KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Saturday, January 5, 2013

Kucing Batu Moyang kepada kucing bengal

Kucing Batu atau Asian Leopard Cat adalah moyang kepada kucing bengal yang sangat popular sekarang. Harganya sangat tinggi malah ada yang senilai sebuah kereta mewah USD 100.000. lihat videonya di SINI. Haiwan Malaysia yang dimanipulasi pihak asing hingga menghasilkan sumber pendapatan kepada warganya.

Kerajaan malaysia harus lebih logik dalam soal pengharaman keatas haiwan-haiwan eksotik kerana kajian telah membuktikan bahawa haiwan seperti kucing batu lebih mudah membiak dan diperbanyakkan dalam penjagaan rapi oleh manusia di rumah. Bukti di SINI.

Leopard cat foundation pula mengkaji dan menghasilkan banyak kucing batu atau asian leopard cat untuk dijual kepada individu yang berminat. Kucing kita orang lain buat duit kerana kebodohan kita sendiri.



Hasil kacukan dengan kucing domestik Amerika maka terhasillah bengal




Harga seekor anak kucing bengal purebreed adalah  RM2000 ke atas.

Teringin nak memiliki kucing bengal tapi takut mati. 
Beli dgn harga RM2000 tak sampai sebulan mati pulak... adoi 
kompom nangis

adios
READ MORE- Kucing Batu Moyang kepada kucing bengal

Haris Ibrahim : Cecil Abraham Perlu saman Untuk bersihkan nama

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Haris Ibrahim mencadangkan Tan Sri Cecil Abraham supaya mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya selepas aktivis politik tersebut mendedahkan nama peguam tersebut sebagai salah seorang yang menyediakan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua buat penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Dalam laporan hari ini, Majlis Peguam menyatakan mereka ketika ini sedang menyiasat peguam yang dikatakan menyediakan SD kedua tersebut sekiranya berlaku sebarang salah laku profesional.
“Dia boleh mempertimbangkan untuk menyaman saya ... ia akan menjadi salah satu cara yang cepat untuk membersihkan namanya,” kata Haris kepada The Malaysian Insider.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Haris telah menamakan Abraham sebagai peguam yang menyediakan draf SD kedua Balasubramaniam SD kedua, bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008, melibatkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang mana dua polis komando elit telah disabitkan kesalahan dan menghadapi hukuman mati.

Kontroversi menyelubungi SD tersebut timbul semula selepas usahawan karpet, Deepak baru-baru ini mengakui bahawa dia terlibat mendapatkan Balasubramaniam membuat SD kedua termasuk mencari dua peguam merangka pengakuan baru.

Identiti dua peguam tidak pernah dikenali sehinggalah Deepak membuat pendedahan tersebut.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pihaknya akan bertindak tanpa memihak atau sekatan tidak mengira siapa personaliti tersebut atau dalam apa jua keadaan.

Namun begitu, Haris meragui kenyataan Majlis Peguam tersebut memandangkan mereka hanya “mengulangi” pengumuman sama walaupun selepas peguam membuat satu aduan rasmi mengenai hal tersebut.

“Adakah mereka akan menyiasat? Entahlah, saya tidak tahu.
“Mereka hanya mengeluarkan kenyataan sama seperti bulan lepas. Mereka boleh membuat kenyataan yang sama pada bulan Januari. Mereka boleh membuat kenyataan yang sama Februari,” katanya lagi.

Peguam Americk Singh Sidhu selaku wakil bekas penyiasat tersebut juga mencadangkan perkara sama pada 1 Januari bahawa Majlis Peguam “sedikit teragak-agak dalam menyiasat perkara ini”, sambil menegaskan badan perundangan tersebut tidak perlu menunggu aduan yang lain dan mereka boleh menubuhkan inkuiri sendiri untuk menyiasat.

Haris juga mendakwa Americk secara terbuka menyatakan “secara jelas” bahawa Abraham mungkin terbabit dalam merangka SD kedua dan mengulangi cadangan beliau supaya Abraham menyaman beliau bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Saya membaca kenyataan akhbar Americk lewat bulan lalu di mana beliau menyatakan secara jelas bahawa beliau terbabit dalam mendapatkan anak guamnya melakukan sumpah palsu.

“Jika Majlis Peguam mengambil masa terlalu lama walaupun mengikut kehendak mereka sendiri, saya menawarkan cara mudah untuk membersihkan namanya. Samanlah saya,” ujar beliau.-TMI

adios
READ MORE- Haris Ibrahim : Cecil Abraham Perlu saman Untuk bersihkan nama

Peguam Tidak akan wakili perogol pelajar perubatan India

Lima lelaki yang menghadapi tuduhan merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun yang menyebabkan bantahan di seluruh India tidak akan mendapat bantuan mana-mana peguam. Mereka akan dibicarakan tanpa peguambela.

