KLIK UTK LEBUHRAYA RAKYAT KELANTAN

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, April 19, 2013

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”.

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja.

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki.

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan.

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.”

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya.

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala.

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).”

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah.

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

Bab penutup :

Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.- oleh layar minda

Persoalannya , mengapa ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah tidak ajar kesempurnaan solat begini? Jika ada ustaz dan ustazah membaca entri ini mohon ajar anak-anak kita kesempurnaan solat seperti ini.

Ini bukanlah kali pertama gua menemui artikel seperti ini. Banyak blog termasuk youtube ada memaparkan solat Rasulullah. Jadi kepada yang lebih arif sila beri komen anda tentang panduan solat di atas.-  Facebook


video Nurul Izzah vs Nong Chik -- Bukti Nurul Izzah lebih layak di Lembah Pantai


adios
READ MORE- 38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

Tuesday, April 16, 2013

Inilah Hamza Bendelladj hacker yang dituduh menjahanamkan website Israel yang bernilai jutaan USD


Inilah dia antara HACKERS terbaik dunia , Hamza Bendelladj , pemuda 24 tahun dari Algeria ditangkap di Thailand ketika transit di Bangkok, Thailand dari Malaysia ke Kaherah Mesir atas tuduhan menggodam akaun bank2 dunia dan menggodam beberapa laman web penting milik US .

Sekadar tuduhan dari US dan Israel kerana keengganan Hamza membantu Laman Web Kerajaan Israel dari diserang hackers2 seluruh dunia. Beliau tetap tidak mahu membantu Israel walaupun ditawar jutaan dolar, bahkan Dia memilih mati syahid atau penjara, tak peduli walaupun disiksa, Hebat kau hamzah sehebat sahabat Rasulullah SAW yang bernama Hamzah Asadullah..!


Hebat kau Hamza

Adios
READ MORE- Inilah Hamza Bendelladj hacker yang dituduh menjahanamkan website Israel yang bernilai jutaan USD

Sunday, April 7, 2013

Tuduh PAS sesat - muhyiddin perlu cermin diri sendiri

Timbalan Perdana Menteri hari ini melabelkan Parti PAS sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat.

"Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam.

"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," katanya.

"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.

"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.

Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini.- Bernama melalui Malaysiakini

Mari kita nilai semula kata-kata TGNA seperti dalam video dibawah. Salah tang mana?






Jangan ingat Muhyiddin itu anak kiyai dia boleh suka-suka cakap sahaja. Yang kiyai (ulama) ayahanda dia dan bukan dia. Yang dihormati orang-orang islam ialah ayahanda dia bukan dia.... wakaka

Buat Muhyiddin jangan tunjukkan kelemahan diri kepada orang lain. Berfikir sebelum bercakap lebih baik daripada bercakap melulu macam orang hilang kewarasan.  Muhyiddin jangan lupa, kalau tak pernah tahu hari ini gua bagi tahu bahawa ...


wakaka. takkan gua nak ajar anak kiyai kot! Kalau Muhyiddin belum belajar eloklah belajar di SINI. Bacalah sampai habis supaya perbuatan-perbuatan yang membatalkan syahadah tidak dilakukan dan membolehkan sembahyang anda diterima... ada faham ka ni????

Dalam kata-katanya TGNA menyebut "kalau orang PAS tolak Islam pun tak dapat pahala (solatnya)," Tidak dapat pahala dalam konteks ayat TGNA ialah sembahyang seseorang atau sekumpulan manusia yang menolak islam. Tidak Islamlah seseorang yang menolak Islam. Jika tidak Islam mana ada pahala bagi solat yang dilakukannya. Itu pun susah nak faham. bengong sungguh ka? Atau suka putar belit fakta kerana diri tersepit?

Tindakan Muhyiddin mengatakan PAS sesat kerana kenyataan TGNA tersebut adalah tidak berasas sama sekali kerana dibuat tanpa merujuk fakta.

Ayat 44 surah al maaidah menyatakan dengan jelas bahawa orang-orang yang enggan berhukum dengan hukum Allah adalah kafir



Sekarang siapa kafir? Sendiri mau ingat ma! Dapat pahalakah solat orang-orang yang menolak hukum Allah sedangkan ayat 44 dalam surah Al Maaidah terang sekali merujuk mereka sebagai kafir?

