KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, December 1, 2012

"RM26 Billion Hasil Projek Melibatkan Rosmah" Deepak Bikin Panas Lagi

KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.

Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.

Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.

Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.

Harakahdaily.com


adios
READ MORE- "RM26 Billion Hasil Projek Melibatkan Rosmah" Deepak Bikin Panas Lagi

Nampak Gambar Guan Eng Asah Pisau, Adnan tukar kenyataan... wakaka


Kah kah kah...

Padan muka, lain kali kalau tak berani jangan cari pasal gatal mulut!

Menteri besar Pahang, Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika Barisan Nasional (BN) tewas di kawasan Bentong.

"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...

"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.

"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannyabahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

lawak sesekali...wakaka
Adakah kerana nampak guan eng asah pisau kat link di bawah ni?


adios
READ MORE- Nampak Gambar Guan Eng Asah Pisau, Adnan tukar kenyataan... wakaka

Salam Kasih Sayang dari Gaza Kepada Seluruh Dunia

Good evening everyone, From Gaza to the World !
WE LOVE YOU ♥


Countries that Voted 'No' for the Palestinian State are :
Canada, United States, Panama, Marshall Islands, Czech, Israel, Micronesia, Palau, Nauru.

*Absent Countries are : Andorra, Australia, Bahamas, Barbados, Bosnia and Herzegovina, Bulgaria, Cameroon, Colombia, Croatia, Democratic Republic of Congo, Albania, Estonia, Fiji, Germany, Guatemala, Haiti, Hungary, Latvia, Lithuania, Malawi, Monaco, Mongolia, Montenegro , Netherlands, Papua new Guinea, Paraguay, Poland, Republic of Korea, Moldova, Romania, Rwanda, Samoa, San Marino, Singapore, Slovakia, Slovenia, the Republic of Macedonia, Togo, Tonga, United Kingdom and Northern Ireland, Vanuatu.

USA and Israel Government's are mourning right now, They learned that they are not the WORLD !

yahudi ni ikhlas ke tidak?



Tahniah palestine. Jangan biarkan Palestine menjadi seperti Malaysia. Mesir dan Turki.
basmi sekularisme sebelum menjadi wabak. Sukar diubati. 

adios
READ MORE- Salam Kasih Sayang dari Gaza Kepada Seluruh Dunia

Ekoran sokongan hebat kepada DAP Bentong Guan Eng sedia potong telinga Adnan



Rakyat Bentong bangkit dan berarak ke seluruh kawasan parlimen sebagai tindakbalas kepada kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang "mempertaruhkan" telinganya jika DAP menang di Bentong.

Di dalam satu jawapan yang cukup dasyat Adnan Yaakob berkata:

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Malah beliau dengan sombong dan angkuhnya berkata bahawa sekalipun Lim Guan Eng bertanding di Bentong, beliau akan kalah.


wakaka


adios
READ MORE- Ekoran sokongan hebat kepada DAP Bentong Guan Eng sedia potong telinga Adnan

Jom Dating Dgn Meyda Sefina Malam Niii di Kota Bharu


Meriahkan progran Bicara Selebriti malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
READ MORE- Jom Dating Dgn Meyda Sefina Malam Niii di Kota Bharu

Perkhidmatan internet di seluruh Syria terputus

DAMSYIK - Perkhidmatan internet di seluruh Syria dilaporkan terputus sejak kelmarin, hingga mencetuskan perbalahan apabila tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak saling menuduh antara satu sama lain sebagai penyebab insiden itu.

Menurut aktivis, telefon bimbit juga tidak dapat digunakan di beberapa kawasan termasuk di ibu negara.

Insiden gangguan internet tersebut adalah pertama kali di negara itu sejak ia mula bergolak kira-kira 20 bulan lalu.

Stesen televisyen tempatan melaporkan masalah itu berpunca daripada masalah teknikal yang melanda beberapa wilayah.

Difahamkan, pihak berkuasa Syria sering memotong talian telefon dan perkhidmatan di beberapa kawasan untuk mengelakkan kumpulan pemberontak berkomunikasi sesama mereka apabila tentera Assad melancarkan operasi ketenteraan.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pemerhati hak asasi manusia melaporkan berlaku pertempuran sengit antara tentera dan kumpulan pemberontak di kawasan berhampiran lapangan terbang Damsyik, namun keadan dikatakan kembali reda, semalam . - AP


adios
READ MORE- Perkhidmatan internet di seluruh Syria terputus

Palestine Kini negara berdaulat. AS dan Israel bengang. wakaka

Perhimpunan Agung PBB telah mengundi secara besar-besaran untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan ahli - satu langkah yang amat ditentang oleh Israel dan AS.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata ini adalah "peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara" dengan Israel.

Duta PBB Israel berkata kepputusan itu menolak proses damai "ke belakang", manakala AS berkata langkah itu adalah "malang".

Palestin kini boleh mengambil bahagian dalam perbahasan PBB dan berpotensi menyertai badan-badan seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perhimpunan mengundi 138-9 memihak, dengan 41 negara-negara berkecuali.

Beratus-ratus rakyat Palestin meraikan kejayaan itu pada jalan-jalan di Ramallah, di Tebing Barat selepas keputusan diumumkan..

Abu Mazen
Mahmoud Abbas yang juga dikenali sebagai Abu Mazen membuat ucapannya di New York sebelum 23:00 waktu tempatan ketika orang ramai yang mengibarkan bendera berkumpul di sekeliling skrin besar membawa makanan segar.

Bunga api dilepaskan di Ramallah dengan berita keutusan undian. Walaupun Palestin akan melihat sebarang perubahan di atas tanah dengan berkuat kuasa serta-merta.

