Dalam laporan hari ini, Majlis Peguam menyatakan mereka ketika ini sedang menyiasat peguam yang dikatakan menyediakan SD kedua tersebut sekiranya berlaku sebarang salah laku profesional.
“Dia boleh mempertimbangkan untuk menyaman saya ... ia akan menjadi salah satu cara yang cepat untuk membersihkan namanya,” kata Haris kepada The Malaysian Insider.
Dalam tulisan di blognya hari ini, Haris telah menamakan Abraham sebagai peguam yang menyediakan draf SD kedua Balasubramaniam SD kedua, bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008, melibatkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang mana dua polis komando elit telah disabitkan kesalahan dan menghadapi hukuman mati.
Kontroversi menyelubungi SD tersebut timbul semula selepas usahawan karpet, Deepak baru-baru ini mengakui bahawa dia terlibat mendapatkan Balasubramaniam membuat SD kedua termasuk mencari dua peguam merangka pengakuan baru.
Identiti dua peguam tidak pernah dikenali sehinggalah Deepak membuat pendedahan tersebut.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pihaknya akan bertindak tanpa memihak atau sekatan tidak mengira siapa personaliti tersebut atau dalam apa jua keadaan.
Namun begitu, Haris meragui kenyataan Majlis Peguam tersebut memandangkan mereka hanya “mengulangi” pengumuman sama walaupun selepas peguam membuat satu aduan rasmi mengenai hal tersebut.
“Adakah mereka akan menyiasat? Entahlah, saya tidak tahu.
“Mereka hanya mengeluarkan kenyataan sama seperti bulan lepas. Mereka boleh membuat kenyataan yang sama pada bulan Januari. Mereka boleh membuat kenyataan yang sama Februari,” katanya lagi.
Peguam Americk Singh Sidhu selaku wakil bekas penyiasat tersebut juga mencadangkan perkara sama pada 1 Januari bahawa Majlis Peguam “sedikit teragak-agak dalam menyiasat perkara ini”, sambil menegaskan badan perundangan tersebut tidak perlu menunggu aduan yang lain dan mereka boleh menubuhkan inkuiri sendiri untuk menyiasat.
Haris juga mendakwa Americk secara terbuka menyatakan “secara jelas” bahawa Abraham mungkin terbabit dalam merangka SD kedua dan mengulangi cadangan beliau supaya Abraham menyaman beliau bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Saya membaca kenyataan akhbar Americk lewat bulan lalu di mana beliau menyatakan secara jelas bahawa beliau terbabit dalam mendapatkan anak guamnya melakukan sumpah palsu.
“Jika Majlis Peguam mengambil masa terlalu lama walaupun mengikut kehendak mereka sendiri, saya menawarkan cara mudah untuk membersihkan namanya. Samanlah saya,” ujar beliau.-TMI
adios
No comments:
Post a Comment
Gua rasa penat menapis komen.... mulai 25.5.2013 para pengunjung budiman akan bertanggungjawab penuh ke atas segala komen yang andalakukan. Pastikan anda menulis komen yang tidak menyalahi undang-undang negara.