Nak gua tolong jawab juga????  kalau dah kafir buat apa pun tak ada pahala....sonang ba itu!

Jangan percaya bulat-bulat sesuatu yang diperkatakan oleh orang-orang umno walau dia bergelar MUFTI sekalipun. Mereka ini banyak membuat penilaian berdasarkan kepentingan politik semata-mata dan sanggup mempermainkan hukum ALLAH. Semoga tidak ramai yang terpengaruh dengan manusia-manusia jenis ini.
......................................................

HAYATI APA MAKSUD DR HARUN DIN AL HAFIZ
BILA NAK BERBURU LAGI , TUAN GURU,  LARAT LAGI KE?

Nak tanya muhyiddin yasin... yang terdapat dalam gambar NII tak sesat ke?



adios

READ MORE- Tuduh PAS sesat - muhyiddin perlu cermin diri sendiri

Saturday, February 2, 2013

Ummu Nidhal - Ibu kepada tiga Syahid

Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W)

Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".

Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!

1. Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi,
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

2. "Ketika anakku yang sulong, Muhammad Fathi Farhat (As-syahid) mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah.
"Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya."

3. "Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."

Begitupun deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membangkitkan semangat perjuangan anak-anak muda Palestin, namun beliau sebenarnya tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan. Saat perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata,

"Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."

Begitu kuat, cekal serta tabah hati ibu ini. Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana agar dapat mengambil contoh dan iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal mengangungkan agama Allah ini! Tiada yang lebih berharga diatas muka bumi ini selain daripada melihat agama Allah ini kembali berada pada tempatnya! Walau terpaksa menyerahkan anaknya sendiri yang cukup berharga...

"Wahai ibuku, relakanlah perjuangan anakmu.. - Syed Salahuddin

adios
READ MORE- Ummu Nidhal - Ibu kepada tiga Syahid

Monday, December 31, 2012

Ustaz Don belasah pemimpin rasuah

Ustaz 'ROCK' kesukaan ramai
Malam tadi tv Hijrah terlah memaparkan siri 60 minit bersama Ustaz Don Danial yang menjadi terkenal kerana ceramahnya yang bersahaja dan jenaka selambanya. Dalam siri 60 minit bersama Ustaz Don ini kali ini lebih menarik kerana pokok ceritanya adalah rasuah.

Ustaz Don memulakan rakaman dengan menghuraikan makna rasuah dan risywah. Menurutnya, perkataan rasuah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab iaitu ”al-risywah”. Beliau menyatakan betapa pentingnya mencari rezeki dengan cara yang halal. Beliau turut memberikan beberapa contoh kesan daripada mengambil hak orang lain dan hasil rezeki yang tidak berkat.

Beliau juga turut merungkai satu persatu maksud ayat 188, di dalam Surah Al-Baqarah. Justeru, ujarnya lagi setiap umat Islam perlu sama-sama berusaha untuk memerangi rasuah daripada terus merebak dan menjadi amalan di kalangan masyarakat.

Sesungguhnya, perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.

Beliau turut memetik kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg Dato’ Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed, apabila seseorang bercakap mengenai sesuatu, ianya hanyalah mengenai sesuatu. Tetapi apabila seseorang bercakap mengenai ”perubahan” ianya adalah mengenai SIAPA. - SPRM

Di akhir program iaitu seminit dua sebelum penutup, Ustaz Don telah menempelak pemimpin negara yang terlibat dengan rasuah tanpa merujuk kepada sesiapa. Beliau menyebut pepatah "kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari". Merujuk pemimpin negara sebagai para 'bapa' dan semua rakyat lain sebagai 'anak'. Jika 'bapa' (pemimpin) tidak mahu 'anak' (rakyat) terlibat dengan rasuah maka pemimpin terlebih dahulu jangan amalkan rasuah.

Walau pun tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin namun kuliah/ceramahnya kali ini pasti akan membuatkan ramai haramjadah berasa marah. Adakah AlHijrah juga akan turut diarah untuk 'ban' Ustaz glamour ini terus menjadi tanda tanya.

Apa pun yang bakal terjadi gua memang tabik Ustaz Don. Gua bersyukur kepada Allah kerana melahirkan Ustaz Don yang berjaya menarik minat anak-anak muda menonton siri-siri pengajian agama yang melibatkannya.

Tahniah Ustaz Don
READ MORE- Ustaz Don belasah pemimpin rasuah

Saturday, December 29, 2012

Zinédine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!