Terdapat juga yang berharap bahawa akses kepada badan-badan PBB akan membawa hak-hak baru. Satu permohonan yang berjaya untuk menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa boleh digunakan untuk menuduh Israel melakukan jenayah perang atau membuat tuntutan undang-undang lain terhadapnya.

Palestin meraikan hari bersejarah

"Enam puluh lima tahun yang lalu pada hari ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai resolusi 181, yang membahagikan tanah bersejarah Palestin kepada dua negeri dan menjadi sijil kelahiran bagi Israel," kata Encik Abbas sejurus sebelum undi di New York.

"Perhimpunan Agung hari ini telah mengeluarkan sijil kelahiran realiti Negeri Palestin," katanya.

Tetapi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa kenyataan Mahmoud Abbas di New York tidak melambangkan "kata-kata lelaki yang mahukan keamanan".

Penentang  keputusan mengatakan sebuah negara Palestin harus muncul hanya daripada rundingan dua hala, seperti yang dibentangkan dalam tahun 1993 selaras keamanan Oslo

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menegaskan keputusan sebagai undi "malang dan kaunter-produktif", berkata ia meletakkan lebih banyak halangan pada jalan kepada keamanan.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon juga menyeru untuk mengadakan perbincangan lanjut, berkata resolusi menekankan keperluan untuk meneruskan rundingan damai yang bermakna.

UK berkecuali dari mengundi, seperti yang dilakukan Jerman. Republik Czech, Kanada, Kepulauan Marshall dan Panama adalah antara negara-negara mengundi dengan AS dan Israel.

Di Tebing Barat, orang ramai menyambut undi dengan mengibarkan bendera dan melaungkan "Allahu Akhbar!"

"Untuk kali pertama, terdapat sebuah negeri yang dipanggil Palestin, dengan pengiktirafan seluruh dunia," Amir Hamdan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Associated Press.

Alhamdulillah.

menangis kau Israel akhirnya.. wakaka
adios


READ MORE- Palestine Kini negara berdaulat. AS dan Israel bengang. wakaka

Friday, November 30, 2012

Air Mata Bercucuran di PWTC - bak mai tissue selai, wakaka

READ MORE- Air Mata Bercucuran di PWTC - bak mai tissue selai, wakaka

Naib Ketua Wanita Umno Berpaling Tadah

Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.

"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.

"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.

Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.

"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.

"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.

AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.

"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.

"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.

"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.

wakaka


adios
READ MORE- Naib Ketua Wanita Umno Berpaling Tadah

Membalas Tuduhan Terhadap TGNA dan PAS : Sedarilah Siapa sebenarnya sesat dan terbatal syahadah bukti di sini

'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam' dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Nah.. gua tambah sikit lagi untuk ajar mangkok-mangkok yang menghina Islam supaya bertaubat

a) Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.

Firman Allah (maksud ayat):" Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, kemudian dia mati dalam kekafiran..." Surah alBaqarah: 217.

Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama seperti seseorang yg mengkhianati negara dan penduduknya dengan berpaling tadah kepada musuh negara itu.
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fi Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah (Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.


b) Kufur : ia adalah lawan iman bermaksud ingkar.Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb, Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis. Seterusnya ialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur munafiq.

Firman Allah,"barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
maksud ayat Surah an Nisaa': 136
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)

c) Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman. Misalnya ia mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina; enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44); berikrar dengan kalimah kufur; ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam); mendustakan kenyataan alQur'an yang jelas (misalnya ingkar dengan kisah Nabi Yusof sebagai dongeng); membuat tafsiran palsu terhadap alQur'an dan sunnah, dll lagi

(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman
Khalid, al Hadd al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman) - al ahkam

Gunakan akal fikiran kurniaan Allah dengan bukti nyata (perbuatan dan tutur kata manusia tertentu) dan landaskan kepada panduan mengenali manusia sesat seperti di atas. Panduan di atas ditulis berlandaskan Al Quran bukan ciptaan gelorahatimuda, Dr Qardawi, atau TGNA.

Jika mereka sah dan nyata tergolong dalam golongan yang sesat berdasarkan Al quran seperti di atas, maka apa pula penyokongnya? Tidakkah mereka juga sesat kerana menyokong orang-orang yang sesat?

fikirkanlah dengan hati yang terbuka. dan jika ada pihak yang terasa 
dan mengakui kebenarannya maka bertaubatlah.

tapi 
tak nak taubat kaluuuu, itu lu punya pasal 
adios
READ MORE- Membalas Tuduhan Terhadap TGNA dan PAS : Sedarilah Siapa sebenarnya sesat dan terbatal syahadah bukti di sini

Thursday, November 29, 2012

terimalah special for u "Bala Returns" walaupun mereka telah mandi Tolak Bala


Himpunan Sarkas.."Alif Tendang Wau" UMNO bagaikan...."Melutut di Tepi Gantang"......hehe

Himpunan Umno terdesak ini penuh dengan Fitnah dan Tomahan Umno terhadap pembangkang. Ucapan-ucapan mereka hanya lah untuk memastikan mereka terus di beri kuasa dan mandat...sedangkan Persoalan-persoalan hakikat sebenarnya isu-isu rakyat masih lagi belum terjawab oleh Umno.

