KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, December 22, 2012

Gambar TS Muhyiddin Imamkan Solat Tersebar

Gambar ni disebar di facebook. Gua rasa gambar ni menarik sebab tak pernah jumpa. Jadi elok dikongsikan dengan peminat TS Muhyiddin.

Ini adalah gambar print screen

Ini pula adalah gambar yang di download


Muhyiddin nampak ada tokoh jadi pak imam
Orang ada kedudukan jadi imam pasti tersebar merata-rata
apa pun tahniah pak Muhyiddin

adios
READ MORE- Gambar TS Muhyiddin Imamkan Solat Tersebar

Friday, December 21, 2012

Awang Adek Diberi Masa 7 Hari Untuk Mohon Maaf


Tuntut Awang Adek mohon maaf kepada Sultan Muhammad ke 5 dan rakyat Kelantan.

Kami rakyat Kelantan berdukacita dengan kenyataan Awang Adek yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak pernah berjanji akan mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok.

Sedangkan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan pernah bertitah ketika merasmikan Sidang DUN Kelantan yang berbunyi “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”

Dan ketika baginda menjadi Pemangku Raja baginda pernah bertitah "Kerajaan Negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan Royalti berkenaan seperti kehendak Perjanjian yang telah termaktub antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS"

Kenapa Awang Adek begitu keras menidakkan pendaratan minyak di Kelantan. Apakah jika minyak didaratkan di Kelantan maka negeri ini akan rugi. Bahkan sanggup menidakkan amanat Tuanku dan bukannya bersama-sama mengembeling tenaga untuk rakyat Kelantan.

Maka kami NGO ROYALTI memberi masa selama 7 hari kepada Awang Adek untuk memohon maaf kepada Sultan. Hari ini selepas Jumaat kami telah berkumpul menyatakan kebersamaan kami apabila kami rasa Sultan kami telah dihina.

Jika Awang Adek tidak memohon maaf secara terbuka, kami akan terus berdemo dan insyallah akan berkumpul di depan istana bagi menyakan kami menyayangi Sultan kami dan kami tidak rela orang seperti Awang Adej yang tidak mempunyai semangat kenegerian terus menghina Sultan dan rakyat negeri Kelantan! - Aktivis Jeming Hassan


adios
READ MORE- Awang Adek Diberi Masa 7 Hari Untuk Mohon Maaf

Datuk Johari Abdul Gesa Siasat 5 pengakuan Bala mengenai Najib, Altantuya dan Razak Baginda

Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.

Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.

Perkara tersebut ialah:

25. “Ketika perbincangan ini dibuat dalam usaha memujuk saya melanjutkan pekerjaan dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahwa:

25.1 Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pameran berlian di Singapura.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberitahu bahawa, dia menjalinkan hubungan seks dengan Aminah dan disyaki juga secara anal (anal intercourse)

25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda memerhati Aminah kerana dia (Najib) tidak mahu dia (Aminah) mengganggunya kerana beliau sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah bersama dalam satu makan malam di Paris.

25.5 Aminah mahukan wangnya, kerana merasakan berhak atas komisen USD500.000 atas urusniaga kapal selam yang dibantunya di Paris.

Menurut Johari, Balasubramaniam dalam akuan berkanun itu menyatakan dengan jelas nama Najib Razak, sebelum ia ditarik balik mengguna akuan bersumpah kedua.

Tambahnya, akuan bersumpah kedua dirangka seorang peguam yang bersalahan dengan undang-undang.

“Untuk buat perakuan bersumpah tidak mudah. Tindakan peguam menyediakan atau draf SD adalah berat. Harus diambil tindakan kalau salah,” tegas Johari.

Ketika ditanya mengenai lafaz sumpah Najib di Masjid Guar Perahu, pada 22 Ogos 2008 menafikan tidak terlibat atau mengenali Altantuya, Johari mengulas, ‘itu bukan hal yang utama’.

Terdahulu, KEADILAN menggesa lima individu iaitu Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam dan Balasubramaniam disiasat.

“Sebab itu kita minta siasat kelima mereka , sama ada wujud unsur fitnah atau elemen rasuah.

