Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.
“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.
“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
“Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam.
Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru.
“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.
“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.
“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.
“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu.
Woiii brader...umah gua pun tak macam ini beb..Mana TV3 kasi
shoot la gambar baru fair bro..masa mamak UMNO & MIC menyalak dalam Demo Kg Buah Pala, masuk TV3... bila dah selesai masalah ini..TV3 diammm..Haprak la lu..!!
(Berita 25 Oct 2011) tapi berita ini tidak sampai kpd keseluruh rakyat malaysia!! Disebabkan.. Media dikawal oleh UMNO & BN!!
Malam pertama …
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”
Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?
Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,Melengkapi Sebuah Kembara,Singgah Di Rahim Bonda,Sebelum Menjejak Ke Dunia, Menanti Di Barzakh, Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, Diperhitung Amalan, Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah, Semerah Mawar Dan Jugak Rindu, 7 Langkah Pun Baru Berlalu, Susai Talkin Penanda Syahdu, Tenang Dan Damai Di Pusaraku, Nisan Batu Menjadi Tugu, Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli, Kembalilah Kedalam Diri, Sendirian Sendiri,Sendiri Bertemankan Sepi, Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,Terbujur Dan Kaku, Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, Tiada Siapa Yang Terkecuali, Lemah Jemari Nafas Terhenti, Tidak Tergambar Sakitnya Mati, Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang, Menantikan Malaikat Datang, Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, Selama Ini Diceritakan x2Kini Aku Merasakan Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis,Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.-FB
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Huzaifah :
قال الرسول e : لَتَأْمُرَنَّ بِالمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ
Maksudnya: Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau jika tidak nescaya siksaan Allah boleh jadi akan menimpa kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar siksaan itu dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi.
Gerakan "Adil dan Ihsan" yang diharamkan di Morocco mengumumkan pengasas dan Mursyidul Amnya, Syeikh Abdussalam Yaasin, 84 tahun menghembuskan nafas terakhir pagi semalam, Khamis.
Perkara tersebut diumumkan oleh jurucakap rasmi gerakan tersebut, Fathallah Arsalan, Syeikh Yaasin (dilahirkan pada September 1928) yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di ibu negara Morocco merupakan pengasas gerakan Islam tersebut pada tahun 1973 dan memimpinnya hingga akhir hayat.
Pada tahun 1974, beliau menulis risalah nasihat kepada Raja Morocco ketika itu, Al-Marhum Raja Hasan Kedua bertajuk "Islam atau Taufan" yang memberi peringatan kepada kerajaan untuk melaksanakan syariat Islam atau mereka dan negara akan dilanda bencana taufan seperti kaum Nabi Nuh yang menolak dakwah nabi mereka.
Antara kandungan risalah tersebut:
"Nasihat Ustaz Yaasin kepada raja yang bimbang kehilangan kuasa satu nasihat yang jelas dan nyata. Nasihat beliau menyeru kepada raja bertaubat dan kembali kepada syariat Islam serta mencontohi sejarah yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul 'Aziz.."
Disebabkan risalah tersebut, beliau dipenjarakan selama 3 tahun enam bulan tanpa dibicarakan di mana-mana mahkamah. Akibat tekanan yang dihadapi di dalam penjara, beliau terpaksa dirawat di hospital mental untuk beberapa tempoh waktu.
Pada tahun 1981, kerajaan Morocco mengharamkan gerakan tersebut tetapi berdasarkan pengamatan penganalisis politik, Gerakan Adil dan Ihsan merupakan gerakan pembangkang utama yang mampu menggugat kerajaan.
Pada tahun 1983, beliau sekali lagi meringkuk dalam penjara selama 3 bulan (yang kemudiannya dilanjutkan selama 2 tahun) setelah mengkritik ucapan Al-Marhum Raja Hasan Kedua melalui sebuah artikel tulisannya.
Pada tahun lepas, ketika berlaku gelombang 'Arab Spring' di beberapa buah negara Arab, Morocco juga tidak terkecuali terkena tempiasnya apabila berlaku beberapa siri protes dan Gerakan Adil dan Ihsan menggerakkan kebangkitan rakyat dengan menyatukan kumpulan pembangkang atas nama "Gerakan 20 Februari".
Hasilnya, ia memberi tekanan kepada Raja Muhammad Keenam, Raja Morocco untuk membuat pindaan perlembagaan dan memberikan kebebasan kepada rakyat pada Julai 2011.-Abdul Malik
PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.
Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).
Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.
Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.
“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert.
“Beliau terpaksa membatalkan konsert itu,” katanya kepada mStar Online ketika di hubungi di sini pada Khamis.
Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.
Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.
Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.
Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.
“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya. - Mstar
Semoga Datuk K tabah dan cepat sembuh.
Kepada sapa-sapa yang mengharapkan Siti Norhaliza menjanda cepat tu, harap bertaubat ya! Kalau dia janda sekali pun , bukan lu orang boleh dapat.. wakaka
Umpama pepatah, lebih sudu dari kuah, begitulah jawapan paling tepat bagi menggambarkan kuasa eksekutif negara terletak bukan di tangan yang sepatutnya. Kerana terlalu menonjol melebihi isterinya, Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Isteri Najib Altantuya itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri perdana menteri itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri perdana menteri sebelum ini.
“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.
Jelas daripada kenyataan jujur Mahathir membuktikan Rosmah sebenarnya membayangi Najib Altantuya hampir dari segala sudut termasuk mencampuri urusan pentadbiran negara.
Malah, desas desus mengatakan calon pilihanraya umum akan datang juga ditentukan Rosmah tanpa perlu mendapat kelulusan Najib Altantuya, dipercayai mengelakkan unsur sabotaj selain hanya kroni rapat sahaja yang dibariskan kali ini.