Pop Jib umno bagaikan hilang akal didalam ucapannya...lebih mirip melepaskan geram, ketakutan dan juga fohbia terhadap pembangkang dan rakyat. Mandat yang di berikan didalam ucapannya hanya lah semata-mata untuk memastikan beliau terus mendapat status VIP atau VVIP didalam kuasa agar tidak disabitkan kesalahannya. Dosa-dosa yang dilakukan oleh umno sepanjang pemerintahan mungkin di ampun oleh Allah di alam maya...tetapi adakah Allah tiada kuasa memberi Bala Petaka??. jika Allah berkeinginan untuk menjatuhkan BalaNya...bila-bila masa sahaja. Tetapi itu kuasa Allah mutlak.

Tahu kah Umno terhadap Bala?. Ini lah berlaku kekucaran didalam Himpunan sarkas ini. Sarkas juga penuh dengan adegan-adegan yang mungkin seram....kagum..dan ngeri. Tetapi....jika Allah timpakan Bala yang final....boleh kah Umno mengelaknya??.

Rakyat sentiasa berdoa...agar di jauhi Bala Petaka atau pun kemusnahan....Tetapi jika Bala yang mendatang???....Lu Pikkiaq La Sendiri.....hehehehehe- ibni battutah



episod seterusnya nantikan "return of the drebar @ supir" untuk menambah luka si polan


READ MORE- terimalah special for u "Bala Returns" walaupun mereka telah mandi Tolak Bala

Ada orang minta mahapppp!!! siap susun jari sepuluh lagii- merayu BN terus diundi.. wakaka

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.

Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.- sinar

Nak maapkan ke? kasi maap la yer.. tapi kasi hukum dulu
Tolak BN , hancurkan umno
wakaka

Undilah Pakatan Rakyat


adios
READ MORE- Ada orang minta mahapppp!!! siap susun jari sepuluh lagii- merayu BN terus diundi.. wakaka

Tiada Jihad Di Palestine, boikot produk Israel Adalah Kebodohan- ulama umno





























Sapa bagi taraf ulama pada dia ni?

Harap maaf gua tak beri link youtube kepada anda kerana bagi gua pemikiran songsang begini harus dielakkan agar tidak terpengaruh. Sesiapa yang masih terasaingin melihat videonya sila cari di youtube itu pun jika masih belum di privatekan oleh pemilik.

Hadis ni apa bende?

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
[Riwayat Bukhari]

KITA DAN PALESTIN :
1. Baitul Maqdis (yang barat sebut Jerusalem) adalah termasuk daripada tempat-tempat suci umat Islam selain daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah kerana didalamnya terdapat Masjidil Aqsa yang mulia. Baitul Maqdis menjadi sendi utama bagi aqidah dan ajaran Islam seperti yang dinukilkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallahualaihi wassalam..

2. Allah berjanji bahawa bumi Baitul Maqdis adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan sekitarnya. Perkataan ’barakna’ (yang Kami berkati) disebut sebanyak 6 kali dalam Al-Quran, hanya menerangkan tentang Palestine dan sekitarnya, menunjukkan betapa seriusnya penekanan Allah terhadap bumi Palestine. AlQuran adalah wahyu dan kalam Allah yang valid sampai bila-bila. Hebatnya bumi ini….

3. Baitul Maqdis merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Masjidil Haram di Mekah. Perpindahan kiblat ini berlaku setelah 17 bulan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

4. Disinilah berlakunya peristiwa Isra’ & Mikraj yang disebut dalam AlQuran dan dibaca sampai hari kiamat. Barangsiapa yang engkar atau ragu-ragu walau satu ayat dalam AlQuran, maka aqidahnya tidak sah.

5. Ia juga adalah tempat lahir atau tempat tinggal para Rasul terdahulu seperti Nabi Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Sulaiman, Salih, Zakaria, Yahya dan Isa. Sebahagian nabi-nabi juga dikebumikan disini.

6. Bumi Jihad. Tersebut didalam beberapa hadis sahih bahawa bumi ini adalah ”penjaga Islam” dan pusat Iman ketika zaman krisis dan huru-hara. Sesiapa yang tinggal didalamnya kerana Islam, maka dia adalah Mujahid/pejuang agama (riwayat al-Tabarani).

7. Ia adalah Tanah Wakaf yang diwarisi sejak zaman nabi-nabi terdahulu dan akan terus menjadi hak Umat Islam sampai bila-bila. Ia tidak boleh diserah atau dirampas oleh sesiapa walaupun sekelumit sekalipun.

8. Palestin adalah pusat strategik politik dunia. Sesiapa yang kuasai Palestin, maka dia sedang mendominasi dunia. Dulu, Empayar Rom, kemudian Khilafah Islam (ISLAM), kini polis dunia Israel-Amerika (YAHUDI/Nasara). InsyaAllah, masa depan yang gemilang untuk Islam.

wallahua'lam ... edit/hilight by : https://www.facebook.com/salmanalfarisy3000

BANDINGKAN PULAK DENGAN KAPIR DI AS NI PULAK


SERANGAN Serangan yang dilakukan Israel terhadap warga Gaza memantik sentimen anti-Israel. Harian Yediot Aharonot menulis, sentimen anti-Israel meningkat di seluruh dunia, terutama di Amerika SyarikaT 

"Sejak dimulainya operasi militer rejim Zionis di Jalur Gaza, gelombang protes anti-Israel meningkat di dunia," tulis harian berbahasa Ibrani itu pada hari Rabu (28/11).

Seraya mengutip keterangan salah satu lembaga Yahudi, akhbar tersebut menambahkan, perang antara Israel dan Hamas di Gaza telah menambah jumlah musuh Israel di universiti-universiti AS. Dikatakan, sejak serangan itu dimulai, sekitar 100 demonstrasi menentang Israel diumumkan di AS dan dua pertiga dari aksi itu dilakukan di kampus-kampus.

