Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.
Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.
Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"Jawab yang hadir.."READY!!!"Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"Kah..kah..kah... what a shame...
Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini..- Addin
Diorang ni pun satu hal... kasi lah dia glamour sekejap. katakanlah 'YES'.. undi lain cerita la.
Gambar ahli politik di'SERVICE' tiga wanita tersebar
adios





No comments:
Post a Comment
Gua rasa penat menapis komen.... mulai 25.5.2013 para pengunjung budiman akan bertanggungjawab penuh ke atas segala komen yang andalakukan. Pastikan anda menulis komen yang tidak menyalahi undang-undang negara.