Tidak hairanlah teks ucapan Rosmah sanggup dibaca ketua menteri Melaka, Ali Rustam mewakilinya dalam satu majlis khas bekas wakil rakyat BN (Mubarak) semalam, semata-mata mahu membodek Rosmah.
Rosmah kini dikatakan tertekan berikutan pendedahan demi pendedahan bekas rakan karib perniagaannya, Deepak Jaikishan mengenai konspirasi pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpah yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Difahamkan, Mahathir mengarahkan Deepak membongkar kesemuanya satu demi satu sehingga pilihanraya umum yang dijangka Mac tahun depan bagi memberi tekanan berterusan terhadap Najib Altantuya dan Rosmah yang kini dianggap gagal mempertahankan kekuasaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dijanjikan.
Deepak dijangka mendedahkan segala-galanya dalam sebuah buku yang akan diterbitkan khas untuk menjawab segala teka-teki walaupun Rosmah turut berbuat demikian menerusi pelancaran biografi yang bakal diadakan tahun depan.
Penganalisis politik meramalkan Rosmah akan gagal menjawab skandal yang membelenggu dirinya yang bakal mengheret isterinya Najib Altantuya ke lembah politik paling hina dalam sejarah negara.-JALAN PULANG
Los Angeles, Dec 8 (IANS) Actress Lindsay Lohan is reportedly selling her designer clothes to raise money and pay her taxes.
The apparent drastic move comes after her bank accounts were seized by the Internal Revenue Service. Lohan, 26 has sent her sister Ali with her clothes to high-end shops, reports radaronline.com.
"Thirty dollars for these? They cost 700 pounds! This is ridiculous! These have to be worth more, Lindsay was photographed wearing them, that has to add value," a source heard Ali as saying.
Lindsay owed around 146,000 pounds Internal Revenue Service in 2010 and fell well short of her unpaid tax bill for 2011, despite a 62,000 pounds donation from her friend, actor Charlie Sheen.
designer clothes tu termasuk sependa ke??... wakaka
Rakyat Indonesia di Malaysia yang dipercayai telah mendapat kad pengenalan (KTP) sah mengundi daripada golongan tertentu diseru agar tidak memberi undi kepada parti politik yang telah banyak mengeruhkan hubungan Indonesia dengan Malaysia.
Selama ini hubungan baik kedua-dua negara yang akrab umpama abang dan adik menjadi keruh kerana bebrapa tindakan tidak wajar terhadap warga Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Ramai warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah didera dalam pelbagai bentuk termasuk secara fizikal dan psikologi.
Nirmala Bonat
Penderaan fizikal yang menyebabkan kecederaan teruk dan perkosa acap kali dilaporkan di akhbar dan ruang berita internet. Kes-kes rogol yang membabitkan warga Indonesia sebagai mangsa terus berlaku seperti di sini, sini dan kejadian terbaru dipercayai membabitkan tiga orang anggota polis di Pulau Pinang.
Kegagalan mendapatkan keadilan bagi mereka yang teraniaya membuatkan hubungan Malaysia- Indonesia terus keruh. Tuduhan rogol yang membabitkan seorang menteri Malaysia yang dibangkitkan oleh wikileak dan disebar secara meluas oleh blogger di Malaysia tidak harus dipandang ringan.
Terbaru seorang bekas menteri Malaysia menghina seorang bekas president Indonsia yang berkunjung ke Malaysia selama tiga hari atas jemputan sebuah organisasi di Malaysia. Bekas menteri itu menghina BJ habibie sebagai seorang pengkhianat bangsa sama seperti Anwar Ibrahim.
Sebagai warga Indonesia yang layak mengundi di Malaysia, anda seharusnya dapat melihat dengan jelas akan apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia sekarang. Sebilangan anda sudah bertahun-tahun bekerja di Malaysia. Dan peluang untuk mengundi di Malaysia seharusnya digunakan sebagai medan membalas dendam bagi pihak saudara-saudara anda yang pernah dianiaya di Malaysia.
Walau mereka yang teraniaya bukan saudara sedarah dengan anda namun mereka adalah saudara seagama dengan anda. Apa tah lagi mereka adalah saudara senegara dengan anda.
Sebaliknya undilah Pakatan Rakyat agar perubahan dapat dilakukan. Jika anda sayang BJ Habibie sila undi Pakatan Rakyat sama ada Pas, PKR atau DAP.
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
BERNAS milik siapa?!
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!
IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!
Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!!
Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya! !!
Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!
Bank Muamalat milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!
Uni Asia milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!!
Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!
Puspakom milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!!
Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!
MMC milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!
Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!
Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari yang punya!!!
Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang punya!!!
Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy yang punya!!! KAH KAH KAH!
Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand.
Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin.
“Dalam masa sama saya lihat lelaki berkenaan memijak skrin tersebut. “Saya menegur perbuatannya tetapi dia terus melibas pisau ke arah saya dan terkena dibahu, menyebabkan saya mengalami luka kecil,” katanya.
Menurutnya, bimbang dirinya diapa-apakan lelaki itu, beliau cuba melarikan diri tetapi dengan tiba-tiba lelaki tersebut menikamnya dari belakang dan terkena di punggung.
“Akibat kejadian itu saya di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat dan menerima tiga jahitan, seterusnya membuat laporan polis di Balai polis Chabang Empat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – s/h
KUALA LUMPUR 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
“Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan…
“Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah,” kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.
Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.
Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.
“Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat,” kata Ravindran seperti dipetik.
Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.
"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.
"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.
Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.
Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.
"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.
Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.
Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.
Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.
Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".
Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.
Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.
Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.
Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.
Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.
Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.
Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.
Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.
Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.
Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.
Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.
Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.
Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.
Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.
Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.
Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.
Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.
Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.
Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.
Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.
Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.
Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.
Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.
Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik.
Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.
Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.
Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."- HD
Kecoh kat facebook tentang gambar najib ambil wudhu' dengan dikelilingi jurugambar amatur dan profesional. Gambar ini kononnya disiarkan oleh bernama dan dipopularkan oleh blogger pro umno.
Gambar didownload dari Facebook
Kenapa ramai sangat yang tengok dan ambil gambar?
Pelik kot pm ambil wudhu'...... atau memang dirancang untuk publisiti
wakaka
Ada video tak? Kalau ada syok gak tengok style perdana menteri berwudhu'
Kalau pemimpin Pakatan Rakyat yang kutuk kenyataan perdana menteri, Najib Altantuya aku boleh terima lagi.
Tapi kali ni benda ni datangnya dari kaum kerabat rejim Zionis Umno sendiri, MIC!
S Vell Paari yang merupakan anak kepada bekas Presiden MIC, Samy Vellu sebentar tadi menempelak Najib Altantuya yang jelas menghina kaum India dengan mengatakan bahawa kaum itu sememangnya menjadi 'simpanan tetap' undi untuk Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataan yang dibuat menerusi sebuah portal berita berbahasa Inggeris, Vell Paari mengutuk ucapan Najib Altantuya semasa merasmikan perhimpunan agung tahunan parti itu Ahad lalu di Kuala Lumpur.
Dia yang juga merupakan ketua penerangan parti itu mengutuk Najib Altantuya dengan mengatakan kununnya presiden Umno itu sudah mula mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat melabelkan kaum ketiga terbesar di negara ini dengan ungkapan yang menghina intelektual kaum mereka.
Tambah Vell Paari lagi, walaupun dia mengakui dengan jujur kaum India tidak menyokong BN semasa pilihanraya umum lalu tetapi dengan kenyataan terbaru Najib Altantuya ini, mereka bukan setakat menjauhkan diri dari MIC khasnya dan BN amnya, tetapi lebih parah lagi undi mereka pasti akan kekal bersama Pakatan Rakyat terutamanya gerakan NGO Hindraf yang gagal dineutralkan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan kini Najib Altantuya sendiri.
Walaupun ahli parlimen Pekan itu menjemput Hindraf supaya duduk semeja dengan BN kunun bagi menyelesaikan isu melibatkan kaum itu, keengganan Najib Altantuya menarik balik pengharaman yang dibuat ke atas NGO itu nyata menghina majoriti kaum India.
Semalam, beberapa pemimpin kaum India termasuk pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan dan sebuah NGO kaum itu, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilempar Najib Altantuya terhadap komuniti mereka.
Ambiga dalam kenyataan balasnya yang dipetik semalam mengingatkan Najib Altantuya jangan sesekali menghina kredibiliti kaum India hanya kerana gagal memperolehi undi mereka seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya umum lalu.
Bukti paling ampuh menghapuskan ego BN dan Najib Altantuya apabila parlimen Kota Raja yang majoriti pengundi di sana merupakan kaum itu mengangkat Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud untuk mewakili mereka mengenepikan calon BN dari kaum mereka sendiri, P Komala Devi dengan majoriti besar lebih 12 ribu undi empat tahun lalu.
Esok, satu perhimpunan besar-besaran terhadap isu kaum India yang masih tidak memperolehi kad pengenalan akan diadakan di Putrajaya bagi mendesak rejim Zionis Umno menyelesaikan masalah mereka atau berdepan dengan kehilangan undi yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dijangka mengetuai himpunan tersebut dan kini terpulanglah kepada Vell Paari dan MIC membuktikan bahawa parti itu serius mahu memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri di tanah air yang sudah didiami lebih 40 tahun lalu.
Tahniah dan syabas buat Vell Paari kerana berani menghentam Najib Altantuya kerana dia sendiri pun tahu isteri Rosmah Mansor itu kini tertekan mempertahankan kerusi empuk yang didudukinya sejak April 2009 hasil kelemahan pentadbirannya sendiri!- JALAN PULANG
Shamsiah Fakeh ketika berumur 13 tahun bersama dengan ibunya Sa'amah Nonggok dan adiknya Ramli
sebelum beliau berangkat ke Sumatera untuk belajar di Sekolah Agama Rahmah Al Yunusiah
Didalam memoir beliau, beliau tuliskan latar belakang kehidupan beliau sebagai anak remaja. Jelas Shamsiah Fakeh bukan dari kalangan orang berpendidikan tinggi. Beliau tidak mempunyai kesedaran politik sehinggalah jepun meninggalkan tanah melayu. Tatkala ini orang melayu sedar bahawa Tanah Melayu perlu merdeka dari semua bentuk penjajahan.
Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau mengalami penceraian sebanyak dua kali. Penceraian yang di lakukan tidak mengikut lunas agama menjadikan beliau merasakan kaum wanita sering di tekan oleh kaum lelaki. Dalam perjuangan beliau dalam sayap wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (kemudiannya di namakan Angkatan Wanita Sedar, AWAS), beliau sering memberi ucapan bagi menaikan semangat kaum wanita di zaman beliau. Bagi beliau, bebas dari penjajahan British merupakan titik tolak wanita bebas dari penindasan lelaki.(m/s 29)
Penglibatan beliau sebagai Ketua AWAS mendapat restu ayahanda beliau yang juga di katakan mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Beliau mengantikan Aishah Ghani (Tan Sri Datin Paduka Seri) yang meninggalkan AWAS bagi menyertai UMNO. (m/s13-19)
Perlu saya nyatakan di sini, sebelum beliau bergiat aktif di dalam PKMM, beliau juga banyak menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang di anjurkan oleh UMNO(m/s 13). Betapa ketika itu semangat beliau untuk membebaskan tanah air amat tinggi. Walaupun menurut beliau, beliau tidak berpengetahuan di dalam ideologi, hanya dengan semangat nasionalis itu beliau berjaya memimpin AWAS dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.(m/s 25)
Bagaimana Beliau Menyertai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya.