Aksi-aksi tersebut dihadiri oleh ribuan warga AS dan mereka meneriakkan slogan-slogan anti-Zionis. Para demonstran juga mengecam agresi Israel terhadap rakyat Palestin. Yediot Aharonot menyatakan bahawa demonstrasi itu juga diikuti oleh kelompok Yahudi yang menentang kehadiran Israel di tanah pendudukan Palestin. (IH)


ULAU belengkau atas pagau , amik kayu kotok palo eh.... 
wakaka

adios










READ MORE- Tiada Jihad Di Palestine, boikot produk Israel Adalah Kebodohan- ulama umno

Gua Pun Nak beri amaran - Shahrizat jangan main api soal perang Melayu tidak bodoh

Kebodohan pemimpin politik yang acap kali mengugut seolah-olah 13 mei satu senjata baru bagi mereka untuk menakut-nakutkan rakyat yang ingin mengubah kerajaan. Jika tidak tahu apa itu perang jangan main-main tentang perang.

Shahrizat perlu ingat,

Dikhuatiri penghapusan ethnik akan menjadi agenda utama orang-orang melayu sekiranya umno melancarkan 13 mei. Perang kali ini jika terjadi bukan melibatkan racisme sempit lagi tetapi melibatkan agenda dan pegangan politik dari sudut yang lebih besar iaitu nasionalisme melayu hakiki yang selama ini cuba dihakis sedikit demi sedikit oleh umno dengan penglibatan mamak dan bangsa-bangsa lain dalam umno.

Kebencian Melayu terhadap mamak, myanmar, bangla, vietnam dan pakistan yang dipendam selama ini akan dilepaskan di merata ceruk negara. Penghapusan ethnik-ethnik ini akan berlaku. Ini akan membuatkan hubungan Malaysia dengan dunia terjejas. Ekonomi hancur....

Sharizat jangan ingat melayu bodoh, Melayu berbeza dengan bangsa-bangsa lain. Melayu itu unik , berbalah dalam isu harian tetapi bersatu dalam dalam perang.

Adakah Shahrizat yakin perang berasaskan politik sempit kepartian akan berlaku?

Dengan andaian 50% melayu 80% cina dan 80% india menyokong PR, berbanding 50% melayu, 20%cina, 20% india, 100% myanmar, 100% bangla, 100% Indonesia, 100% pakistan dan 100% vietnam menyokong umno;

Jika itu andaian yang diguna pakai Shahrizat untuk menakut-nakutkan rakyat akan terjadinya 13 Mei sekiranya umno kalah, Sharizat silap BESAR. Perang mana-mana pun tidak menguntungkan sesiapa. Malaysia akan rugi besar jika perang saudara berlaku. Tapi kalau Shahrizat teringin nak merasa dan nak tengok apa yang gua nyatakan di atas itu berlaku. Silakannn.

Seruan gua buat Sharizat..

Tolong sedar diri sikit.. kalau bodoh sila bodoh sorang-sorang. Nak selak kain, selaklah kain sorang-sorang, Jangan sebarkan kebodohan untuk jadi habuan gelak tawa orang lain.

angin Gaza masih dalam tubuh gua ni. Nak sangat perang jom la...

wakaka

adios

READ MORE- Gua Pun Nak beri amaran - Shahrizat jangan main api soal perang Melayu tidak bodoh

bayangkan ulangan peristiwa 13 Mei Jika Umno Kalah . cis bacul!!!..

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.
READ MORE- bayangkan ulangan peristiwa 13 Mei Jika Umno Kalah . cis bacul!!!..

IBU REMAJA YANG TERBUNUH: "MINTA MURSI JANGAN TUNDUK KEPADA TEKANAN"

IBU ISLAM MAS'OD: "MINTA MURSI JANGAN TUNDUK KEPADA TEKANAN"

Semalam, isteri Presiden Mesir, Najla' Mahmud menziarahi keluarga Allahyarham Islam Mas'oud, pemuda Ikhwan Muslimin yang terbunuh dalam pertempuran dengan samseng di Damanhur. Najla' yang tiba beberapa minit sebelum azan Maghrib berkumandang disambut oleh ibu mangsa, Muna Badr.

Antara pesanan beliau kepada Najla' meminta Presiden Mursi jangan tunduk kepada tekanan kepada mereka yang mahu keputusan yang dikeluarkannya dibatalkan khasnya mereka yang berkampung di Tahrir ketika ini.

Sejuk mata melihat isteri ketua negara bertudung dan menutup aurat, berbeza isteri Mubarak sebelum ini. Mungkin ini yang tidak disenangi oleh Hamdin Sobahi, Mohammad Baradie dan Tihani Gabali- ditulis oleh abdul malik



wakaka
adios
READ MORE- IBU REMAJA YANG TERBUNUH: "MINTA MURSI JANGAN TUNDUK KEPADA TEKANAN"

Wednesday, November 28, 2012

Mesir Berdarah. Puak Sekular Pro Hosni Mubarak Mengganas lagi 200 cedera 4 parah


Malam ini, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah. Semalam, pertempuran yang sama berlaku di bandar Tanta, sebelumnya di Damanhur dan Iskandariah. Dalam kejadian malam ini yang disasarkan ke atas Pejabat Ikhwan dan partinya, FJP, lebih 200 aktivis Ikhwan cedera, empat darinya parah.

Sementara itu, seorang pimpinan FJP Mahalah mengemukakan aduan kepada Peguam Negara bagi mendakwa Ketua Polis wilayah Gharbiyah atas dakwaan tidak bertindak mengawal suasana bahkan ketiadaan pasukan keselamatan di sekitar lokasi pertempuran menimbulkan pelbagai persoalan

Keengganan pasukan keselamatan untuk mengawal Pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP kini mula menjadi tanda tanya. Adakah masih terdapat pegawai tinggi polis dari kalangan 'fulul' Mubarak.

