KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, December 29, 2012

Hadi Minta 1 Jam LIVE di tv Jelas Isu AMANAT dan jawab soalan




















Tuan Guru Haji Hadi menyatakan kesangupannya menjawab segala tohmahan dan menerangkan peri hal amanatnya yang disampaikannya dahulu. Isu amanat itu menjadi fokus sekali lagi apabila puak umno membangkitkannya dan meminta TGHH menarik balik amanat tersebut.

Berikut adalah sedutan amanat tersebut

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Ucapan tersebutlah yang membuatkan penyokong umno dan bn meroyan. Para blogger mereka menulis macam-macam perkara dengan merujuk kepada amanat tersebut. Apablia diajak muzakarah tentang amanat tersebut tiada seorang pun antara ilmuan agama Islam dalam umno berani tampil untuk menegakkan kebenaran.

Jawapan secara lisan yang sebelum ini dijelaskan pelbagai pihak dalam PAS tidak sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Justeru itu masih ada antara mereka, terutama yang kurang asas pengetahuan agama melenting dengan tanpa ususl periksa lantas menunjukkan betapa bodohnya mereka.

Gua sokong TGHH untuk berdepan secara LIVE di tv kerana beliau adalah orang yang dituduh. Sebagai orang yang dituduh beliau perlu membersihkan namanya di hadapan seluruh rakyat Malaysia. Di samping itu dapat juga menjelaskan kebenaran dirinya terutama kepada mereka yang masih kabur.

Berikut adalah berita harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.

Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.

“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.

Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut ‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.

Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi tanda aras bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.

“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.

“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya. - harakahdaily

Beranikan Rais Yatim menyahut cabaran Tuan Guru Haji Hadi?  Kita tungguuuu!!!!!
wakaka

Zinédine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!



adios


READ MORE- Hadi Minta 1 Jam LIVE di tv Jelas Isu AMANAT dan jawab soalan

Tindakan Terburu-Buru Zahid Hamidi Membuktikan Dakwaan Deepak Benar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini, hari ini.Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.

Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah.“Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas,” katanya.

Mengaskan Zahid Hamidi patut berhati-hati dalam membuat pelaburan terbaik untuk kepentingan anggota tentera, Rafizi menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.“Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar hingga Najib Razak.

"Saya akan mendedahkan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya,” kata beliau.Untuk membaca kenyataan media secara penuh, klik SINI. ~kd

Zinédine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!

READ MORE- Tindakan Terburu-Buru Zahid Hamidi Membuktikan Dakwaan Deepak Benar

Zinédine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!

Zidane bertemu isterinya Veronique Fernandez ketika mewakili Cannes pada musim 1988-1989. Mereka dikurniakan empat orang anak lelaki  Enzo Zidane Fernández (24 March 1995), Luca Zinedine Zidane Fernández (13 May 1998), Theo Fernández (18 May 2002), and Elyaz Zidane Fernández (26 December 2006).

Enzo, Luca and Theo adalah ahli Akademi Real Madrid. Enzo (Midfielder) mewakil Juvenil B ( Real Madrid's U-18 ), Luca (Goalkeeper) mewakili Infantil A and Theo (Striker) mewakili Benjamin A.

Zidane telah menggambarkan dirinya sebagai "a non-practicing Muslim". Dia menguasai pelbagai bahasa iaitu Perancis, Berber, English, Sepanyol dan Italy. - wikipedia

'In the rest of France, Zidane, nicknamed 'Zizou' by the public, is admired for his decency as well as his footballing skills. His public priorities are football, family and friends. His family are Algerian immigrants, so-called beurs (French slang for Arabs), and he describes himself as 'a non-practising Muslim'. guardian 4 April 2004

Sehingga ada insan membuat video menyerunya kembali Islam

Inikah contoh Islam yang kita perlukan. Kita tak perlukan Islam yang sebegini. Apa bezanya non practising muslim dengn non muslim? Kita kena faham maksudnya. Islam tetapi tidak mengamal bermakna semua boleh jalan. haram dan halal semua boleh randuk.

semoga terbuka hatinya untuk bertaubat.

adios

READ MORE- Zinédine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!

"ANBAR" BUMI PENCETUS KEBANGKITAN ASWJ di IRAQ


Sdr Abdul Malik
Jika Revolusi Tunisia, bandar Bouazizi dikenali kerana tempat bermulanya kebangkitan sebagaimana di Syria bermula di wilayah Homs dan Mesir bermula dari wilayah Suez, maka di Iraq, penduduk di wilayah Anbar meledakkan kebangkitan sejak hampir seminggu lepas.

Rakyat Iraq meneruskan protes mereka terhadap politik Perdana Menteri Nuri Maliki pada hari keenam berturut-turut dan hari ini mereka menutup laluan utama yang menghubungkan Baghdad-Amman-Syria.

Mereka menuntut Maliki membebaskan kesemua tahanan yang ditangkap dan didera dengan teruk dalam penjara terutama wanita yang kebanyakan adalah penganut Sunni serta peletakkan jawatan Maliki.

Bantahan dilakukan hampir di seluruh bandar-bandar Sunni seperti wilayah Salahuddin dan Anbar.

Maliki dalam responnya hari ini menyeru rakyat khasnya di Anbar untuk berdialog dan menolak tindakan yang diambil mereka dengan cara menutup laluan sebagai bukan penyelesaian masalah.

Kesatuan Ulamak Muslimin di Iraq melaporkan, imam dan khatib Jumaat Syeikh Abdul Hamid Jadawwa' membacakan matlamat tunjuk perasaan iaitu "keluar sebagai mempertahankan Iraq, membantu penduduknya serta berusaha kepada perubahan yang lebih menyeluruh serta mendesak pembebasan tahanan dalam penjara tanpa perbincangan atau syarat."

Ratusan ribu rakyat yang berkumpul di wilayah Anbar,sebuah wilayah yang didiami majoriti penduduk Sunni.
Video kekejaman Syiah terhadap ASWJ


...............oleh Sdr Abdul Malik.................

Dalam pada kita cuba memujuk diri agar menerima Syiah sebagai sebahagian daripada umat Islam bersandarkan kepada tulisan ulama-ulama ASWJ yang menerima Syiah sebagai satu mazhab dalam Islam, mereka terus melakukan penganiayaan terhadap ASWJ baik di Iran, Syria, Lebanon dan Iraq.

