KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, December 8, 2012

Akhirnya 2 ekor katak ini kembali ke pangkuan Umno

Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat permohonan Zahrain dan Aminah bersama 347 bekas anggota PKR dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di George Town.

Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata beliau memilih untuk kembali kepada Umno kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.

Aminah yang keluar parti itu pada tahun 2007 berkata beliau kembali menyokong BN kerana yakin hanya parti itu mampu membantu semua kaum di negara ini.

"Sudah sampai masanya saya memilih Umno kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu sahaja," kata Zahrain.

"PKR dan PAS yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan, di George Town.

Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Zahrain berkata lebih ramai lagi anggota parti dari pembangkang akan menyertai Umno pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji sahaja.

"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula Umno) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan sahaja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong Umno jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih
Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.

- Bernama
READ MORE- Akhirnya 2 ekor katak ini kembali ke pangkuan Umno

Belanda Akan Hantar Patriot Ke Turki Pada Pertengahan Januari

Kabinet Belanda pada hari Jumaat meluluskan usul untuk menghantar peluru berpandu Patriot NATO ke Turki untuk mempertahankan sempadan Turki/Syria, bersama-sama dengan 360 askar untuk mengendalikannya.

"Kabinet telah memutuskan untuk menghantar dua bateri Patriot Belanda sebagai sumbangan kepada perlindungan Turki sekutu NATO kita," kata satu kenyataan kerajaan.

"Tujuan penempatan Patriot bukanlah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang atau untuk melancarkan serangan," Perdana Menteri Mark Rutte memberitahu wartawan selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Peluru berpandu akan tiba di Turki pada pertengahan bulan Januari, Menteri Pertahanan Jeanine Hennis memberitahu agensi berita Novum Belanda.

Lokasi yang tepat untuk penempatan peluru berpandu 'akan diputuskan dalam rundingan dengan Turki, Amerika Syarikat dan Jerman.

Kenyataan kerajaan Belanda berkata maksimum 360 orang askar akan dihantar ke Turki untuk mengendalikan peluru berpandu.

NATO pada Selasa lalu meluluskan permintaan bantuan peluru berpandu Patriot untuk mempertahankan sempadan Turki/Syria berikutan siri amaran ke Damsyik untuk tidak menggunakan senjata kimia.

Kerajaan Jerman pada Khamis mengumumkan ia telah meluluskan penglibatan tenteranya. Jerman akan menghantar sehingga kepada 400 orang tentera. Walau bagaimanapun Parlimen Jerman masih belum memberi kelulusan untuk berbuat demikian.

Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata keputusan perikatan mencerminkan "komitmen teguh" untuk memelihara keselamatan negara anggota.

Perikatan berkata bahawa Belanda, Jerman dan Amerika Syarikat akan menyediakan peluru berpandu Patriot yang akan tertakluk di bawah arahan Komander Tertinggi Berikat di Eropah (SACEUR).

READ MORE- Belanda Akan Hantar Patriot Ke Turki Pada Pertengahan Januari

Penduduk Kampung Gombak Utara Tuntut Ketua Pemuda Umno Minta Maaf Krn Bawa Org Luar Cemar Imej Kampung

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti.

Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini. “Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno. ~kd

entry hari ini

READ MORE- Penduduk Kampung Gombak Utara Tuntut Ketua Pemuda Umno Minta Maaf Krn Bawa Org Luar Cemar Imej Kampung

Morsi Ancaman Besar Kepada Israel, AS dan sekutu

Pada kesempatan berkunjung ke Mesir kali ini, elok juga dinukilkan perkembangan terkini yang berlaku, selepas calon Parti al-Hurriyah wal Adalah, Mohammed Morsi memenangi Pilihan Raya Presiden, Jun lepas.

Sebelum berlepas ke Kaherah, kita mendapat khabar menerusi media bahawa keadaan di Mesir sekarang ini berada di dalam kacau bilau, akibat tentangan puak pembangkang terhadap kerajaan.

Malah, dengan melaporkan setiap hari ada demonstrasi beserta laporan mengenai kematian, media seolah-olah mahu menggambarkan kepada kita, kerajaan Presiden Morsi yang ditunjangi gerakan Ikhwanul Muslimin tidak stabil dan bermasalah.

Malah ada kalangan rakan-rakan dan sanak saudara yang bimbang berlaku huru-hara sewaktu kunjungan dilakukan.

Sebaik penulis menjejakkan kaki di Kaherah, Khamis lepas, Mesir yang baru mengalami cuaca sejuk, berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Semua berjalan dengan lancar dan baik. Tiada kekacauan, tiada kekecohan. Yang ada cuma pekikan dan hiruk pikuk hon di jalan raya, kerana perangai Arab yang suka menekan hon kenderaan.

Mesir bukan tiada masalah. Masalah memang wujud, penentangan terhadap kerajaan Morsi memang berlaku. Tetapi ianya tidaklah seriuh yang digembar-gemburkan.

Demonstrasi sentiasa ada. Ada demonstrasi pembangkang. Ada demonstrasi penyokong kerajaan.

Televisyen Mesir menyiarkan siaran secara langsung demonstrasi yang diadakan dan kita boleh membuat perbandingan yang jelas, demonstrasi mana yang mendapat sambutan, mana yang tidak.