Naib Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mahmoud Izzat berkata, pada malam ini iaitu sewaktu pertempuran antara aktivis Ikhwan dan kumpulan samseng di bandar Mahalah, sekali lagi pasukan polis tidak mengawal dan bertindak ke lokasi kejadian walaupun telah mencederakan ratusan orang. Beliau berkata, situasi yang sama berlaku semalam di Tanta dan sebelumnya di Iskandariah dan Damanhur yang menyaksikan seorang pemudanya, Islam Mas'oud terkorban. Bahkan, pemimpin Ikhwan tempatan telah berkali-kali menghubungi pasukan polis bagi mohon campurtangan mereka, namun gagal.

Semalam juga, Anggota Jawatankuasa FJP Pusat, Dr.Mohammad El-Baltaji mendakwa, pihaknya mempunyai banyak bukti bahawa Pejabat FJP Iskandariah yang dibakar Jumaat lepas didalangi oleh seorang pegawai tinggi dari Agensi Perisikan negara (Mukhabarat) yang merupakan orang kanan Omar Suleiman, bekas Ketua Perisikan Mesir di zaman Mubarak.

Menurut Beltaji, pihaknya enggan menyiarkan nama pegawai terbabit tetapi dia dilihat membahagi-bahagikan wang kepada kumpulan samseng untuk mereka merosakkan dan membakar pejabat parti tersebut di saat sebahagian besar penyokong Ikhwan dan FJP berhimpun di Istana Ittihadiyah, Kaherah bagi menyokong Mursi. Peluang tersebut diambil oleh kumpulan Hamdin Sobahi dan Baradie untuk merosakkan pejabat-pejabat Ikhwan di beberapa wilayah


100,000 banjiri dataran tahrir tuntut mursi lepas jawatan presiden

Other marchers – who took to the streets in numbers similar to those that toppled Mubarak – called for Morsi not merely to rescind his decree but to step down from the presidency. The chant of the 2011 revolution – "The people want to bring down the regime" – was echoed in other major Egyptian cities, including Alexandria and Suez.petikan dari guardian

Kenyataan yang ditulis guardian membayangkan kebenaran laporan yang unit risikian Mesir yang mendakwa Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). berkomplot untuk;

1) Membubarkan Dewan Senat (Syura)
2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara
3) Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi sekaligus Mursi akan dipecat dari jawatannya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau bersumpah dengannya di awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah.

Menurut guardian lagi perusuh-perusuh melaungkan perkataan 'diktator' merujuk kepada Mursi atas tindakannya mengumumkan dekri yang memeranjatkan dunia pada 22 Nov 2012.



adios
READ MORE- Mesir Berdarah. Puak Sekular Pro Hosni Mubarak Mengganas lagi 200 cedera 4 parah

Ini Penerangan Tentang murtad dan kafir untuk pengetahuan semua , penting untuk menangkis tohmahan musuh islam

HUKUM TETAP HUKUM!!! Boleh murtad jika perlekeh Islam , yang UMNO dok terasa kenapa?

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

"Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.

Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Nah.. gua tambah sikit lagi untuk ajar mangkok-mangkok yang menghina Islam supaya bertaubat

a) Murtad: adalah salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.

Firman Allah (maksud ayat):" Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, kemudian dia mati dalam kekafiran..." Surah alBaqarah: 217.

Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama seperti seseorang yg mengkhianati negara dan penduduknya dengan berpaling tadah kepada musuh negara itu.
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fi Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah (Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.


b) Kufur : ia adalah lawan iman bermaksud ingkar.Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb, Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis. Seterusnyaialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur munafiq.

Firman Allah,"barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
maksud ayat Surah an Nisaa': 136
(Rujukan: Prof Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)

c) Terbatal syahadah: Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman. Misalnya ia mempersendakan hukum merejam dengan batu bagi pesalah zina; enggan berhukum dengan hukum Allah (al Maidah: 44); berikrar dengan kalimah kufur; ingkar terhadap sesuatu yang sudah maklum dalam agama (misalnya enggan berpuasa kerana mendakwa melemahkan ekonomi umat Islam); mendustakan kenyataan alQur'an yang jelas (misalnya ingkar dengan kisah Nabi Yusof sebagai dongeng); membuat tafsiran palsu terhadap alQur'an dan sunnah, dll lagi

(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman
Khalid, al Hadd al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman)-al ahkam

Islam cara lu hak lu Islam cara gua hak gua. Kalu Islam lu tak sama dengan Islam gua maka lu jangan meroyan nak ajak  saudara-saudara gua join Islam cara lu.. simple!!! 

adios
READ MORE- Ini Penerangan Tentang murtad dan kafir untuk pengetahuan semua , penting untuk menangkis tohmahan musuh islam

MB Khaled memang terbaekkk! Tetap berkeras tolak Langat 2

enteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kempen kekurangan air di Selangor oleh pihak-pihak tertentu adalah kempen tipu rakyat ekoran penolakan kerajaan negeri terhadap projek Langat 2.

“Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai dua tahun akan datang (selepas ia selesai).

“Lebih baik buat kempen kurangkan air tidak ada hasil (dari kempen tiada air),” katanya.

“Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik.

“Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selangor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat,” katanya dipetik Harakah Daily pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) pagi semalam.

Khalid berkata, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri.

“Kita tidak buat dengan betul. Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (value for money),” katanya.

Beliau mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN supaya tidak menjadi wakil rakyat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau berkata demikian ketika berhujah dengan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat.