Sebelum 1948
Di sekita tahun 1945 dan 1946 Tanah Melayu menyaksikan kelahiran banyak parti-parti politik yang di bakar dengan semangat anti colonial yang tinggi. Antara parti politik melayu yang lahir ketika itu adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM), United Malays National Organisation (UMNO) atau singkatan melayunya PEKEMBAR, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan suatu sayap PKMM.
PKMM di kira sebagai parti berhaluan kiri. Ahlinya sering di tangkap, di penjara dan di hukum gantung oleh British, manakala UMNO pula tidak pernah di usik(m/s 15). Parti-parti berhaluan kiri melayu kemudiannya menubuhkan suatu pakatan di namakan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
PUTERA terdiri dari AWAS, API, GERAM (Gerakan Angkatan Muda Singapura) dan BATAS (Barisan Tani Se Malaya) dan lain-lain. Manakala bagi parti-parti bukan Melayu (kecuali PKM) yang tidak mahu saya senarikan disini menubuhkan pakatan yang di panggil All-Malaya Council for Joint Action (AMCJA).
PUTERA dan AMCJA bergabung menubuhkan pertubuhan PUTERA-AMCJA. Pemimpin AMCJA ketika itu adalah Tan Cheng Lock (kemudiannya TUN) manakala PUTERA di ketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).
Keratan artikel dari Majalah Kenchana bil 12 1 November 1947
berkenaan Hartal
Di pendekan cerita, PUTERA-AMCJA mengemukan perlembagaan rakyat, namun pihak British menolak perlembagaan tersebut dan hanya berkerjasama dengan UMNO dan wakil raja-raja melayu. Ketika itu parti-parti berhaluan kiri merasakan jalan diplomasi telah di tutup oleh pihak British. Mereka melancarkan mogok di seluruh tanah melayu (Hartal) pada 20 Oktober 1947. Menurut Shamsiah di dalam memoir nya, mogok itu berjalan lancar dan berjaya merencatkan Ekonomi (m/s 34). Shamsiah Fakeh juga terlibat dalam Hartal sebagai ahli PUTERA yang mana beliau mengetuai AWAS.
Darurat 1948
Sebelum darurat di isytiharkan, parti-parti berhaluan kiri bebas bergerak menyampaikan ideologi mereka. Ini termasuk Parti Komunis Malaya (PKM). Di dalam kongres-kongres parti berhaluan kiri, wakil PKM akan memberikan ucapan. Pada Shamsiah Fakeh, tiada apa yang pelik mengenai PKM. Mereka kelihatan bersemangat dalam menuntut kemerdekaan negara. Menurut beliau juga, ketika itu PKM tidak di gembar-gemburkan sebagai jahat dan pengganas. (m/s 39).
Pengisytiharan darurat oleh British telah mengakibatkan semua parti berhaluan kiri di haramkan. Ini termasuk semua parti-parti komponen PUTERA-AMCJA. Sejurus sebelum Darurat Di isytiharkan, Shamsiah Fakeh berpindah ke Lubuk Kawah di Pahang. Di situ lah Wahi Anwar (Ahli PKMM pusat) meyakinkan Shamsiah untuk turut serta dalam PKM. Shamsiah berasa tiada apa-apa yang pelik dengan PKM ketika itu memandangkan mereka berjuang menentang British. Malahan Shamsiah mengalu-alukan keputusan PKM untuk menerimanya sebagai ahli atas sebab yang sama.(m/s 37-39)
Walaupun pada awal penglibatannya dalam politik, Shamsiah Fakeh menghadiri banyak perjumpaan-perjumpaan UMNO, Shamsiah memilih untuk berada di dalam PKMM, parti berhaluan kiri kerana pada beliau PKMM lebih progresif dan anti colonialis.(m/s 15) Shamsiah Fakeh mendapat latihan gerila di Pahang dan pada 1949, Rejimen ke-10 PKM di tubuhkan. Rejimen ke-10 di anggotai oleh orang Melayu dalam PKM.
Menolak Dakwaan Jahat terhadap dirinya.
Potrait Shamsiah Fakeh yang di ambil pada tahun 1994.
Gambar kecil, potrait yang di ambil pada tahun 1960
Sebelum beliau menulis memoir ini, banyak cerita-cerita tentang beliau menitip di dada akhbar serta dari mulut ke mulut. Di dalam prakata memoir ini beliau berharap penerangan beliau dapat menjawab beberapa tuduhan jahat terhadap dirinya.
1) Shamsiah membunuh anaknya untuk lari dari tentera kerajaan dengan:
a) menghanyutkan anaknya kesungai (tuduhan Musa Ahmad)
b) menghentak anaknya ke batu.(tuduhan Syed Alwi)
Di katakan juga beliau berbuat demikian kerana tertekan suaminya menyerah diri kepada tentera kerajaan. Tuduhan berkenaan di lemparkan oleh ahli PKM yang menyerah diri kepada kerajaan di dalam temuramah dengan RTM.