Perbuatan keji mendera, merogol dan membunuh ASWJ terus dilakukan tanpa henti di seluruh negara dikuasai mereka. Bersamalah kita mendoakan kejayaan ASWJ Iraq mendapat keadilan daripada pemerintah.

adios
READ MORE- "ANBAR" BUMI PENCETUS KEBANGKITAN ASWJ di IRAQ

Awie Akui Buka Kelab Malai Rock Station


Berikut adalah suntingan temubual yang dipetik dari kosmo

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero. -kosmo.com




Sebelum subuh gua sampai... wakakaka

adios
READ MORE- Awie Akui Buka Kelab Malai Rock Station

Friday, December 28, 2012

Demonstrasi Tuntut 'Father Joseph Lim Guan Eng' Mohon Maaf

GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) - Ahli JMPP berarak 500 meter dari sebuah masjid di Jalan Macalister ke Komtar selepas solat Jumaat hari ini untuk menuntut permohonan maaf daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng atas seruan beliau supaya kerajaan persekutuan untuk membenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam Injil bahasa Melayu.

Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 50 ahli, diketuai oleh Penyelaras JMPP Mohd Hafiz Mohd Nordin, membawa sepanduk yang menuntut  "Father Joseph Lim Guan Eng" memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau ketika mereka mula berarak pada kira-kira pukul 2 petang.

Pergelutan hampir tercetus apabila polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada berarak ke Komtar selepas mereka berkumpul di hadapan masjid.

Walau bagaimanapun, selepas rundingan ringkas antara ahli-ahli kumpulan dan polis, mereka telah dibenarkan untuk berarak melalui Jalan Pulau Pinang yang sibuk, sehingga membuatkan trafik terhenti. Yahoo



Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengena dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. Beliau turut ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

 kihkihkih

Deepak Dakwa DIPAKSA Jual Astacanggih


Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan


adios
READ MORE- Demonstrasi Tuntut 'Father Joseph Lim Guan Eng' Mohon Maaf

Deepak Dakwa DIPAKSA Jual Astacanggih

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.

Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.

"Ini adalah kata dua telah dipaksa ke atas kita," katanya dalam mesej teks hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/217592
READ MORE- Deepak Dakwa DIPAKSA Jual Astacanggih

Pengikut dajjal adalah para wanita dan kaum yahudi

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajjal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).

Orang-orang Mesir dizaman firaun dahulu sudah mengenalinya dan merupakan salah-satu dari sembahan mereka. Salah satu aksara Mesir Kuno, Hieroglyph, berbentuk mata satu yang merupakan simbol Dewa Ra, Dewa Matahari.
Simbol dewa Ra yang di sembah oleh mesir purba zaman firaun

Selain ciri-ciri dajjal bermata satu, di dahinya juga ada tulisan Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, karena mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.

Rasulullah s.a.w secara jelas menyatakan pengikut-pengikut dajjal nanti akan didalangi oleh bangsa Yahudi.

"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).

"Kebanyakan orang yang menyertai Dajjal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).

"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).

Penubuhan brigade KFIR yang merupakan brigade terbesar tentera Israel buat masa ini adalah jelas mengesahkan lagi kemunculan dajjal dimana pengikutnya adalah yahudi. Brigade ini juga dikenali sebagai brigade 900. Unit ini secara rasmi ditubuhkan pada Februari 2005 yang dinaik taraf dari kumpulan batalion Nachshon Shimshon, Haruv, Duchifat, Lavi dan Netzh Yehuda menjadi satu brigade penuh.

Brigade ini khusus ditubuhkan untuk menentang pejuang-pejuang palestine. Batalion tersebut adalah brigade yang ditempatkan di bandar-bandar Palestine dari Hebron di selatan hingga ke Tulkarem di utara. Sesuai dengan namanya, brigade ini amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestine.

Kekejaman mereka telah terbongkar dan dilapurkan oleh akhbar Haaretz tentang siksaan yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak Palestine termasuklah penderaan seksual dan siksaan dengan meletakkan pemanas elektrik di muka kanak-kanak.

Askar dari Brigade KFIR sedia untuk melakukan pembantaian keatas penduduk Palestine

Penggeledahan dari rumah kerumah penduduk Palestine sedang dijalankan oleh unit tersebut.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah diberi gambaran oleh Allah tentang teknologi yang digunakan oleh Dajjal walaupun pada masa itu tidak ada sesuatupun benda menghampiri gambaran tersebut. MasyaAllah inilah membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah s.a.w dan hadis-hadis baginda.

"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajjal).

"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).

Bahkan mereka menamakan pesawat tempur mereka sebagai KFIR. Pesawat ini mereka majukan dari pesawat mirage perancis dan juga telah digunakan dalam perang Arab-Israel.

Jet pejuang KFIR boleh terbang pada altitude 30,000m dan halaju maksima 2,285 km/h


Logo skuadron KFIR

Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w mengkhabarkan berita gembira kepada pejuang-pejuang Islam bahawa mereka akan diberi pertolongan oleh Allah dalam menghadapi dajjal dan mendapat kemenangan gemilang seperti yang telah juga berlaku ketika mereka menentang Rom dan Parsi.

“Rasulullah sallallahu Alaihi Wassalam bersabda; Kamu akan bertempur dengan jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi , dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.”

Hadis ini juga menjelaskan juga bahawa dajjal merupakan satu kaum yang engkar samalah juga seperti kaum-kaum Rom dan Parsi yang telah berjaya ditumpaskan oleh umat Islam tetapi dengan syarat umat Islam hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.- petunjukzaman


Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan

READ MORE- Pengikut dajjal adalah para wanita dan kaum yahudi

Garis Panduan Bertudung Memenuhi Kewajipan

Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.

Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.

Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
READ MORE- Garis Panduan Bertudung Memenuhi Kewajipan

Bacaan penting untuk ayah dan ibu kepada seorang anak perempuan

Aisyah Sofia melalui FBnya telah mengongsikan maklumat ini

WASIAT RASULULLAH ﷺ UNTUK KAUM WANITA..{وصية رسول الله اونتوق قوم وانيتا}

Telah bersabda Rasulullahﷺ. maksudnya:
"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

Nabi ﷺ bersabda:
'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)." (Riwayat dan Hassan)
Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.