Ia dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Talha.

Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid meminta beliau menjelaskan benar atau tidak kerajaan negeri menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water – NRW).

Khalid menjelaskan, pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu.

Tegas beliau, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstrukturkan semula pekhidmatan air di Selangor.

“Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini adalah lebih kepada ‘contract management’ bukannya ‘resource management’.

“Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada,” katanya.
READ MORE- MB Khaled memang terbaekkk! Tetap berkeras tolak Langat 2

Rancangan jahat jatuhkan Mursi Didedah - Ehud Barak Letak Jawatan

Hamdeen Sabahi
Sebelum Presiden Mursi mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dunia pada 22 November, Khamis lalu, satu maklumat yang sahih disampaikan oleh Badan Perisikan Negara bahawa terdapat satu perjumpaan sulit berlangsung antara Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). Pertemuan rahsia ini berlangsung di rumah Murtadha Mansour (seorang peguam dan orang kanan Mubarak).

Mereka berbincang bagi hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan bersidang pada 2 Disember akan datang. Dalam sidang, mereka ini merancang untuk hakim-hakim membuat tiga keputusan berikut:

1) Membubarkan Dewan Senat (Syura)
2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara
3) Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi sekaligus Mursi akan dipecat dari jawatannya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau bersumpah dengannya di awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah.

Apabila laporan perisikan ini sampai di atas meja Mursi, beliau tiada pilihan.Jika benar, tarikh 2 Disember merupakan tarikh hitam buat sejarah 25 Januari. Maka Mursi memintas lebih awal pada Khamis, 22 November lepas dengan keputusan baru seperti di bawah;

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula. (Kerana sehingga hari ini semua kes yang dibicarakan menyaksikan tertuduh dibebaskan oleh mahkamah ekoran pendakwaan yang dikemukakan terlalu lemah dari sudut bukti).

2) Bahawa semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah. Maka sekaligus menamatkan semua kes-kes pendakwaan yang sedang dibicarakan di mahkamah waktu ini. (Ia merangkumi kes pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Senat dan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan).

3) Bahawa bagi Presiden Republik apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan (iaitu dilanjutkan selama 2 bulan) dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. (Bagi mengelakkan Mahkamah Tinggi Perlembagaan membubarkan dua institusi milik rakyat ini seperti yang dilakukan kepada Dewan Rakyat yang telah dibubarkan).

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

Persoalan, bagaimana pertemuan sulit yang hanya dihadiri oleh beberapa individu di lokasi yang agak rahsia boleh terlepas ke tangan orang lain? Mungkin kehebatan Unit Perisikan Mesir. Yang pasti, ia satu 'campurtangan' Allah.untuk membantu Mursi dan kemenangan Islam. - laporan oleh Abdul Malik

Kesederhanaan Mursi


Menteri Kewangan Mesir, Mumtaz Sa'id dalam temubual terbaru dengan sebuah majalah "El-Hiwar" berkata, sejak menjadi Presiden, Dr.Muhammad Mursi tidak pernah menggunakan elaun keraian dan perjalanan dalam lawatan ke luar negara sama ada ke Iran, Amerika, Saudi, China dan Turki. Bahkan sewaktu menziarahi Saudi yang disertai oleh isteri dan anak-anaknya, kesemua mereka menggunakan wang poket sendiri, bermula urusan tiket kapal terbang hingga penginapan,makan dan minum.

Mursi juga masih kekal tinggal di rumah sewa di Tajammuk Khomis dan menolak untuk tinggal di Istana Ittihadiyah, bahkan menjadikan istana-istana Presiden sebagai pejabat rasmi dan pusat aduan rakyat.

Mursi juga membatalkan kenderaan pengiring Presiden yang berjumlah tidak kurang 400 buah pada zaman Mubarak kepada hanya 20 buah dan tidak menutup jalan-jalan raya yang dilaluinya kepada pengguna yang lain.- laporan oleh Abdul Malik


Sementara itu

Mahmud Zahar,pemimpin kanan HAMAS menegaskan bahawa Peletakan jawatan Menteri Pertahanan Israel,Ehud Barak hari ini menjadi bukti kukuh kekalahan Israel dalam perang ke atas Gaza baru-baru ini.

Barak mengundurkan diri dari jawatan tersebut pagi tadi dan mengumumkan untuk bersara dari politik.



adios
READ MORE- Rancangan jahat jatuhkan Mursi Didedah - Ehud Barak Letak Jawatan

Tuesday, November 27, 2012

Mengajar Agama Kepada Pencacai Yang Bangang

Nik Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Haron Din pada hari ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-58, hari ini
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.
Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.
Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.
“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.
Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.
“Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?
“Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.
Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.
“Tak kira siapa pun... tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu,” katanya.

Murshid: Doa hancurkan organisasi tidak salah
Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.

Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi

Mohd Asri (berdiri, dua kiri) berbincang sesuatu dengan peserta kembara sebelum meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, semalam.
KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.

“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,”



Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

==================================
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan..

adios

READ MORE- Mengajar Agama Kepada Pencacai Yang Bangang

Mesir Bergolak: Pemuda mati, Pejabat Ikhwan Dibakar

Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak tadi bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.

Di Iskandariah, lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah, yang terletak dekat masjid tersebut, Jumaat lalu. Bagi mereka, tindakan samseng yang penngecut tersebut dibuat kerana pada hari Jumaat tersebut sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah. "Hari ini, mereka dapat melihat bahawa masih ramai rakyat di Iskandariah yang bersama Mursi."

