatapan insan bergelar melayu. Sayunya rasa di hati... wakaka

Penulis blog ini juga cuba menjadi nujum dengan menulis;

"Anwar dan DAP tidak pernah ada dalam kamus mereka menyanjungi pemimpin PAS, bagi mereka PAS hanya akan wujud sebelum PRU13 sahaja untuk membantu kemenangan mereka. Sebaik selesai PRU13 nanti dan setelah Putrajaya berjaya ditawan oleh Anwar dan DAP, parti PAS tidak lagi ujud dan akan diharamkan buat selama-lamanya."- dipetik daripada blog cai hambaliabdullah .

Yang paling kelakar ialah di bahagian penutup penulisannya, penulis merayu berbunyi begini;

AYUH penyokong UMNO dan PAS bersatu lah  pada PRU13 ini bagi mengekalkan kuasa melayu yang mendokong Agama ISLAM agar terus bertapak dibumi MALAYSIA bertuah ini.

Sebelum itu berbagai-bagai cara mereka merayu PAS agar bersatu dengan mereka sama ada melalui rundingan terus, seruan dalam ceramah, dan blog-blog pro umno. 

Inilah yang dinamakan si bacul yang bercakap besar. Dalam media bukan main pong pang kutuk PAS berapi. PAS syiah , PAS wahabi, PAS parti ajaran sesat. dan bermacam-macam lagi.Dalam senyap-senyap rupanya mintak bantuan nak kekalkan ketuanan resident APCO.

Bagi gua senang saja, kalau umno berani buang mamak, portugis dan siam daripada umno pun dah kira cukup baik. Jadikan umno parti melayu 100%. Kalu itu berlaku gua isi borang umno keesokan harinya. Apa macam?? ada bran? Kompom tak brani,, Apatah lagi untuk singkirkan MCA dan MIC lembik terus lutut... wakaka



UMNO parti melayu bukan , parti Islam pun bukan
toksah wayang la

wakaka

adios



READ MORE- Lagi Rayuan Cai Supaya PAS/ UMNO bersatu- wakaka

Ulama Antarabangsa Santuni TGNA




Semoga dipanjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk membimbing umat islam.

wasalam

adios

READ MORE- Ulama Antarabangsa Santuni TGNA

Monday, October 29, 2012

MAMPOS KO !!! DAP PUN DAH BELI TRAILER - WAKAKA

Cantik dan berpengaruh

PKR punya Voltron Force


DAP punya Transformer


Inilah rupanya bila sudah transform


amno lori
umno punya destroyer.. tak dak seni langsunggggg!

wakaka

umno berhantu dan kewujudan ustaz-ustaz sesat

adios
READ MORE- MAMPOS KO !!! DAP PUN DAH BELI TRAILER - WAKAKA

Sunday, October 28, 2012

umno berhantu dan kewujudan ustaz-ustaz sesat

Apabila kita membicarakan mengenai politik semasa, kita tidak akan dapat menolak daripada menyebut nama umno kerana umno adalah satu watak yang mewarnainya hingar bingar politik Malaysia.

Apa yang pelik tentang umno ialah kesetiaan sesetengah penyokongnya yang tidak berbelah bagi. Bagi mereka ini hanya ada umno dalam kamus hidup mereka. Apa sahaja tindakan umno walaupun menyalahi agama, undang-undang dan adat resam tetap benar bagi mereka.


Umno sering mendabik dada menyatakan mereka adalah pejuang islam yang sebenar berbanding PAS yang kononnya menpergunakan agama untuk kepentingan politik.

Senario poltitk kebelakangan ini tertumpu kepada isu hudud.

Tercetusnya isu adalah apabila umno mempertikai ketelusan PAS memperjuangkan Islam dan melaksanakan hudud kerana sanggup menyertai pakatan yang merangkumi DAP yang jelas menentang perlaksanaan hudud. Kemuncaknya pula adalah apabila MCA memperlekeh dan menghina Islam melalui ucapan presidentnya Chua Soi Lek.

PAS dengan serta merta membantah penghinaan Chua terhadap Islam dengan pelbagai cara sama ada melalui ucapan pemimpin, protes aman di bangunan MCA dan blog-blog milik penyokong PAS. Demikian juga sekutu PAS dalam PR iaitu DAP. Dap menuntut MCA memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas penghinaan yang dilakukan.

Di pihak umno pula tiada satu pun bantahan terhadap penghinaan Chua. Pemimpin umno, bloger umno dan penyokong umno diam membisu seolah-olah merestui penghinaan Chua.

Mufti dan ulama umno yang mewakili kerajaan juga diam membisu umpama buaya cacat kehilangan ekor untuk melibas, umpama harimau tua hilang kuku untuk mencakar atau lebih tepat lagi umpama orang utan yang sedang mengemam makanan dalam mulut. Hendak bercakap ditakutinya makanan dalam mulut terpancul keluar.Tentulah rugi.