Harus dijelaskan nama PM dan polis kena ambil tindakan,” katanya. KD



adios
READ MORE- Datuk Johari Abdul Gesa Siasat 5 pengakuan Bala mengenai Najib, Altantuya dan Razak Baginda

Olivia Culpo dimahkotakan Miss Universe 2012


Olivia Culpo menewaskan 88 ratu cantik lain untuk menerima mahkota kemenangan dari Leila Lopes dari Angola semasa pertandingan dua jam di kasino Planet Hollywood di Las Vegas.

adios
READ MORE- Olivia Culpo dimahkotakan Miss Universe 2012

TGNA diseru tuntut pampasan 1 billion

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) membuat keputusan akan menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan kononnya beliau merasuah dua pemimpin DAP agar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Perkara ini dimaklumkan beliau dalam sidang media yang diadakan di JKR 10 semalam ekoran laporan oleh Utusan Malaysia.

"Ianya satu fitnah untuk memburukkan saya secara peribadi menjelang pilihan raya," kata beliau.

Utusan menyiarkan dakwaan satu blog Umno kononnya TG Nik Aziz merasuah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahanya, Nga Kor Meng agar DAP bersetuju melantik Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Rasuah dalam bentuk tanah itu diberikan kerana Adun DAP yang paling ramai dalam DUN Perak, dakwa blog Umno yang disiarkan Utusan itu.

Isu ini juga dibangkitkan oleh para Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam sehingga mereka dicabar menyebutnya di luar Dewan.

"Saya dah kata sebelum ini kalau keluar berita sensasi dalam Utusan jangan percaya, kena selidik dulu sebab sudah banyak Utusan keluar cerita fitnah," katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau telah membuat arahan kepada pegawainya agar membawa kes ini ke mahkamah.

"Semoga apa yang berlaku di mahkamah nanti akan perjelaskan cerita yang sebenarnya," kata TG Nik Aziz.

Tuntut saja 1 billion. kasi tutup terus itu kilang.. wakaka
READ MORE- TGNA diseru tuntut pampasan 1 billion

Menara Isa Tempat turun Nabi Isa di Masjid Jami' Damsyik, Syria

Dalam entri bertajuk Tiga negara diperintah dajjal telah bergabung yang disiarkan pada 19.12.2012, gua telah menjanjikan kisah turunnya nabi Isa. Seperti yang dijanjikan dengan izin Allah gua berjaya merangkumkan kisah turunnya nabi Isa dari pelbagai sumber. Alhamdulillah!

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “

Menara Nabi Isa iaitu menara yang dimaksudkan 
Masjid Jami' Damsyik atau Masjid Umayyad atau Masjid Umawi  yang menempatkan menara Nabi Isa

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.”

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa, mafhumnya:

“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam (Syria), bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.” Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam.

Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam.

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal:

“Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya:

“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. ”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi, mafhumnya:

“Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya:

“Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab yang mafhumnya:

“Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah s.a.w berkata, mafhumnya:

“Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.

Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim.

Tetapi beliau hanya menjawab:

“Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.”

Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:

“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata:

“Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi:

“Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi:

“Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan Haji dan Umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa a.s dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa a.s diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa a.s nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa a.s merupakan kuburan yang keempat.- Wallahu'aklam.. -- Suntingan daripada pelbagai sumber internet termasuk blog Jalan Ke Syurga
..............................................
Dengan itu sahlah bahawa Syria juga penting dalam sudut agama Islam. Bantuan kepada ASWJ  Syria patut dihulur sebagaimana pemberian bantuan ke Palestine. Semoga artikel ini membuka hati tuan-tuan untuk turut menderma kepada ASWJ Syria.  In Syaa Allah.

Kerajaan Negeri Selangor akan merangka perbincang segera bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membenarkan semua masjid di Selangor membuka tabung ‘Kemanusiaan Rakyat Syria’ sebagai usaha meringankan bebanan umat Islam Syria. Perbincangan ini akan diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
................................................

Bantulah walau dengan sekecil-kecil bantuan dan jika tiada keupayaan wang ringgit dan harta benda, bantulah mereka dengan doa anda.-GeloraHatiMuda



adios
READ MORE- Menara Isa Tempat turun Nabi Isa di Masjid Jami' Damsyik, Syria

Benarkah penulis buku 'haram' ini adalah ahli Majlis syura

Kuala Lumpur - by @tiewnama
ulama muda mazhab ahlul punnah wal ranah umno iaitu fathul bari menuduh Dr. Yusuf Qaradhawi melontarkan provokasi kepada rakyat mesir kerana Dr. Yusuf Qaradhawi berada di Qatar bukannya di Mesir tanpa meneliti sebab Dr Yusuf Qaradhawi berada di sana.