10 juta rakyat demo sokong Morsi

Sabtu lepas, dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak.
Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas.

Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator.

Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan.

Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011.

Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican.

Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru.
Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat.

Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dan selebih di seluruh lokasi strategik seluruh negara, merencatkan rancangan pembangkang.

Mahkamah cuba bersidang Ahad lepas untuk menghalang draf Perlembagaan baru, namun berpaksa membatalkan sidang mereka kerana puluhan ribu penyokong-penyokong Morsi berhimpun di mahkamah.

Sejurus selepas penangguhan sidang Mahkamah, parti-parti pembangkang yang diketuai Parti Wafd, mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat di Mesir.

Parti pembangkang ini menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan 'Jabhah lil inqaz al-watani' atauGabungan Penyelamat Negara, yang dipimpin beberapa tokoh pembangkangSeperti Dr Mohamad al-Baradei, bekas calon Presiden Hamdin Sabbahi dan seorang lagi bekas calon PresidenAmr Mousa.

Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir.

Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan.

Mengapa Barat dan sekutu cuba tumbangkan Morsi?

Umum mengetahui bahawa regim lama Mesir yang dikuasai Hosni Mubarak, merupakan sekutu rapat kepada Amerika dan Israel.

Apabila Mubarak ditumbangkan menerusi tsaurah (kebangkitan) rakyat, Mesir termasuk kelompok Arab Spring yang merubah struktur pemerintahan kerajaan, sejak reform dimulakan di Tunisia, Libya dan Maghribi.

Mesir merupakan lokasi strategik negara Arab untuk berhadapan dengan Israel. Selama ini, tempoh pemerintah zalim Mesir yang lunak dengan Israel sejak tahun 1960-an, sudah berakhir.

Paling ditakuti Amerika, Israel dan sekutu mereka ialah, Mesir kini dikuasai Ikhwanul Muslim, sebuah gerakan Islam yang mempunyai pengaruh yang luas di seluruh jazirah (semenanjung) Arab.

Justeru, penganalisis politik Asia Barat berpendapat, ada tiga negara yang hendak menggagalkan pemerintahan Morsi dan tidak mahu melihat kestabilan Mesir di bawah pengaruh Ikhwan.

Di Mesir, heboh dengan laporan yang diperolehi perisikan kerajaan bahawa, pembangkang di negara itu mendapat sumbangan kewangan daripada Emirah Arab Bersatu (U.A.E), Arab Saudi dan Kuwait.

Penganalisis berpendapat, mereka melakukan demikian, pertama, kerana pengaruh Amerika yang kuat, serta hubungan rapat dengan blok Barat yang jelas mahu melindungi kepentingan Israel.

Malah kedangkalan pemimpin-pemimpin negara terbabit diperjelaskan dengan pembelian kelengkapan senjata serta jet-jet pejuang buatan Amerika yang menelan belanja puluhan bilion dollar.

Pembelian secara 'paksa' ini dibuat tatkala Amerika menghadapi krisis ekonomi yang meruncing, sedangkan hasilnya kebanyakan jet-jet pejuang terbabit tersadai di padang pasir kerana tidak berfungsi.


Faktor kedua, adalah kerana mereka irihati dgn kejayaan Mesir di bawah Morsi setakat ini, sedang memulihkan ekonomi Mesir, serta pengimbang tekanan jahat Israel terhadap Gaza, Palestin.

Ketiga, mereka bimbang Arab Spring akan merebak ke negara mereka dan menjatuhkan mereka dari tampuk kuasa, yang selama ini mereka tadbir secara diktator dan menindas rakyat.

Apa yang Morsi lakukan untuk Gaza

Ketakutan Israel cukup jelas dizahirkan mereka, selepas sahabat paling setia mereka Hosni Mubarak, tumbang di Mesir.

Kunjungan pertama kali ketua negara Arab, iaitu Emir Qatar ke Semenanjung Gaza dilihat sebagai ancaman terbuka terhadap kejahatan zionis terhadap umat Islam.

Sewaktu kunjungan ke Gaza sebelum serangan Israel, Emir Qatar, Sheikh Hamad Ibnu Jasim dengan jelas mengatakan, beliau dia tidak mungkin berada di Gaza jika tidak kerana tiga perkara.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Sheikh Hamad mengatakan, beliau memijak bumi Gaza disebabkan oleh Mesir, Revolusi rakyat Mesir dan kerana Presiden Mesir.

Oleh sebab tidak tahan dengan elemen-elemen sokongan terhadap Gaza, Israel mula melakukan serangan selama lapan hari dengan mengebom Gaza sesuka hati.

Ada penganalisis berpendapat, selain menyasarkan pimpinan utama Hamas, serangan Israel yang disokong Amerika dan sekutunya di negara Arab, adalah bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Presiden Morsi.


Langkah mereka ternyata silap. Pada hari pertama serangan dilakukan Israel, Morsi mengarahkan Duta Mesir di Tel Aviv supaya pulang ke Kaherah dan menutup kedutaan.

Langkah kedua Morsi di dalam menanggani isu Gaza, ialah pada hari kedua serangan, beliau mengarahkan Perdana Menteri Mesir melawat Gaza, memberikan sokongan dan mengenalpasti apa bentuk bantuan yang harus disalurkan segera.