Perbicaraan dijangka bermula pada hari Khamis di mahkamah daerah Saket di mana Polis Delhi secara rasmi akan membentangkan kertas pendakwaan 1,000 halaman terhadap lima lelaki yang menghadapi tuduhan.

Yang keenam, yang dipercayai menjadi juvana akan dibicarakan di mahkamah juvana tetapi polis sedang menjalankan ujian tulang untuk menentukan usianya.

"Kami telah memutuskan bahawa peguam tidak akan berdiri untuk mempertahankan mereka. Adalah tidak bermoral untuk mempertahankan kes," kata Sanjay Kumar, seorang peguam dan ahli Majlis Peguam Daerah Saket.

Kumar berkata 2,500 penyokong yang didaftarkan di mahkamah telah memutuskan untuk "menjauhkan diri" untuk memastikan "keadilan pantas", bermakna kerajaan akan perlu untuk melantik peguam bagi defendan. Seorang lagi peguam di mahkamah mengesahkan pemulauan itu.
READ MORE- Peguam Tidak akan wakili perogol pelajar perubatan India

The Black Rose Dah keluar. mai download di sini


download sini la
The Black Rose - satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber.

Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.

Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak.

Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib.

Dari cerita Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga Najib sehingga penglibatannya untuk menterbalikkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu, buku ini dilihat mencerminkan cerita tersebut, tetapi dikisahkan dalam bentuk ceritera.

Laporan di atas datangnya dari Malaysiakini.

Berikut adalah sebahagian dari apa yang terkandung dalam buku 'The Black Rose' itu... sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas..


Nak baca kisah penih dila ke SINI. Terima kasih kepada blogger anak sungai derhaha


READ MORE- The Black Rose Dah keluar. mai download di sini

CT Nurhaliza dah boleh senyum Abang K dah Ok.... wakaka

2 Jan – Penyanyi nombor satu negara, Datin Sri Dato' Siti Nurhaliza bersyukur ke hadrat Ilahi apabila suaminya, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra dengan panggilan Datuk K semakin pulih berikutan kemalangan yang menimpa beliau pada 13 Disember lalu di Queenstown, New Zealand.

Malah beliau dan Datuk K juga sudah pulang ke tanah air pada 29 Disember lalu selepas ditahan lebih dua minggu di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Dalam satu siaran media, Siti memohon agar diberi ruang buatnya dan suami yang kini masih lagi mendapatkan rawatan susulan dan menjalani fisioterapi di atas kecederaan tangan yang dialami.
Doktor kepada Datuk K juga turut menasihatkannya agar berehat dan juga menghadkan kehadiran tetamu yang melawat hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja.

Sebelum ini anak ketiga Datuk K, Mohd Asyraf memberitahu di laman Twitter bahawa ayahnya mungkin memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih seperti sediakala.

Siti turut memohon maaf apabila terpaksa menolak permintaan media dan pihak lain yang ingin mendapatkan kenyataan secara langsung daripadanya tentang situasi sebenar suaminya itu.

Pada 13 Disember lalu, Datuk K telah patah bahu kiri serta mengalami kecederaan di tangan dan kaki akibat kemalangan yang melibatkan motosikalnya.

Berikutan kemalangan tersebut, Siti yang sepatutnya mengadakan konsert di Banjarmasin, Indonesia terpaksa membatalkan persembahannya dan berlepas ke New Zealand untuk berada di samping suaminya.


Empat Aktres 'Hot' Bollywood Yang Kini Berambut Pendek


adios
READ MORE- CT Nurhaliza dah boleh senyum Abang K dah Ok.... wakaka

Friday, January 4, 2013

Kompas iklankan 'kebodohan' Zainuddin Maidin di Google Adsense

Serangan ke atas BJ Habibie oleh Zainuddin Maidin awal Disember lalu menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Akhbar kompas mengulas dan menyiarkan secara berturutan penghinaan Zainuddin Maidin.

Malah yang paling memalukan Malaysia sendiri, sehingga kini kompas memainkan isu tersebut. Kompas mengiklankan ‘kebodohan’ Zainuddin Maidin untuk tontonan di Google Adsense sebagaimana iklan [iklan free sini...] di atas. Iklan Adsense tersebut sedang disiarkan.

Sentimen anti Malaysia meningkat disebabkan ‘bijak pandai’ keturunan UMno ini dan disiarkan akhbar Utusan Malaysia. Bagaimana UMno sebelum ini boleh mendakwa Anwar Ibrahim yang meningkatkan sentimen anti Malaysia oleh Indonesia.

Di bawah adalah kenyataan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Isu tersebut.
Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.

Tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.

Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor Utusan, juga mantan Menteri Penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.

Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini.

Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia.

Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
oleh lanisma tko


adios

READ MORE- Kompas iklankan 'kebodohan' Zainuddin Maidin di Google Adsense

Empat Aktres 'Hot' Bollywood Yang Kini Berambut Pendek

Preity Zinta

Gul Panag

Kajol

Priyanka
Ini hanya sebahagian daripada yang tersiar di my.entertainment.yahoo. Terdapat beberapa aktres yang turut menukar fesyen rambut mereka daripada trend rambut panjang kepada rambut lebih pendek. Sebelum ini pelakon wanita Bollywood sering mengekalkan fesyen rambut panjang mereka seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem terkemuka mereka.

adios
READ MORE- Empat Aktres 'Hot' Bollywood Yang Kini Berambut Pendek

Kerajaan Selangor sedia jadi saksi jika pengguna saman SYABAS

READ MORE- Kerajaan Selangor sedia jadi saksi jika pengguna saman SYABAS

Buku ' The Black Rose' akan diberi percuma - Deepak

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Rancangan Deepak Jaikishan untuk melancarkan bukunya bertajuk “The Black Rose” dibatalkan gara-gara pendedahan Rafizi Ramli berhubung pembelian barang kemas dari Hong Kong, kata usahawan karpet itu.

Usahawan itu bagaimanapun turut mengakui bahawa beliau adalah penulis buku 26 muka surat itu, yang dakwanya kisah sebenar disebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam.

“Ya ... Saya ambil masa sehari untuk draf semua benda,” kata Deepak ketika sidang media hari ini.

Jelas Deepak, beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk menjual buku tersebut, sebaliknya ia hanya akan dimuat naik ke internet, dan boleh dimuatturun secara percuma.
“Saya tidak mengejar keuntungan, saya menceritakan perkara yang benar,” katanya.
“Saya akan letak ‘bebas hak cipta’ ... Kalau nak cetak, silakan.”

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat beberapa naskhah buku itu yang tersebut yang telah siap dicetak yang hanya akan diedarkan kepada rakan dan sahabat handai terdekat.
Buku 26 muka surat dengan tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu menggunakan nama “Spirit of Altantuya” sebagai penulisnya.

Buku itu bagaimanapun tidak menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan, dan ramai lagi.

Deepak baru-baru ini mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau telah ditipu Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.

Beliau juga turut melakukan beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam SD kedua Bala mengaitkan kes pembunuhan model Altantuyaa Shaariibuu pada tahun 2006.

Buku berkenaan turut menyatakan akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.” TMI


Ratu Safiatuddin - Raja Perempuan Aceh Islamis Terbilang


Guan Eng Reject Hasrat Soi Leck Join DAP


adios
READ MORE- Buku ' The Black Rose' akan diberi percuma - Deepak

Penceramah Pas didakwa Hina Bapa DYMM Agong

'POLIS SERBU SURAU BIAR USTAZ PAS HINA BAPA DYMM AGONG'

Pada hari ini Jumaat 21 Disember 2012 jam 11:00 pagi, saya - HALIM TUAH selaku ahli kariah Surau An-Na'im Seksyen 5 Wangsa Maju, akan membuat LAPORAN DI BALAI POLIS WANGSA MAJU terhadap seorang PENCERAMAH PAS yg bernama Shaari CHE IN kerana MENGHINA BAPA DYMM AGONG dlm kuliah agama di surau berkenaan malam tadi.

PIHAK POLIS TELAH MENYERBU SURAU berkenaan ketika saya sedang BERTIKAM LIDAH dengan Penceramah & Pengerusi surau tentang apa perlunya sebut 'BAPA AGONG' dlm kuliah agama ini yg seakan SECARA HALUS mengajak ahli2 kariah NYAHKAN RAJA & SULTAN!!!

"..BAPAKKK AGONG pun takkan boleh buat apa.." - dgn merujuk perihal org yg tiada syarat JPA tidak akan dapat kerja; saya mempersoalkan apa perlunya DIPERKECIL/SENDAKAN TUANKU2 SEKELIAN dan apa perlunya mengaitkan BAPA DYMM AGONG dalam kuliah agama itu!

copy paste dari blog member ameno gua ashamsuri.blogspot.com

Haha! pada pandangan gua itu adalah bahasa pasar dalam kehidupan harian. Ramai orang mengucapkan perkara yang sama di kalangan orang melayu. Antara lain yang biasa disebut ialah "Jangan kata menteri, bapak menteri  pun aku tak heran."  'bapak' dalam konteks ini bermaksud berpangkat lebih tinggi atau lebih berkuasa atau lebih power. Dan dalam konteks 'bapak agong' tiada kene-mengena dengan ayahanda DYMM Agong.

Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

adios
READ MORE- Penceramah Pas didakwa Hina Bapa DYMM Agong

SEMANGAT JUANG SALAHUDDIN AL AYUBI

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.

Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.

Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.SUMBER


Ratu Safiatuddin - Raja Perempuan Aceh Islamis Terbilang


Guan Eng Reject Hasrat Soi Leck Join DAP


adios


READ MORE- SEMANGAT JUANG SALAHUDDIN AL AYUBI

Pesta Seni Ukiran Salji Terhebat Di China 2013

Setiap tahun, puluhan pengukir dari seluruh dunia berkumpul di bandar China dan mengambil bahagian dalam perayaan antarabangsa salji dan ais.

Pesta ini akan dibuka pada 3 Januari 2013 dan akan berlangsung selama beberapa minggu. Pada masa ini, anda akan bebas memasuki taman Jingyue Lake National Forest Park dan melihat keindahan ini.









READ MORE- Pesta Seni Ukiran Salji Terhebat Di China 2013

Kes Saman Fitnah Terhadap PapaGomo - Zahid Hamidi diSapina

Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi(gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.


Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.Hrkh

Kalau minta maaf awal-awal kan senang....wakaka.


adios
READ MORE- Kes Saman Fitnah Terhadap PapaGomo - Zahid Hamidi diSapina

Ratu Safiatuddin - Raja Perempuan Aceh Islamis Terbilang

Ratu Safiatuddin Tajul-’Alam Syah Johan Berdaulat Zillu’llahi fi’l’Alam binti al-Marhum Sri Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Syah. Anak tertua dari Sultan Iskandar Muda dan dilahirkan pada tahun 1612 dengan nama Putri Sri Alam. Safiatud-din Tajul-’Alam memiliki arti “kemurnian iman, mahkota dunia.”

Baginda memerintah antara tahun 1641-1675. Diceritakan bahwa ia gemar mengarang sajak dan cerita serta membantu berdirinya perpustakaan di negerinya. Safiatuddin meninggal pada tanggal 23 Oktober 1675.

Sebelum baginda menjadi sultanah, Aceh dipimpin oleh suaminya, yaitu Sultan Iskandar Tsani (1637-1641). Setelah Iskandar Tsani wafat amatlah sulit untuk mencari pengganti laki-laki yang masih berhubungan keluarga dekat. Terjadi kericuhan dalam mencari penggantinya. Kaum Ulama dan Wujudiah tidak menyetujui jika perempuan menjadi raja dengan alasan-alasan tertentu.

Kemudian seorang Ulama Besar, Nurudin Ar Raniri, menengahi kericuhan itu dengan menolak argumen-argumen kaum Ulama, sehingga Sultana Safiatuddin diangkat menjadi sultana. Sultanah Safiatuddin memerintah selama 35 tahun, dan membentuk barisan perempuan pengawal istana yang turut berperang dalam Perang Malaka tahun 1639. Ia juga meneruskan tradisi pemberian tanah kepada pahlawan-pahlawan perang sebagai hadiah dari kerajaan.

Sejarah pemerintahan Sultanah Safiatuddin dapat dibaca dari catatan para musafir Portugis, Perancis, Inggris dan Belanda. Ia menjalankan pemerintahan dengan bijak, cakap dan cerdas. Pada pemerintahannya hukum, adat dan sastra berkembang baik. Dia memerintah pada masa-masa yang paling sulit karena Malaka diperebutkan antara VOC dengan Portugis. Dia dihormati oleh rakyatnya dan disegani Belanda, Portugis, Inggris, India dan Arab.

Pada masa pemerintahannya yang terdapat dua orang ulama penasehat negara (mufti) yaitu, Nuruddin ar-Raniri dan Abdurrauf Singkil yang bergelar Teungku Syiah Kuala. Atas permintaan Ratu, Nuruddin menulis buku berjudul Hidayatul Imam yang ditujukan bagi kepentingan rakyat umum, dan atas permintaan Ratu pula, Abdurrauf Singkil menulis buku berjudul Mir'at al-Thullab fî Tasyil Mawa'iz al-Badî'rifat al-Ahkâm al-Syar'iyyah li Malik al-Wahhab, untuk menjadi pedoman bagi para qadhi dalam menjalankan tugasnya. Hal tersebut menunjukkan bahwa ratu Safiatuddin bukan saja mengutamakan kesejahteraan negerinya tetapi juga berusaha menjalankan pemerintahannya sesuai dengan hukum Islam.

Syeikh Nuruddin Ar-Raniry dalam bukunya Bustanus Salatin menyebut bahawa;

Bandar Acheh Darussalam masa pemerintahan Ratu Safiatuddin terlalu makmur, dan makanan pun sangat murah, dan segala manusiapun dalam kesentosaan dan mengikut barang sabdanya.Dan ialah yang adil pada segala barang hukumnya, dan tawakkal pada segala barang pekerjaannya, dan sabar pada segala barang halnya, lagi mengerasi segala yang durhaka. Dan ialah haibat pada kelakuannya, dan bijaksana pada segala barang perkataannya, dan lagi lembut perangainya, dan pengasih akan segala rakyatnya dan lagi syafaat akan segala fakir dan miskin.