Tahukah anda bahawa beliau berada di Qatar kerana tidak dibenarkan masuk ke Mesir oleh pemerintah firaun terdahulu iaitu Hosni Mubarak.

sayembara dari itu ulama-ulama muda ini telah menfatwakan bahawa:

tiada jihad di palestine dan boikot zionis adalah satu kebodohan - ulama umno.
Amalan Bertakbir Menyalahi Sunnah - ulama umno
Ikhwan Muslimin Sesat- ulama umno
Yusuf Qaradhawi Sesat dan Khawarij - ulama umno.

Akhirnya barulah terbongkar rupa rupanya selama ini ulama muda umno atau ILMU mempunyai seorang ahli Majlis Syura yang diisytiharkan sesat oleh JAKIM apabila buku buku tulisannya diharamkan sejak 2003 lagi dan namanya adalah Rasul Dahri. Rujuk portal rasmi fatwa Malaysia di SINI dan baca bukti kesesatan dalam bukunya di SINI

Seperti sedia maklum bahawa pemuda pemuda umno yang mempertabalkan diri mereka sendiri sebagai ustaz dan ulama mempunyai seorang ahli majlis syura yang telah difatwakan oleh JAKIM sebagai sesat dan menyesatkan.

BUKU ULAMA UMNO DIHARAMKAN KERANA SESAT AKIDAH!


Rasul Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953, merupakan warganegara Singapura, orang sebegini jadi idola dan sumber ulama freemason muda umno? - era pasca

Pernahkah JAKIM menarik balik fatwa ke atas buku-bulu berkenaan?
Adakah individu dalam senarai Ahli Majlis Syura itu dengan penulis buku berkenaan adalah orang sama?

adios
READ MORE- Benarkah penulis buku 'haram' ini adalah ahli Majlis syura

Thursday, December 20, 2012

Kes Gaduh Sg Petani - Datuk Johari Salahkan blogger UMNO mainkan sentimen perkauman

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.

Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian.

Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya. ~kd
READ MORE- Kes Gaduh Sg Petani - Datuk Johari Salahkan blogger UMNO mainkan sentimen perkauman

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung- mai baca sat!

Isu sebenar yg berlaku di Syiria..

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yang benar2 kepada Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada membawa kpd Islam yg sbenar..

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi  beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya


Fakta wasukalu

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja. 

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria

1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas
    kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.


Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah, 
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?
Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

artikel berkaitan
Kanak-Kanak Pencetus Kebangkitan ASWJ Syria Menentang Bashar Al-Asad

adios

READ MORE- Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung- mai baca sat!

Wednesday, December 19, 2012

Kenyataan Media Polis berhubung Kes Gaduh di Sg Petani

SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.

“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.

Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.

“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.

“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.

Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.SH
READ MORE- Kenyataan Media Polis berhubung Kes Gaduh di Sg Petani

Gaduh berkumpulan di Sungai Petani- 13 Samseng ditangkap (updated 1.31 pm )

Ini adalah laporan oleh king jason

Dah 2 hari gua dengar gosip ini namun gua diam jer sebab takut nak sebar.Mana tahu berita ni palsu.. nanti mcm kes polis pompuan yg mengaku kena tukor tuh plak x pasal2 bawa berita palsu..

So Blog ni 2 hari dalam DRAF sebab tak pasti isu ni.Apabila khabar angin ini semakin berdesas desus.Gua fikir eloklah gua publish Draff ni untuk bacaan korang setelah gua yakin akan berita ini adalah benar. Cuma gua dengar seorang melayu meninggal..

info Paling Terkini :

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 &Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang , dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid , seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah ..

Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif.Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock ..

Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU ..

harap semua pejuang-pejuang-- 30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku..buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang...kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain...

yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta..tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi..- kingofgoblok

Sementara itu tiewnama melalui blognya erapasca.com melaporkan seperti berikut;

Kuala Lumpur - by @tiewnama

pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah kes curi motor.

persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu  yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah  yang di curi?

siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. ini pepatah lama, adakah ini konspirasi umno dan mic untuk mencetuskan huru hara bagi terus  mengekalkan kuasa yang semakin menghilang? 

sesuai dengan kata kata ketua wanita umno malaysia bahawa tragedi 13 mei bakal  berulang dan putrajaya akan di pertahankan walau dengan apa cara sekalipun dari  perdana menteri malaysia Najib Razak. 

secara logik  kes ini memang dah semakin besar melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.  2 jam dari tadi seorang lagi india  di dakwa ditemui mati dibunuh di Taman Bandar Perdana Sungai Petani . 