Zidane bertemu isterinya Veronique Fernandez ketika mewakili Cannes pada musim 1988-1989. Mereka dikurniakan empat orang anak lelaki  Enzo Zidane Fernández (24 March 1995), Luca Zinedine Zidane Fernández (13 May 1998), Theo Fernández (18 May 2002), and Elyaz Zidane Fernández (26 December 2006).

Enzo, Luca and Theo adalah ahli Akademi Real Madrid. Enzo (Midfielder) mewakil Juvenil B ( Real Madrid's U-18 ), Luca (Goalkeeper) mewakili Infantil A and Theo (Striker) mewakili Benjamin A.

Zidane telah menggambarkan dirinya sebagai "a non-practicing Muslim". Dia menguasai pelbagai bahasa iaitu Perancis, Berber, English, Sepanyol dan Italy. - wikipedia

'In the rest of France, Zidane, nicknamed 'Zizou' by the public, is admired for his decency as well as his footballing skills. His public priorities are football, family and friends. His family are Algerian immigrants, so-called beurs (French slang for Arabs), and he describes himself as 'a non-practising Muslim'. guardian 4 April 2004

Sehingga ada insan membuat video menyerunya kembali Islam

Inikah contoh Islam yang kita perlukan. Kita tak perlukan Islam yang sebegini. Apa bezanya non practising muslim dengn non muslim? Kita kena faham maksudnya. Islam tetapi tidak mengamal bermakna semua boleh jalan. haram dan halal semua boleh randuk.

semoga terbuka hatinya untuk bertaubat.

adios

READ MORE- Zinédine Yazid Zidane a non-practicing Muslim yang kita banggakan... hampeh!!!

Friday, December 28, 2012

Pengikut dajjal adalah para wanita dan kaum yahudi

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajjal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).

Orang-orang Mesir dizaman firaun dahulu sudah mengenalinya dan merupakan salah-satu dari sembahan mereka. Salah satu aksara Mesir Kuno, Hieroglyph, berbentuk mata satu yang merupakan simbol Dewa Ra, Dewa Matahari.
Simbol dewa Ra yang di sembah oleh mesir purba zaman firaun

Selain ciri-ciri dajjal bermata satu, di dahinya juga ada tulisan Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, karena mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.

Rasulullah s.a.w secara jelas menyatakan pengikut-pengikut dajjal nanti akan didalangi oleh bangsa Yahudi.

"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, hal. 2065).

"Kebanyakan orang yang menyertai Dajjal ialah kaum Yahudi, dan para wanita" (idem, halaman 2214).

"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa" (idem, halaman 2974).

Penubuhan brigade KFIR yang merupakan brigade terbesar tentera Israel buat masa ini adalah jelas mengesahkan lagi kemunculan dajjal dimana pengikutnya adalah yahudi. Brigade ini juga dikenali sebagai brigade 900. Unit ini secara rasmi ditubuhkan pada Februari 2005 yang dinaik taraf dari kumpulan batalion Nachshon Shimshon, Haruv, Duchifat, Lavi dan Netzh Yehuda menjadi satu brigade penuh.

Brigade ini khusus ditubuhkan untuk menentang pejuang-pejuang palestine. Batalion tersebut adalah brigade yang ditempatkan di bandar-bandar Palestine dari Hebron di selatan hingga ke Tulkarem di utara. Sesuai dengan namanya, brigade ini amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestine.

Kekejaman mereka telah terbongkar dan dilapurkan oleh akhbar Haaretz tentang siksaan yang mereka lakukan terhadap kanak-kanak Palestine termasuklah penderaan seksual dan siksaan dengan meletakkan pemanas elektrik di muka kanak-kanak.

Askar dari Brigade KFIR sedia untuk melakukan pembantaian keatas penduduk Palestine

Penggeledahan dari rumah kerumah penduduk Palestine sedang dijalankan oleh unit tersebut.

Sebenarnya Rasulullah s.a.w telah diberi gambaran oleh Allah tentang teknologi yang digunakan oleh Dajjal walaupun pada masa itu tidak ada sesuatupun benda menghampiri gambaran tersebut. MasyaAllah inilah membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah s.a.w dan hadis-hadis baginda.

"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin" (Misykat bab Dajjal).

"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2998).