Sabda Rasulullahﷺ :
"Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi)

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullahﷺ bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 'Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullahﷺ bersabda:
"Perempuan yang memakai pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap-gulita pada han Kiamat, tidak ada nur baginya. " (Riwayat Tarmizi)

Sabda Rasulullah ﷺ:
'Dikahwini wanita kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu bertuah (beruntung)." (Riwayat Bukhari)

Rasulullahﷺ bersabda:
"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya)."

Nabi ﷺ pemah bersabda:
"Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."
Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya.

Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."

Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullahﷺ: "Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka."
Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh Allah kurniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya."

Nabi ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."

Sabda junjungan Rasulullahﷺ :
"Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."

Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."

Sabda Rasulullahﷺ :
"Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. "

Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya ".

Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullahﷺ : "Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
"Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga."

Rasulullah ﷺbersabda:
"Surga itu terletak di bawah telapak kaki ibu." (Riwayat Ahmad)

Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau
surga." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita yang meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia masuk surga." (Riwayat Tarmizi)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan."

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)".
Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya."
(Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullahﷺ :
"Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat".

Diceritakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata," Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum ditunjukkan padaku suatu mukjizat." "Apakah yang engkau kehendaki" tanya Rasulullah. "Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau," kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, "Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya." Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kiri dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. "Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah," katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. "Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, kerana itu izinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud solat di belakangmu." Jawab baginda, "Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka."

Rasulullah SAW bersabda:
"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga karena dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
(Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)

Rasulullah ﷺ juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup." (Riwayat Imam Bukhari)

Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

Sabda Rasulullah SAW:
"Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalarn surga. "

Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah
SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?'
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullahﷺ terhiris hingga berlinang air mata baginda.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api Neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi. "

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas takhta di hari Akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya pahala sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan." (Riwayat Abu Hurairah)

Asma binti Khanyah Fazari diriwayatkan telah berkata pada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai-bagai kesukaran karena itu akan memungkinkan dia meninggalkamu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum, Jangan pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu."

READ MORE- Bacaan penting untuk ayah dan ibu kepada seorang anak perempuan

Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan

Berikutan permohonan yang berterusan daripada pihak Kristian untuk menggunakan nama ALLAH sebagai menggantikan 'god' dalam bible berbahasa melayu, terlintas di hati untuk menyiasat keperluan untuk mereka berbuat demikian.

Setelah mencari di google menggunakan kata kunci 'god names in bible' gua menemui tajuk The Names of God di bible .org

Father:A distinctive New Testament revelation is that through faith in Christ, God becomes our personal Father. Father is used of God in the Old Testament only 15 times while it is used of God 245 times in the New Testament. As a name of God, it stresses God’s loving care, provision, discipline, and the way we are to address God in prayer (Matt. 7:11; Jam. 1:17; Heb. 12:5-11; John 15:16; 16:23; Eph. 2:18; 3:15; 1 Thess. 3:11) - sumber

Berdasarkan kenyataan dalam web berkenaan seperti yang ditampal di atas, tiada tuhan mereka yang bernama ALLAH. Nama ALLAH tidak ada sekali pun disebut di dalam bible. Dalam bible berbahasa Indonesia memang nama ALLAH digunakan untuk menggantikan 'father'.

Apakah relavannya mereka menuntut untuk menggunakan nama ALLAH sebagai ganti kepada 'father'? Dari sudut realiti Islam memanglah kita kena akur bahawa ALLAH adalah tuhan sekelian alam termasuk mahluk yang menolak agamanya.

Penggunaan nama ALLAH bagi dimasukkan ke dalam bible berbahasa melayu dapat dilihat sebagai niat jahat untuk mengelirukan umat Islam. Dalam kristianiti 'father' membawa maksud bapa kepada Jesus dan ianya tidak selari dengan Islam kerana  ALLAH bukanlah bapa kepada Jesus (Nabi Isa)

Bagi membuktikan bahawa mubaligh kristian di Malaysia tidak berniat jahat dengan mengelirukan umat Islam melalui penggunaan perkataan ALLAH maka mereka perlu kekal dengan konsep kepercayaan mereka tanpa menggunakan ALLAH untuk menggantikan 'tuhan bapa' atau 'bapa tuhan'

Mengapa tidak gunakan sahaja istilah 'tuhan bapa' atau 'bapa tuhan' dalam bible seperti kepercayaan mereka? Atau mencari nama yang lebih spesifik bagi menggantikan 'tuhan bapa' atau 'bapa tuhan'

Menggunakan kefahaman Islam bahawa ALLAH adalah tuhan sekelian alam perlu sesuai dengan tuntutannya. ALLAH tidak boleh disekutukan dengan tuhan yang ada anak kerana ALLAH itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Rakan-rakan beragama kristian perlu faham akan konsep penggunaan itu. Islam di Malaysia tidak sama dengan Islam dimana-mana negara yang mengizinkan perkahwinan campur antara penganut agama Islam dengan Kristian. Umat Islam Di Malaysia berpegang teguh kepada prinsip 'tiada lagi pengikut Isa yang asli'.

Bagi kami injil asli telah tidak wujud. Yang ada hanya Injil yang telah diubah-ubah oleh pihak berkepentingan. Maaf ini pandangan kami terhadap agama kalian. Itu hak kami. Sepertimana kalian  menganggap agama kami agama ciptaan Muhammad. Itu hak kalian.

Oleh yang demikian, demi kesejahteraan hidup bersama dalam negara tercinta ini; rakan-rakan dari kelompok agama kristian perlu menghormati hak keagamaan orang-orang Islam. Kami orang-orang Islam tidak pernah mahu menggunakan nama Jesus untuk tujuan keagamaan kami. Begitu juga apa-apa yang terdapat dalam kristianiti tidak pernah kami gunakan untuk tujuan keagamaan kami. Kami orang-orang islam sentiasa konsisten dengan agama kami. Kami tidak mengubah agama kami untuk bersaing dengan agama kristian. Malah kami berperang dengan saudara seagama yang mengubah agama kami.

Jika kalian menganggap agama kristian itu benar dan suci. Mengapa mesti dicampur adukkan dengan ketuhanan Islam. Kekallah dengan nama tuhan kalian yang asal. Gunalah apa sahaja... Jesus atau father. Itu hak kalian.

Percayalah bahawa agama yang berubah-ubah bukan agama yang sebenar. Agama yang baik kekal dari mula kewujudannya.