Dan ialah yang mengasihi dan menghormati akan segala ulama dan anak cucu Rasulullah s.a.w yang datang ke Bandar Aceh Darussalam serta dikurnianya dengan sempurnanya;

Dan ialah Raja yang tinggi hematnya, dan amat sangat murahnya.

Hasil suntingan daripada aneukacehseluruhdunia dan buletin rakyat 15 januari 2013
oleh GeloraHatiMuda

Kepimpinan berasaskan Islam dengan berpandukan bimbingan ulama yang arif jelas sekali menjamin kemakmuran, keselamatan dan berdaya maju. Pelbagai alasan digunakan pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini yang menolak kepimpinan ulama tidak dapat diterima. Kekalutan dan kebankrapan moral yang dihadapi masyarakat terutama di Malaysia negara tercinta amat menduka citakan.


Guan Eng Reject Hasrat Soi Leck Join DAP



adios
READ MORE- Ratu Safiatuddin - Raja Perempuan Aceh Islamis Terbilang

Thursday, January 3, 2013

Kanang Anak Langkau meninggal dunia

Kredit foto: bernama

KUCHING: Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), dipercayai akibat serangan jantung, jam 1.45 pagi Khamis.

Beliau mengadu sakit dada ketika menonton televisyen di kediamannya di Sg Apong sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.mstar
READ MORE- Kanang Anak Langkau meninggal dunia

Kerajaan Jepun Dah Bayar 207B Kpd Malaysia -Takaharu Suegami

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. Dalam kunjungan hari ini, Sekteriat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruh paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan negeri atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,".

Mengikut rekod persatuan, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.

Satu lagi bukti BN pembela rakyat .. wakaka
UMNO pembela melayu... wakaka

adios
READ MORE- Kerajaan Jepun Dah Bayar 207B Kpd Malaysia -Takaharu Suegami

Erika Menendez (USA) Membunuh Kerana Benci Kepada Orang Islam

Gambar oleh Michael Hicks
Wanita gila yang menolak seorang lelaki berketurunan India sehingga menyebabkan kematian mengerikan beliau di hadapan kereta api subway memberitahu polis bahawa dia berbuat demikian kerana dia fikir mangsa adalah seorang Muslim.

Erika Menendez 31(gambar) didakwa dengan dakwaan pembunuhan kelas kedua sebagai jenayah benci selepas mengaku kepada penyiasat bahawa dia menolak Sunando Sen, 46 (gambar di bawah) seorang Hindu di hadapan keretapi 7 di Sunnyside pada malam Khamis lalu.

Erika dituduh melakukan pembunuhan tersebut dengan menolak mangsa dari arah belakang sehingga mangsa terdorong ke landasan komuter bawah tanah lalu dilanggar komuter berkenaan sehingga menyebabkan kematiannya.

Gambar oleh Seth Gottfried
“She told police that she pushed a Muslim off the train tracks. She said, ‘I’ve hated Hindus and Muslims since 2001, since they put down the Twin Towers. I have been beating them up since.’”

Menendez telah ditahan pada kira-kira 5 pagi di Empire Boulevard and Bedford Avenue.

Beliau telah disoal siasat semalam di Forest Hills, Queens, station house. Beliau pada mulanya menafikan berada di stesen keretapi bawah tanah pada masa kejadian namun kemudiannya mengaku melakukan serangan itu dengan memberitahu polis “I’ll just plead guilty,”

adios



READ MORE- Erika Menendez (USA) Membunuh Kerana Benci Kepada Orang Islam

K. Nagarajan Tahanan Ketiga Mati di Lokap Balai Dang Wangi

Balai Polis Cawangan Dang Wangi menempa sejarah hitam tersendiri apabila menjadi satu-satunya balai polis yang mencatat tiga kematian tahanan dalam  tempoh tiga bulan iaitu daripada September hingga Disember tahun lepas.

Kematian terbaru K. Nagarajan, 32 pada 21 Disember 2012 merupakan yang ketiga di balai tersebut. Sebelum ini dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.

Chandran Perumalu merupakan seorang pemandu lori dari Simpang Rengam Johor yang menemui maut kerana penyakit jantung di lokap balai tersebut pada 10 September. Manakala Wong Tip Ping pula ditahan oleh polis Cheras sebelum diserah kepada Balai Polis Dang Wangi untuk soal siasat mati pada pagi 29 November.

Negara digemparkan dengan kematian dalam tahanan A Kugan di balai polis USJ pada 2009 dan Teoh Beng Hock semasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2009 antara kes mendapat perhatian utama rakyat Malaysia hingga kerajaan dikritik dengan hebat ekoran kematian tersebut.

adios
READ MORE- K. Nagarajan Tahanan Ketiga Mati di Lokap Balai Dang Wangi

Satu Lagi Punca BN Akan Ditolak

Berita yang tak sedap didengar apabila keadilandaily menyebarkan berita kononnya ubatan tidak lagi akan diberi percuma.

PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. keadilandaily

RM 1.2 billion jika dibandingkan dengan segala kerugian akibat skandal PKFZ dan scorpene tidaklah sebesar mana. Mereka lebih menjurus kepada ekonomi tanpa memikir keperitan hidup rakyat yang saban hari kian terdesak dengan peningkatan harga barangan keperluan. Tindakan melaksanakan skim perubatan seperti itu akan hanya menyebabkan kemarahan rakyat.Dan pastinya, satu-satu cara bagi mengelak semua itu berlaku ialah dengan menolak BN dalam PRU13.

adios
READ MORE- Satu Lagi Punca BN Akan Ditolak

Britney Spears Curang: Tiduri Adik Ipar Hingga Lahirkan Anak

Christopher Federline, yang merupakan adik kepada bekas suami Britney Spears, Kevin Federline, baru-baru ini menyatakan dirinya sebagai bapa kandung kepada Sean Preston, iaitu anak sulung Britney yang baru mencecah umur 7 tahun.

Menurut beberapa sumber, Christopher dilaporkan menuduh Britney mengambil wang sebanyak AS $4,500 (RM 13,793) setelah mencuri kad kredit beliau.

Tindakan beliau untuk berkonfrontasi dengan penyanyi pop itu hanya mengakibatkan dirinya ditertawakan oleh Britney, yang mengugut untuk mendedahkan dirinya sebagai ayah kandung kepada Sean Preston, sekiranya beliau membuat sebarang laporan polis mengenai kecurian itu.

Bersama dengan pengakuan tersebut, Christopher turut dilaporkan telah memfailkan perintah halangan sementara terhadap penyanyi berusia 31 tahun itu. Aduan dibuat pada 18 Disember di sebuah mahkamah di Tampa, Florida, yang mana beliau menuduh Britney atas hal ugutan dan gangguan.

"Saya akui pernah meniduri Britney, dan saya juga adalah ayah kandung kepada Sean, tetapi semua orang tak perlulah tahu," kata beliau.

Britney berkahwin dengan Kevin Federline pada September 2004 dan bercerai pada 2006. Pada 2006 iaitu semasa perceraian difailkan Sean Preston berusia dua tahun dan adiknya Jayden James berusia dua bulan. Ini bermakna Kevin masih suami kepada Britney semasa hubungan Britney dengan Christopher berlaku.

Buat masa ini, Britney dan Kevin masih belum memberikan sebarang komen mengenai hal tersebut.

Guan Eng Reject Hasrat Soi Leck Join DAP



adios
READ MORE- Britney Spears Curang: Tiduri Adik Ipar Hingga Lahirkan Anak

Rafizi Kepanasan - Deepak Tidak Tahu-MenahuTentang Dokumen Belian Permata

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.
"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.
"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.
Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong.

Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen.~ Malaysiakini

Yang mana betul kita tunggu sahaja berita selanjutnya nanti

adios
READ MORE- Rafizi Kepanasan - Deepak Tidak Tahu-MenahuTentang Dokumen Belian Permata

Wednesday, January 2, 2013

Akhirnya Rebate RM200 untuk semua telefon dibenarkan

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama
READ MORE- Akhirnya Rebate RM200 untuk semua telefon dibenarkan

Guan Eng Reject Hasrat Soi Leck Join DAP

Jangan harap Presiden MCA, Chua Soi Lek akan dibenar menyertai DAP seperti dakwaannya sebelum ini yang menyatakan mahu bersama parti itu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang besar di Johor dan melantik orang Cina sebagai Menteri Besar Johor.

Mengulas kenyataan jahat Soi Lek itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menuntut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Johor walaupun PR berjaya dan diberi mandat mentadbir negeri itu.

“Kita tidak pernah tuntut untuk menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang kita tuntut adalah keadilan, kebebasan dan demokrasi untuk rakyat.

“Jangan ingat DAP parti sampah! Kita tidak terima orang macam anda. Maaf, pintu sudah ditutup,” tegas beliau ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru 2013 DAP di KLSCAH malam tadi.

Sambil mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada lebih seribu hadirin, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, masanya sudah tiba untuk melakukan perubahan bersejarah dalam negara ini.

“Saya percaya PR telah buktikan bahawa kita bukan saja menjadi parti oposisi yang baik, tetapi pada masa yang sama terbukti menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Mengenai maruah Malaysia yang semakin tercalar di bawah kerajaan BN akibat rasuah dan pengaliran wang haram ke luar negara, Guan Eng yakin kerajaan PR mampu mentadbir negara ini jauh lebih baik berdasarkan rekod cemerlang pentadbirannya di beberapa negeri.