Bahkan mereka menamakan pesawat tempur mereka sebagai KFIR. Pesawat ini mereka majukan dari pesawat mirage perancis dan juga telah digunakan dalam perang Arab-Israel.

Jet pejuang KFIR boleh terbang pada altitude 30,000m dan halaju maksima 2,285 km/h


Logo skuadron KFIR

Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w mengkhabarkan berita gembira kepada pejuang-pejuang Islam bahawa mereka akan diberi pertolongan oleh Allah dalam menghadapi dajjal dan mendapat kemenangan gemilang seperti yang telah juga berlaku ketika mereka menentang Rom dan Parsi.

“Rasulullah sallallahu Alaihi Wassalam bersabda; Kamu akan bertempur dengan jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi , dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.”

Hadis ini juga menjelaskan juga bahawa dajjal merupakan satu kaum yang engkar samalah juga seperti kaum-kaum Rom dan Parsi yang telah berjaya ditumpaskan oleh umat Islam tetapi dengan syarat umat Islam hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.- petunjukzaman


Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan

READ MORE- Pengikut dajjal adalah para wanita dan kaum yahudi

Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan

Berikutan permohonan yang berterusan daripada pihak Kristian untuk menggunakan nama ALLAH sebagai menggantikan 'god' dalam bible berbahasa melayu, terlintas di hati untuk menyiasat keperluan untuk mereka berbuat demikian.

Setelah mencari di google menggunakan kata kunci 'god names in bible' gua menemui tajuk The Names of God di bible .org

Father:A distinctive New Testament revelation is that through faith in Christ, God becomes our personal Father. Father is used of God in the Old Testament only 15 times while it is used of God 245 times in the New Testament. As a name of God, it stresses God’s loving care, provision, discipline, and the way we are to address God in prayer (Matt. 7:11; Jam. 1:17; Heb. 12:5-11; John 15:16; 16:23; Eph. 2:18; 3:15; 1 Thess. 3:11) - sumber

Berdasarkan kenyataan dalam web berkenaan seperti yang ditampal di atas, tiada tuhan mereka yang bernama ALLAH. Nama ALLAH tidak ada sekali pun disebut di dalam bible. Dalam bible berbahasa Indonesia memang nama ALLAH digunakan untuk menggantikan 'father'.

Apakah relavannya mereka menuntut untuk menggunakan nama ALLAH sebagai ganti kepada 'father'? Dari sudut realiti Islam memanglah kita kena akur bahawa ALLAH adalah tuhan sekelian alam termasuk mahluk yang menolak agamanya.

Penggunaan nama ALLAH bagi dimasukkan ke dalam bible berbahasa melayu dapat dilihat sebagai niat jahat untuk mengelirukan umat Islam. Dalam kristianiti 'father' membawa maksud bapa kepada Jesus dan ianya tidak selari dengan Islam kerana  ALLAH bukanlah bapa kepada Jesus (Nabi Isa)

Bagi membuktikan bahawa mubaligh kristian di Malaysia tidak berniat jahat dengan mengelirukan umat Islam melalui penggunaan perkataan ALLAH maka mereka perlu kekal dengan konsep kepercayaan mereka tanpa menggunakan ALLAH untuk menggantikan 'tuhan bapa' atau 'bapa tuhan'

Mengapa tidak gunakan sahaja istilah 'tuhan bapa' atau 'bapa tuhan' dalam bible seperti kepercayaan mereka? Atau mencari nama yang lebih spesifik bagi menggantikan 'tuhan bapa' atau 'bapa tuhan'

Menggunakan kefahaman Islam bahawa ALLAH adalah tuhan sekelian alam perlu sesuai dengan tuntutannya. ALLAH tidak boleh disekutukan dengan tuhan yang ada anak kerana ALLAH itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Rakan-rakan beragama kristian perlu faham akan konsep penggunaan itu. Islam di Malaysia tidak sama dengan Islam dimana-mana negara yang mengizinkan perkahwinan campur antara penganut agama Islam dengan Kristian. Umat Islam Di Malaysia berpegang teguh kepada prinsip 'tiada lagi pengikut Isa yang asli'.

Bagi kami injil asli telah tidak wujud. Yang ada hanya Injil yang telah diubah-ubah oleh pihak berkepentingan. Maaf ini pandangan kami terhadap agama kalian. Itu hak kami. Sepertimana kalian  menganggap agama kami agama ciptaan Muhammad. Itu hak kalian.