Polis ramai di kawasan terbabit. jadi minta tolong maklumkan perkembangan semasa.  jumlah kematian setakat ini sebagaimana yang dirisik 3 orang kesemuanya lelaki India, 

hasil risikan lain pula memberitahu bahawa kes ini sebenarnya pergaduhan di antara  kumpulan samseng india dengan samseng india yang lain 





So Diminta semua bertenang, Jangan layan sebarang Provokasi dan ikot nasihat polis.tq

Terkini jam 8.00 am 19.12.2012 Saudara Abu Nawas melalui Facebooknya pula telah memberitakan;

Sampai Sungai Petani jam 2 pagi tadi... Keaadaan tenang dan seperti biasa. Tidak ada yang mengejutkan seperti apa yang di hebohkan melalui sms.

Sekarang aku sedang minum dengan rakan India 08 di sana... Tiada rasa kebencian terhadap orang awam melayu dan Islam... pergaduahan hanyalah kebetulan berlainan bangsa tidak ada kena mengena dengan politik perkauaman...

Harap semua bertenang... eratkan perpaduan sesama kita tanpa mengira fahaman politik agama dan bangsa.


Maklumat terbaru dari King Jason 12.00 pm 19.12.2012

Dan, katanya Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan.


Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 03-4222222. sumber FB

Alhamdulillah..


adios
READ MORE- Gaduh berkumpulan di Sungai Petani- 13 Samseng ditangkap (updated 1.31 pm )

Tuesday, December 18, 2012

Datuk 'K' sebenarnya cedera teruk

Sebelum ini gua ada menyiarkan berita kemalangan datuk K pada 14 Dis yang menyatakan datuk 'K' dalam keadaan stabil. Tetapi berita terbaru semalam menyatakan sebaliknya.

17 Dis – Perkembangan terbaru suami kepada penyanyi No. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan teruk ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand baru-baru ini kini sedang menjalani pembedahan.

"Pembedahan sedang dilakukan bagi memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Datuk Khalid apabila tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan itu," ujar kakak kepada Datuk K, Datin Zaiton Mohd Jiwa kepada Murai.

"Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Datuk K boleh atau tidak dibawa pulang semula ke Malaysia. Sejak semalam, semua anak-anak Datuk K sudah sampai di sini untuk melihat keadaan ayah mereka."

Tambah Datin Zaiton lagi, sekarang ini semuanya bergantung kepada keadaan Datuk Khalid dan beliau berharap adiknya itu agar cepat sembuh.

Beliau yang ditanya sejauh mana seriusnya kecederaan yang dialami Datuk K itu berkata, kecederaan yang dialami oleh adiknya itu memang agak serius.-yahoo

entri hari ini


adios
READ MORE- Datuk 'K' sebenarnya cedera teruk

Pahang Tiada Minyak- Royalty Hak Mutlak Terengganu

30 Okt. lalu, Lidah Rasmi UMNO melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Najib itu adalah satu pembohongan semata-mata dan pembohongan Najib itu disahkan oleh Menteri Besar Terengganu...

Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

"Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata."

Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.

Dr Syed Azman Ahmad Nawawi,
Adun Batu Burok, Terengganu

Penolong Setiausaha Agong Pas

entri hari ini


adios
READ MORE- Pahang Tiada Minyak- Royalty Hak Mutlak Terengganu

Sejarah Naga/ular besar di Perak

Ular lidi menjadi naga adalah satu bidalan yang sangat popular dalam kehidupan masyarakat melayu. Di negeri Perak terdapat beberapa cerita yang berkaitan naga yang pernah menjadi buah mulut anak negeri itu.

Antaranya ialah "Naga berjuang berebut geliga di sungai Perak" dan "Naga bertapa di bawah tanah tapak  Menara Condong Teluk Intan"

Namun hanya satu cerita yang sangat gua ingati iaitu hampir 80% iaitu kisah naga dibom tentera Jepun. Cerita ini diceritakan oleh ayahanda gua semasa gua berusia 15 tahun.