Shamsiah menyifatkan tuduhan itu amat jahat dan di luar batasan. Menurut Shamsiah, beliau tidak membunuh anaknya. Sebaliknya beberapa ahli PKM, meyakinkan beliau untuk menyerahkan anaknya pada penduduk kampung memandangkan keadaan perang tidak membolehkan beliau bergerak dengan bayinya. Shamsiah menyerahkan bayi itu dengan rasa sedih dan berat hati. Bayi beliau tidak di serah kan kepada penduduk kampung tempatan sebaliknya dibunuh oleh 3 orang anggota PKM. Hanya selepas 3 tahun, Shamsiah mendapat berita dari ahli tertinggi Rejimen ke 10, Musa Ahmad tentang kejadian sebenar.
Lebih menyedihkan lagi, Musa Ahmad lah yang memberi tahu wartawan RTM, bahawa Shamsiah Fakeh membaling anak nya kesungai. Di dalam memoir beliau, shamsiah menceritakan bagaimana beliau menyelamatkan bayi beliau ketika di serang oleh tentera kerajaan, menolak sama sekali tuduhan bahawa beliau seorang pembunuh.(m/s 52-59)
2) Syamsiah pembunuh kejam dan mempunyai ilmu kebal.
Syamsiah berkata, tiada sebab untuk pasukan polis berdendam terhadap dirinya. Walaupun beliau dibekalkan dengan pistol dan bom tangan ketika berada dihutan, beliau tidak pernah menggunakan senjata itu untuk membunuh pasukan tentera kerajaan. Senjata berkenaan di berikan kepadanya sebagai penghormatan terhadap beliau sebagai ketua AWAS. Sebaliknya menurut beliau, beliaulah yang di hujani peluru tentera kerajaan.
Beliau juga menolak cerita bahawa beliau mempunyai ilmu kebal. Beliau mendakwa beliau cuma hamba Allah dan tiada apa-apa kekebalan pada beliau. Hanya Allah yang memanjangkan umur beliau sehingga beliau dapat menulis memoir ini. (m/s 116)
Hati saya berasa sayu apabila membaca bahagian yang menceritakan bagaimana beliau menyerahkan anak beliau kepada anggota PKM untuk di serahkan kepada penduduk tempatan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak tentera memburu beliau dan beliau terpaksa melarikan diri bersama bayi beliau untuk mengelak daripada di tangkap. Sungguh cekal semangat beliau, bukan sahaja sebagai pejuang, malah sebagai seorang ibu dan wanita melayu.
Mempertahankan perjuangan di dalam hutan menentang British.
Di dalam memoir beliau, beliau banyak mempertahankan keputusan beliau masuk ke hutan menentang British. Beliau mempertahan PKM untuk mengangkat senjata menentang British. Beliau menyifatkan British adalam pengganas sebenar. Bercakap mengenai pertumpahan darah dengan askar yang terdiri dari orang Malaya, Shamsiah berkata
'' Di dalam perang, sama ada adil atau tidak, pertumpahan darah tidak dapat di elak kan. Sesiapa yang berjuang di samping penjajah, pasti menerima tentangan. Ianya salah mereka untuk berpihak kepada penjajah'' m/s 47 ............(petikan bahasa inggeris yang saya terjemahkan kedalam bahasa melayu, ada kemungkinan tidak sama dengan memoir asal Shamsiah dalam bahasa melayu)
Di dalam memoir nya juga, Shamsiah ada memetik beberapa kali buku '25 tahun merdeka' karangan Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris seorang veteran di dalam UMNO. Tan Sri Abdul Samad Idris ada mempertahankan orang-orang melayu yang memberontak di hutan menentang British. Berikut adalah terjemahan dari petikan di dalam buku beliau:
''Jangan fikir pemberontakan oleh orang-orang melayu di Jenderam, Selangor, di Termeloh Pahang dan di tempat lain, yang mana mereka berkerjasama dengan pengganas komunis adalah kerana pemahaman mereka yang kuat terhadap ideologi komunis. Adalah sangat jelas melalui analisis sejarah bahawa mereka adalah wira nasionalis melayu. Mereka memilih jalan pemberontakan semata-mata hanya untuk mendapat kemerdekaan'' -25 Tahun Merdeka dipetik dan diterjemah dari memoir Shamsiah Fakeh m/s 49-
Shamsiah memetik lagi tulisan veteran UMNO berkenaan.
''Sebab lain yang memaksa British untuk berlembut dengan UMNO adalah pemberontakan bersenjata yang di lancarkan oleh pengganas komunis di hutan''-25 Tahun merdeka di petik dan di terjemah dari memoir Shamsiah Fakeh m/s 49-
Shamsiah sebelum itu menimbulkan persoalan kepada pembaca, adakah penjajah akan dengan mudah memberi kemerdekaan hanya melalui kompromi? Agak berat untuk hati ini menjawab ya.
Shamsiah Fakeh juga ada memetik kata-kata Tun Dr Ismail dari buku 25 Tahun Merdeka. katanya
'' Setiap nasionalis, berhaluan kiri atau kanan,mereka telah bersama-sama menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan yang di lakukan oleh UMNO''-25 Tahun Merdeka dipetik dan di terjemah dari memoir Shamsiah Fakeh m/s 71- yusriyusop
Pencacai jangan perasan pulak ok
umno yang terdapat dalam artikel ini ialah umno 1946
Gua baru balik dari menghadiri solat maghrib di Stadium Melawati, Shah Alam sempena program khas muslim care untuk mendapatkan dana bagi membantu Gaza dan Syria. Rabak jugaklah dua tiga ratus sebab bawa anak-anak gua yang ngam-ngam memenuhi sebiji exora Pergh.... anak gua ramai bro..... anam olang ma!