Jika dilihat daripada perkembangan terbaru ini, jelas sekali bahawa DAP lebih sensitif terhadap Islam walau pun menolak perlaksanaan hudud berbanding umno yang sentiasa mengagungkan diri sendiri sebagai pejuang Islam di Malaysia tetapi menikus apabila agama Islam dihina oleh sekutu mereka iaitu MCA.

UMNO sendiri turut menolak hudud kerana menurut mereka hudud yang dicadang PAS bukanlah hudud yang dituntut oleh Islam tetapi ciptaan PAS semata-mata atau 'Hudud Acuan PAS.' Ini juga adalah alasan  kerana dalam umno ada beratus-ratus ilmuan Islam yang hafiz (termasuklah guru sekolah agama pondok yang terima 2 juta) dan layak menterjemah hudud yang terdapat dalam Al Quran.

Jika UMNO turut berniat melaksanakan hudud berlandaskan Al Quran , mereka sepatutnya mendedahkan draf hudud berpaksikan kefahaman mereka dengan merujuk Quran sebagai sumber. Jika draf itu wujud dan dibandingkan dengan draf hudud PAS barulah layak UMNO menuduh hudud PAS tidak berlandaskan Al Quran. Pernahkah UMNO mengusahakan draf hudud mereka sendiri?

Apabila mereka mengaku sebagai seorang Islam mereka sepatutnya mempertahankan kesucian agama Islam, tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam seperti mencuri wang negara melalui manipulasi dan rasuah; menjalankan perniagaan yang dilarang syarak dan mengikut cara hidup bukan Islam seperti minum arak dan berjudi.

Siapakah ustaz-ustaz sesat yang dimaksudkan oleh Azhar Idrus? Yang past mereka adalah ustaz-ustaz yang menjadi dalang untuk memberi penerangan kepada umum dengan matlamat supaya menolak hudud. Siapa mereka? cuba imbas kembali ingatan dalam minda kita. Wajah-wajah ustaz sesat itu akan muncul. InsyaAllah!

Yang menghairankan , mengapa orang-orang seperti ini masih ada penyokong malah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyebarkan fitnah untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin sebegini dan masih mahu umno menerajui kerajaan Malaysia.

umno berhantu atau orang-orangnya hantu


lepak sini jap  release tension anda

Batu Nisan Ameno
Gambar Penjawat Awam Wanita Dirakam Ketika Kencing/Berak di Komtar

wakaka

adios


READ MORE- umno berhantu dan kewujudan ustaz-ustaz sesat

DS Nizar mandi darah di Trong

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (lahir Mac 17, 1957) adalah yang bekas Menteri Besar (MB) negeri Perak. Nizar Jamaluddin merupakan setiausaha Parti PAS Cawangan Perak. Nizar telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 tetapi digulingkan pada Januari 2009.

Nizar mengetuai gabungan Pakatan Rakyat di Perak yang terdiri terutamanya daripada ahli terutamanya dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan partinya sendiri, PAS. Nizar adalah MB pertama dari gabungan Pakatan Rakyat.

Dilantik oleh Putera Mahkota Perak Raja Nazrin Shah. Pelantikannya telah diselubungi kontroversi, terutamanya kerana parti itu adalah parti terkecil dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Beliau mengangkat sumpah pada 17 Mac 2008 bersamaan hari lahir 51 beliau.

Nizar Jamaluddin adalah graduan kejuruteraan dari Universiti Aston di Birmingham, United Kingdom. Beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Datuk Seri DiRaja Tajol Rosli Mohd. Ghazali daripada Barisan Nasional. Nizar adalah anak kacukan melayu (bapa) dan cina (ibu).

darah memercik ke muka dan baju DS Nizar ketika melaksanakan sembelihan 

Siapa yang berani menyembelih haiwan dia memang berhati waja. Si bacul tidak akan menyembelih malah melihat darah pun dia pitam. Melihat lembu diikat pun dia sudah nangis ma. 


adios
READ MORE- DS Nizar mandi darah di Trong

Kate Middleton Calon Paling Popular Watak Gadis Bond Akan Datang

Rakyat Britain telah memilih Kate Middleton untuk menjadi jadi dampingan James Bond seterusnya. Undian dibuat oleh MendKind sempena menyambut filem terbaru Bond yang akan mula ditayangkan pada bulan hadapan.

Dalam undian itu rakyat Britain telah memilih Kate sebagai calon yang paling dikehendaki untuk beraksi di sisi Bond. Kate telah mengalahkan sembilan calon lain yang terdiri daripada Rihanna di tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Beyonce.

Bintang realiti Kim Kardashian hanya menduduki tempat ke empat manakala model seksi Kelly Brook menduduki tempat ke tujuh.

Turut dicalonkan dalam undian itu ialah penyanyi Cheryl Cole tempat ke lima, Megan Fox tempat ke enam, Jessie J tempat ke lapan,Scarlett Johansson ke sembilan dan supermodel Kate Moss hanya menduduki tempat ke sepuluh.