Oleh yang demikian, demi kesejahteraan hidup bersama dalam negara tercinta ini; rakan-rakan dari kelompok agama kristian perlu menghormati hak keagamaan orang-orang Islam. Kami orang-orang Islam tidak pernah mahu menggunakan nama Jesus untuk tujuan keagamaan kami. Begitu juga apa-apa yang terdapat dalam kristianiti tidak pernah kami gunakan untuk tujuan keagamaan kami. Kami orang-orang islam sentiasa konsisten dengan agama kami. Kami tidak mengubah agama kami untuk bersaing dengan agama kristian. Malah kami berperang dengan saudara seagama yang mengubah agama kami.

Jika kalian menganggap agama kristian itu benar dan suci. Mengapa mesti dicampur adukkan dengan ketuhanan Islam. Kekallah dengan nama tuhan kalian yang asal. Gunalah apa sahaja... Jesus atau father. Itu hak kalian.

Percayalah bahawa agama yang berubah-ubah bukan agama yang sebenar. Agama yang baik kekal dari mula kewujudannya.

Selama ini kita hidup tanpa masalah dengan masing-masing mengamal agama sendiri. Nasihat gua, jangan cari masalah. Agama adalah sangat sensitif walau di mana-mana negara sekali pun.

Ini bukan ayat Quran


Penggunaan nama allah dalam injil berbahasa Arab adalah kerana bahasa itu sendiri yang mana  allah bermaksud tuhan. Ia tidak melambangkan Allah sepertimana dalam Islam. Berdasarkan kefahaman gua allah dalam bahasa arab adalah kata nama am tetapi Allah dalam agama Islam ialah kata nama khas.

Oleh kerana allah satu perkataan bermaksud tuhan maka wajarlah penggunaannya dalam injil berbahasa arab. Tetapi penggunaan Allah dalam injil bahasa melayu akan merujuk kepada nama khas yang diperuntukkan untuk tuhan yang dipercayai oleh orang-orang Islam yang turut mempunyai 99 nama.

Ini adalah pandangan gua terhadap penggunaan allah dalam injil berbahasa arab. Kepada cerdik pandai dan Ilmuan islam tolong betulkan gua sekiranya berlaku kesilapan tentang maksud allah dalam bahasa arab.

Agama kalian hak kalian. Agama kami hak kami. 
ALLAH dan 'father' tidak sama malah jauh berbeza.


adios

READ MORE- Permohonan Guna nama ALLAH Dalam Bible Tidak Relevan

Friday, December 21, 2012

Menara Isa Tempat turun Nabi Isa di Masjid Jami' Damsyik, Syria

Dalam entri bertajuk Tiga negara diperintah dajjal telah bergabung yang disiarkan pada 19.12.2012, gua telah menjanjikan kisah turunnya nabi Isa. Seperti yang dijanjikan dengan izin Allah gua berjaya merangkumkan kisah turunnya nabi Isa dari pelbagai sumber. Alhamdulillah!

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “

Menara Nabi Isa iaitu menara yang dimaksudkan 
Masjid Jami' Damsyik atau Masjid Umayyad atau Masjid Umawi  yang menempatkan menara Nabi Isa

Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.”

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa, mafhumnya:

“Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam (Syria), bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.” Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk mengenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam.

Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam.

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal:

“Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?”

Rasulullah s.a.w menjawab, mafhumnya:

“Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata. ”Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi, mafhumnya:

“Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya:

“Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab yang mafhumnya:

“Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”

Rasulullah s.a.w berkata, mafhumnya:

“Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya.

Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim.

Tetapi beliau hanya menjawab:

“Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.”

Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:

“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata:

“Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”

Kata Nabi Isa lagi:

“Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru. Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”

Tambah beliau lagi:

“Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:

“Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan Haji dan Umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa a.s dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa a.s diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa a.s nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa a.s merupakan kuburan yang keempat.- Wallahu'aklam.. -- Suntingan daripada pelbagai sumber internet termasuk blog Jalan Ke Syurga
..............................................
Dengan itu sahlah bahawa Syria juga penting dalam sudut agama Islam. Bantuan kepada ASWJ  Syria patut dihulur sebagaimana pemberian bantuan ke Palestine. Semoga artikel ini membuka hati tuan-tuan untuk turut menderma kepada ASWJ Syria.  In Syaa Allah.