Bukan rabak menderma tapi beli baju T bertemakan Gaza, mafler Gaza dan bendera Syria. Campur makan minuma 7 orang... nasib baik baru gaji. hehe!
Apabila gua buka fb ternampak pencacai punya tuduhan menyatakan gambar bendera PAS di Gaza adalah palsu.
Bagi menjelaskan situasi sebenar gua siarkan video ini untuk membuktikan bahawa orang pakatan tak gila publisiti bodoh macam pencacai.... wakaka
Pengakuan peniaga karpet Deepak menarik balik sokongan terhadap Akuan Bersumpah kedua PI Balasubramaniam (Deepak: Bala kerana terlibat kes Bala) telah menjadikan isu pembunuhan warga Mongolia 'hidup semula'.
Oleh itu, elok rasanya kita terbitkan semula Akuan Bersumpah (SD) pertama yang telah diikrarkan oleh PI Balasubramaniam ini untuk mengembalikan semula ingatan kita terhadap isu yang kembali menjadi panas ini.
Terjemahan daripada SD asal yang dibuat dalam bahasa Inggeris.
Kes Altantuya : Terjemahan Akuan Bersumpah PI Bala
Saya, Balasubramaniam a/l Perumal …. dengan sesungguhnya mengaku seperti berikut ;
1. Saya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dengan Polis Di Raja Malaysia, menyertai pasukan ini sebagai seorang Konstabel dalam tahun 1981. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan akhirnya meletakkan jawatan daripada pasukan Polis dalam tahun 1988 sewaktu bersama Special Branch.
2. Saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sebaik saja meninggalkan pasukan Polis.
3. Antara bulan Jun atau Julai 2006, saya telah diambil bekerja selama 10 hari oleh Abdul Razak Baginda untuk mengawasi beliau di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja ekoran gangguan yang dialaminya dari pihak ketiga.
4. Saya berhenti daripada tugas tersebut selepas 2 ½ hari ekoran saya tidak menerima sebarang arahan yang sepatutnya.
5. Walaubagaimanapun saya telah diambil semula oleh Abdul Razak Baginda pada 5 Oktober 2006 ekoran gangguan panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang mengenalkan diri sebagai ASP Tan yang mengugutnya supaya menjelaskan hutang. Kemudian saya mengenalpasti lelaki tersebut dikenali sebagai Ang, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaaribu.
6. Abdul Razak Baginda risau berhubung individu bernama Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia di sebalik ugutan ini dan bimbang wanita ini akan sampai ke Malaysia untuk menghubunginya.
7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia bimbang bahawa Altantuya ada ‘kuasa’ yang diberikan oleh bomoh Mongolia dan menyebabkan dia akan ‘tunduk’ kepada Altantuya.
8. Bila saya bertanya berkenaan wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda beritahu saya bahawa wanita itu adalah kawannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan meminta beliau membantu dari segi kewangan.
9. Saya menasihatkannya agar membuat laporan Polis berhubung ugutan yang diterima melalui panggilan telefon daripada lelaki Cina bergelar ASP Tan tetapi dia menolak untuk berbuat demikian dan memberitahu saya ianya melibatkan individu berprofil tinggi.
10. Abdul Razak Baginda seterusnya beritahu saya bahawa Altantuya seorang penipu besar dan bijak mempengaruhi orang. Wanita ini juga didakwanya sebagai ‘mata duitan’ dan dia ada membiayai harta milik Altantuya di Mongolia.
11. Kemudian Abdul Razak Baginda memberi saya dengar beberapa mesej suara di dalam telefon bimbit yang meminta dia membayar apa yang sepatutnya, jika tidak dia akan dipukul dan anak perempuannya dimalukan.
12. Oleh kerana itu, saya dicadangkan untuk melindungi anak perempuannya Rowena dengan sebaik mungkin.
13. Pada 9 Oktober 2006, saya menerima panggilan telefon dari Abdul Razak Baginda kira-kira jam 9.30 pagi dan saya diberitahu bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan meminta saya ke sana segera. Oleh kerana pada waktu itu saya sedang dalam tugas pengawasan, saya menghantar Suras ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya akan turut serta kemudian. Suras bertindak mengawal situasi dan dia meminta secara sopan agar Altantuya dan dua orang rakannya meninggalkan premis tersebut. Bagaimanapun Altantuya meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di atas kertas berlabel Hotel Malaya, meminta Abdul Razak Baginda menghubunginya melalui nombor telefon bimbit (nombor diberi) dan menulis sekali nombor bilik hotelnya dengan jelas.
14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya kepada Suras sebagai ‘Aminah’ dan memaklumkan kepada Suras tujuan dia ke sana adalah untuk menemui teman lelakinya.
15. Tiga orang wanita Mongolia ini bagaimanapun telah datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya kira-kira jam 12.00 tengahari. Mereka tidak memasuki ke dalam bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras yang mereka mahu menemui teman lelaki Aminah, Abdul Razak Baginda.
16. Pada 11 Oktober 2006, Aminah sendiri datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberi kepada saya sekeping nota untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda, saya serahkan. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota tersebut kepada saya yang pada asasnya memintanya menghubungi wanita Mongolia itu dengan segera.
17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa adalah lebih baik diatur agar Altantuya ditahan jika masih terus bertindak mengganggunya, tetapi dia menolak kerana merasakan wanita itu akan pulang segera ke Mongolia sebaik saja menerima wang yang diminta.
18. Dalam masa yang sama, saya mengaturkan tugas untuk Suras di Hotel Malaya bagi mengawasi setiap pergerakan ketiga-tiga wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengenalinya. Rupanya mereka menjadi kawan Suras selepas itu dan Suras mengakhirinya selepas meluangkan masa beberapa malam di bilik hotel mereka.
