KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Wednesday, January 9, 2013

AHWAZ - Tempat Penderaan/Pembunuhan ASWJ di Iran

AHWAZ : KOTA TALI GANTUNG.


Siapa boleh teka dimanakah kota indah ini?

Kota-kota indah yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai. Bumi lahirnya ulama'-ulama' besar umat Islam seperti Imam Sibawaih dan ramai lagi.

Tetapi kini kehidupan umat Islam di kota ini sejak tahun 1925 dizalimi ibarat rakyat Palestin yang ditindas Zionis.

Namun kisah keperitan kehidupan mereka dibisukan dunia.

Tanah Arab menyaksikan rakyat tertindas di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya bangkit dan berjaya menjatuhkan pemerintah despotik negara mereka setelah dizalimi berpuluh-puluh tahun.

Kini kebangkitan tersebut sedang berlaku di Iraq menjatuhkan rejim Maliki dan di Syria menjatuhkan rejim Basyar. Namun, kebangkitan umat Islam Sunni di Ahwaz, Iran dibisukan setelah mereka dizalimi berpuluh-puluh tahun.

Protes oleh bangsa arab Sunni pada 2011 seorang terbunuh

Jika saudara kita di Palestin telah dizalimi oleh penjajah Zionis sejak 1967, umat Islam di Ahwaz telah dizalimi oleh rejim Iran sejak 1925 lagi. Iaitu 42 tahun lebih awal dari penjajahan Zionis ke atas Palestin.

Kota yang pernah masyhur dengan nama 'Kota Di Atas Sungai' ketika pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah yang melahirkan ribuan ulama' seperti Imam Sibawaih ini kini dikenali dengan 'Kota Tali Gantung'.
Bacaan lanjut: www.gensyiah.com untuk bukti seterusnya.

KL112 - FRU sudah bersedia


adios

No comments:

Post a Comment

Gua rasa penat menapis komen.... mulai 25.5.2013 para pengunjung budiman akan bertanggungjawab penuh ke atas segala komen yang andalakukan. Pastikan anda menulis komen yang tidak menyalahi undang-undang negara.