Kerajaan Negeri Selangor akan merangka perbincang segera bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membenarkan semua masjid di Selangor membuka tabung ‘Kemanusiaan Rakyat Syria’ sebagai usaha meringankan bebanan umat Islam Syria. Perbincangan ini akan diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
................................................

Bantulah walau dengan sekecil-kecil bantuan dan jika tiada keupayaan wang ringgit dan harta benda, bantulah mereka dengan doa anda.-GeloraHatiMuda



adios
READ MORE- Menara Isa Tempat turun Nabi Isa di Masjid Jami' Damsyik, Syria

Sunday, December 16, 2012

Harussani ni macam berkias suruh undi PAS la pulak... wakaka

KUALA LUMPUR, 15 Dis [TMI] — Masyarakat Melayu di negara ini dinasihatkan untuk tidak terlalu taksub dengan parti politik kerana perkara itu bakal memberikan kerosakan kepada perjuangan memartabatkan Islam di negara ini,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika ucaptama merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) ketiga di sini.

Harussani menegaskan, meskipun wujudnya dua parti yang mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam seperti Umno dan PAS, selagi kedua-dua parti itu bertelagah, perjuangan memartabatkan Islam tidak akan berlaku. “Ini keadaan yang berlaku, kemudian kita lihat, kita bertelagah begitu hebat sekali kerana ada dua pertubuhan Melayu.

“PAS dan Umno, kedua-duanya cakap mempertahankan Islam, masing-masing bertelagah, saya seronok kalau dua kumpulan itu bergerak mengembangkan Islam pasti berjaya.

“Tapi mereka bertelagah, tuduh menuduh, kafir mengkafir,” kata Harussani ketika ucaptama merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa ketiga (Perkasa) di sini.

“Macam mana kita mahu memperjuangkan Islam bila kita bertelagah ... sedangkan Islam sudah kata kita tidak boleh bertelagah sesama Islam,” katanya.

Harussani turut menegaskan, perbezaan pendapat yang wujud seharusnya membawa kemajuan kepada pembangunan Islam, tetapi apabila bertelagah, ia akan menjurus kepada kehancuran.

“Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah (wujud) dua parti, percanggahan fikiran akan membawa kemajuan ... tetapi jangan lupa matlamat kita adalah Islam.

“Kalau itu dilaksanakan kita akan berjaya ... namun, apabila taksub kepada parti, kita akan berkerat rotan sesama Islam,” katanya dan menambah, perkara itu mesti dihapuskan.

“Kalau ulama bercakaran, tuduh menuduh sesama sendiri apa jadi?” soalnya lagi.
...............................................

Kenapa gua kata Harussani macam berkias suruh undi PAS?
Kerana matlamat umno adalah melayu.... wakaka

adios



READ MORE- Harussani ni macam berkias suruh undi PAS la pulak... wakaka

Friday, December 7, 2012

Penemuan Kota Kaum A'AD Bukti Keagungan Al-Quran


PENEMUAN KOTA KAUM A’AD MEMBUKTIKAN KEMUKJIZADAN ALQURAN



Satu ketika dahulu, ramai ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Begitu juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang kaum A’ad tersebut.

Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang langsung tidak berfakta.

Ternyata orang Yahudi silap
Tahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.


LAWRENCE OF ARABIA

Kepada yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah sekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19 Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45 tahun.


'JASA' LAWRENCE OF ARABIA

Miskipun Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama daripada Eropah yang sangat berminat dengan‘Lost City’ Iram. Beliau yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.

Kerana sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan gelaran ‘Atlantis of the Sands’.Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui. Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung dalam al-Quran.


ATLANTIS OF THE SANDS

Sebenarnya, apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik minat beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.

Pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat Badwi.

Dr. Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA,SPOT(Satellite Pour I’Observation de la Terre). Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah ‘runtuhan’ oasis.

Namun laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam ‘lautan’ pasir.


KEAJAIBAN AL QURAN

Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.

1. Tiang-tiang tinggi

Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,

" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum A'ad? (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, ( Surah al-Fajr : ayat 6-8 )

Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.


2. Membina benteng-benteng

Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.

" Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main. dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)? Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis. (Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130)

Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.


3. Terdapat kebun-kebun dan mata air

" Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak, dan kebun-kebun dan mata air,
(Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134)

Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.


4. Dimusnahkan oleh angin kencang

" Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan, angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk. (Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)


Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.


PENUTUP

Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.

Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini,

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Surah Yusuf ayat 111)

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :
http://misteridankeajaibanalam.blogspot.com/2011/04/penemuan-kota-kaum-aad-membuktikan.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
READ MORE- Penemuan Kota Kaum A'AD Bukti Keagungan Al-Quran

Thursday, December 6, 2012

KANTOI! Bukti Pengerusi BN Pulau Pinang Anti-Islam

Terserlah sikap rasis (perkauman), khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang.

Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah hodoh dan perkauman sempit mereka.

Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka.

Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri anti Melayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.

Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.

Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.

Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang.

Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA, mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri, Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini.

Justeru itu, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini.

Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam.

Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum.

Berikut kenyataan berbau perkauman Teng:

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina.

Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro-Umno yang bertopengkan NGO seperti Perkasa, JaTi , Pajim, Pertiga, Badai, JMPP, PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng.

Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN.

Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri, Najib Altantuya.

Inilah wajah sebenar mereka.

Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada pilihanraya umum akan datang!

Abdul Malik Abul Kassim
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  sumber- jalan pulang


adios
READ MORE- KANTOI! Bukti Pengerusi BN Pulau Pinang Anti-Islam

Tuesday, November 27, 2012

Mengajar Agama Kepada Pencacai Yang Bangang

Nik Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Haron Din pada hari ketiga Muktamar Tahunan Pas ke-58, hari ini
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.
Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.
Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.
“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.
“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden Pas meminta doa agar ALLAH menjahanamkan Umno dan BN sebagaimana ALLAH memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, malam kelmarin.
Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan kononnya isu orang Melayu murtad disebabkan oleh paderi Kristian adalah tidak benar kerana ia adalah perbuatan umatnya sendiri yang menolak Islam.
Menurutnya, sekiranya seseorang itu seseorang itu menolak Islam atau orang itu jahil maka ia boleh jadi murtad.
“Bila Umno tolak Islam daripada dasarnya, agama apa Umno pakai? Agama Islam berpandukan al-Quran. Jadi dia Kristian ke Buddha ke atau tiada agama?
“Timbulnya isu murtad kononnya paderi Kristian tapi saya nak kata tidak. Yang menjadikan orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan Islam. Umno tolak Islam maka dia memperlekehkan Isla," katanya.
Ketika ditanya pemberita sama ada beliau menganggap Umno murtad kerana mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Aziz berkata, soal murtad tidak kira siapa, sebaliknya sekiranya seseorang Islam itu menolak agamanya, maka dia murtad.
“Tak kira siapa pun... tak kira tok guru sekalipun, kalau murtad, maka murtadlah. Usahkan Umno, kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan cara hati dia mengatakan Islam tak guna maka dia murtad walaupun tiada mufti beritahu,” katanya.

Murshid: Doa hancurkan organisasi tidak salah
Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.

Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.

“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.

“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.

Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.

Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi

Mohd Asri (berdiri, dua kiri) berbincang sesuatu dengan peserta kembara sebelum meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, semalam.
KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.

“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,”



Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

==================================
Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. (Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha’ , Asy Syafi’y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: “ Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa’ied ibn Al-Musayyab berkata: “Bahawasanya Ummu Sa’din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya..

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tdk sempat solat sebelum jenazah dikebumikan..

adios

READ MORE- Mengajar Agama Kepada Pencacai Yang Bangang

Monday, November 19, 2012

Kerajaan Digesa Benarkan Rakyat Berjihad dI Palestine/Syria

Paletine di ambang perang. Peperangan berat sebelah yang pastinya akan memihak kepada pasukan tentera yang lebih hebat dengan persenjataan moden seperti jet pejuang, kereta kebal dan peluru berpandu.

Seperti apa yang berlaku di Afghanistan umat Islam yang merasakan perlu bagi mereka bersama-sama dalam mempertahankan sebuah negara Islam daripada pencerobohan negara penjajah seperti Rusia telah menggunakan perbelanjaan sendiri untuk berjihad.

Pemuda Malaysia dan Indonesia adalah antara mereka yang pernah berjihad di sana tetapi tanpa kebenaran kerajaan dan mereka pergi dengan dua risiko utama iaitu risiko dalam peperangan di negara sahabat dan kemungkinan besar untuk menjadi tahanan ISA kerana bakal dianggap sebagai pengganas oleh pihak kerajaan.