19. Bila Abdul Razak Baginda mendapat tahu yang Suras semakin rapat dengan Aminah dia meminta saya keluarkan Suras daripada Hotel Malaya.
20. Pada 14 Oktober 2006, Aminah pergi ke rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights bila saya tiada di sana. Abdul Razak Baginda menelefon telefon bimbit saya dan memaklumkan kepada saya tentang kehadiran Altantuya, saya terus bergegas kembali ke rumahnya. Bila tiba, saya dengar Aminah menjerit “Razak, haram jadah, keluar dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal, jadi saya telefon Polis dan mereka sampai dengan dua buah kereta peronda. Saya menjelaskan situasi sebenar kepada anggota Polis, kemudian membawanya pergi dari situ menuju ke Balai Polis Brickfields.
21. Saya mengikut kereta peronda tersebut menuju Balai Polis Brickfields dengan sebuah teksi. Saya telefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya Dirren meminta mereka buat repot Polis tetapi mereka enggan berbuat demikian.
22. Semasa berada di Balai Polis Brickfields, penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang bersama. Saya diberitahu untuk menyampaikan permintaan kepada Abdul Razak Baginda berupa wang sebanyak USD 500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia, yaitu komisen yang belum dibayar kepada Altantuya hasil daripada perjanjian di Paris.
23. Sebaik Aminah ditenangkan pada ketika ini, seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menasihatkan saya agar pulang dan selesaikan masalah ini secara berhemah.
24. Saya memberitahu Abdul Razak Baginda tentang permintaan yang dibuat Aminah dan saya beritahunya yang saya kecewa kerana tiada yang mahu mendengar pandangan saya supaya membuat laporan Polis. Kami berbincang panjang tentang situasi itu bila saya menyuarakan hasrat untuk keluar dari tugasan ini.
25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;
i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.
ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.
iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.
iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.
v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.
26. Pada 19 Oktober 2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk bertugas waktu malam. Seperti biasa saya letakkan kereta di luar. Saya nampak sebuah teksi Proton Perdana kuning lalu dengan tiga penumpang wanita, seorang daripadanya ialah Aminah. Teksi itu membuat ‘pusingan U’ dan berhenti di hadapan rumah lalu penumpang wanita menurunkan cermin tingkap dan mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada saya. Kemudian teksi itu terus beredar.
27. Lebih kurang 20 minit kemudian teksi tadi datang semula bersama dengan Aminah sahaja di dalam. Aminah keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya hantar SMS pada Abdul Razak Baginda dan memaklumkan “Aminah ada di sini”. Saya terima SMS daripada Razak mengarahkan saya “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”.
28. Dalam perbualan saya dengan Aminah, dia beritahu saya seperti berikut ;
i) bahawa dia bertemu Razak di Singapura bersama Najib Razak.
ii) bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris.
iii)bahawa dia dijanjikan sejumlah USD 500,000 sebagai komisen kerana membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.
iv) bahawa Abdul Razak Baginda ada membelikannya sebuah rumah di Mongolia tetapi abangnya terpaksa membiayai semula rumah tersebut dan dia sangat memerlukan wang untuk menebus balik.
v) bahawa ibunya sedang sakit dan dia perlukan wang untuk membiayai kos rawatan.
vi) bahawa Abdul Razak Baginda pernah mengahwininya di Korea sebagaimana ibunya berbangsa Korea manakala ayahnya berbangsa campuran Mongolia/Cina.
vii)bahawa jika saya tidak membenarkannya untuk bertemu Abdul Razak Baginda, adakah saya boleh aturkan untuknya berjumpa dengan Najib Razak.
29. Selepas berbual dengan Aminah lebih kurang 15 minit, sebuah Proton Aeroback merah sampai dengan seorang wanita dan dua lelaki. Saya kenal wanita itu sebagai Lans Koperal Rohaniza dan dua lelaki itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya manakala dua lagi menunggu di kereta.
30. Azilah bertanya kepada saya samada wanita itu Aminah dan saya kata “Ya”. Kemudian dia berjalan sambil membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Selepas 10 minit sebuah kenderaan, Proton Saga berwarna biru, dipandu seorang lelaki Melayu lalu secara perlahan. Cermin pemandunya sedia terbuka dan pemandu tersebut hanya memerhatikan kami.
31. Kemudian Azilah beritahu saya bahawa dia akan membawa Aminah pergi. Saya beritahu Aminah yang mereka akan menahannya. Kemudian dua orang lagi keluar dari kereta dan bertukar tempat duduk, oleh itu Lans Koperal Rohaniza dan Aminah di belakang manakala dua lelaki di hadapan. Mereka beredar dari situ dan itulah kali terakhir saya menemui Aminah.
32. Abdul Razak Baginda tiada di rumahnya sewaktu semuanya ini berlaku.
33. Selepas 19 Oktober 2006, saya menyambung tugas untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights dari jam 7.00 petang hingga jam 8.00 keesokan paginya, berikutan mesej ugutan yang diterimanya dari seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Amy’ yang juga merupakan sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.
34. Pada malam 20 Oktober 2006, kedua-dua orang rakan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda dan bertanya di mana Aminah berada. Saya beritahu mereka bahawa Aminah telah ditangkap malam semalam.
35. Beberapa malam berikutnya, dua wanita Mongolia itu, Mr. Ang dan seorang lagi wanita Mongolia yang dikenali sebagai Amy datang semula ke rumah Abdul Razak Baginda untuk mencari Altantuya yang dipercayai sedang dikurung di dalam rumah.