Himpunan turut diadakan di beberapa lokasi di Kaherah, antaranya di Masjid Rab'ah dan Masjid Khazandar di Syubra. Selain itu, puluhan ribu membanjiri lokasi utama di Suez, Bani Suwef,Dumyat, Port Said, Mansurah, Fayyum dan Menufiyah.

Meskpin rakyat keluar tanpa sebarang senjata, tetapi musuh Ikhwan menggunakan kumpulan samseng untuk terus menyerang pejabat mereka hingga menyebabkan kematian kepada seorang pemuda, Islam Fathi Mas'd (gambar) yang berusia 15 tahun. Beliau meninggal dunia setelah kumpulan samseng menyerang Pejabat Ikhwan di Damanhur.

Albaradei Pengkhianat

Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu.

Intim sungguh hubungan Barad'ie dengan Amerika. Masakan tidak, Barad'ie pernah berkhidmat dengan PBB sebelum ini. Inilah tokoh aliran liberal/sekular yang akan menentang habis-habisan pelaksanaan syariat Allah atas muka bumi Mesir. Dia juga antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

PROVOKASI LUAR INGIN JATUHKAN MESIR

Mufti Pergunungan Lubnan, Syeikh Muhammad Ali Juzu mengingatkan kemungkinan apa yang berlaku di Mesir waktu ini terdapat "unsur provokasi asing menentang Presiden Mursi dan rakyatnya" setelah pendirian Mesir kali ini yang menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan umat Islam di Gaza ketika diserang Israel minggu lalu.

Tambahan menurut beliau, keengganan Mesir menutup pintu sempadan Rafah menambahkan 'kesengsaraan' musuh Mesir yang menyebabkan bantuan kemanusiaan datang mencurah-curah kepada Gaza, berbeza dengan tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza tahun 2008 dahulu.

Bagi saya, kenyataan Mufti Lubnan ini ada benarnya kerana ia seakan-akan dirancang. Lebih jelas, sudah lima hari kumpulan samseng 'mengamuk' di Jalan Mohammad Mahmud menentang pasukan polis yang tidak diketahui matlamat mereka, kebanyakan mereka adalah masih di awal usia 15 tahun.

Semoga Allah cabut nyawa Al baradei secepat mungkin

READ MORE- Mesir Bergolak: Pemuda mati, Pejabat Ikhwan Dibakar

Marj al-Sultan- satu lagi pengkalan udara Bashar ditawan pejuang

Nov 25 (Reuters) - Tentera Pembebasan Syria telah menawan pengkalan helikopter tentera Syria di kilometer 15 Damascus timur selepas pertempuran semalaman. Ini adalah pengkalan udara kedua yang jatuh ke tangan tentera Pembebasan Syria dalam masa sebulan.

Satu video internet yang didakwa pejuang sebagai dirakam di pengkalan Marj al-Sultan menunjukkan pejuang membawa senapang AK47 mengawal kemudahan tentera Bashar itu. Sebuah senjata anti pesawat dilihat diletakkan di atas bunker. Dan komander tentera pejuang dilihat berada di sebelah sebuah helikopter yang ditawan.

Video itu juga memaparkan komander tentera pembebasan Syria berucap."Dengan izin Allah, pengkalan udara Marj al-Sultan di tumur Ghouta telah ditawan," kata commander itu dalam video tersebut.

Pejuang mendakwa dua helikopter dan sebuah stesen radar telah dimusnahkan manakala 15 orang tentera Basyar ditawan.

Minggu lalu pejuang menawan pengkalan udara di hajar al-Aswad yang terletak di selatan Damascus. Mereka merampas pelbagai jenis senjata dan kelengkapan ketenteraan sebelum meninggalkan pengkalan tersebut untuk mengelak serangan balas tentera Basyar.


adios
READ MORE- Marj al-Sultan- satu lagi pengkalan udara Bashar ditawan pejuang

Tinju welterweight: Wajah Berto berubah hingga tidak dikenali akibat dibelasah Guerrero






















Andre Berto, bekas 147-paun juara kelas juara middleweight, selepas mengharungi pertarungan 12 pusingan. Pertarungan tanpa belas kasihan dengan Robert Guerrero pada malam Sabtu lalu itu menyebabkan bekas juara mengalami bengkak teruk di muka dan mengubah wajahnya sehingga tidak serupa sebelumnya.

Guerrero menang dengan keputusan sebulat suara 116-110, dan kini memiliki rekod 31-1-1 dengan 18 knockouts.

"Saya telah memberitahu Andre bahawa saya akan menjatuhkannya, jadi saya terpaksa menjadi manusia yang mengotakan kata," Guerrero berkata. "Tetapi dia mempertahankan dirinya seperti seorang juara yang sebenar."

adios
READ MORE- Tinju welterweight: Wajah Berto berubah hingga tidak dikenali akibat dibelasah Guerrero

Sweden negara pertama hantar dana ke Gaza - Salur $ 2.3juta

Semasa perang lapan hari baru-baru ini, Gaza telah mengalami kemusnahan teruk dimana kira-kira 1,500 bangunan di Gaza telah rosak dan 231 rumah telah musnah, manakala korban awam berdiri sekurang-kurangnya 140 (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB).

Minggu ini, UNRWA menyediakan tilam, selimut, dan kit kebersihan kepada hampir 12,000 Gaza yang melarikan diri dari rumah mereka dan berlindung di bangunan sekolah milik Agensi itu. UNRWA juga terus memberi peruntukan tetap untuk bantuan makanan dan bantuan perubatan kepada sehingga 800,000 pelarian di Gaza.

Sweden menjadi negara pertama menghulurkan bantuan ke Gaza selepas perang singkat itu. USD 2.3juta disumbangkan oleh Sweden melalui Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa Sweden (SIDA) sebagai menyahut seruan/rayuan bantuan kemanusiaan pembiayaan segera kepada UNRWA, sebagai peruntukan bagi keperluan semasa di Gaza.