Selama ini kita hidup tanpa masalah dengan masing-masing mengamal agama sendiri. Nasihat gua, jangan cari masalah. Agama adalah sangat sensitif walau di mana-mana negara sekali pun.

Ini bukan ayat Quran


Penggunaan nama allah dalam injil berbahasa Arab adalah kerana bahasa itu sendiri yang mana  allah bermaksud tuhan. Ia tidak melambangkan Allah sepertimana dalam Islam. Berdasarkan kefahaman gua allah dalam bahasa arab adalah kata nama am tetapi Allah dalam agama Islam ialah kata nama khas.

Oleh kerana allah satu perkataan bermaksud tuhan maka wajarlah penggunaannya dalam injil berbahasa arab. Tetapi penggunaan Allah dalam injil bahasa melayu akan merujuk kepada nama khas yang diperuntukkan untuk tuhan yang dipercayai oleh orang-orang Islam yang turut mempunyai 99 nama.

Ini adalah pandangan gua terhadap penggunaan allah dalam injil berbahasa arab. Kepada cerdik pandai dan Ilmuan islam tolong betulkan gua sekiranya berlaku kesilapan tentang maksud allah dalam bahasa arab.

Agama kalian hak kalian. Agama kami hak kami. 
ALLAH dan 'father' tidak sama malah jauh berbeza.


adios

READ MORE- Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan

Peguam Utusan Dedah - Akhbar TidaK Ada Masa Semak Kesahihan Fakta

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Peguam Utusan Malaysia Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa akhbar berbahasa Melayu itu “tidak mempunyai masa yang lebih” untuk menyemak kebenaran laporan, apabila melihat kepentingan laporan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu.
Firoz membuat penerangan tersebut dalam kes saman Anwar (gambar) terhadap akhbar tersebut pada Januari lalu bahawa menuduh beliau menyokong pergerakan gay, dan mendakwa beliau berkata demikian dalam temuramah di televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) awal tahun ini.

Firoz berkata berita mempunyai “jangka hayat yang pendek,” berkata televisyen dan radio mungkin akan membawa berita sama.

“Jika akhbar perlu menyemak proses untuk memastikan kebenaran secara teliti, mereka sudi untuk melaporkan pada keesokan hari,” kata Firoz.

Firoz mengatakan bahawa media tidak mempunyai “masa lebih” untuk menyemak kesahihan “fakta” dalam setiap berita yang disiarkan, dengan berkata “tidak ada apa yang dapat disiarkan” jika melakukan sedemikian.

Tetapi peguam Anwar N Surendran mengatakan walaupun “berita penting” dan “tidak boleh basi” tidak bermakna “akhbar boleh melaporkan kenyataan yang salah.”
Surendran mengatakan Utusan Malaysia tidak bertanya pada Anwar tentang komennya sebelum meletakkannya di dalam akhbar mereka.
Firoz turut berkata laporan Utusan terhadap bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali adalah “salinan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak tanpa sebarang penambahan”.
“Orang ramai perlu tahu apa pandangan beliau (Hasan), dia seorang ahli politik. Tidak ada apa yang peribadi di sini.”
Firoz berkata Utusan harus mempunyai hak untuk mempertahankan laporan tersebut, kerana menyiarkan “laporan secara verbatim” terhadap apa yang dikatakan Hasan.
Beliau mempertahankan akhbar tersebut dengan berkata Utusan mempunyai “tugas untuk menyiarkan isu yang melibatkan orang awam,” seperti undang-undang dan pandangan ahli politik mengenai isu ini.

Tetapi Surendran mendakwa terdapat unsur-unsur fitnah, dimana kedua-dua ketua pengarang dan ketua pengarang berita telah gagal memberitahu jawapan sebenar dalam sesi soal jawab sebelum ini samada laporan itu adalah benar atau tidak.
Pada 23 Oktober, ketua pengarang berita Zulkiflee Bakar memberitahu mahkamah beliau “tidak pasti” sama ada laporan itu benar atau tidak, dengan berkata Utusan hanya menyiarkan berdasarkan “salinan penuh” yang tidak diubah berkenaan dengan kenyataan Hasan.

Surendran bertanya jika Zulkiflee bersetuju terdapat “elemen benar, atau mungkin tidak benar”, dimana Zulkiflee menjawab kedua-duanya sekali.
Zulkiflee turut memberitahu Firoz bahawa laporan tersebut berdasarkan kenyataan Hasan, dan Hasan seharusnya mengetahui bahawa kenyataan itu benar atau tidak.
Hari ini, Surendran mendakwa bahawa ketua pengarang Datuk Abdul Aziz Ishak “cuba mengelak” dan “tidak yakin” apabila ditanya pada 13 Ogos sama ada berita tersebut adalah benar.

Anwar pada Januari lalu memfailkan saman malu berjumlah RM50 juta dan injuksi untuk menghalang Utusan Malaysia dan ketua pengarangnya dari meneruskan laporan berita tentang beliau menyokong pergerakan hak asasi gay.

Pada sesi pendengaran pada 18 Julai, Anwar memberitahu mahkamah bahawa “sudah menjadi pengetahuan orang ramai” bahawa Utusan Malaysia adalah akhbar yang dimiliki Umno dan menerima arahan dari presiden parti.

Anwar bersetuju bahawa homoseksual perlu ditentang untuk melindungi kesucian perkahwinan, tetapi memberi pandangan bahawa undang-undang yang ada sekarang perlu dilihat semula bagi mengelakkan orang yang tidak bersalah dari dihukum.

Awal tahun ini, Anwar didapati tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantu lelakinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, apabila Mahkamah Tinggi mendapati dakwaan tersebut tidak cukup untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful.

Selepas beberapa hari Anwar dibebaskan, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk “Anwar ulas isu gay”, mendakwa pemimpin de-facto Pakatan Rakyat (PR) memberitahu BBC bahawa undang-undang terhadap homoseksualiti di Malaysia sudah “lapuk” dan “tidak relevan”.

Dalam dua artikel yang disiarkan Utusan Malaysia, Hasan melaporkan merujuk kepada temubual BBC apabila menghentam Anwar kerana menuduh beliau bersetuju homoseksualiti harus dibenarkan dalam negara ini.