36. Bila kekecohan mula berlaku, lalu saya menghubungi Polis yang tiba seketika kemudian dengan kereta peronda. Sebuah lagi kereta peronda sampai kemudian bersama dengan pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi yang bertanggungjawab terhadap laporan kehilangan orang yang dibuat oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya ianya Amy.
37. Saya menghubungi Abdul Razak Baginda yang sedang berada di rumah dan beritahunya tentang apa yang sedang berlaku di hadapan pintu gate rumahnya. Kemudian dia menghubungi DSP Musa Safri dan menghubungi saya semula memberitahu bahawa DSP Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya dan saya akan menyerahkan telefon bimbit itu kepada Inspektor daripada Balai Polis Dang Wangi.
38. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari DSP Musa Safri dan terus saya serahkan telefon bimbit saya kepada Inspektor Dang Wangi itu. Selepas perbualan mereka sepanjang 3 – 4 minit dia beritahu wanita Mongolia itu supaya beredar dan datang untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya.
39. Pada atau kira-kira 24 Oktober 2006, Abdul Razak Baginda mengarahkan saya untuk menemaninya pergi ke Balai Polis Brickfields sebagaimana beliau dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dengan gangguan yang diterimanya daripada wanita Mongolia ini.
40. Sebelum ini, Amy ada menghantar SMS kepada saya memaklumkan dia pergi ke Thailand untuk membuat repot ke Konsulat Mongolia berhubung kehilangan Aminah. Rupanya dia juga menghantar SMS yang sama pada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa Razak beritahu saya bahawa dia dinasihatkan agar membuat laporan Polis.
41. Abdul Razak Baginda beritahu saya yang DSP Musa Safri telah memperkenalkannya dengan seorang bernama DSP Idris, ketua jabatan jenayah, Balai Polis Brickfields, dan DSP Idris merujukkan dia kepada ASP Tonny.
42. Bila Abdul Razak Baginda membuat laporan Polis di Balai Polis Brickfields, di hadapan ASP Tonny, dia diminta membuat kenyataan tetapi dia menolak seperti yang dia kata bahawa dia berada di luar negara. Dia bersetuju bagaimanapun berjanji akan menyediakan kenyataan itu dan menyerahkan ‘thumbdrive’ kepada ASP Tonny. Saya tahu ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny beritahu saya.
43. Bagaimanapun hari berikutnya ASP Tonny meminta saya pula menyediakan kenyataan dan saya lakukan.
44. Saya berhenti kerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26 Oktober 2006 yaitu pada hari yang sama dia meninggalkan negara pergi ke Hong Kong.
45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima panggilan telefon daripada ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah meminta saya berjumpa dengannya berhubung kes Aminah. Bila saya sampai di sana serta-merta saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Acara Jenayah kerana mengugut.
46. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan atas jaminan Polis.
47. Pada penghujung November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Bila sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Acara Jenayah kerana membunuh. Saya dilokap dan direman selama 7 hari.
48. Saya dibawa ke Bukit Aman dan di sana saya disoal-siasat berhubung SMS yang saya terima daripada Razak Baginda pada 19 Oktober 2006 yang bertulis “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. Mereka rupanya mendapat mesej ini daripada telefon bimbit Abdul Razak Baginda.
49. Kemudian mereka merekodkan semua kenyataan saya dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Saya beritahu mereka semua yang saya tahu termasuklah segala apa yang Razak Baginda dan Aminah beritahu saya tentang hubungan mereka dengan Najib Razak tetapi bila saya datang untuk tandatangan kenyataan saya, semua butiran terperinci dibuang.
50. Saya memberi bukti dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak bertanya sebarang soalan kepada saya tentang hubungan Aminah dengan Najib Razak atau tentang panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang dipercayai sebagai ADC kepada Najib Razak dan/atau isterinya.
51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya bersama dia di pejabat peguamnya pada jam 6.30 pagi. Abdul Razak Baginda memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menghantar mesej kepada Najib pada petang sebelumnya untuk menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang respons.
52. Ringkasnya selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Najib Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. Mesej ini dibaca seperti berikut : “Saya akan berjumpa KPN pada jam 11.00 pagi ini… segala masalah akan selesai… tenanglah”.
53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda telah ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.
54. Tujuan Pengakuan Bersumpah ini adalah untuk ;
i) Menyatakan kekecewaan saya terhadap mutu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
ii) Mendedahkan maklumat dari sumber yang kukuh menunjukkan memang wujud individu lain selain tiga tertuduh yang mesti memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
iii)Merayu kepada pihak berkuasa agar membuka semula penyiasatan mereka dalam kes ini segera dan dengan itu boleh jadi sebarang bukti baru diajukan ke mahkamah terlebih dahulu di penghujung pendakwaan kes.
iv) Berdasarkan fakta dan pengalaman saya pernah bertugas dalam Polis Di Raja Malaysia selama 17 tahun, sesungguhnya saya yakin tiada pegawai Polis yang akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan badan mereka tanpa menerima arahan khusus daripada pihak atasan mereka terlebih dahulu.
v) Menyatakan kebimbangan saya mengapa pihak pembela tidak dipanggil dalam perbicaraan pembunuhan yang dimaksudkan, tertuduh Azilah dan Sirul tidak perlu bersumpah dan bersaksi sebagaimana arahan yang diterima dan daripada siapa mereka berdua menerima arahan.
55. Dan saya membuat pengakuan ini dengan tenang dan teliti serta percaya ianya adalah benar dan dengan niat baik sebagaimana peruntukan dalam Akta 1960 Akuan Bersumpah.