Persoalannya adakah Putera William akan membenarkan isterinya berlakon dalam filem James Bond sekiranya ada pihak yang menawarkan watak gadis bond kepada kate untuk siri James Bond yang akan datang?

Gadis bond selalunya akan beraksi bogel dan seksi. Adegan ranjang yang memerlukan gadis bond berbogel dengan James Bond adalah daya penarik utama dalam setiap siri James Bond. Mahukah seorang suami yang berpengaruh dan bakal mewarisi tahta Britain membenarkan setiap inci tubuh isterinya dipertonton seluruh dunia?

Jika harapan rakyat Britain ini ditunaikan , orang yang paling beruntung ialah pemegang watak James Bond itu sendiri kerana dapat beraksi bogel diranjang bersama isteri seorang anak raja terkemuka di dunia.-yahoo

wakaka

Kaki skodeng Rakan Curi Gambar PA Di Tandas Komtar

adios
READ MORE- Kate Middleton Calon Paling Popular Watak Gadis Bond Akan Datang

Kaki Skodeng Rakam Curi Gambar PA Wanita Kencing/Berak Di Tandas Komtar

GEORGE TOWN, 25 Okt - Seorang kaki skodeng berkeliaran mencari mangsa di pejabat pentadbiran Pulau Pinang di Komtar di sini telah merakam gambar penjawat awam wanita di tandas, memaksa kerajaan negeri mengetatkan kawalan keselamatan dan memasang kamera litar tertutup tambahan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus berkata dua penjawat awam wanita telah melaporkan bahawa mereka melihat tangan memegang kamera di bawah pintu kubikel tandas mereka untuk merakam curi gambar wanita berkenaan di tandas wanita tingkat 30.

"Insiden pertama berlaku kira-kira 10:15 semalam.Beberapa minit selepas itu, seorang lagi pekerja wanita juga perasan akan tangan menggelongsor di bawah pintu dengan kamera dan dia mula menjerit," katanya.

"Wanita itu melaporkan kejadian kepada penyelia beliau dan mereka melakukan carian seluruh tingkat itu tetapi tidak dapat menemui suspek," katanya.

Berikutan siasatan lanjut, Farizan berkata beberapa pekerja telah melaporkan melihat seorang lelaki dan seorang wanita yang bertindak mencurigakan di sepanjang koridor tingkat itu.

Tidak ada kamera CCTV di sepanjang tingkat ini.Farizan berkata mereka akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tingkat tersebut.

"Kebanyakan tahap di Komtar dilengkapi dengan CCTV kecuali di beberapa termasuk tingkat 30," katanya.-TMI

macam-macam ada
bladigol tu gila sex atau bertujuan mencemar nama baik penjawat awam tertentu.
Dapat tangkap kalu kasi bogel dan rakam gambar bogel dia pulak. Kote dia pasti kecut punya.. wakaka
Sebar di internet- biar dia dan keluarga dia malu. Baru dia tau... 

wakaka

adios
READ MORE- Kaki Skodeng Rakam Curi Gambar PA Wanita Kencing/Berak Di Tandas Komtar

Nak Kekal Jadi Jantan Hebat? Mai Sini

Kesihatan buah pinggang dan jantung adalah sangat penting kepada manusia terutama lelaki. Tabib cina dahulu kala menggunakan pelbagai kaedah termasuk menggunakan sumbu badak dan organ harimau bagi memulihkan kekuatan buah pinggang lelaki serta menggunakan ginseng untuk melancarkan perjalanan darah dari jantung ke seluruh badan demi mengekalkan kekuatan 'kejantanan'lelaki.

Dengan penggunaan petai sebagai sumber rawatan dan pencegahan kencing manis dan menguatkan buah pinggang, lelaki boleh kekal sihat dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami seperti biasa.


KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.


Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.


Nasihat gua pada semua lelaki, jangan abai kesihatan terutama berkaitan kejantanan anda. Awasi kencing manis , ia musuh no. 1 keberfungsian zakar anda. Amalkan petua pemakanan yang sesuai supaya anda kekal 'jantan terhebat' untuk isteri anda.

Jangan sampai anda keluar pintu depan (bekerja) bangla masuk pintu belakang mengerjakan isteri anda. Bunyi macam seloroh tapi hakikatnya banyak berlaku. Fikir-fikirkanlah.

wakaka
adios
READ MORE- Nak Kekal Jadi Jantan Hebat? Mai Sini

Fenomena Ajaib- Gambar Gambar Air Laut Dan Ombak Beku

Subhanallah! Allah telah menjadikan laut itu beku seperti seolah-olah ia berada di Kutub Utara. Mengikut kajian, kejadian pelik itu berpunca daripada campuran air laut dan air tawar yang kemudian air laut itu bertindak balas menjadi keras. Semuanya adalah atas keizinan Allah SWT.




Semua gambar dan teks adalah ihsan Melayukini.net 

sila ke sana untuk lebih banyak gambar menarik


adios
READ MORE- Fenomena Ajaib- Gambar Gambar Air Laut Dan Ombak Beku