Hakim Mahkamah Tinggi VT Singham berkata kedua pihak perlu menyampaikan keterangan mereka hari ini dan akan membuat keputusan pada 21 Januari tahun hadapan.TMI
READ MORE- Peguam Utusan Dedah - Akhbar TidaK Ada Masa Semak Kesahihan Fakta

Jalan Maktab Dan Jalan Semarak Akan Berdarah Esok

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Hampir 30,000 peneroka dijangka akan berhimpun di ibu negara esok menentang gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dakwa mereka tindakan menyelamatkan tanah rancangan yang merupakan milik Melayu daripada musnah.

Harga pasaran saham FGVH jatuh dua sen dibawah harga jualan penawaran awam (IPO) RM4.55 di awal penjualannya pada 10 pagi hari ini, meneruskan prestasi lemah sejak beberapa bulan ini yang menyemarakkan kemarahan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat berkenaan.

Diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), perhimpunan dengan tema “Selamatkan Felda” akan bermula selepas sembahyang Jumaat akan menyaksikan 30,000 peneroka berarak ke bangunan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalan Semarak, menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman.

ANAK dan beberapa pemimpin pembangkang telah mengetuai perhimpunan pada Julai lalu menentang penyenaraian FGVH, yang dakwa mereka untuk menawan hati peneroka dan generasi kedua mereka yang menjadi peti undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Kumpulan itu juga dilaporkan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Isa Samad, yang didakwa akan dilantik sebagai pengerusi FGVH, Koperasi Permodalan Felda (KPF) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka.

AGM yang dijadualkan hari ini telah ditunda oleh Mahkamah Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu notis pada 24 Disember dan telahpun di muat naik ke laman web KPF.

Mazlan yang menentang pelantikan Isa, sebelum ini berkata perhimpunan itu perlu untuk menyelamatkan FELDA daripda “konspirasi pihak atasan” yang merancang untuk mengurangkan kuasa KPF, dan peneroka - pemegang saham dalam syarikat minyak kelapa sawit – tersebut.

ANAK dan beberapa pengkritik FGVH turut menuduh FGVH menjual komoditi tersebut kepada Israel melalui sebuah syarikat Singapura, yang kemudiannya dinafikan mereka.
Saham FGVH terus menjunam selepas berada pada paras RM5.30 ketika disenaraikan pada 28 Jun.

Broker berkata, FGVH menerima manfaat daripada kadar yang besar, dijangka menjadi komponen penanda aras dalam indeks FBM KLCI, bersama dengan halangan daripada pembeli utama menjual lot mereka dalam tempoh enam bulan daripada penyenaraian.

Kita nantikan berita esok. Berapa pula yang mandi darah. Samseng mana pulak bakal turun

adios

READ MORE- Jalan Maktab Dan Jalan Semarak Akan Berdarah Esok

Anak Felda Ini Dedah Felda Dibangun Dengan Duit Peneroka

INGATKAH WARGA FELDA...

SIAPA YANG MEMUNGUT BIJI SAWIT @ KUTIP GETAH SEKERAP DI LADANG AYAH KITA DULU-DULU TAPI TIADA UPAH DARI MAJIKAN PUN, DAN KINI LADANG ITU AKAN DI KONGSIKAN DENGAN ORANG BANGSAWAN YANG KAYA RAYA ATAS DASAR SAHAM UNTUK SEMUA GOLONGAN...

Sama macam rumah aku dulu, 1968... rumah ini harganya RM13,777.30... untuk tapak rumah dan rumah papan... berhutang selama hampir 20 tahun, baru selesai bayar...

Harga sebuah banglo kampong yang nilainya sama dengan banglo batu di Petaling Jaya pada tahun 1968, lengkap dengan api dan air bersih... Kami, hanya rumah papan, jalan tanah liat dan batu krekil merah, pelita lampu minyak gas, ditengah hutan yang tiada apa-apa... berkawan dengan binatang buas...

Kita, generasi kedua adalah hamba yang tidak dibayar gaji (Unpaid slave) untuk bantu FELDA sehingga ketahap ini... tapi kenapa kami dianggap "haramajadah "oleh pimpinan rakus yang tak pernah faham erti tanah dan air yang kami pertahankan demi kasihkan negara dan wasiat orang tua.

Kebun kami, kami bayar beransur-ansur, walhal kamilah yang mengusahakannya, hasilnya dimajukan untuk pelaburan Felda dan koperasi kami yang di kenali dunia... namanya KPF yang sekarang nak di jaja kepada yang bukan selayaknya... Bangsa asing yang kaya-raya dengan bantuan orang kuat BN,,, Kami tak rela...

Jalan raya dalam Felda bukan pakai duit Kerajaan pun, tapi duit kami. Pembangunan infra dan selenggaraan, semua pakai duit peneroka... bukan duit kerajaan BN... jadi Kerajaan BN jangan sewenang-wenangnya cuba nak mejahanamkan segala yang kami dan bapa kami telah usahakan sejak 50 tahun yg lalu... Kami tetap pertahankan dengan cara apa sekalipun kerana majoriti 98% kami adalah ORANG MELAYU yang menguasi Tanah Melayu melalui Felda...

Orang Bangsawan dah jadi Pimpinan Hebat.. tapi jangan ganggu kami dengan umpan-umpan yang memperbodohkan kami... Kami ada otak dan berpelajaran hasil usaha susah payah ibu bapa kami.. Izinkan kami yang bangunkan semula FELDA cara terbaik... Bukan penghinaan dan kata nista mahluk yang tak pernah duduk dalam Felda dan terlantik hasil dari politik wang yang datang masa pilihan raya...

FELDA untuk kami, bukan Pimpinan BN, ISA SAMAD @ Ahmad Maslam serta kroni FGVB yang ada agenda licik... cukup kami di buli lagi:

Warga FELDA kita pertahankan hak kita.
Nazari Mokhtar

P/S : Luahan generasi kedua...
dari blog shalehuddin

Aksi Berahi Separuh Bogel Pelajar IPTA

READ MORE- Anak Felda Ini Dedah Felda Dibangun Dengan Duit Peneroka

Thursday, December 27, 2012

INFO BANJIR TERKINI : 21, 800 DIPINDAH DI TERENGGANU & KELANTAN - SEMAKIN BURUK


Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.

Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.


Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.

Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.


Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialah seramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), Hulu Terengganu (104), Besut (31) dan Marang (12).


Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.

Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak dengan 4,279 orang diikuti Tumpat (2,329), Kota Baharu (247) dan Pasir Puteh (145).