Ketiga, Morsi mengarahkan pintu Rafah yang merupakan sempadan kedua-dua negara dibuka 24 jam untuk membolehkan bantuan dibawa masuk segera dan mangsa yang tercedera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

Morsi juga mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Kaherah bagi menangani krisis tersebut.

Setakat ini, Morsi bersama rakan-rakan Ikhwanul Muslimin yang diketuai Mursyidul Am, Dr Mohammed Badie berjaya mengawal situasi dalam dan tekanan luaran Mesir dengan baik.

Namun tekanan dan pelbagai lagi ancaman dijangka dilakukan terus menerus oleh para penentang, yang tidak mahu Mesir melaksanakan keadilan dan demokrasi sebenar menurut Islam, yang bakal mengancam masa depan kuasa kuffar.

Kita berdoa agar Allah terus memberikan kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin untuk menerajui Mesir sebaik-baiknya.ditulis oleh sdr Mohd Rashidi Hassan

entry hari ini
READ MORE- Morsi Ancaman Besar Kepada Israel, AS dan sekutu

Terima kasih Cikgu Majid kerana sudi tolong.. polis pun tak mahu tolong kami di stadium


Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.

“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.
..........................................
Ikan Pekasam tak mengamuk di stadium Suka Menanti malam tadi ... 
kecut teloq. Entah-entah ilang terus.. wakaka

Suasana di stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah semalam







Dengar khabar nak parking motor pun ambil masa sejam lebih.. punya la sesak.

entry hari ini
READ MORE- Terima kasih Cikgu Majid kerana sudi tolong.. polis pun tak mahu tolong kami di stadium

Friday, December 7, 2012

Agenda mubaligh kristian jadikan Malaysia pusat missionaries terbongkar di Palestine

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin… sumber

Baca pula info dalam gambar ni. Sangat berkait dengan artikel di atas.




Inilah Gereja terbesar yang didirikan di Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Semoga ALLAH selamatkan akidah rakyat Malaysia

 entry menarik hari ini

READ MORE- Agenda mubaligh kristian jadikan Malaysia pusat missionaries terbongkar di Palestine

Video ABU Dedah Wajah Sebenar UMNO

ABU telah melancarkan enam buah video klip yang telah diupload di youtube pada tahun lepas.Siri video itu agak panjang namun cukup berfaedah kepada semua rakyat Malaysia untuk mengetahui hakikat tentang UMNO.

Terdapat tiga kunci pesanan utama yang dipaparkan dalam siri video tersebut.

Pertama, Ketuanan Melayu yang dilaungkan umno tiada tempat dalam Islam

Kedua, Kita perlu tahu bahawa UMNO bukanlah pihak yang bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan daripada British..

Ketiga, Menunjukkan  segala bentuk kekejaman UMNO kepada Melayu disebalik laungan pembela melayu.

ABU akan menerbitkan DVD tentang siri video tersebut untuk diedar ke kampung-kampung bergantung kepada dana.

Anda juga boleh memainkan peranan

Anda boleh memuat turun dan menyalinnya ke dalam bentuk DVD serta mengedarkannya kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang tinggal di kampung.

Luang sedikti masa untuk video ini... ilmu ni beb











 entry menarik hari ini
READ MORE- Video ABU Dedah Wajah Sebenar UMNO

Ashura, Siksa Diri Amalan Syiah - Iranian Style








1
2





3

syiah punya kepercayaan dan amalan

Pergh!!!!. Budak kecik pun hebat...
Kalau nak kata bekam memang bekam lah ni.. wakaka
Bekam kat ubun-ubun dan belakang badan


adios
READ MORE- Ashura, Siksa Diri Amalan Syiah - Iranian Style

Penemuan Kota Kaum A'AD Bukti Keagungan Al-Quran


PENEMUAN KOTA KAUM A’AD MEMBUKTIKAN KEMUKJIZADAN ALQURAN



Satu ketika dahulu, ramai ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Begitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut.

Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ternyata orang Yahudi silap
Tahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.


LAWRENCE OF ARABIA

Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah sekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.


'JASA' LAWRENCE OF ARABIA

Miskipun Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan‘Lost City’ Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.

Kerana sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan gelaran ‘Atlantis of the Sands’.Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung dalam al-Quran.


ATLANTIS OF THE SANDS

Sebenarnya, apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.

Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat Badwi.

Dr. Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA,SPOT(Satellite Pour I’Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis.

Namun laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.


KEAJAIBAN AL QURAN

Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.

1. Tiang-tiang tinggi

Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,

" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum A'ad? (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, ( Surah al-Fajr : ayat 6-8 )

Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.


2. Membina benteng-benteng

Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.

" Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main. dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)? Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis. (Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130)

Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.


3. Terdapat kebun-kebun dan mata air

" Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak, dan kebun-kebun dan mata air,
(Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134)

Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.


4. Dimusnahkan oleh angin kencang

" Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan, angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk. (Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)


Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.


PENUTUP

Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini,

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Surah Yusuf ayat 111)

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :
http://misteridankeajaibanalam.blogspot.com/2011/04/penemuan-kota-kaum-aad-membuktikan.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
READ MORE- Penemuan Kota Kaum A'AD Bukti Keagungan Al-Quran

Inilah Gambar Suspek Yg Didakwa Tikam Penyokong PR di Gombak

READ MORE- Inilah Gambar Suspek Yg Didakwa Tikam Penyokong PR di Gombak

Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo..