Di negeri Perak semasa pemerintahan Jepun telah berlaku kejadian aneh di satu kawasan yang tidak gua ingati. Menurut cerita ayahanda gua tentera Jepun telah menghantar pasukan peronda untuk meninjau kawasan tersebut yang meliputi satu kawasan hutan yang berbukit bukau.

Apabila pasukan peninjau tidak pulang ke markas tentera Jepun selepas satu minggu, pegawai pemerintah tentera Jepun telah mengarahkan satu pasukan 30-50 orang tentera pergi mencari mereka. Malangnya pasukan tentera itu juga tidak pulang dalam masa seminggu.

Pemerintah tentera Jepun di situ mengesyaki tenteranya telah dibunuh atau ditawan musuh iaitu askar melayu dan tentera British. Beliau mengumpul kekuatan tentera seramai 300 orang dan mengikut jejak dua pasukan tenteranya yang hilang. Mereka berjalan mengikut jejak yang ditinggalkan oleh pasukan terdahulu.

Setelah sehari perjalanan mereka telah bertemu dengan kejadian aneh. Pegawai pemerintah yang mengetuai pasukan tentera kali ini telah mengesan satu kawasan lapang tanpa rumput dan pokok di hadapan satu lubang besar di kaki bukit.

Keadaan pelik itu disedari apabila mereka melihat pokok-pokok renek melentur kuat apabila angin kencang menyedut masuk ke arah lubang besar di kaki bukit tersebut . Pokok-pokok yang tidak kuat akarnya akan melayang masuk ke dalan lubang besar itu.

Pegawai pemerintah mengarahkan supaya lubang bukit tersebut dibom dengan segala kelengkapan yang ada. Beratus-rasus bom tangan dilontarkan ke pintu lubang tersebut dan disedut masuk oleh kuasa angin yang kuat. Letupan demi letupan berlaku disusuli dengan bunyi dengusan kuat binatang yang besar. Letupan bom tangan yang bertali arus telah meruntuhkan lereng bukit dan menutup lubang besar itu.

Ayah gua pada masa itu adalah salah seorang daripada puluhan remaja melayu yang menjadi hamba suruhan tentera Jepun. Berpakaian tentera Jepun tetapi tidak diberikan senjata. Tugas mereka adalah mengangkut kelengkapan tentara Jepun seperti makanan dan pakaian.Ada juga yang menjadi pembantu tukang masak tentera Jepun.

Sebaik letupan bom tangan berhenti. Pegawai pemerintah tentera Jepun mengarahkan semua pemuda melayu yang dibawa agar memeriksa runtuhan bukit berkenaan.  Rakan kepada ayahanda gua telah menemui satu biji mata ular yang sangat besar iaitu sebesar sebiji kelapa mawar muda. Penemuan itu membuatkan pegawai pemerintah tentera Jepun mengarahkan tenteranya mengebom semula runtuhan itu dari atas pula.

Pengeboman kali ini mendedahkan seekor ular yang sangat besar dengan ukurlilit sebesar kawah dan kepala yang sudah hancur. Ditubuh ular itu terdapat tumbuhan renek yang baru tumbuh disamping tumbuhan menjalar. Ini menunjukkan ular tersebut sudah lama bertapa dalam lubang tersebut hingga tubuhnya ditumbuhi tumbuhan.

Apabila runtuhan itu dikorek  berpuluh-puluh senapang tentera Jepun ditemui. Pencarian terhadap tentera yang hilang tidak diteruskan kerana Pegawai pemerintah tentera Jepun menganggap mereka telah mati dilahap ular sawa besar yang mati dibom. Lubang besar itu ditimbus semula dengan mengebom lereng bukit yang lebih tinggi dan runtuhannya menimbus bangkai ular tersebut.

adios

READ MORE- Sejarah Naga/ular besar di Perak

SD2 Bala- Zaid Ibrahim curah petrol ke dalam api yang marak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diheret dengan skandal seks, wang dan pembunuhan penuh dengan persoalan panel operasi yang dikaitkan dengan firma undang-undang dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai kematian Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini berkata, lima orang ahli dalam SPRM bertanggungjawab dalam menutup fail tersebut mungkin mempunyai campurtangan secara langsung untuk melakukan sedemikian, menimbulkan persoalan sama ada terdapat percubaan melindungi jenayah tersebut melibatkan dua orang polis komando yang bakal menghadapi hukuman mati dan penyiasat persendirian itu hidup dalam buangan.