Keluarga yang melarikan diri dari rumah mereka semasa keganasan memerlukan bantuan makanan dan wang tunai, tilam, selimut, dan kit yang mengandungi sabun dan keperluan rumah yang lain.

Bantuan juga turut diperlukan untuk Pembaikan segera rumah pelarian, serta pusat pengedaran makanan UNRWA dan klinik yang telah rosak, penyediaan bekalan perubatan dan bahan api dan penyingkiran sisa dan runtuhan.


adios
READ MORE- Sweden negara pertama hantar dana ke Gaza - Salur $ 2.3juta

Inilah Askar Israel Yang Nak Serang Iran - nampak roket terus gila meroyan.. wakaka

Inilah tentera kebanggaan Israel.. nak serang Iran konon.. wakaka

Inilah askar dalam video di atas

Berikut Adalah Gambar-Gambar Tentera 
Yahudi Zionis Yang menangis Ketakutan










Tentera terbaik dunia konon... wakaka


adios
READ MORE- Inilah Askar Israel Yang Nak Serang Iran - nampak roket terus gila meroyan.. wakaka

Monday, November 26, 2012

Identiti Baru Ameno Ke Ni? - .. geli beb!


Adakah mereka akan menukar identiti daripada songkok tinggi kepada ketayap putih merah?

wakaka
kita tunggu perhimpunan mereka, apa rupa agaknya.
READ MORE- Identiti Baru Ameno Ke Ni? - .. geli beb!

Sunday, November 25, 2012

Ibarat jantan malang mati bini dan hilang gundek-wakaka


takde berita baik ari ni

layanlah gambar ni.. tengok muka haramjadah dua ekor kat bawah tu.. wakaka
Ibarat jantan malang kematian bini dan kehilangan gundek-wakaka


Pemimpin Hamas bergelak ketawa tanda gembira setelah termeterainya gencatan senjata yang memberi ruang kepada pemansuhan sekatan laluan ke atas Gaza. Itu adalah petanda baik yang akan membuka semua Gaza kepada dunia luar. Walaupu masih belum terlaksana setakat ini tapi perjanjian mengenainya sudah termeterai. 

Di pihak Israel mereka menangisi perjanjian gencatan senjata kali ini kerana banyak memberi kelebihan kepada Palestine. Namun mereka terpaksa bersetuju untuk menamatkan penderitaan batin rakyatnya dan kejatuhan ekonomi yang teruk sepanjang berlangsungnya perang selama lapan hari itu.

wakaka

adios
READ MORE- Ibarat jantan malang mati bini dan hilang gundek-wakaka

Berita Buruk Buat Yahudi Zionis- Israel dijangka serang lagi selepas pilihanraya.

Senior Hamas leader Ismail Haniyeh, Islamic Jihad leader Mohammed
Al-Hindi, and senior Fatah official Nabil Shaath celebrate the end of the
war at a Gaza City rally Nov. 22, 2012. (Reuters/Ahmed Zakot)


Ini adalah gambar terbaru sempena meraikan gencatan senjata Hamas dan israel di Gaza. Khabar mengembirakan untuk umat Islam di seluruh dunia apabila gambar ini menunjukkan Hamas dan Fatah bersama-sama meraikan kedamaian ini.
Hamas
Fatah

Kedua-dua pihak itu tidak pernah bersatu hati dalam apa jua bentuk sebelum ini. Malah mereka pernah berperang hingga menumpahkan darah dan nyawa suatu ketika dahulu iaitu selepas Hamas memenangi pilihanraya 25 januari 2006.

Selepas pilihanraya itu Paletine telah terbahagi kepada dua pemerintahan dengan Hamas menguasai Gaza manakala Fatah mentadbir Tebing Barat. Pada April 2011 kedua-dua parti politik ini bersetuju untuk bergabung dan menyatukan kedua-dua kerajaan menjelang pilihanraya umum 2012.

Gambar di atas sungguh menenangkan jiwa. Gambar ini menunjukkan bukan sahaja pemimpin mereka bersetuju bergabung malah kesemua pengikut dan penyokong kedua-dua kerajaan ini. Gabungan dua parti terbesar Palestine ini akan membawa kepada satu era baru untuk rakyat Palestine. Palestine bakal digeruni Israel dan usaha pasti akan dilakukan untuk menggagalkan gabungan ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua-dua belah pihak berwaspada dengan hasutan syaitan dikenali  yahudi Isreal...(macam ameno la pulak... wakaka) Al-Qassam, al-Quds Battalions, Jerusalem Battalions, Jerusalem Brigades,dan Sayf al-Islam Brigades perlu menangkis segala fitnah yang bakal ditimbulkan yahudi bagi menggagalkan penyatuan ini.

Serangan Israel ke atas gaza berkemungkinan besar akan terjadi bagi menghalang penyatuan ini. Sejurus gencatan senjata diisytihar di Mesir Liberman telah memberitahu sidang media bahawa"akhirnya perlu untuk menumbangkan rejim Hamas". Nethanyahu juga melahirkan kenyataan yang hampir serupa pada 23 nov lalu.

 **Israel memang tidak pernah patuh kepada setiap perjanjian gencatan senjata yang dipersetujuinya.
Ariel Sharon bersumpah akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin

SUMPAH ARIEL SHARON PD TAHUN 1956

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

PERANAN KITA

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).



adios
READ MORE- Berita Buruk Buat Yahudi Zionis- Israel dijangka serang lagi selepas pilihanraya.