Dari pendedahan-pendedahan yang berunsur fitnah yang dibuatnya, aku sangkakan dia ini seorang yang bertanggungjawab.. tapi rupanya sama saja dengan pencacai-pencacai UMNO yang lain.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan..

Menurut sumber yang mengikuti pusingan pertama saman Husam terhadap PAPAGOMO yang berjumlah RM10juta itu:


PAPAGOMO ini menggunakan peguamnya untuk kerap meminta penangguhan.

Tak tau kenapa PAPAGOMO nak pengangguhan ni.

Yang lebih menyedihkan, PAPAGOMO seboleh-boleh MENAFIKAN yang blog PAPAGOMO beliau itu bukan miliknya.

Kita semua ingatkan PAPAGOMO mahu mempertahankan hujjah tulisan beliau yang tidak disukai Husam Musa itu. Rupanya, sikit pun dia tak sentuh tulisannya itu. PAPAGOMO lebih selesa menafikan blog beliau itu adalah miliknya.

Rupanya, manusia PAPAGOMO ni hanya berani mengaum dalam alam siber sahaja. Bila disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, dia menikus.

Manusia PAPAGOMO ini adalah jenis manusia pengecut, bachul dan suka baling batu sembunyi tangan.

Dia lebih selesa melontar tuduhan dan fitnah dari jauh tanpa mengira tuduhan itu benar atau tidak. Apabila dia disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, terus lari lintang pukang.

Dia ingin mengikut jejak langkah kawannya, si Ruang Bicara Faisal, yang berjaya mengelak dari di saman kerana Mahkamah tidak yakin bahawa Faisal ini adalah tuan punya blog Ruang Bicara Faisal.

Namun jangan takut kerana walaupun RBF ini menang pusingan pertama, kes beliau sedang berjalan di Mahkamah Rayuan.

Khabarnya kali ini selori saksi2 akan memberi keterangan mengecam manusia bachul bernama Faisal ini.Maka atas pengalaman dengan blogger bachul nama Faisal itulah, kali ini peguam2 Husam Musa telah menyeret selori saksi yang akan mengecam PAPAGOMO.

Termasuk yg akan jadi saksi adalah sepupu kepada Papagomo sendiri. Kalau ahli keluarga pun cam dia, mcmna dia nak nafi lagi?

Rasanya kali ini PAPAGOMO tidak akan dapat lari seperti kawannya di Faisal itu. Ini kerana trick si Faisal tu Husam Musa serta lawyer2 Husam sudah maklum.

Apa punya manusia si Papagomo ni. Blog sendiri pun tak nak mengaku. Jelas kepada kita bahawa Papagomo ini adalah manusia pendusta.

~tulangbesi
READ MORE- Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo..

DR Asri bertangding atas tiket DAP di Penang

KUALA LUMPUR: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju bertanding atas tiket PKR di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata sumber-sumber.

Antarapos difahamkan Mohd Asri akan diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

"Ya betul, beliau (Mohd Asri) akan bertanding di DUN Penanti dalam pilihan raya akan datang," kata sumber itu. - AntaraPos.
Betul ka dak aku tak pasti, tambah-tambah bila AntaraPos guna perkataan "difahamkan", ayat berlapik yang tak meyakinkan. Tah sapa sumber berita tu pun taktau.

Kalau tanya aku, aku lebih suka Dr. Asri bertanding atas tiket DAP dari atas tiket PKR. Seronok nak tengok macamana puak-puak penchachai Umno BN meracau. Mau tak meracau, bekas Mufti kerajaan negeri pimpinan Umno boleh bertanding atas tiket DAP yang penchachai Umno BN kata kafir harbi.

Tapi tak mustahil jugak kalau Dr. Asri bertanding 2 kerusi sekaligus, atas tiket DAP untuk kerusi parlimen dan atas tiket PKR untuk kerusi Dun. Kalau menang ada harapan kot jadi Perdana Menteri atau Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun kedua-duanya sekali... Hahaha...

Apa pun, macam yang selalu aku tulis sebelum ni, aku lebih suka Dr. Asri tak bertanding dalam pilihanraya, malah masuk mana-mana parti pun jangan.

Rakyat Malaysia memerlukan suara ulama' yang vokal dan berpengaruh tapi tak berparti macam yang ada pada Dr. Asri untuk mengkritik kerajaan selepas PRU13 tak kira sapa yang menang, samada Umno BN kalah atau pun Pakatan Rakyat menang.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/12/dr-asri-akan-bertanding-tiket-dap.html#ixzz2EKg6PgrO
READ MORE- DR Asri bertangding atas tiket DAP di Penang

Wanita dakwa timbalan ocpd hantar sms lucah

Belum pun selesai dengan kes tahanan lari semasa dalam perjalanan ke mahkamah, satu lagi insiden membabitkan salah laku anggota polis didedah!

Seorang wanita hari ini mendakwa bahawa seorang pegawai polis berpangkat tinggi menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada beliau sejak September lalu.

Dalam sidang media yang diatur oleh DAP Negeri Sembilan sebentar tadi, Tan Yik Ching, 32, yang berasal dari Sungai Siput tetapi menetap dan bekerja di Seremban menceritakan kronologi dakwaan tersebut.