Peguam yang kemudiannya menjadi ahli politik itu dalam blognya hari ini mengatakan Peguam Negara dan SPRM menolak untuk menyiasat dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mendapat maklumat dari Abdul Razak Baginda yang telah didakwa telah bersama dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Beliau berkata Balasubramaniam — yang dikenali sebagai PI Bala — membuat kenyataan bersumpah kedua dengan membatalkan akuan bersumpah pertama sehari sebelumnya, bahawa polis telah menekan saksi utama untuk melindungi pemimpin utama politik, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pembunuhan ini.

"Dalam akuan bersumpah kedua (yang) telah disediakan oleh peguam yang dikenali tetapi beliau (sendiri) tidak kenal. Deepak menamakan nama peguam ini dalam temuramah di Harakah.

"Jika siasatan ini diteliti lebih lanjut, kita akan dapat melihat bahawa peguam yang sama juga menjadi ahli panel operasi SPRM," kata Zaid yang merupakan menteri de-facto undang-undang ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan peguam tersebut.

"Panel inilah yang menentukan tidak ada bukti untuk menyiasat dakwaan yang dilakukan oleh Bala atau Deepak," kata Zaid.

Peguam Americk Singh Sidhu, yang mewakili penyiasat persendirian itu yang kini menyembunyikan diri, memberitahu The Malaysian Insider, ketika berhubung dengan Balasubramaniam, beliau tidak pernah mendedahkan identiti peguam kerana tidak menyedari pekerjaan individu terbabit. Bagaimanapun, beliau menyatakan identiti peguam tersebut boleh didapati di laman web SPRM, yangm menyenaraikan lapan orang sebagai ahli panel operasi semakan.

Salah seorang dari lapan orang tersebut ialah peguam," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Dakwaan Zaid bermula dari kenyataan aktivis politik, Haris Ibrahim, yang semalam berkata beliau akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam senior yang menurut beliau menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam.

Haris, yang tidak lagi menjadi peguam, berkata beliau akan memfailkan permohonan kepada majlis tersebut, untuk mendedahkan peguam senior yang telah "kesalahan serius" dengan mereka-reka akuan bersumpah tanpa berbincang dengan Balasubramaniam.

"Terdapat banyak bukti untuk Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini, jika pandangan Majlis Peguam sama seperti saya dan peguam-peguam lain, mereka akan menyiasat dan menyelesaikan perkara ini," kata Haris yang dihubungi The Malaysian Insider.

Haris menjelaskan bahawa pada masa lalu, identiti peguam dibelakang akuan bersumpah kedua tersebut kekal "misteri", tetapi telah didedahkan oleh Deepak sendiri, ketika temurama bersama lidah rasmi PAS, Harakah.

Dalam temuramah tersebut, yang telah dirakamkan dan dimuatnaik oleh Harakah dalam ruangan TVPAS di Youtube, peniaga permaidani itu telah menyebut nama peguam tersebut dalam menerangkan penglibatan beliau dalam akuan bersumpah kedua Bala, tetapi pada minit 14:39 klip tersebut, nama itu telah dipadamkan.

"Adakah ramai orang mengenali identiti peguam ini? Deepak, PAS TV, dan pastinya editor-editor mereka. Kita mungkin boleh menyiasat dan mendedahkan individu ini," kata Haris lagi.

Dalam blog aktivis tersebut Jumaat lalu, Haris telah menerangkan niatnya kepada Majlis Peguam dan mengugut akan mendedahkan nama peguam terbabit jika permintaannya tidak ditunaikan selepas 14 hari.

Beliau berkata, beliau mengetahui identiti peguam yang bergelar "Tan Sri" dari tiga sumber bebas dan boleh dipercayai, dan tidak teragak-agak untuk mendedahkannya jika perlu.

Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam dikeluarkan sehari selepas yang pertama pada 3 Julai, 2008, berkenaan dengan pembunuhan Altantuya pada tahun 2006, dimana dua orang polis komando elit telah didapati bersalah dan menghadapi hukuman mati.

Dalam sidang medianya yang kemudian, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya, yang mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2009 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.

Deepak menjadi sebutan apabila blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranannya dalam penyiasat persendirian itu menarik akuan bersumpah pertamanya.-malaysian insider


READ MORE- SD2 Bala- Zaid Ibrahim curah petrol ke dalam api yang marak

Video "Ubah Rocket Style" - gangnam versi DAP best beb!