“Sebelum ini kita buktikan, kita memang boleh lakukan, impian ini (membentuk kerajaan Persekutuan) akan menjadi realiti sekiranya kita bersatu, berani dan berpegang teguh kepada prinsip perubahan demi rakyat dan Malaysia,” tambah beliau.

BN tidak dengar suara rakyat

Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong pula berkata, semua rakyat Malaysia mesti menjadikan BN sebagai oposisi pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana BN tidak lagi mendengar suara dan rintihan rakyat sambil merujuk kepada projek nadir bumi Lynas yang bakal memberi risiko kepada alam sekitar dan rakyat.

Beliau yang juga ADUN Bahau berkata, “Kini kita boleh lihat rakyat sudah bangkit menuntut Lynas ini dihentikan.

“Kalau BN tak dengar suara rakyat, kita kena pilih PR yang bersedia mendengar suara rakyat,” katanya.

“Anda tidak keseorangan”

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula menekankan pentingnya melaksanakan transformasi politik secara holistik dalam memerangi rasuah dan tidak hanya sekadar slogan.

“Perdana Menteri ‘jerit-jerit’ mahu laksanakan transformasi tetapi masih mengkhianati rakyat.

“Rasuah berleluasa, dia gunakan duit rakyat. Kita kena tahu, institusi awam dalam negara ini adalah milik rakyat Malaysia,” tegasnya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam menambah bahawa tahun 2013 memerlukan satu anjakan pemikiran dan keyakinan tinggi untuk perubahan.

“Kita perlu berusaha, dan paling penting rakyat perlu tahu bahawa anda tidak keseorangan. Kita boleh dan kita sama-sama perlu mempunyai semangat untuk selamatkan Malaysia,” katanya. – Roketkini.com


19 Invois Pembelian Permata Deepak Untuk Rosmah Mansor RM11.7 JutaTerbongkar!

READ MORE- Guan Eng Reject Hasrat Soi Leck Join DAP

Wanita ini TIRU gaya First Lady- sebijik Macam Rosmah

BESAUUUUNYA CINCINNN!

Peminat no 1 Datin Rosmah ke niiiii ? Tunjuk Cincin Berlian pastu rambut mengerbang macam ada persamaan.. Ada pendapat ini adalah gambar Rosmah tapi tak mungkin. Siapa pula lelaki yang berani peluk wanita ini sekiranya dia benar-benar Rosmah?

Hish. Takkan makan nasi bungkus saja... wakaka

adios
READ MORE- Wanita ini TIRU gaya First Lady- sebijik Macam Rosmah

Rusia hantar Tiga Armada Ke Laut Syria

Novocherkassk
Sebuah kapal perang Rusia membawa unit marin telah meninggalkan pelabuhan Laut Hitam untuk Syria di tengah-tengah persediaan untuk pemindahan rakyat yang tinggal dan bekerja di negara yang dilanda persengketaan itu.

Kapal pendaratan Novocherkassk adalah kraf ketiga itu dihantar sejak 28 DISEMBER ke pelabuhan Tartus yang dipajak Rusia daripada sekutu Timur Tengah terakhirnya iaitu Syria. Kapal pendaratan Azov dan Nikolai Filchenkov juga telah dihantar ke Syria dari pangkalan Rusia terlebih dahulu menjadikan jumlah kapal pendaratan Rusia yang bakal berada di Laut Syria kepada tiga buah.

Sumber tentera berkata Novocherkassk akan tiba di Tartus dalam tempoh 10 hari pertama Januari 2013.

Pengkalan Tartus adalah satu-satunya stesen tentera laut di luar bekas Kesatuan Soviet Rusia dan dilihat sebagai aset strategik utama Moscow.

Nikolai Filchenkov
Rusia telah dituduh menggunakan pengkalan tersebut untuk membekalkan senjata Presiden Syria Bashar al-Assad dengan.

Tetapi kejayaan pejuang terkini mendorong Rusia mengakui buat kali pertamanya pada bulan ini bahawa hari-hari Assad berkuasa akan berakhir. Kesedaran itu membuatkan menteri luarnya berusaha untuk melobi gencatan senjata melalui rundingan dengan FSA namun ditolak FSA kerana Rusia enggan mematuhi syarat rundingan iaitu perletakan jawatan Bashar Al Asad.

Ketiga-tiga kapal pendaratan akan menyertai apa yang didakwa Rusia sebagai latihan menyeluruh di luar pantai Syria melibatkan kapal daripada tiga armada tentera laut.
.

Roshayati Mari - "Selebriti' Orang Asli Bermata Biru

READ MORE- Rusia hantar Tiga Armada Ke Laut Syria

PECAH BERITA! 19 Invois Pembelian Permata Deepak Untuk Rosmah Mansor RM11.7 JutaTerbongkar!