Kesemua mangsa perpindahan itu membabitkan 2,197 buah keluarga.

Kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berlegar di paras bahaya, sungai utama yang lain kini surut ke paras berjaga-jaga manakala semua jalan utama menghubungi Kelantan tidak terjejas. Cuaca di Kelantan sejak semalam adalah baik.

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata keadaan banjir beransur pulih dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan.

"Mangsa banjir di Kuantan telah menurun kepada 391 orang daripada 92 keluarga di empat pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.

"Bagi daerah Pekan pula satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di SK Sinar Mutiara, menempatkan seramai 44 orang daripada sembilan keluarga yang dipindahkan dari tiga perkampungan iaitu Kampung Cenderawasih, Kalong dan Sungai Miang," katanya.

Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan. - Bernama
READ MORE- INFO BANJIR TERKINI : 21, 800 DIPINDAH DI TERENGGANU & KELANTAN - SEMAKIN BURUK

Aksi Berahi Separuh Bogel Pelajar IPTA

gua pilih gambar ni tak teruk sangat
26 Dis – Gempar dunia blogger di Malaysia mengenai kisah model tempatan iaitu Sofea Putih dan Ali Akhbar apabila gambar separuh bogel mereka kini menjadi bualan hangat.

Sofea yang merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan merupakan pelajar di UiTM Puncak Alam, Selangor ini dikatakan telah berkongsi gambar-gambar sesi foto separuh bogel dengan Ali Akhbar.

Dalam salah satu gambar tersebut memperlihatkan Sofea dan Ali berpelukkan tanpa sebarang pakaian di dalam keadaan yang memberahikan.

Menurut sebuah blogger tempatan mendakwa bahawa Sofea Putih berani bergaya daring kerana dia bukanlah seorang wanita tulen. Namun perkara tersebut masih belum dapat dibuktikan.
-cinemaonline melalui yahoo

Jika dia wanita maka dia mempromosikan perangai tidak senonoh dengan bukan muhrim. Jika dia lelaki maka dia boleh dianggap memaparkan aksi LGBT. Siapa pun dia, dia perlu diambil tindakan kerana memberi nama buruk kepada UiTM.

Maaf gambar aksinya gua tak siar sebab dia melayu dan gua percaya dia masih Islam. Kalau gambar kapir bogel sekali pun gua tak kisah. Pastinya gua lambakkan kat sini... wakaka. Jika Ingin tengok juga sebagai bukti sila kasi google berlambak ada.

adios

Bashar Al Assad Si Yahudi Yang Kian Terdesak


Isu Alih Kubur - Gabungan NGO Pengerang Dedah Cerita Sebenar



adios
READ MORE- Aksi Berahi Separuh Bogel Pelajar IPTA

Wednesday, December 26, 2012

Isu Alih Kubur - Gabungan NGO Pengerang Dedah Cerita Sebenar


Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut. Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.

Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.

Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Pada 24hb Disember, kami menerima maklumat dari penduduk bahawa sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat telah digali, dan waris-waris kubur tersebut tidak mengetahuinya. Waris-waris itu merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka.

Pada pukul 11 pagi, sebuah kereta ronda polis keluar dari tapak perkuburan tersebut, seorang inspektor mengingatkan ahli-ahli GNP yang baru sampai situ bahawa orang Cina tidak boleh menghampiri kawasan penggalian kubur dan tidak dibenarkan mengambil gambar, inspektor tersebut juga memesan ahli GNP jangan menghubungi wartawan akbar Cina untuk temubual.

Selepas setengah jam, ahli GNP melihat dua orang pegawai Kesihatan baru tiba di kawasan kerja, dan di ikuti seorang imam memasuki kawasan kerja dengan menaiki kereta kontraktor, kami tidak lihat kehadiran pegawai dari Jabatan Agama pada masa itu. Pada waktu petang, kami dimaklumkan bahawa seorang waris yang tidak berpuas hati dengan kubur nenek moyangnya digali telah bertengkar dengan pegawai kontraktor di Kampung Punggai.

Keadaan tanah perkuburan Islam baru di Kampung Punggai bertakung dengan air selepas hujan kerana aras tanah yang rendah.

Pengendalian kerja-kerja pemindahan kubur yang tidak sempurna menyebabkan ada antara batu nisan yang petah kerana kecuaian pekerja kontraktor.

Terdapat juga kubur-kubur yang sudah tenggelam.

Menurut lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, lesen yang dipegang oleh kontraktor cuma dibenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang. Namun, kontraktor telah menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Kami mengutuk keras kepada anggota polis yang cuba campur tangan dalam kebebasan media untuk melaporkan berita dan kami akan memberi bantuan kepada waris-waris kubur yang telah digali oleh kontraktor.

Kami juga ingin meminta Pejabat Setiausaha Negeri Johor untuk mengesahkan bahawa adakah kontraktor telah melangar peraturan lesen menggali semula kubur yang dikeluarkan dan telah menggali kubur Islam yang tidak dibenarkan. Kalau tidak, kami akan membantu penduduk-penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
26hb September 2012

sumber > pulakdah

adios
READ MORE- Isu Alih Kubur - Gabungan NGO Pengerang Dedah Cerita Sebenar

PPSMI sekat penyampaian dan penerimaan ilmu

Seronok membaca pendapat Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim tentang kejatuhan markah yang diperoleh pelajar Malaysia dalam ujian TIMSS.

Sesetangah perkara yang beliau ajukan mungkin berasas terutama berkaitan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan TIMSS. Tetapi perjuangan beliau untuk terus melaksanakan pengajaran dan pembelajara Matemati dan Sains dalam Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang ingin dibincangkan di sini.

Fakta TIMSS
Untuk kajian terbaru pada tahun 2011, Malaysia mendapat 440 mata dalam Matematik dan 426 mata dalam Sains, di bawah Skala pertengahan TIMSS sebanyak 500 mata.

Pada tahun 2007, Malaysia mendapat 474 mata dalam Matematik dan 471 mata bagi Sains.
Markah yang didapati adalah 519 mata dan 492 mata masing-masing pada tahun 1999, apabila kali pertama Malaysia menyertainya. - rujuk TMI 

Fakta PPSMI
Dilaksanakan pada 2003 dan dimansuhkan pada 8 Julai 2009

Perbahasan kita
Mari kita rujuk kepada Tahun 2007 dengan Malaysia mendapat 474 mata dalam mata pelajaran matematik dan 471 dalam mata pelajaran sains. Apabila PPSMI dilaksanakan pada 2003 bermakna pelajar tingkatan dua yang menduduki TIMSS 2007 berada di tahun 4 Sekolah Rendah.