“Pada 2 September, lebih kurang pukul 7.00 malam; berlaku satu kejadian pecah rumah dan cubaan untuk merogol saya oleh seorang lelaki yang dikenali.
“Saya berjaya lepaskan diri dan pada malam yang sama saya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput (U), Perak.

“Pegawai penyiasat kes tersebut ialah Sarjan Latifah. Selepas dua atau tiga hari, Sarjan Latifah bawa saya berjumpa Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Sungai Siput, DSP Ernest John.

Selepas seminggu kejadian itu saya terima panggilan telefon dari DSP Ernest mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terima pelawaan itu dan beberapa kali saya keluar makan tengahari dan malam bersama beliau dan sambil itu kami bincang tentang kes kami.

“Beberapa hari selepas itu saya mula terima sms-sms mengenai hajat beliau ingin berkenalan dengan saya. Tidak lama selepas itu saya mula menerima sms-sms berbaur lucah daripada beliau.

“Justeru itu saya membuat satu laporan polis terhadap Ernest di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ipoh pada 26 November berhubung sms-sms lucah yang dihantar oleh Ernest.
“Kes ini disiasat oleh Deputi Supritendant Tham Lai Kuan dari IPD Polis Ipoh. Beliau ada merakamkan kenyataan saya dan mahu telefon bimbit saya sebagai bahan bukti.

“Walaubagaimanapun saya tidak mahu menyerahkan telefon bimbit ini kerana tidak yakin dengan ketelusan pihak IPD Polis Ipoh. Saya bimbang seandainya bahan bukti berbentuk sms-sms lucah itu akan dipadam (delete) oleh pihak polis sendiri”, kata Tan.
Bukan cakap kosong

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata apa yang didakwa oleh Tan bukan cakap kosong atau sengaja direka-reka.

“Berdasarkan laporan polis Tan, sememangnya Tan menamakan pegawai polis dan nombor telefon bimbit pegawai polis itu di dalam laporan polis beliau. Maka dakwaan beliau ada kredibiliti.

“Saya gesa kes ini diambil alih segera oleh polis Bukit Aman. Saya akan menulis surat kepada IGP, Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.
Saya akan meminta polis Bukit Aman membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini kerana ia bukan membabitkan seorang pegawai berpangkat rendah tetapi seorang pegawai polis tinggi yang merupakan Timbalan OCPD IPD Polis Sungai Siput.
“Kes ini amat memalukan kerana melibatkan gangguan seksual dan ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

“Tan tidak akan menyerahkan telefon bimbit itu selagi beliau tidak mendapat jaminan daripada Bukit Aman bahawa kes ini akan disiasat secara profesional. Tan juga tidak yakin dengan polis Perak dalam siasatan kes gangguan seksual ini”, kata Loke.
Dalam sidang media itu Tan turut menunjukkan beberapa sms berbaur lucah kepada jurugambar media untuk dirakamkan.

Salah sebuah sms berbunyi seperti berikut:
“Sya ada ckap sama Balai punya org sya ada k****** lu dia org ckap lu bnyk kotor punya prempuan”

READ MORE- Wanita dakwa timbalan ocpd hantar sms lucah

Thursday, December 6, 2012

KANTOI! Bukti Pengerusi BN Pulau Pinang Anti-Islam

Terserlah sikap rasis (perkauman), khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang.

Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah hodoh dan perkauman sempit mereka.

Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka.

Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.

Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.

Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.

Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang.

Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA, mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini.

Justeru itu, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini.

Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam.

Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum.

Berikut kenyataan berbau perkauman Teng:

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina.

Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro-Umno yang bertopengkan NGO seperti Perkasa, JaTi , Pajim, Pertiga, Badai, JMPP, PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng.

Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN.

Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri, Najib Altantuya.

Inilah wajah sebenar mereka.

Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada pilihanraya umum akan datang!

Abdul Malik Abul Kassim
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  sumber- jalan pulang


adios
READ MORE- KANTOI! Bukti Pengerusi BN Pulau Pinang Anti-Islam

Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak

Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan.

Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa  terlibat dalam apa yang  menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008.

Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan  protes di El-Mahalla El-Kubra.

Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes.

Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes.

“As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope.” – Asmaa Mahfouz

Kumpulan pemimpin belia seperti Ahmed Maher, Mohammed Adel, dan Asmaa Mahfouz terus meningkatkan pengetahuan tentang aktivisme dan perhimpunan aman. Mereka juga menggunakan masa ini  memupuk hubungan sosial mereka dan menganjurkan demonstrasi kecil. Belia menggunakan blog dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan perbincangan, perbahasan, pendidikan dan pengurusan.

Pada bulan Januari tahun 2011, Asmaa dan rangkaian kawan-kawan telah mendapat cetusan ilham untuk mendapatkan perubahan dalam sistem pemerintahan Mesir apabilaWarga Republik Tunisia, telah berjaya menjatuhan diktator yang telah memerintah selama 23 tahun di negara mereka  melalui satu siri demonstrasi jalanan secara aman.

Memandangkan Mesir dan Tunisia mengalami masalah yang sama iaitu rejim diktator, orang ramai di Mesir juga memasang cita-cita untuk menjatuhkan rejim diktator mereka pula. Walau bagaimanapun, di negara di mana anggaran 18.000 aktivis telah dipenjarakan dan  adalah menyalahi undang-undang untuk berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada lima orang tanpa kelulusan kerajaan, orang Mesir mempunyai halangan utama yang lebih besar iaitu ketakutan dalam diri rakyatnya.