Rafizi Ramli sekali lagi mengeluarkan pendedahan. Kali ini tentang pembelian permata yang didakwa dilakukan oleh Deepak.

PETALING JAYA, 2 Jan — PKR hari ini mengemukakan beberapa dokumen berupa transaksi bank antara usahawan karpet Deepak Jaikishan dan dua syarikat pengedar barang kemas dari Hong Kong dengan nilai sehingga USD4 juta (RM12.15 juta).

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu pendedahan hari ini mendakwa, dokumen yang diperolehinya itu merupakan bukti Deepak terlibat sebagai orang tengah membeli barang kemas tersebut yang melibatkan isteri kepada seorang individu VIP di negara ini.

“Jika dilihat kepada amaun di sini, Deepak membeli barang kemas berharga USD3.66 juta,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. “Saya tidak akan berkata Deepak membeli kesemua barang kemas itu untuk dirinya.

“Demi kepentingan orang ramai kita perlu mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak,” katanya lagi, dan menambah isu berkaitan barang kemas dan cincin sangat sensitif di Malaysia.

Antara dokumen pembelian yang diedarkan kepada media adalah termasuk dokumen yang menunjukkan pembayaran sejumlah USD115,000 bagi berlian daripada Dehres Ltd, pengedar barang kemas terkemuka di Hong Kong.

Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD3.9 juta bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd, yang juga merupakan pengedar barang kemas dari Hong Kong.TMI

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.

Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;

2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);

3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;

4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invois dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;

Roshayati Mari - "Selebriti' Orang Asli Bermata Biru


5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;

6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;

7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);

8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;

9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;

10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd;
dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).

Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013
sumber- Jalan Pulang

Sementara itu...
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong.

Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen.~ Malaysiakini

Yang mana betul kita tunggu sahaja berita selanjutnya nanti

adios
READ MORE- PECAH BERITA! 19 Invois Pembelian Permata Deepak Untuk Rosmah Mansor RM11.7 JutaTerbongkar!

Roshayati Mari - "Selebriti' Orang Asli Bermata Biru

Seorang wanita Orang Asal dan dua anaknya menjadi perhatian ke mana sahaja mereka pergi kerana memiliki mata yang berwarna biru.

Roshayati Mari, 26,dan anaknya Rofizi Baharom yang berusia empat tahun memiliki mata kiri yang berwarna biru manakala mata kanan mereka adalah berwarna hitam biasa. Dua anak beranak ini memiliki mata yang berlainan warna di kiri dan kanan.

Sementara itu anak lelakinya yang berusia 19 bulan bernama Rafizi baharom memiliki kedua-dua belah mata yang berwarna biru.

Sukarelawan perubatan Datuk Dr Yap Yit Thong yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma di kawasan pedalaman perkampungan Orang Asli terserempak dengan fenomena yang jarang berlaku semasa lawatan beliau.

"Tidak terdapat gen keturunan Eropah atau gen Kaukasia dalam keluarga itu," kata Dr Yap."Keajaiban memiliki mata biru tersebut mungkin disebabkan oleh mutasi gen atau kemalangan genetik," katanya.

"Anak mata mereka kelihatan redup tetapi mereka mempunyai penglihatan yang sempurna," katanya. "Ini merupakan kes baik untuk kajian genetik."

Roshayati berkata ramai orang bertanya tentang asal-usul keturunan keluarga beliau dan menambah bahawa anak-anaknya sangat terkenal seolah-olah memiliki "status selebriti" di kalangan masyarakat itu.

Keluarga itu tinggal di Kampung Orang Asli Batu 25, Jalan Pahang, di antara Tapah dan Cameron Highlands. - yahoo


Ambang 2013 - PR di Dataran Shah Alam vs UMNO di ICT Shah Alam (gambar menarik)

READ MORE- Roshayati Mari - "Selebriti' Orang Asli Bermata Biru

Banglo Runtuh - Ahli Parlimen Minta Pampasan?? biar betul


READ MORE- Banglo Runtuh - Ahli Parlimen Minta Pampasan?? biar betul

Ambang 2013 - PR di Dataran Shah Alam vs UMNO di ICT Shah Alam (gambar menarik)

SEKITAR AWAL MALAM





GAMBAR TENGAH MALAM
Dikhabarkan 120 ribu hadir
Program Bicara UAI


BANDINGKAN DENGAN UMNO PUNYA... 

Yeehaaa!!!! Goyang atas bawah beb, tap payah pergi Malai Rock Station

Pergh... jauh percanggahan kedua-dua pihak ini.
Kedua-dua pihak mengaku Islam sebenar. Pihak mana pamer ciri-ciri Islam?
wakaka 


adios


READ MORE- Ambang 2013 - PR di Dataran Shah Alam vs UMNO di ICT Shah Alam (gambar menarik)