Pengajaran matematik dan sains di tahun 4 pada 2003 masih merangkak dengan segalanya belum begitu terurus dan sempurna. Di masa itulah para guru ditambah sibukkan dengan pelbagai kursus untuk menambah ilmu terutamanya memperkukuh  penguasaan Bahasa Inggeris untuk tujuan pengajaran.

Pelajar pula berada di awang-awang. Termanggu-manggu apabila mendengar pengajaran guru dalam bahasa Inggeris Sehingga kementerian terpaksa mencetak kertas soalan dwi bahasa pada peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Ini bermakna penguasaan bahasa Inggeris pelajar menjadi kekangan untuk menerima pembelajaran matematik/sains dari guru. Secara kasar, pelajar dari golongan ini mencakupi 90% keseluruhan pelajar di Malaysia.

Berbeza pula dengan mereka yang sejak pendidikan awalnya menerima pengajaran berbahasa Inggeris serta dari keluarga yang mengamal bahasa Inggeris dalam perbualan harian dalam keluarga dan masyarakat. Golongan pelajar ini adalah anak-anak orang kaya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara dan Subang Jaya yang biasanya akan mendominasi sekolah-sekolah elit bantuan penuh kerajaan seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar. Sesetengah mereka belajar di sekolah antarabangsa berkos tinggi yang tumbuh melata di Lembah Kelang.

Berasakan kepada kefahaman tersebut maka diandaikan bahawa pelajar yang mewakili Malaysia pada 2007 adalah dikalangam mereka yang berada dalam kelompok 10% (anak elite). Kebarangkalian besar yang kita ada adalah ; kita telah menghantar pelajar yang berkedudukan 100-200 terbaik dalam matapelaran matematik dan sains kerana pelajar yang mempunyai kepintaran sebenar dalam kedua-dua subjek berkenaan  telah tercicir dalam pelajaran kerana kekangan bahasa.

Kesan menjadi lebih buruk pada 2011 ekoran daripada kegagalan pengajaran dan pembelajaran yang mereka terima sehingga 2008. Perlu difahami bahawa pelajar tingkatan 2 yang mengambil bahagian dalam TIMSS 2011 berada di era PPSMI ketika di sekolah rendah.

Kita teruskan dengan kemampuan Malaysia mendapat 519 mata dan 492 pada 1999. Semasa ini PPSMI belum dilaksana dan mungkin belum ada dalam perancangan kerajaan. Jadi, apa relevannya angka ini kepada PPSMI? Berdasarkan semua angka pencapaian di atas jelaslah pendidikan Malaysia lebih maju sebelum PPSMI dilaksana.

Jika PAGE masih inginkan PPSMI maka kerajaan perlu mewujudkan sekolah khas kepada anak-anak orang elite ini kerana anak-anak rakyat biasa tidak memerlukan PPSMI. PPSMI menjadikan bahasa sebagai satu kekangan besar terhadap penyampaian dan penerimaan ilmu. Biarlah anak melayu diajar dengan bahasa melayu dan anak cina diajar dengan bahasa cina.

Kepentingan bahasa Inggeris = 'Yes' . 
'No' to PPSMI.

adios




READ MORE- PPSMI sekat penyampaian dan penerimaan ilmu

Nak tengok yahudi berwajah melayu? Meh siniii


Pernahkah anda mendengar pendapat bahawa ada kemungkinan melayu adalah lost tribe yang dicari-cari oleh yahudi Zionis? Suku yahudi ke dua belas adalah musuh utama kepada seluruh yahudi yang ada. Mereka akan membunuh semua yahudi yang ada. Demikian menurut kepercayaan yahudi. Justeru itu Melayu menjadi sasaran untuk disesatkan daripada aqidah Islam sepertimana yang berlaku sekarang.

Pendapat seperti itu bukan dibuat oleh calang-calang orang tetapi oleh ilmuan daripada universiti tempatan hasil daripada penyelidikannya bersama-sama ilmuan negara lain seperti Indonesia. (pengkaji dari negara lain gua tak ingat). Antara yang dikaji oleh mereka ialah DNA orang-orang melayu dan dibandingkan dengan DNA yahudi. Dan keputusan ujian DNA itu adalah 30% positif tetapi ditolak dengan alasan kahwin campur yang berlaku di gugusan pulau-pulau melayu.

Terdapat pelbagai sebab untuk menafikan keputusan DNA tersebut dan antaranya adalah untuk menjaga keselamatan orang-orang melayu. Kewujudan melayu yang berperangai saling tak tumpah seperti yahudi itu adalah kesinabungan daripada asal usul mereka sendiri iaitu berdarah yahudi. Sikap suka memutarbelitkan agama Islam, suka membuat fitnah dan mengadu domba adalah perangai yahudi sejak zaman para sahabat sehingga terbunuhnya Hassan dan Hussain cucu kepada Nabi Muhammad SAW dan munculnya fahaman syiah.

Jika hasil penyelidikan itu benar dan melayu adalah suku yahudi ke 12 yang akan menghancurkan seluruh yahudi lain bermakna kita benar-benar dalam bahaya. Adalah penting untuk kita mengekalkan aqidah. Sentiasa berhati-hati dengan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Segala dakyah yahudi zionis perlu ditapis dan ditangkis dengan bijaksana.

Gambar di atas adalah bukti yang menunjukkan bahawa melayu berkemungkinan besar adalah "the 12th lost tribe" atau suku yahudi ke dua belas yang dimaksudkan.Lihat wajahnya saling tak tumpah wajah melayu. Lihat wajah anak kecil itu pula. Tidakkah jelas bahawa banyak sekali ciri-ciri melayunya?

**Topi yang dipakainya adalah topi yahudi ortodox, agak besar sedikit berbanding topi yahudi moden.**

Dipapar di atas adalah gambar seorang yahudi Bnei Menashe dari India yang berpenempatan di Mizoram dan Manipur yang bersempadan dengan Myanmar. Bnei Menashe mendakwa bahawa mereka terdampar di sana apabila nenek moyang melarikan diri dari dihapuskan oleh Asyrian. Di India sebilangan besar mereka telah dikristiankan oleh mubaligh-mubaligh British. Namun begitu mereka masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka termasuk upacara mengorbankan haiwan.