Takut kerajaan, takut penculikan, takut gangguan dan penderaan. Kebimbangan ini telah berjaya mengekalkan kuasa rejim selama tiga dekad. Perasaan takut inilah yang menyebabkan bu bapa Asmaa tidak bersetuju dengan usaha beliau untuk mencetuskan perubahan. Kebimbangan ini juga menyebabkan ramai aktivis menggunakan nama anonymous di  laman web untuk mengelakkan dikenal pasti dan ditangkap.

Namun segalanya berubah  pada January 18th, 2011 apabila Asmaa Mahfouz memutuskan untuk mengatasi kebimbangannya dan meminta orang lain untuk menyertai beliau dalam protes. Beliau memuat naik video dirinya dalam talian memaparkan dirinya bercakap di hadapan kamera. Dengan berani beliau memperkenalkan dirinya dan menyeru orang lain untuk menyertai beliau dalam protes di Tahrir Square pada 25 Januari.

“I, a girl, am going down to Tahrir Square, and I will stand alone. And I’ll hold up a banner.” “I wrote that whoever is worried about this country should come with me, and that anyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me.”- Asmaa Mahfouz

Videonya telah dikongsi secara meluas di Facebook, blog dan telefon bimbit, keberanian mesej beliau dan telah berjaya menaikkan semangat dan menjadi inspirasi di seluruh negara. Asmaa dan yang lain mula mengedarkan risalah, membuat lebih banyak video untuk menggalakkan orang lain untuk turut hadir pada 25 Januari.

Pergerakan Pemuda itu hanya menjangkakan kehadiran beberapa ribu, tetapi lebih daripada satu juta orang Mesir muncul. Sokongan terus-menerus datang daripada seluruh pelosk Mesir. Berjuta-juta orang terus menuju ke Kaherah dalam tempoh dua minggu  untuk menyertai protes.Segenap lapisan masyarakat Mesir turut kelihatan dalam protes tanpa mengira  usia, agama dan kelas sosio ekonomi, mereka bersatu untuk tujuan yang sama.

Pihak polis anti rusuhan menggunakan setiap kaedah yang ada untuk menghentikan demonstrasi tetapi telah ditenggelami oleh jumlah rakyat jelata yang besar. Secara keseluruhannya, penunjuk perasaan kekal komited kepada protes aman walaupun berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

“All Egyptians, not only the protestors, have broken through the fear barrier, therefore I expect only one outcome – protests will continue until Mubarak steps down from power.” – Asmaa Mahfouz

Menjelang 11 Februari Presiden Mumbarak akhirnya meletak jawatan dan rundingan untuk kerajaan baru bermula.Peletakan jawatannya mengingatkan masyatakat Mesir bahawa kuasa dalam demokrasi adalah milik rakyat.
Asmaa adalah seorang blogger yang pernah ditangkap 


adios
READ MORE- Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak

Gadis jelita ini dipenjara kerana enggan berperang untuk Israel


Omer Goldman memberitahu cerita beliau dan mengapa beliau enggan untuk berkhidmat Israel:

"Saya menyertai demonstrasi damai di Palestin. Saya telah sentiasa diberitahu bahawa tentera Israel berada di sana untuk mempertahankan saya, tetapi semasa demonstrasi itu tentera Israel melepaskan tembakan pada saya dan rakan-rakan saya dengan peluru getah dan grenade gas pemedih mata membuatkan Saya terkejut. dan takut. saya nampak kebenaran. saya melihat realitinya. pertama kalinya saya melihat dan menyedari perkara yang paling berbahaya di Palestin adalah askar Israel, orang-orang yang sepatutnya  menyebelahi saya. "
Dalam kenyataan beliau untuk perkhidmatan tentera, dia menulis bahawa dia tidak mempunyai minat untuk berkhidmat dengan tentera yang melanggar hak asasi manusia dan membunuh orang.

“In Israel, when you are born, you are a soldier to be… when you challenge them they attack you personally.” – Omer Goldman

“I often traveled to the occupied territories, and saw with my own eyes, what the Israeli army is there are things which I cannot cooperate.” – Omer Goldman

Omer’s Declaration of Refusal:

I refuse to enlist in the Israeli military. I shall not be part of an army that needlessly implements a violent policy and violates the most basic human rights on a daily basis.
Like most of my peers, I too have not dared to question the ethics of the Israeli military. But when I visited the Occupied Territories I realized I see a completely different reality, a violent, oppressive, extreme reality that must be ended.
I believe in service to the society I am part of, and that is precisely why I refuse to take part in the war crimes committed by my country. Violence will not bring any kind of solution, and I shall not commit violence, come what may.”

“My opinions and my views are against violence, not against my best friend who is making coffee for his commander.” – Omer Goldman


..............................................................
Ini cerita lama 2008. Omer telah diperjara selama beberapa minggu sebelum dibebaskan dan dipenjara sekali lagi selama 10 hari atas perintah hakim kerana masih enggan disenaraikan dalam skuad tentera. Sekarang dia Sehingga hari ini, Omer terus menyokong keamanan dan hak asasi manusia di Israel dan di seluruh dunia.
READ MORE- Gadis jelita ini dipenjara kerana enggan berperang untuk Israel

Wednesday, December 5, 2012

Indera Mengamukkk!!!