Nik Adli Nik Abdul Aziz ditahan pada 4 Ogos 2001 mengikut Seksyen 73 (1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan kerana di dakwa terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar KelantanNik Abdul Aziz Nik Mat.
Tindakan menahan mereka juga berikutan serangan 911 terhadap World Trade Center di New YorkAmerika Syarikat. Pihak Keselamatan Malaysia mendakwa mendapat risikan maklumat dan bertindak bagi membendung pekara seumpama itu daripada merebak ke Malaysia. Yazid Sufaat turut ditahan selepas itu.
Ada yang menyatakan KMM sebagai Kumpulan Militan Mujahideen yang mahu berjihad di Afghanistan. Ada antara mereka terlibat dengan perang antara agama di Maluku, [Indonesia]]. Mereka mendapat latihan membuat bom dan latihan ketenteraan di Afghanistan. Sumber inspirasi mereka ialah Osama bin Laden, seorang pemimpin spiritual yang karisma dan bertindak secara global- wikipedia

Sebagai rakyat biasa yang tiada asas ketenteraan pastinya mereka akan terlebih dahulu dilatih untuk mengetahui selok belok ketenteraan di bumi jihad mereka. Penegtehuan ketenteraan seperti menggunakan senjata, membuat bom dan strategi peperangan gerila adalah perkara utama yang akan mereka pelajari kerana pihak yang mereka pertahankan bukanlah sebuah negara yang punyai kekuatan tentera sendiri. Segala bahan asas yang ada digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan negara yang dijihad.

Suka saya sentuh akan sejarah Islam itu sendiri terdiri daripada mereka yang berbeza-beza peranan mengikut kehendak ALLAH. Dikalangan mereka terdapat golongan ulama, imam, tentera dan penganut biasa.

Para ilmuan Islam seperti ulama dan imam lazimnya tidak pergi berperang tetapi dikawal ketat bagi memastikan keselamatan mereka. Tanpa mereka Islam tidak sampai ke seluruh dunia seperti hari ini. Jika merka berperang dan syahid, siapakah yang akan menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia seperti sekarang?

Tentera adalah golongan yang diberi tanggungjawab oleh ALLah S W T melalui kekuatan hati dan tubuh badan demi mempertahankan agama Islam . Mereka memainkan peranan memerangi musush-musuh Islam dan mempertahankan Islam di mana-mana sahaja dikehendaki oleh khalifah mereka pada masa itu.

Penganut biasa dalah golongan yang kurang berdaya seperti wanita, kanak-kanak dan mereka yang lemah fizikal dan mentalnya. Namun mereka masih berperanan dalam meyalurkan bantuan dalam apa sahaja bentuk sama ada kebendaan , perkhidmatan perawatan dan setidak-tidaknya berdoa untuk menjamin kesejahteraan umat Islam sejagat pada masa itu.

Dalam konteks jihad moden hari ini umat Islam bukan sahaja dapat berjihad melalui ketenteraan tetapi cukup sebagai jururawat atau doktor di negara yang berperang seperti Palestine kerana risiko yang mereka hadapi adalah sama bahkan lebih berbahaya kerana merka tidak bersenjata. Mereka boleh terbunuh atau cedera pada bila-bila masa sahaja dengan izin Allah. Dengan itu sahlah bahawa mereka juga berjihad.

Sebagai umat Islam yang sihat tubuh badan dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjihad menentang musuh-musuh Islam, mereka sewajarnya dibenarkan berbuat demikian atas risiko mereka sendiri. Dengan kata lain kerajaan tidak akan menanggung apa jua risiko yang bakal dihadapi oleh individu yang berhasrat berjihad di mana-mana negara yang dikehendakinya.

Jika ini terlaksana bermakna rakyat yang berjaya pulang ke Malaysia setelah berjihad dapat hidup dengan aman dan sejahtera tanpa ada kerisauan akan ditangkap kerajaan kerana dianggap sebagai pengganas dan berbahaya kepada negara hanya kerana mereka pernah berjaya dalam perang di luar negara.

Gua sedih apabila seorang pejuang jihad dilabel sebagai pengganas

Mujahiddin dari Russia yang meninggal dunia di syria pada 17.2.2013

Mursi Mula Bikin Panasss - pejuang jihad Mesir mula memasuki Gaza, Erdogan simpan telorr


adios
READ MORE- Kerajaan Digesa Benarkan Rakyat Berjihad dI Palestine/Syria