READ MORE- Video "Ubah Rocket Style" - gangnam versi DAP best beb!

Miss Universe - Pakaian Nasional

Miss Indonesia Maria Selena 
Miss Sri Lanka Sabrina Herft 
Miss Mexico 2012 Karina Gonzalez 
Miss Panama Stephanie Vander Werf 
Miss Czech Republic Tereza Chlebovska 
Miss Croatia Elizabeta Burg 
Miss Costa Rica 2012 Nazareth Cascante 
Miss Japan Ayako Hara
Miss Great Britain Holly Hale 
Miss Albania Adrola Dushi 
Miss Panama 2012 Stephanie 
Miss Vietnam 2012 Diem Huong 
Miss Lebanon Rina Chibany 
Miss Georgia Tamar Shedania 
Miss Malaysia Kimbwely Leggett
Miss Philipines Janine Tugonon
adios

READ MORE- Miss Universe - Pakaian Nasional

Pill Propecia Terbukti Berkesan Besarkan Punggung dan Buah Dada Tanpa Silikon

ANTARA rawatan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia bagi mengawal masalah keguguran ialah pengambilan pil Propecia oleh lelaki. Ia berfungsi dengan menukarkan hormon testosteron kepada dihidrotestosteron sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut normal.Ia cukup mujarab.

Bagaimanapun, pengambilan pil itu secara berterusan dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan. Baru-baru ini, seorang jurutera perisian komputer dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan mengambil pil itu. Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.

“Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya, kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.
“Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit demi sedikit,” kata McKee dalam satu temu bual.

McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses transisi itu dan seterus berubah menjadi wanita sepenuhnya.

Lain pula kisahnya dengan seorang lagi lelaki AS, Kevin Malley, 31. Atas nasihat doktor, dia mengambil pil tersebut selama lebih kurang lima bulan. Akibatnya keinginan seksnya semakin menurun dan dalam masa yang sama, saiz alat kelaminnya terus mengecut.

Seks Lelaki Mengecut

“Saya hanya mahu pengeluar ubat itu sedar bahawa ubat itu mampu merosakkan hidup pengguna di seluruh dunia. Saya ialah salah seorang daripada mereka,” katanya.

Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pengguna di negara ini seharusnya tidak mengambil Propecia dalam dos yang berlebihan. Ini kerana wujud elemen antiandrogen dalam ubat itu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesuburan kaum lelaki.

“Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki dikenali sebagai hormon testosteron.
“Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di dalam tubuh.
“Jadi, apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut pula akan semakin berkurangan,” jelas Eeson mengenai sebab berlakunya masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Mengulas lanjut mengenai kesan positif Propecia, Eeson berkata, apabila pesakit mengambil pil itu, kandungan antiandrogen yang ada di dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan masalah keguguran rambut.

“Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan dos dan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Eeson menambah, apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.

“Secara logiknya, apabila hormon yang membawa ciri kelelakian berkurangan di dalam tubuh, maka kecenderungan seksual dan keadaan fizikal turut berubah.
“Justeru, sebelum bercadang untuk mencuba sebarang jenis ubat-ubatan, individu yang mengalami masalah rambut gugur perlu mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” jelas Eeson. (Kosmo)
.........................

Jika ia tidak sesuai buat lelaki, secara logiknya ia sesuai untuk wanita terutama yang mempunyai buah dada dan pinggul yang kecil. Amalkan makan pil ini selama 9 bulan dan segalanya akan jadi OK.

AWAS ini hanya pendapat GeloraHatiMuda berdasarkan pemahaman daripada teks berita di atas. So tak payah la nak isi silikon dalam buah dada dan punggung supaya kelihatan besar untuk menawan suami.

Tetapi AWAS pill ini tidak disaran kepada wanita yang masih mahu mengandung kerana ia dapat mengecutkan zakar bayi sekiranya bayi anda kelak adalah lelaki.

Women who are or may be pregnant must not use PROPECIA and should not handle crushed or broken PROPECIA tablets because the active ingredient may cause abnormalities of a male baby’s sex organs. If a woman who is pregnant comes into contact with the active ingredient in PROPECIA, a doctor should be consulted. PROPECIA tablets are coated and will prevent contact with the active ingredient during normal handling provided that the tablets are not broken or crushed.- oleh propecia.com



adios

READ MORE- Pill Propecia Terbukti Berkesan Besarkan Punggung dan Buah Dada Tanpa Silikon