Inilah Amukan Mat Indera
MARI KENALI KEPALA SAMSENG UMNO GOMBAK BERSTATUS DATUK !

Ini lah dia KEPALA SAMSENG UMNO BAHAGIAN GOMBAK berstatus DATUK dari KETURUNAN MAHAGURU SILAT LINCAH iaitu DATUK HJ OMAR DIN BIN MAUJU yang juga TERKENAL dengan SAMSENG DIZAMAN MUDA beliau... bak kata perpatah Melayu "BAPAK BOREK ANAK RINTIK atau pun BAPAK KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI"... dan malam tadi perpatah Melayu tersebut telah DIBENARKAN oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak merangkap EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA... yang juga anak kepada MAHAGURU SILAT LINCAH yang bernama Datuk Megat Dzulkarnain bin Datuk Hj Omar Din dengan membuat PROVOKASI sehingga MENCEDERAKAN beberapa Orang Awam yang menghadiri CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT yang diadakan di Daerah Gombak.

Kalau mengikut CERITA tentang MAHAGURU SILAT LINCAH HAJI OMAR DIN ini beb... beliau pernah dibuang DAERAH kerana PERANGAI SAMSENG beliau... ada juga yang mengatakan kerana beliau MELAWAN ARUS dan TIDAK SEBULU dengan TUN MADEY... yang mana satu cerita yang betul gua tak dapat PASTIKAN... namun yang PASTI beliau memang SAMSENG dan pernah dikenakan HUKUMAN BUANG DAERAH... dan mungkin atas SIFAT beliau yang SAMSENG ianya telah DIWARIS pula oleh ANAK beliau yang bernama Datuk Megat Dzulkarnain ini... pada gua beb sifat SAMSENG memang PATUT ada pada KETURUNAN MAHAGURU SILAT... tetapi biarlah sifat samseng tersebut BERTEMPAT beb... selaras dengan sifat Orang Melayu yang dikatakan ISLAM oleh Umno HARAMJADAH... kah kah kah !.

Ini memandangkan lagi beliau adalah salah seorang dari kepada KEPIMPINAN PEMUDA UMNO MALAYSIA yang akan MEWARISI KEPIMPINAN UMNO MALAYSIA yang akan datang sekiranya Kepimpinan yang ada sekarang BERSARA sama ada tidak lagi terpilih atau pun menemui AJAL mereka... apakah ini yang DIHARAPKAN oleh RAKYAT sama ada ISI PERUT UMNO mahu pun yang diluar Umno... kalau ini lah orang yang akan mewarisi Kepimpinan Umno dan seterusnya NEGARA MALAYSIA jawap nya HANCUSSSSSS lah beb... kah kah kah... sayang sekali dengan CITA-CITA BESAR untuk menjadi PEMIMPIN tapi SIKAP dan PERANGAI langsung tidak MENGAMBARKAN tahap PEMIKIRAN PEMIMPIN yang boleh DIHORMATI dan DICONTOHI oleh RAKYAT... kecuali kepada yang berperangai seperti beliau dan keturunan beliau itu gua KALAH lah beb... kah kah kah !.

Sudah lah sifat PENYAMUN... PEROMPAK... PENYAGAK harta Rakyat telah sedia ada dalam Umno... kini ditambah lagi dengan sifat SAMSENG TAHAP HARAMJADAH... apakah ini TRANFORMASI serta slogan DEMOKRASI TERBAIK yang DILAUNG-LAUNGKAN oleh Pemimpin WASSATIYAH Dato' Seri Hj Najib (DSHN)... yang konon nya ahli Umno adalah BERSIFAT ISLAMIK... kah kah kah... sebab itu jalan TERBAIKNYA ialah KUBURKAN TERUS UMNO/BN dari PERSADA POLITIK NEGARA demi memastikan KESELAMATAN RAKYAT TERJAMIN dari samseng tahap haramjadah sebegini... oleh itu do'a yang DIBACAKAN oleh PAS walaupun dikatakan KURANG ADAP namun rasanya masih DIBOLEHKAN untuk Umno/Bn yang penuh dengan sifat-sifat HARAMJADAH... kah kah kah !. -  dicopy dari blog inderasipejuang

READ MORE- Indera Mengamukkk!!!

Professional melayu di California kutuk UMNO kaw-kaw punya.. wakaka


























Terjemahan ayat dalam kotak teratas.
Melayu hari ini bertambah korup moralnya, sangat berbeza-beza, dan ekonominya lebih lemah berbanding dulu. Itu bukan pandangan saya tetapi saya hanya meringkaskan apa yang diperkatakan Mahathir, lelaki yang telah mentadbir negara dan umno selama dua dekad.

Terjemahan ayat dalam kotak ke dua
Setelah memerintah selama setengah abad, apakah yang telah dicapai telah umno , sebuah parti yang mengaku sebagai pembela/pahlawan melayu?