Chief Rabbi Shlomo Amar (Israel) mengiktiraf Bnei menashe sebagai yahudi tetapi mereka perlu menukar agama mereka kepada yahudi untuk pengesahan keyahudian mereka.





** bagi yang nerminat membaca asal usul melayu sila ke sini. baca semua alter yang ada supaya lebih memahami.

Bashar Al Assad Si Yahudi Yang Kian Terdesak



adios
READ MORE- Nak tengok yahudi berwajah melayu? Meh siniii

Bashar Al Assad Si Yahudi Yang Kian Terdesak

Bashar Al Asad yang kononnya berseteru dengan yahudi Israel dan pernah melabel yahudi sebagai pembunuh Jesus (Nabi Isa) dan melakukan banyak percubaan untuk membunuh nabi Muhammad SAW sebenarnya adalah seorang berketurunan yahudi Isfahan, Iran. Dia berketurunan Suliman al- Wahash yang berpindah dari Isfahan ke Syria pada tahun 1860 atau 1870 dari Isfahan. Keluarga Asad adalah berasal daripada seorang keturunan Suliman yang bernama Ali Suleyman yang kemudiannya menukar nama keluarga itu kepada Assad.sumber

Adakah menyerupai orang arab?

Status semasa rejim Bashar adalah tidak menentu . Diplomat mengatakan bahawa Assad nampaknya telah menjadi "banduan sistem sendiri," tidak lagi memainkan peranan kepimpinan yang aktif dan berkurung di istananya. Dengan kedudukan FSA yang semaking mendekati dan mengepun istana beliau, Asad dilihat tidak mampu bertahan lama. Satu demi satu kedudukan penting tenteranya ditawan FSA. FSA dilaporkan sengaja membiarkan rakyat asing meninggalkan negara itu melalui jalan udara walaupun berkemampuan menyerang dan melumpuhkan lapangan terbang damsyik. Jalan-jalan utama menuju ke lapangan terbang juga tidak ditutup walaupun FSA menguasai sepanjang jalan tersebut.

TIGA PILIHAN
Assad mempunyai tiga pilihan dalam keadaan sekarang. Yang pertama adalah untuk kekal dalam istana presiden dan memenuhi janji yang dibuat bulan lepas dalam satu temu bual dengan televisyen Rusia untuk "hidup dan mati di Syria".

Kemungkinan kedua adalah untuk melarikan diri dari Damascus berssama keluarganya dan mencari perlindungan di negara ketiga sama ada Iran atau Venezuela. Dua kerajaan yang secara terbuka menyokong rejim Syria. Faisal Miqdad, timbalan menteri luar Syria dilaporkan telah melawat Venezuela, Cuba, dan Ecuador baru-baru ini. Ecuador kemudiannya mengumumkan bahawa ia tidak sedia untuk memberi suaka kepada Assad.

Pilihan yang paling mungkin adalah untuk rejim dan teras tentera untuk berundur ke pergunungan Alawiyah di pantai Mediterranean. Sumber diplomatik mengatakan bahawa terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa rejim sedang merancang untuk mendaftarkan semua ASWJ yang tinggal di bandar-bandar pantai Tartous, Banias, dan Latakia.


Penduduk bandar-bandar pantai kebanyakannya terdiri daripada golongan ASWJ manakala kawasan pedalaman bergunung adalah berpenduduk majoriti syiah Alawiyah.

Terdapat khabar angin menunjukkan bahawa rejim akan berundur ke kawasan pantai Tartous dan Latakia.


Nama Coca Cola berasal daripada tulisan arab bermaksud "Tiada Muhammad Tiada Mekah"



adios

READ MORE- Bashar Al Assad Si Yahudi Yang Kian Terdesak

Nama Coca Cola berasal daripada tulisan arab bermaksud "Tiada Muhammad Tiada Mekah"





Gambar tersebut diedit daripada blog truthseeeker44 . Di dalam blog terdapat banyak maklumat meyakinkan tentang kewujudan freemason , ritual aneh freemason yang berkaitan dengan peredaran matahari, planet dan bintang. Di blog itu juga digambarkan bahawa Qlimpik 2012 adalah upacara besar perlaksanaan misi setan freemason dan zionis di muka bumi.

Berbalik kepada 'Tiada Muhammad, Tiada Mekah'

Tafsirannya boleh dibuat dengan dua cara. Pertama frasa itu membawa maksud Mekah tidak wujud jika tiada Muhammad. Mekah tidak akan menjadi tanah suci dan menjadi lokasi impian manusia pada hari ini.
Tafsiran kedua adalah menyentuh soal aqidah. "Tiada Muhammad, Tiada Mekah" membawa maksud kedua-duanya tiada. Apabila kita mengakuinya maka gugurlah iman iaitu kewajipan percaya kepada rasul-rasul. Tiada Muhammad juga membawa maksud tiada agama Islam kerana Islam dibawa oleh Muhammad sebagai pesuruh Allah. Selebihnya fikir sendiri... hihi!

Sama ada ianya terancang atau kebetulan bukan persoalan. Yang pasti ialah keperluan untuk kita terus memboikot coca cola. Jangan ikut kata ulama umno. Dia tersasul agaknya... wakaka

Lihat sahaja maskot olimpik 2012 ini
dajjal?









The 11th book of the Bible is 1Kings, and chapter 2 records the death of King David and King Solomon becomes King. Solomon's reign is known as Israel's Golden Age! Link 
It was Solomon who built the first Temple in Jerusalem, destroyed on August 4 585/586. The two pillars in Masonery which form an "11", one is Jachin and represents David, the other is Boaz and represents Solomon.


Mengapa symbol setan Firaun jadi kebanggaan




Bagi gua Penulis blog itu ada banyak asas untuk menulis sedemikian. Sila ke sana jika anda seorang peminat misteri freemason, zionis dan kaitannya dengan dajjal. """penulis blog itu seorang yang tidak mempercayai tuhan"""

entry sebelum ini

Giliran Khalid Ibrahim Aibkan BN di Selangor


Perkasa Bawa Batu Nisan ke Pejabat MAIPP 



adios
READ MORE- Nama Coca Cola berasal daripada tulisan arab bermaksud "Tiada Muhammad Tiada Mekah"