Ambil apa saja petunjuk sosial. 
- kadar pemenjaraan, salah guna dadah,
- keluarga-keluarga yang diketuai ibu tunggal
- masyarakat kita terlalu diwakili

Terjemahan ayat dalam kotak ke tiga
Pencapaian ekonomi dan pendidikan kita tidak boleh dibanggakan kerana sebenarnya ia (ekonomi dan pendidikan) adalah sesuatu yang memalukan. Ahli Majlis Tertinggi Umno berbangga dengan kedoktoran yang mereka peroleh dari kilang ijazah sebagai pencapaian intelek yang tulen. Yang lebih menyedihkan adalah rakan-rakan mereka mempercayai mereka.

Terjemahan ayat dalam kotak ke empat
Pasangan dan ahli keluarga para menteri dengan angkuh menyatakan bahawa kondominium mewah mereka ada hasil bakat keusahawanan mereka tetapi orang lain menganggapnya sebagai mencerminkan amalan rasuah dan kronisme yang diamal dalam sistem pemerintahan.
.....................................................................

Bacalah pandangan seorang anak melayu di perantauan sebuah blog berbahasa inggeris (bahasa melayu tak ada hehe!) bakrimusa.com
......................................................................

Renungan Buat Rakan-Rakan Beragama Islam

Umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan bekas Mufti Besar Perlis Dato'Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.Tambahnya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.

Amaran Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya yg bermaksud:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga)".

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah,maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut.Mungkin dia berkata,saya tidak menzalimi orang lain,atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja,sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:  Maksudnya:

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka,mereka berkata(dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu(semasa didunia)taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.Dan mereka berkata lagi:"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami,lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya.Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan kedalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:    Maksudnya:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Oleh itu wahai saudara2ku...bersegeralah berhijrah meninggalkan umno dan marilah bersama2 kami memperjuangkan islam dlm erti kata perjuangan yg sebenar..

adios
READ MORE- Professional melayu di California kutuk UMNO kaw-kaw punya.. wakaka

Seorang ditikam di Gombak Malam tadi - pengecut tikam dari belakang

Seorang yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat tercedera di bahu apabila ditikam dengan sebilah pisau di ceramah Jelajah Merdeka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid Zakaria di Batu 9 Gombak malam ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku di simpang jalan untuk memasuki ke perkarangan masjid berkenaan di mana suasana di situ agak tegang dan riuh randah apabila sekumpulan pemuda yang membawa bendera dacing sedanag membuat provokasi majlis ceramah berkenaan dengan menyorak dan mamaki hamun tanpa tentu fasal.

Menurut seorang yang hadir di program itu memberi tahu kejadian itu berlaku semasa mangsa cuba untuk menenangkan keadaan tiba-tiba beliau diserbu kemudian dan ketika itulah bahunya disadung dengan pisau.

Gambar menunjukkan bahu mangsa terkoyak akibat tikaman itu kini melata tersibar di internet, di facebook di blong.

Apa punca kejadian itu sebenarnya masih belum dipastikan. Tunggulah esok akan ada kenyataan dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu. Tidak juga dipastikan apakah mangsa membuat laporan polis atau tidak.

Dalam pada itu saya yang dalam perjalanan menuju ke kawasan ceramah itu nampak sebuah landrover yang memuatkan beberapa anggota FRU bergerak ke tempat ceramah. Di simpang jalan menuju ke perkarangan masjid memang kelihatan berpulih anak muda yang bersorak-sorak dan berlagak samseng.

Ceramah malam ini adalah pertama kali diadakan selepas Umno mengadakan perhimpunan agung yang membangkitkan semangat ahlinya agar berjuang mempertahankan parti. Gangguan terhadap ceramah itu katanya bermula sejak jam 6:00 petang dan berakhir apabila Anwar Ibrahim berhenti berucap. Sepanjang saya berada di tempat ceramah dari jam 10.45 hingga 12:00 tidak ada apa-apa kejadian buruk melainkan kedengaran jeritan dan laungan dari arah jalan besar yang menghina Anwar Ibrahim. Mohd Sayuti Omar




ini bukan orang asli tapi melayu gombak

Cita-cita puak umno untuk mencetus huru-hara sebelum pilihanraya untuk memudahkan mereka terus memerintah tanpa pilihanraya gagal lagi kali ini. wakaka. Semakin mereka gila , semakin sabar penyokong pakatan. Kebaculan mereka hanya ditunjukkan untuk mengakibatkan huru-hara yang tidak dilayan penyokong pakatan yang matang dan berfikiran waras. Tidak bodoh macam puak umno. wakaka
....................................

Pastikan anda baca tulisan DR Asri ini

Umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan bekas Mufti Besar Perlis Dato'Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.Tambahnya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.

Amaran Rasulullah s.a.w. seperti sabdanya yg bermaksud:
"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga)".

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah,maka sesungguhnya dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut.Mungkin dia berkata,saya tidak menzalimi orang lain,atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja,sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67:
Maksudnya:
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka,mereka berkata(dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu(semasa didunia)taat kepada Allah serta taat kepada Rasul.Dan mereka berkata lagi:"Wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami,lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya.Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan kedalam neraka.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:
Maksudnya:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Oleh itu wahai saudara2ku...bersegeralah berhijrah meninggalkan umno dan marilah bersama2 kami memperjuangkan islam dlm erti kata perjuangan yg sebenar..

READ MORE- Seorang ditikam di Gombak Malam tadi - pengecut tikam dari belakang